Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Saturday, May 20, 2017

DTM 8

Image result for alexandra daddario tumblr gif

Kan dah kena garu kening. Semalam dia fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon bimbitnya. Mula mencari kerja baru. Nak balik ke tempat kerja lama? Kau tak tahu berapa bakul maki aku dapat semalam sebab berhenti serta-merta tanpa sempat mereka cari orang ganti.
            “How do you feel?” Alan datang memeriksa Nunu yang masih di katil pesakit.
            “I’m fine.” Jeling Nunu.
            Alan periksa kuantiti air.
            “Bila saya boleh discharge?”
            “You’re good to go hari ni.” Beritahu Alan.
            Nunu jilat bibir bawah yang terasa kering. “Kat mana saya nak bayar semua kos?”
            “No worries. Dah settle. Just kasi I check few things and you can go.”
            “Hospital ni awak punya ke?” Nunu duduk bersila. Mukanya lebih berseri hari ni berbanding semalam.
            “No.” Alan ketawa kecil.
            “Tapi gaya awak macam hospital ni bapa awak punya aje.” Cebik Nunu.
            “Good to see you like this, Nunu.” Alan pandang Nunu dengan senyuman manis.
            “Aina. Nama saya Aina.” Tegas Nunu.
            “I prefer panggil Nunu.” Alan berdegil.
            “Bukan semua orang boleh panggil saya Nunu.”
            “Eh? Okay Nunu.” Alan masih menyakat sebelum berlalu pegi. Nunu ketap gigi.

‘NUNU, macam mana kau nak cari kerja ni?’ Nunu melangkah lemah keluar dari hospital. Akaun bank cuma tinggal seribu sahaja. Insurans kedua orang tuanya sudah diambil Auntie Ma.
            “Kau betul-betul money-less, Nunu.” Keluh Nunu.
            “Going home?”
            YA TOHAN! Terperanjat pancreas gigirl.
            “Al.”
            “El.” Alan membetulkan.
            “Al.” Kau ingat kau seorang kepala batu?
            “El.”
            “Whatever Al.”
            Nunu jalan terus. “I boleh hantarkan you balik. Kebetulan I dah habis oncall.”
            “No thank you. Public transport ada.”
            “C’mon. Putrajaya ni kecil aje. Presint berapa?”
            “Awak dah baca IC saya kan?” ‘Doktor ni bebal ke tak pandai baca?’
            “Yeah memang alamat IC you Damansara. Tapi you mesti duduk dekat-dekat sini dengan auntie Ma you tu. Kalau tak, how on Earth you possibly here semalam?”
            Nunu sengih. “Doktor baliklah ikut jalan doktor. Saya ikut jalan saya.”
            “I berniat baik. I won’t harm you.”
            “I know. Awak dah buat kerja awak and thank you untuk semalam.”
            “Nunu..” Alan panggil meleret. Lelaki itu letih, tapi wajahnya tak lekang dengan senyuman.
            “Saya tak tinggal kat sini. Saya dari TTDI.”
            “Seriously?”
            Nunu malas nak layan dan terus pasang ‘eagle eye’ mencari bas yang boleh dia naik.
            “Fine. Jom I hantar ke TTDI.” Lengan Nunu ditarik hingga ke keretanya yang tidak jauh dari tempat mereka berdiri.
            “Tak payahlah!”
            “I don’t care.” Sengih Alan.

SIARAN Mix fm berkumandang di dalam kereta Alan. Renault Rs16 Clio membelah lebuh raya menuju ke TTDI.
            “Ancient betul umur awak dengar mix fm.” Suara Nunu. ‘Ancient eh?’
            “Sesuailah. You budak muda, I dah tua. Mix fm is a mix of old and new songs anyway.”
            Nunu mencebik. “How old are you?” Nunu tekan perkataan old.
            “You rasa?”
            “40?”
            “Seriously?” Alan toleh sekilas kepada Nunu yang duduk di sebelahnya.
            “You don’t give me the number. Salah ke kalau saya teka nombor berapa pun yang saya nak?”
            Alan ketawa. “27.”
            “Seriously? And awak already dalam surgery?”
            “Assist aje. Baru MO. Belum betul-betul surgeon. Normallah tu. I SPM umur 16. Dulu waktu I, boleh lompat kelas.”
            “So you like genius lah ni?”
            “No. I just... lebih sikit dari orang lain.” Sengih Alan. Keretanya berhenti di hadapan kedai makan.
            “Ni bukan rumah saya.”
            “I know. I’m not that stupid.” Alan melepaskan tali pinggang keledar.
            “Memanglah. SPM umur 16 kot. Siapa kata bodoh?” Nunu turut sama melepaskan tali pinggang keledar.
            “Then you sepatutnya dah boleh agak yang kita ke sini untuk makan.” Pintu kereta ditolak dari dalam.
            Nunu hanya membuntuti. Sarapan pagi dengan roti canai kosong satu keping, roti telur satu keping, kuah banjirrrrr!
            Mata Nunu macam berlian yang bergemerlapan bila makanan sampai di mejanya.
            “As if I takde semalam, pagi ni you bukan hadap roti banjir tau. You hadap seksa kubur.” Sindir Alan. Nunu ketap gigi dan hela nafas pada waktu yang sama.
            “Perlu ke matikan selera saya sekarang?” beliak mata Nunu.
            Alan muncung. “Jangan buka mata besar-besar sangat. Pernah ada kes mata dia tak dapat katup lepas buka luas macam you tau. Bila-bila aje bebola mata tu boleh terkeluar.”
            Nunu cepat-cepat kelip mata. ‘Bodoh kalau kau percaya, Nunu.’
            Baru dia nak cubit roti yang sedang berasap, Alan terlebih dahulu berdehem. “Baca doa dulu.”
            “Saya dah baca la dalam hati.”
            “Kalau makan seorang it’s okay baca dalam hati. Tapi kalau ada orang lain makan dengan you, it’s called etique untuk doa sama-sama.” Ya Allah pedasnya mulut mamat ni.
            Tahan sabar aje Nunu dengar bebelan doktor genius ni.

“WOW.” Itu yang terkeluar dari mulut Alan melihatkan rumah yang tersergam indah di hadapannya ini.
            “Whatever your wow sounds to, it’s not mine. Anyway, thank you Al.” Nunu hempas pintu kereta Alan sederhana kuat.
            ‘Al lagi.’ Alan senyum tampak gigi. Budak ni memang kepala batu macam dia.
            “Nunu!” cermin tingkap diturunkan. Jelingan Nunu tajam.
            “You’re currently jobless kan?”
            “Kan dah bagitahu tadi. Kata genius. Takkan cepat lupa apa yang saya cakap.”
            ‘Hey mulut dia ni la.’
            “I boleh tolong you cari kerja. And new place.”
            Nunu berfikir sejenak.
            “You mesti perlukan kerja secepat mungkin kan?”
            “Kenapa awak beriya nak tolong saya eh?”
            “Sebab I tahu you perlukannya.”
            “Hah.” Nunu jeling Alan dan berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
            “Numerous benefits too!” jerit Alan. Kaki Nunu berhenti lagi.
            “Benefits?”

BARU hari ini selepas 3 tahun dia dapat merasa tidur yang panjang dan betul-betul berehat. Seronok juga rumah kosong. Nunu mengemas barang-barangnya. Tidak banyak barang yang dia akan bawa keluar pun.
            Tapi sebelum dia keluar dari rumah itu, dia menyediakan hadiah kecil untuk keluarga yang pernah menjaganya. Tanda berterima kasih kerana memberi tempat dia berteduh selama ini.
            Hon kereta kedengaran. Nunu tutup semua elektrik dan mengunci rapat pintu rumah. Kelibat Alan kelihatan di luar pagar.
            “Ni aje ke barang you?”
            Nunu buat muka. Alan ketawa dan menggeleng. Satu bagasi disimpan di bonet kereta. Nunu ambil tempat di tempat duduk sebelah pemandu.
            “Ready?”
            Dia mengangguk. ‘Goodbye hell!’
            Dua hari lagi keluarga makciknya akan pulang ke tanah air. Dia berdoa banyak-banyak agar hadiah yang dia tinggalkan itu akan membuatkan keluarga itu akan sentiasa mengingatinya.
            “Awak ni dah kahwin ke belum?” baru Nunu terfikir untuk tanya.
            “Kalau I dah kahwin, you ingat I boleh tolong you macam ni ke? Balik rumah bini dah tunggu depan pintu dengan parang. Tinggal nak penggal aje.”
            “Manalah nak tahu. Baik semacam dengan saya. Jangan mengharapkan balasan pula.”
            Alan ketawa.
            “Apa aje yang you boleh kasi as return? Ayat pedas you?”
            Nunu menjeling. “Any girlfriend?”
            “Baru aje break.”
            Nunu jungkit kedua-dua belah keningnya. “Why?” teruja nak tahu.
            Alan gosok kepala Nunu. “Budak kecil tak payah tahu hal orang dewasa.”
            “Hello. Saya dah 21 tahun. Macam awak cakap, I’m old enough to make my own decision.”
            “Fine so-called-grown-up-kid.” ‘Dia gelar aku so called grown up kid?! Oh biadab.’
            “Perempuan. Biasalah. Nakkan perhatian lebih. Nak kita lebihkan masa untuk dia. They just don’t understand how we work.”

            “You won’t understand how it works sampailah orang tu mati.” Nunu sengih dan buang pandang ke luar tingkap. 

1 comment:

  1. Ayat Nunu, "Baik semacam dengan saya, janganlah harapkan balasan pula." 😅

    ReplyDelete