Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Thursday, May 18, 2017

DTM 6

Image result for tom cruise doctor coat tumblr gif

Nunu tarik apron McDonald dari pinggangnya. Dia tersenyum melihat mesej Dalila dan Ajda di group Whatsapp.
            Dalila   : Aku rindu kau ajar aku. Aku dah tepu gila ni!
            Ajda    : Aku perlukan kau, Nu!!
            Nunu   : Hahaha. Kau orang boleh punya. Goodluck babies.
            Ajda    : Kau boleh tolong teman kita orang belajar tak?
            Nunu   : Aku kena kerjalah babe. Tapi aku try tengah malam bila aku free.
            Dalila   : Tak payah la macam tu. Kau pun kena rehat juga.
            Ajda    : Sorry Nu. Tapi aku rindu gila kau!
            Nunu   : Kejap aje kau orang dah last semester.
            Ajda    : Hm. Kalau tak, kita dah boleh grad sama.
            Nunu   : Hehe. Takpe. Takde rezeki aku. Study smart. Love u.
            Dalila   : We love you more baby girl!
            Nunu   : Aku nak pergi kerja ni. Bye!
            Sudah jam 11 malam. Dia segera menuju ke 7 Eleven dan menukar uniform. Dia terus ke bilik belakang dan meminta kawannya tolong ‘cover’ dia untuk beberapa minit.
            Dia tarik tudung hitam untuk mengambil wuduk. Sejak berhenti dari universiti, dia berjinak sendiri membeli tudung dengan saki baki duit simpanannya. Dengan duit itu juga dia pergi mencari kerja.
            Susah betul budak lepasan SPM nak dapat kerja yang lebih elok dari part timer. Ke dia yang tak pandai cari?
            7 pagi baru dia pulang ke rumah. Tubuhnya sudah letih dan lesu. Tapi dia masih belum boleh rehat. Dia menyediakan sarapan pagi untuk Auntie Ma, Uncle Adam dan anak-anak mereka.
            Pelik bila tiada suara pun kedengaran di dalam rumah itu. Masih belum bangun ke? Nunu menghidang nasi goreng, telur goreng, hot dog, roti bakar, sos cili, mayonis dan beberapa potongan timun dan tomato.
            Jarum jam sudah berganjak ke angka 8 pagi. Tapi masih tiada tanda-tanda mereka hendak turun.
            Nunu panjat tangga ke tingkat atas. Dia ketuk beberapa kali pintu bilik Auntie Ma dan Uncle Adam, tapi tidak bersahut. Dia beranikan diri untuk membuka pintu itu.
            KOSONG!
            Nunu pergi ke bilik Jojo (abang sepupu pertama yang berusia 26). Kosong juga. Pintu bilik Ekal (abang sepupu kedua berusia 24 tahun). Sama. Bilik Adlin juga tidak berpenghuni.
            Ke mana mereka pergi?
            Nunu langkah lemah ke meja makan. Dia menunggu hingga jam 9 pagi. Takde orang balik pun. Jam 12 pula dia kena pergi kerja. Akhirnya Nunu tertidur di meja makan.
            Jam 11 dia dikejutkan dengan getaran dari telefon bimbitnya. Sempat dia sapu air liur yang meleleh.
            Auntie Ma       : Tolong tengok pintu belakang, dah kunci ke belum.
            Nunu               : Nunu dah siapkan breakfast.
            Auntie Ma       : Oh god. I lupa nak bagitau you. Kita orang dah berangkat ke Budapest malam tadi. We’ll be home next week.
            Nunu genggam kuat telefon bimbitnya. Air matanya bertakung. Merah bingkai matanya. Menggeletar tubuhnya menahan amarah yang teramat.
            Tak nak ajak, takpe. Tapi tak boleh ke beritahu awal-awal?

11 MALAM. Nunu turun dari teksi di tepi jambatan Putrajaya. Jambatan itu kelihatan lengang. Mungkin sebab bukan malam minggu, orang tak ramai melepak.
            Pandangan Nunu hilang jauh ditenggelami air tasik. Di bawah separa sedar, Nunu panjat tebing itu.
            “Aku takde nanti, kau kena kuat. Macam mana pun, kau tak boleh mengalah. Kalau kau mengalah, kau bukan adik aku.”
            Pesan Ashraf bermain di dalam kepala.
            “Apa guna aku kuat kalau kau takde kat sini? Aku dah sehabis kuat, abang! Bukan aku tak cuba, aku cuba! Tapi takde orang hargai apa yang aku buat! Kau patut hidup lagi tujuh bulan, tapi kau pergi lepas sehari! Itu ke yang kau kata kau tak mengalah?!” jerit Nunu.
            Peliknya sebiji kereta pun tidak lalu di situ. Lengang dan sepi.
            Alan yang mendengar suara teriakan dari atas terus mendongak ke atas. Memekik pula tengah-tengah malam ni.
            Bulat matanya melihat kelibat seorang wanita yang berdiri di atas tembok jambatan. Dia baru nak layan perasaan, dah kena kacau!
            Tanpa berfikir panjang, Alan terus berlari naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan dia menghampiri Nunu.           
            “Cik.” Panggil Alan dari belakang.
            Nunu terkejut dengan sergahan dari belakang itu. Dia bingkas menoleh.
            “Kau nak apa?” mata Nunu sudah bengkak dek menangis tidak berhenti.
            “Aaa.. boleh pinjam phone?” tanya Alan. Nunu kerut dahi. Orang mati tak perlukan telefon.
            Dia terus campak telefon bimbitnya ke arah Alan. Terpinga-pinga lelaki itu dibuatnya. Dikutip jua telefon itu.
            Nunu kembali memandang ke arah tasik.
            “Cik!” dia dipanggil lagi.
            “Apa dia lagi?!”
            “Boleh saya pinjam untuk call?”
            “Guna ajelah! Aku dah bagi tu, kau buatlah suka hati kau dengan phone tu.” Nunu naik geram.
            Jantung Alan berdegup laju. Dia cuba buka telefon bimbit Nunu. Sampai satu masa, kepala Nunu kosong. Kosong sekosong-kosongnya. Kalau ditanya namanya ketika ini pun dia boleh tak ingat.
            “Cik, phone ni ada password. Boleh tolong tunjukkan password?” Alan mendekati Nunu apabila wanita itu langsung tidak menangis atas berbunyi sedikit pun.
            Nunu pandang Alan untuk kali ketiga. Lelaki itu tidak jauh darinya. “Awak percaya Tuhan tak?” Nunu acu soalan.
            “Hah? Mestilah. Kalau takde Tuhan, kita tak wujud.” Alan melangkah setapak lagi.
            “Kenapa Dia wujudkan kita just untuk seksa kita?”
            “Dia bukan seksa kita. Itu ujian yang Dia kasi. Nak tengok sama ada kita beriman atau tidak. Awak beriman tak?” satu langkah lagi.
            “Sampai bila Dia nak uji?”
            “Dia tahu limit kita apa. Dia takkan uji kalau kita tak boleh hadapinya.”
            “Well.. I’ve reached my limit.” Nunu pandang ke bawah. Kaki diangkat sebelah. Alan terkejut tetapi dia lebih pantas menarik baju Nunu dari belakang membuatkan gadis itu terjatuh ke lantai konkrit yang hanya beberapa sentimeter dari tembok jambatan.
            Darah dari wajah Alan hilang! Pucat terus mukanya. Kali pertama dia berdepan dengan orang yang nak bunuh diri. Dilihatnya Nunu tidak menyedarkan diri.
            Selepas beberapa saat baru dia teringat sesuatu. Dia letak ibu jari Nunu ditelefon bimbit. Unlock!
            Dia lihat panggilan terakhir yang dibuat Nunu. Lebih kurang 15 panggilan dibuat kepada penama ASHRAF. Alan merengus lemah. Teragak-agak dia mendail nombor itu.
            “Nombor yang anda dail tiada di dalam perkhidmatan.” Dia lihat wajah Nunu yang terkulai layu di lantai konkrit yang sejuk. Dia tarik nafas sedalam-dalamnya. Dia buka aplikasi Whatsapp. Nama yang paling atas ialah Auntie Ma.
            Apabila dia membaca mesej terakhir Nunu, hatinya sayu.
            Nunu   : Apa salah Nunu? Nunu tak minta abang Ash dengan abang Afgan mati dulu dari Nunu! Jauh sekali nak minta mama dengan ayah pergi dalam masa yang sama! Nunu tak minta jadi yatim piatu. Nunu tak minta lebih dari auntie Ma, Nunu cuma minta dihargai! Disayangi macam orang lain! Apa yang Nunu buat sampai auntie Ma benci Nunu? Sebab Nunu bagitahu auntie Ma yang abang Jo dengan Ekal raba Nunu? Nunu bukan budak-budak lagi auntie Ma, nak mengadu benda-benda merepek. Nunu cuma nak kasih sayang..
            Auntie Ma       : Baru sekarang kau tunjuk belang kau? Kau ingat aku bela kau sebab aku nak? No way, Aina. Kalau bukan sebab insurans mak ayah kau, aku takkan terhingin nak ambil kaulah. And jangan kau ingat suami aku akan bela kau walaupun dia tu bapa sedara kandung kau. Hampir 3 tahun aku bela kau sebab suami aku fikir, kita orang dah bolot semua insurans nyawa abang ipar dengan kakak ipar aku, so kita orang kena jaga kau! But enough is enough. Aku ingat nak buat baiklah sikit, tapi bila kau dah tunjukkan belang kau macam ni.. jangan harap aku nak menyara kau lagi. Sekarang, kau boleh berambus dari rumah aku! Yang aku tahu, aku balik dari Budapest nanti, batang hidung kau dah lenyap! Lagi bagus kalau kau mati ikut mak ayah kau!
            Alan terus mencempung tubuh kurus Nunu masuk ke dalam keretanya. Sempat dia membelek jemari Nunu. Kasar. Dengan parut sana sini. Mungkin kesan dari besi atau minyak.

“AKU SAYANG KAU.” Nunu terus terjaga dari tidurnya. Suara Ashraf begitu dekat dengan telinganya. Tapi sayangnya, ungkapan itu hanya dalam mimpi.
            Dia lihat syiling plaster yang dihiasi dengan lampu neon. Kelilingnya ada rel yang digantung langsir hijau. Sejuk penghawa dingin menggigit dagingnya.
            Nunu cepat-cepat bangun dari baringnya. Dia selak langsir yang menutupi keliling katil.
            Dua orang wanita yang sedang berjalan memakai pakaian berwarna putih dengan topi perawat dipandang sepi. Jarum nipis yang tercucuk di bawah kulit tangannya menyambungkan sumber air.
            Nunu bangun dan menolak langsir yang menutupi katilnya. Tiang besi berisi beg air itu ditarik hingga ke kaunter.
            “Cik.” Suara Nunu sedar.
            Terkejut jururawat itu melihat muka pucat Nunu.
            “Eh, cik dah sedar? Kejap saya panggil doktor Alan ye.” Telefon terus ditekap ke telinga.

            ‘Siapa doktor Alan?’

2 comments:

  1. Owh ini ke Dr Alan? Hero dah muncul. Moga2 ada pelangi yang akan muncul selepas lebatnya hujan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Ain SyuhadaMay 20, 2017 at 10:07 AM

      hehehe. hopefully :D

      Delete