Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Saturday, May 20, 2017

DTM 7

Image result for TOM CRUISE WINK GIF 

Nunu kejap toleh kiri. Kejap toleh kanan. Tidak selesa. Sedangkan lelaki yang bernama Alan ini sedang duduk memandang komputer ribanya menaip entah apa-apa.
            “Macam mana saya boleh ada kat sini?” tanya Nunu.
            “Tak ingat?” matanya masih fokus di komputer riba.
            “Kalau saya ingat, saya tak tanya.”
            Alan sengih. ‘Betul juga.’
            “Kejap. Bagi I lima minit.” Ujar Alan.
            Nunu silang tangan dan bersandar di kerusi itu. Dia buat bunyi dengan mulutnya. Tik-tok-tik-tok. Sedikit mengganggu konsentrasi Alan, tapi dia sikitpun tidak mengendahkannya hingga kerjanya siap.
            “Alright. Done.” Alan tarik skrin komputer riba rapat ke papan kekunci.
            “Finally.” Perlahan suara Nunu mengeluh tapi cukup untuk lelaki itu dengar. Alan sengih sedikit.
            “So, Aina.”
            Nunu pandang tepat anak mata Alan. “Macam mana awak tahu nama saya?”
            Alan jungkit kening. ‘Obviously, IC. License.” Jawab Alan ringkas.
            “Awak selongkar barang saya?” sedikit tinggi suara Nunu pada jam 2 pagi itu.
            “It’s the right thing to do lepas you pengsan. Takkan I nak goncang you sampai bangun just untuk tanya nama you?” pedas.
            “Macam mana saya boleh pengsan?”
            Alan garu hidung. Nunu masih menanti jawapan dengan kening jungkit sebelah.
            “Still tak ingat? I thought I give you 5 mins to recall your memory.”
            “Er no. Awak cakap, kejap. Bagi I lima minit.” Ajuk Nunu dengan muka meluat.
            “Habis you buat apa lima minit tu?”
            “Nothing.”
            Alan ketawa.
            ‘What the heck mamat ni? Kelakar sangat ke jawapan aku?’
            “Time is precious. Don’t waste your time for nothing.” Nasihat Alan. Nunu menjeling dan senyum sinis.
            “You don’t know me. Saya lebih tahu menghargai masa daripada awak.”
            Alan tarik nafas dalam dan membaca kertas A4 di mejanya. “Nur Aina Bt Hussin. 21 years old. IC kata you tinggal dekat Damansara?” dia baca apa yang ditulisnya.
            “Lagi?”
            Alan angkat kepala memandang Nunu. “That’s all.”
            “Siapa awak sebenarnya?”
            “Doktor.”
            “Then I demand an explaination. Why am I here?” cukup terus-terang.
            “Because you passed out tepi jalan.”
            “When?”
            “Malam tadi.”
            “Why?”
            “Due to stress and over work.”
            “Maksudnya nothing serious lah kan?”
            “Yeah. Kinda.”
            “Alright. Thank you.” Nunu bangun dari kerusi dan tarik tiang besi itu untuk keluar dari bilik rehat itu. ‘Buat macam ofis sendiri pula mamat ni.’
            “Nak pergi mana?” Alan turut sama bangun.
            “Balik. Saya takde masa nak habiskan duit untuk duduk kat sini.”
            Cepat Alan menghalang. “You still need to rest.”
            “Kat rumah pun boleh rehat.” Nunu tepis lengan doktor itu.
            “You don’t have one. Don’t you?”
            Terkesima Nunu dibuatnya. Alan telan air liur.
            “Apa maksud awak?”
            “Sorry tapi you kena stay sini malam ni.”
            “No! Saya tanya awak apa maksud awak?” muka Nunu sudah merah padam.
            “Okay. Sorry I terbaca Whatsapp you dengan Auntie Ma..?”
            “Terbaca?!” potong Nunu. Dia ketap gigi.
            “I tried to call your last call. I tried to call your parents tapi talian semua dah takde dalam perkhidmatan..” cuba telefon ibu bapa? Kaep-pul (bulshit). Kau langsung tak telefon ibu bapa dia, Alan.
            “Yes because they died 3 years ago!” bentak Nunu.
            Alan cuba bertenang. Yes. Memang kepakaran dia untuk bertenang. “Alright I orang luar. So I know nothing about you. I kena cari orang yang boleh I call untuk contact dia bagi pihak you.”
            “That doesn’t give you permission to read my conversation!”
            “I’m sorry! But I have to.”
            Nunu genggam penumbuk. Terketar-ketar tangannya menahan marah. Tanpa berfikir panjang, terus dia mencabut I.V canulla yang melekat di tangannya dan dicampak jarum kecil itu dibiar tergantung di tiang. Sedikit darah mengalir keluar dari luka kecil itu.
            Nunu beredar dari bilik itu tanpa menoleh ke belakang. Laju dia menuju ke katilnya untuk mengutip semua barang peribadi.
            “Aina! Aina!” Alan cuba menyaingi langkah Nunu.
            Di laluan kaki lima hospital, Nunu menghentikan langkah dan berpaling. Alan sudah berdiri di belakangnya.
            “Jangan cuba nak masuk campur dengan hidup saya.” Ugut Nunu.
            “I’m trying to help.”
            “I don’t need it!”
            “Cik.. perlahankan suara. Pesakit lain nak berehat.” Ujar jururawat yang kebetulan ada di situ.
            “I don’t care! I don’t give a fuck about it!” jerit Nunu lagi kuat. Dua tiga pesakit yang terkejut dengan jeritan itu terus terjaga. Berkerut-kerut muka mereka.
            “Aina, please.” Alan masih cuba memujuk Nunu.
            Gadis itu hanya menjeling dan mencapai telefon bimbit dan begnya sebelum keluar dari hospital itu. Peduli apa dia dengan kos. Dia tak minta dihantar ke situ!
            Dengan kot putih, Alan berlari mengejar Nunu tanpa jemu. Lengan gadis itu direntap kuat sehingga tubuh kurus itu terkebelakang.
            “You nak pergi mana pagi-pagi buta ni?”
            “Awak siapa nak ambil tahu mana saya nak pergi? Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya.”
            “Okay fine. You duduk mana? I hantar.”
            “Saya boleh balik sendiri.”
            “Aina, it’s 2.30 a.m! Mana ada public transport dah.”
            “Macam mana saya nak balik, itu terpulang pada saya. Awak siapa hah yang nak sibuk dengan hidup saya?”
            “I’m trying to help!” tegas Alan.
            “You’ve done enough.”
            “You ingat I boleh biarkan you macam tu aje lepas tahu apa yang jadi dengan you? For God sake, you try to kill yourself, Aina! And I’m not gonna let it happen again.”
            Nunu terdiam sejenak.
            “Ini hidup saya. Awak jangan masuk campur.”
            “I tahu, you’ve been through a lot. Tapi bunuh diri bukan jalan pintas, Aina.”
            “Awak tak duduk kat tempat saya. Jangan cakap macam awak faham semuanya.”
            “You tahu tak betapa nyawa itu penting?”
            Nunu ketawa sinis. “I’ve lost four already. You wanna talk about how important life to me? Jeez. Try to lose one.” Cabar Nunu.
            “Aina, I’m a doctor. I dah tempuh banyak benda. Jangan hanya tengok kehidupan dalam comfort zone you.”
            “Saya tak nak cakap dengan orang yang takkan pernah faham apa yang saya rasa. Buang masa tahu tak.” Nunu terus melangkah. Sekali lagi lengannya dicapai. Pegangan itu kuat.
            “Fine. Spend just one day here. I’ll show you how’s life precious to everyone.”
            Nunu pandang Alan tidak berkedip. ‘Kenapa dia beriya?’


JARUM JAM sudah merangkak ke angka 5 pagi. Sunyi sepi hospital. Hampir dua jam dia di unit kecemasan. Ada beberapa pesakit yang masuk ditolak menggunakan katil beroda. Pantas betul kaki ahli-ahli paramedik berlari.
            Alan memintanya untuk berehat di bilik rehatnya apabila dia lihat Nunu sudah tersengguk-sengguk di kerusi. Diikutkan, bilik itu cuma untuk kakitangan sahaja, tapi entah.. lelaki itu buat macam bilik itu dia yang punya.
            5.45 pagi. Nunu tersedar dari tidur bila pintu bilik ditolak. Kelibat Alan kelihatan. Dia terduduk di birai katil bertentangan dengan Nunu. Barangkali keletihan. Baru sahaja lelaki itu ingin melelapkan mata, telefonnya berdering. Dengan pantas dia bergegas keluar.
            Nunu bangun dan mengekori langkah Alan secara perlahan. Teragak-agak juga dia untuk mengikuti lelaki itu.
            Bau hanyir darah kuat menyengat hidungnya. Katil itu menderu laju lalu di sebelahnya. Jantung Nunu seakan berhenti berdegup.
            Mangsa kemalangan jalan raya. Berumur 45 tahun. Seorang duda beranak satu. Anaknya kecil lagi berumur sekitar 10 tahun. Kecederaan tidak separah bapanya.
            Alan sempat memandang Nunu yang kaku di tepi dinding. Lelaki itu hanya menolehnya sekilas sebelum bergegas masuk ke dalam dewan bedah.
           
SELESAI SOLAT Subuh, Nunu kembali duduk di sebelah kanak-kanak kecil yang sedang tidur di katil pesakit. Jemari itu diusap perlahan.
            “Aina.” Namanya dipanggil suara yang dia kenali itu.
            “Macam mana dengan ayah dia?” merujuk kepada si kecil yang masih tidur itu.
            Alan menggeleng.
            Automatik air mata jatuh dari empangan mata. Seakan berulang sejarah lama aje.
            “You see, budak tu baru sepuluh tahun. Terlalu muda untuk hadam apa yang terjadi. But you.. you’re 21. Cukup tua untuk decide what type of life yang you nak create. Kalau you rasa you tak kuat untuk semua ujian ni, you fikirkan dia. 10 years old.. Try to walk by the ICU. Kami doktor tak belajar lebih 5 tahun untuk sia-siakan walaupun satu nyawa. Kami berhabis tenaga, berhabis duit, just untuk selamatkan one precious life. And you think ending it is the final solution? Fikir semula.” Alan senyum nipis. Nunu terdiam beberapa saat sambil matanya menangkap reaksi anak kecil yang meronta-ronta minta dilepaskan oleh jururawat yang cuba menenangkannya.
            “Hey.” Panggil Nunu.
            “Nama awak apa?”
            “Alan.” Jawab Alan.
            “So do I call you Al?”
            “El.”
            “El? Than your name is suppose to be pronounced as Elan.” Nunu jungkit kening.
            “It’s Alan. You can call me El, Nunu.” Alan kenyit mata sebelum berlalu pergi.

            Nunu terpinga-pinga. Dia panggil aku apa?

No comments:

Post a Comment