Latest Post! Check it out!

DTM 8

Kan dah kena garu kening. Semalam dia fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon bimbitnya. Mula m...

Wednesday, May 3, 2017

SPLIT 12

Image result for damon annoying gif 

JARUM jam menganjak ke angka 5. Pintu rumah Maryam diketuk dari luar membuatkan wanita itu terkejut. Cermin mata ditarik keluar dari soket telinga. Komputer riba dibiarkan terpasang.
            Lubang intip dilihat dengan sebelah mata. Mikael?
            Maryam pantas capai tudung bawal dan disarung ke kepala sebelum pintu dibuka.
            “Yes?”
            “Nah.” Plastik bungkusan dihulur.
            Maryam pandang plastik itu dengan pandangan pelik.
            “Apa ni?”
            “Plastik.” Jawab Mikael.
            “Seriously?”
            “Makananlah.”
            “Saya tak minta..”
            “Nah. Ambil. Muka awak stress pagi tadi and it bother me all day. Food might help you lessen your stress. Jangan risau saya belikan awak healthy food. From neighbour to neighbour.” Panjang celoteh Mikael.
            Bijak. Sangat bijak dan peka. Perempuan ni memang suka kan perkataan healthy, beauty dan segala ty ty.
            Plastik bertukar tangan. Maryam tidak tahu untuk kata apa selain terima kasih. Mikael terus berlalu dan menekan butang naik.
            Maryam gigit bibir bawah. “Mikael!” panggil Maryam.
            “Yes?” Mikael menoleh.
            “Boleh kita bercakap?”
            “Sure.” Mikael tidak berfikir panjang sebelum bersetuju.

ICED CHOCOLATE CARAMEL disedut Maryam. Mikael peluk tuduh dan bersandar memandang Maryam yang masih tidak berkata apa-apa sejak lima belas minit yang lalu.
            “I thought kita nak bercakap?” Mikael senyum.
            “Oh yea.” Maryam gigit bibir bawah. Tidak tahu samada patut dia untuk bercerita tentang ini kepada Mikael. Tapi Mikael pun ada cerita pasal dia. Apa salahnya kalau dia bertukar cerita? Tapi dia memang betul-betul perlukan seseorang buat masa sekarang.
            “Saya tak tahu nak mulakan macam mana. I’m confused and saya tak tahu nak bagitahu awak macam mana.” Maryam angkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak mata Mikael. Dia yakin lelaki ini boleh dipercayai.
            “You can trust me.”
            “Okay macam ni. When I was 20, saya ada kawan.. baik... And saya suka dia. Dia baik, ramah.. sometimes funny.” Maryam senyum apabila teringat kenangannya dengan Aryan.
            “During my 5th semester, saya dapat tahu yang Aryan is not coming back from semester break. Dia stop terus diploma. Saya try call and mesej dia tanya apa jadi tapi tak berjawab, tak berbalas. Kita orang memang takde masalah apa-apa. Tiba-tiba aje dia berhenti study. Saya baik juga dengan parents dia. One day, saya dapat mesej dari ibu dia.. kata yang dia meninggal dalam kemalangan jalan raya. But what confused me is that ibu dia minta saya lupakan semua pasal dia. Everything. Jangan call or mesej lagi.. she asked me to forget every piece of Aryan..” mata Maryam mulai bergenang. Mikael setia mendengar.
            “Tujuh tahun... tujuh tahun saya diam. Saya ikut apa yang ibu dia cakap. Tak pernah bertanya sesiapa pun pasal Aryan. Ignore kewujudan dia selama ni completely. Tak pernah cuba untuk call or mesej dia. Even Facebook dia pun saya unfriend and buang everything pasal dia. Everything. Except his phone number. Even saya takde gambar dia, tapi saya still boleh ingat muka dia. Inside, saya tak pernah lupakan dia..” Air mata menitis. Mikael tarik nafas dan perbetul posisi. Sempat dia menghulur tisu kepada Maryam.
            “I did my very best for everything. Saya hold seorang diri selama ni. Tapi saya dah tak boleh. Waktu kat Jogja beberapa kali saya nampak bayangan dia. Saya cuba positif. Mungkin itu semua ilusi saya aje. Tapi waktu saya hantar Hafez kat airport, saya jumpa dia lagi. Much more closer. Kita orang bertentang mata! But he said nothing. And in your phone mungkin ada gambar Aryan. Meen beritahu saya yang Hafez ada tunjuk gambar saya once dia touch down KLIA. Aryan ada kat belakang saya.” Panjang cerita Maryam. Dia dah tak tahu sama ada ingin menangis atau diam sahaja.
            “My phone?” Mikael mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi galeri dibuka.
            PASSWORD.
            “Password?” Mikael angkat kepala.
            “Hafez.” Kata Maryam.
            “So sekarang ni..”
            “Saya nak make sure yang Aryan masih hidup. Tanya dia apa semua ni. I may not get back my 7 years, tapi I deserve an explaination, kan? Atleast?” Maryam cari anak mata Mikael.
            “Need my help?” Mikael senyum tawar. Kepalanya terasa berpinar.
            Maryam menggeleng. “Saya perlukan Hafez.”
            “Emmm.” Mikael telan air liur. Sakitnya kian menjadi-jadi. Dahinya berkerut.
            “Awak okay tak?” Maryam pelik melihat Mikael.
            “Em.” Mikael picit kepala.
            “Sakit kepala ke?”
            Mikael memukul kepalanya beberapa kali. Orang lain yang memerhati mula berbisik-bisik antara mereka.
            “Hey.. okay tak?” hilang terus sebak Maryam apabila Mikael dalam keadaan begini.
            “Awak tak patut tunggu tujuh tahun, awak tahu tak?” karakter itu berubah. 360 darjah berubah!
            Mikael peluk tubuh dan memandang Maryam. “Susah betul nak keluar. Mikael ni kuat sangat.” Bebel lelaki itu. Maryam tambah pelik.
            “Awak.. siapa?” karakter baru ke?
            “Suffian. Encik Suffian.” Jawabnya. Maryam gigit bibir.
            “Tadi waktu awak bercerita dengan si Mikael ni, saya ada dengar. Cuma tak mampu nak keluar bila Mikael ni kuat sangat menahan.”
            Air kopi disedut melalui straw. “Ya Allah! Manis melecaih! Air apa Mikael ni minum? Silap-sila potong kaki ni nanti.”
            Maryam jungkit kening sebelah.
            “Awak umur berapa?” soalan sudah bermula.
            “27.”
            “Dah kahwin belum?”
            “Belum.”
            “Dah 27 pun belum kahwin lagi? Tunggu apa lagi.. kahwin ajelah. Dok sibuk kejar si Aryan tu lagi buat apa?” bebelan lagi.
Maryam bersandar di kerusinya. Sebiji macam ayahnya membebel!
“Mika.. Encik Suffian, tadi saya bercakap dengan Mikael. Sepatutnya Encik tak patut pasang telinga.” Eh geram pula aku dengan orang tua ni.
“Nak buat macam mana.. saya dengan dia orang yang sama. Awak boleh bagitahu saya apa pun yang awak nak bagitahu Mikael.” Sengih Encik Suffian.
“Takpelah. Takde benda dah saya nak bagitahu dia.” Maryam capai air dan sudah berkira-kira untuk berlalu.
“Eh-eh. Nak pergi mana?” tanya Encik Suffian.
“Balik.” Jawab Maryam.
“Macam manalah awak ni. Manakan ada orang nak kahwin dengan awak kalau awak biadab macam ni? Patutlah tak kahwin-kahwin lagi.” Encik Suffian turut bangun dari tempat duduknya dan capai kopi ‘manis’ tadi.
‘Sumpah aku rasa nak tumbuk aje muka lelaki ni sekarang juga!’
“Jomlah. Tercegat apa lagi?” Encik Suffian toleh ke belakang bila Maryam tidak berganjak.
“Pergi mana?”
“Lahh. Hantar saya baliklah. Saya ni dah tua. Mana larat nak memandu. Nanti saya tunjuk rumah saya kat awak.” Encik Suffian sambung melangkah. Maryam ketap gigi. Okay, ini memang betul-betul tak jangka.
Maryam buka pintu kereta dan memboloskan tubuhnya ke dalam tempat duduk sebelah pemandu.
“Eh! Awak drivelah. Kan saya cakap tadi saya tak larat.” Kata Encik Suffian yang buka semula pintu yang baru ditutup Maryam.
“Tapi ni kereta Mikael.”
“Cuba awak hormat sikit orang tua. Barulah senang jodoh datang dekat awak.” ‘Sekali lagi lelaki ni cakap pasal jodoh, sumpah aku tumbuk sampai berterabur gigi dia! Lantaklah kalau dia kata dia umur 50-60an. Aku peduli apa! kau duduk dalam badan Mikael kot.’ Omel Maryam.
Dia akhirnya keluar dari perut kereta dan bertukar ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan apabila kunci kereta bertukar tangan.
“Check side mirror, cermin tengah, seat okay ke tidak.” Bebel Encik Suffian sambil menarik tali pinggang keledar. Maryam merengus.
“Dah.”
“Signal. Check signal.” Mata lelaki itu kuyu sebiji macam orang-orang tua.
“Nak check macam mana?”
“Lah. Tak pernah check signal ke? Apa yang awak tahu ni? Tarik ajelah signal tu. Tengok bernyala ke tidak.”
Maryam ketap rapat bibirnya. ‘Ya Allah, maafkan dosa aku, ya Allah kalau aku tinggal lelaki ni tepi sungai bonus ke, tong sampah ke.’
Because you know I’m all about that bass
‘Bout that bass, no treble
I’m all about that bass
‘Bout that bass, no treble
I’m all about that bass
‘Bout that bass, no treble
I’m all about that bass
‘Bout that bass... bass... bass... bass
            Lagu Meghan Trainor kedengaran nyaring bergendang di dalam kereta apabila kereta mulai berjalan.
            “Kuatnya!” komen Encik Suffian. Maryam perlahankan.
            “Lagu apa ni? Merepek aje. Tukarlah.” Maryam tukar siaran.
            Yeah
I know, I know
When I compliment you, you won’t believe me
            Bruno Mars, Just the Way You Are.
            “Saya ni bukan apa. tak berkenan dengan lagu orang putih ni.” Tambah Encik Suffian. Maryam tukar siaran lain.
Ku disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Menjemputku
Permata Cinta, Aiman Tino.
            “Bukan main lagi kan, sampai maut datang menjemput. Padahal amalan belum cukup lagi. Macam-macam la orang sekarang ni.” Maryam tukar siaran lagi.
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Pergi tak kembali, Rabbani.
            “Awak takut tak dengar lagu macam ni? Seram saya.”
            Maryam toleh ke kiri. Radio dimatikan.
            “Eh kenapa matikan radio?” tanya Encik Suffian.
            “Sebab saya ‘takut’!” gumam Maryam.
            “Tak boleh. Awak tak boleh takut benda-benda macam ni. Yang hidup pasti akan mati.” Amboi bukan main lagi nasihat dia. Padahal dia sendiri yang cakap tadi, seram!
            “Eh, singgah kedai kejap. Saya nak beli roti.” Arah Encik Suffian.
            YA ALLAH!!

No comments:

Post a Comment