Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Saturday, May 27, 2017

DTM 9

Image result for tom cruise top gun wink gif

“Assalamualaikum.” Sapa Alan. Nunu berdiri di belakang Alan. Senyap aje dia dari tadi.
            “Waalaikumussalam. Hey.” Lebar senyum wanita itu.
            “Kak, ni Aina.” Alan perkenalkan Nunu. Nunu senyum nipis. Gril besi ditolak ke luar sedikit.
            “Hai. Masuklah. Nama akak Balqis. Boleh panggil kak Bal aje.”

NUNU henyak punggung di atas katil yang sudah ditukar cadar untuknya. Alan dan Balqis masih bersembang di hadapan pintu.
            Tudung ditarik keluar. Dia mengemas apa yang patut sebelum pintu biliknya diketuk.
            “Aina dah makan?”
            “Dah.”
            “El dah cerita dekat akak macam mana dia kenal dengan Aina. Tapi dia panggil Aina, Nunu?” Balqis ambil tempat di kerusi belajar.
            “Oh. Aah. Haha. Selalunya orang yang rapat dengan Aina aje panggil Aina, Nunu.”
            “So dia rapatlah dengan Aina?” sengih Balqis.
            “No! Tak! Aa.. akak ni ke ex-girlfriend dia?” Nunu jadi serba salah. Dengan siapa dia kasi aku duduk ni.
            Balqis ketawa. “Bukanlah. Akak senior dia waktu belajar.”
            “Oh.” Tersipu-sipu Nunu dibuatnya.
            “El cakap Nunu ada interview hari Rabu ni kan?”
            ‘Dia panggil aku Nunu?’
            “Aah.”
            “Nunu tahu tak nak gerak ke sana macam mana?”
            “Al dah tunjuk public transport mana yang boleh guna.”
            “Alright then. Rehatlah dulu. Akak nak iron baju sebab kejap lagi akak nak masuk kerja dah.”
            “Akak doktor juga ke?”
            “Aah. Cuma hospital tak sama dengan El.” Balqis bangun dari duduknya.
            “Oh yea. El kirim salam.” Sempat Balqis mengenyit mata pada Nunu. ‘Eh kembang pula tekak aku ha.’

AUNTIE MA tolak daun pintu biliknya. Melihatkan kasut dan barang-barang Nunu sudah tiada di bilik hujung, dia jadi senyum sendiri.
            “Dia dah keluar?” tanya Uncle Adam.
            “Dah la kot. Barang dia semua takde dah.”
            “At last. Tapi actually bagus juga dia duduk sini. Kita tak payah hire orang gaji. Dia sediakan breakfast kita. Semua kerja rumah dia boleh buat.” Uncle Adam sandarkan bagasi di sebelah almari.
            “Meluatlah I tengok muka dia hari-hari.” Auntie Ma terus labuh punggung di atas katil. Tidak semena-mena dia menjerit kuat. Terpinga-pinga Uncle Ada dibuatnya.
            “Kenapa yang?”
            Auntie Ma selak selimut tebal yang menutupi katil. Paku payung bertimbun di bawahnya! Kurang ajar punya anak sedara!
            “Maa!!! Boomslang abang hilang!” Jojo terkejut bila melihat akuarium yang dia tempatkan ular jenis Boomslang itu hilang. Kosong akuariumnya! Boleh jadi dia masih terlepas di dalam rumah ini.
            Memang Nunu sengaja buka penutup akuarium itu. Boomslang adalah antara ular pokok yang sangat merbahaya. Nampak aje cantik, tapi rupa tak menggambarkan dirinya yang sebenar.
            “Sebelum pergi haritu Jojo tak tutup ke penutup dia?” marah Auntie Ma.
            “Tutuplah! Gila tak tutup??” masing-masing sudah risau.
            “Ma!” Ekal berlari ke bilik mamanya. Semua koleksi jam tangan mahalnya habis dikopak penutup baterinya. Entah mana Nunu sorokkan penutup bateri itu entah. Muka Ekal sudah merah padam tidak berkata apa-apa kepada ibu bapanya. Dia hanya menunjukkan satu bekas jam yang sudah berterabur.
            “Ni semua mesti kerja Nunu!” Auntie Ma ketap gigi.
            “Apa bising-bising ni?” Adlin pelik mendengar bunyi kecoh dari bilik mamanya.
            “Barang adik ada hilang atau rosak tak?” tanya Uncle Adam. Adlin menggeleng. Padahal dia yang paling banyak menyakitkan hati Nunu.
            “Alright. That’s good enough.” Auntie Ma hela nafas lega.
            “Tapi sekarang kita kena cari Boomslang.” Gesa Uncle Adam.
            “Boomslang hilang?!” terbeliak mata Adlin.
            Merata mereka mencari. Adlin lihat bawah kereta Renault kesayangannya. Boomslang tiada di situ. Tapi apa yang dia jumpa lebih mengejutkan.
            “Nur Aina!!!!!!!!” habis satu taman boleh dengar kuasa jeritan Adlin apabila terlihat kesan panjang calar sepanjang sisi keretanya. Tadi tak perasan pula waktu nak masuk rumah.
            Dan Nunu tak bodoh. Dia segera menukar nombor telefonnya. Ketawa dia berdekah-dekah saat dia menceritakan kepada Balqis apa yang dia lakukan kepada keluarga makciknya itu.
            “Ya Allah, tak baik tau Nunu!” Balqis tidak dapat menahan tawanya.
            “Goodluck lah cari Boomslang.”
            “Nunu, ular tu bahaya tau.” Dalam gelak, Balqis sempat menasihati.
            “Dia orang tak bodoh la kak Bal. Dia orang takkan cari sendiri Boomslang tu. Paling-paling dia panggil bomba suruh cari.”
            Balqis menggeleng kepala. Hilang stressnya bekerja. “Nunu..Nunu.. nakal awak ni.”
            “Eh. Nunu lupa buang sampah hari tu lah!” dia baru teringat sampah lauk-pauk hari terakhir dia di rumah itu.
            “Nunu! Habislah berulat!”
            “Ops.” Okay ni dia betul-betul terlupa.

DIA TAK SILAP BACA. Berkali-kali dia baca nama syarikat itu. Hari temu duga menjelang jua. Pelbagai soalan bermain di dalam kepalanya. Tak payah bagi alamat pun dia tahu lah macam mana nak pergi ke syarikat itu.
            Dengan kaki kanan Nunu melangkah masuk ke lobi bangunan. Kali terakhir dia masuk ke dalam bangunan ini ketika dia berumur 14 tahun. Selepas Ashraf meninggal, tidak pernah sekali pun dia menapak ke bangunan ini.
            Tempat ini yang paling dia benci suatu ketika dahulu. Dada yang sedang berombak kencang cuba ditenangkan.
            ‘Kau siapa, Alan?’
            Setengah jam menunggu untuk ditemu duga, gilirannya tiba.
            “Silakan duduk.” Panel senyum ramah. Tapi tidak sekelumit pun senyuman meniti di bibir Nunu.
            “Ni yang Alan recommend.” Dua panel itu berbisik.
            “Saya diberitahu awak datang ke sini lepas dapat recommend dari encik Alan. Betul?” soalan pertama keluar dari mulut lelaki separuh abad yang bernama Zubir itu.         
            Nunu mengangguk.
            “Alright then. Boleh awak beri saya dokumen apa yang awak bawa?”
            Nunu keluarkan hanya satu sijil. Sijil SPM. Semua sijil lain dia simpan. Sudah mati keinginannya untuk bekerja di sini.
            “Ini aje?” Puan Rozita seakan tidak percaya.
            “Ini aje yang saya ada.”
            Kedua panel itu berbisik antara satu sama lain. 10 A+ kot.
            “Result awak ni cantik. Kenapa awak tak sambung belajar?” Encik Zubir aju soalan.
            “Sebab ibu bapa saya meninggal waktu saya first semester diploma. Saya takde punca kewangan untuk tanggung saya belajar.”
            “Melihatkan dari keputusan SPM awak ni, awak mesti orang yang cepat belajar.” Puji Puan Rozita.
            “I don’t know. You’re the panel, you can judge me.” Sinis betul senyuman Nunu. Puan Rozita tarik muka masam. ‘Apa berlagak sangat budak ni. Takde etika!’
            Selepas hampir sejam bersoal jawab, akhirnya temu duga itu berakhir. Puan Rozita dan Encik Zubir sekeras-kerasnya menolak nama Nunu dari jawatan yang ditawarkan.         
            ‘Susah nak ambil pekerja yang takde adab.’
            “Kami akan beri jawapan secepat mungkin. Terima kasih.” Ujar Encik Zubir. Nunu mengangguk. Salam pun tidak, Nunu terus keluar dari bilik temu duga itu. Sesak nafasnya!
            “No way I nak hire dia.” Puan Rozita menggeleng laju.
            Tak sampai lima minit temu duga itu berakhir, telefon Encik Zubir berdering. Alan di panggilan.
            “Hello, Alan.” Sapa Encik Zubir.
            “So macam mana? Dia okay?” Alan gigit bibir bawah. Tak sabar nak dengar jawapan pekerja bapanya itu.
            “Not her.”
            “What? Why?” terkejut Alan dibuatnya.
            “Dia ada bad attitude. Dia tak nampak macam betul-betul nakkan position ni aje.”
            “Maybe dia nervous kot.”
            “Nervous apa kalau jawab pun biadab! Berpatah-patah kita tanya, sepatah aje yang dia jawab. Beauty with brain, you kata? Memang. Tapi cukup pakej dengan bad attitude!” adu Encik Zubir.
            “Ala uncle. Please.. she had a really tough moment right now.”
            “Sepatutnya kalau life dia seteruk macam yang Alan bagi tahu, tak ke supposely dia sekarang begging us for the position?”
            “Uncle please! Tolong Alan kali ni aje.” Rayu Alan.
            “She had this attitude la. Susah la nak kerja dengan orang macam ni.” Rungut Encik Zubir.
            “I’ll help you. I promise. Let me talk to her. I know dia slowly boleh berubah.”
            “Haih. You better be.”

            Alan senyum sampai ke telinga. 

2 comments:

  1. Yeay! Finally. Hehe thank you kak syud. :) Btw company tu ada kaitan dgn masa lalu Nunu ke?

    ReplyDelete