Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Thursday, May 18, 2017

DTM 5

Image result for alexandra daddario hall pass crying tumblr gif 

“Kau tengok tak Afiq pergi kelas macam mana tadi? Dah jadi ustazah weh! Bertudung bagai.” berdekah Ajda ketawa. Nunu hanya tersengih. ‘Cari pasal lagi dengan aku. Mendapat!’
            “Aku ingat kau ni jenis yang kasi lepas aje semua yang cari pasal dengan kau.” Dalila teguk air limau ais dalam plastik. Lejen kan?
            “Heh no way lah.” Nunu pantas berjalan menuju ke kelas pertamanya.
            “Nur Aina!” namanya dipanggil dari belakang.
            “Aina.” Sekali lagi nama itu dipanggil. Nunu menoleh. Ashraf bergegas lari mendapatkan Nunu dengan nafas yang tidak teratur.
            “Kenapa?”
            “Kelas apa?”
            “BEL.”
            “Eh, samalah. Lecturer siapa?”
            “Madam Gurumin.”
            “Kita satu kelaslah!” sengih Ashraf.
            “So?”
            “Hah? Jomlah pergi sama.” Berseri-seri muka Ashraf dibuatnya.

TIGA MINGGU lagi peperiksaan akhir semester akan berlangsung. Ini bermakna sudah hampir enam bulan dia di sini. Tapi kawannya cuma empat. Ajda, Dalila, Fat dan Zainab.
            Sedang dia memasukkan baju ke dalam mesin basuh di bilik dobi, telefon bimbitnya berdering nyaring. Mama.
            “Hello.” Sapa Nunu.
            “Hello. Adik! Adik, ayah masuk hospital! Heart attack.” Suara mamanya kedengaran tergesa-gesa dan sedang menangis.
            Telefon Nunu terlepas dari pegangan. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Tak. Tak mungkin. Nunu segera capai semula telefon bimbitnya dan berlari terus ke bilik. Dia meninggalkan pakaiannya yang separuh di dalam mesin dan separuh lagi di dalam bakul.
            Nunu segera menukar pakaian dan mengikat ‘hair bun’ sebelum mencapai begnya.
            Nasib baik depan universiti ni memang para teksi selalu berkumpul. Segera dia masuk ke dalam perut teksi dan menggesa pemandu itu menuju ke hospital.

“MA.” Nunu mendekati mamanya. Wanita itu sudah lembik di tepi dinding. Sebak rasa hatinya.
            “Apa jadi?” tanya Nunu.
            “Ayah.. ayah..” air mata Puan Siti jatuh bercucuran.
            “Slow-slow. Cerita kat Nunu slow-slow.”
            “Kawan ayah.. habis semua.. habis semua harta kita.. kita dah bankrap, Nunu!” meraung mamanya menceritakan. Walaupun Nunu masih belum pasti cerita penuh, dia dia sudah dapat dengar kata kunci. Bankrap. Ayah terkejut dan pengsan. Sakit jantung.
            “Macam mana Nunu.. mana mama nak cari duit untuk surgery ayah?” teresak-esak tangisan mamanya.
            “Berapa kos surgery ayah?”
            “Dua puluh ribu dik! Dua puluh ribu. Kita dah papa kedana!”
            Nunu berfikir sejenak. Pembedahan perlu dilakukan segera. Itu pun peluangnya tipis. Tapi dia tahu, walaupun peluangnya lima puluh peratus, itu masih peluang.
            “Ma.. bangun ma. Duduk kat kerusi.” Nunu bantu papah mamanya untuk duduk di kerusi.
            “Nunu ada duit. Kita buat surgery ayah dulu okay?”
            Puan Siti pandang ke dalam anak mata Nunu. Dia dapat cari punca harapan di situ. Terus tubuh kecil Nunu dipeluk rapat.

SEPANJANG ayahnya berada di dalam bilik pembedahan, dia memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Mamanya beritahu yang kawan ayahnya menarik semua harta mereka dengan bantuan peguam syarikat dan mereka diarahkan keluar dari rumah serta-merta.
            Rasa marah membuak-buak di dalam diri Nunu. Marah macam mana pun dia kepada orang tuanya, tapi dia takkan pernah membiarkan orang lain menyakiti mereka.
            Wang simpanan dikeluarkan hanya untuk membantu ayahnya. Selepas beberapa jam di dalam bilik pembedahan, doktor akhirnya keluar.
            Nunu segera mendekati doktor yang sudah berusia 60-an. Wajah lelaki itu muram. Ayat cliche yang doktor akan sentiasa gunakan. “Kami sudah buat yang terbaik, tapi Allah lebih menyayanginya.”
            Tahu rasanya seperti apa? Saat hilang tempat bergantung itu seumpama hilang tiang rumah. Bila-bila boleh roboh.
            Puan Siti terus pengsan apabila mendengar ungkapan itu. Nunu tahu kini.. dia sendiri.

DIA pernah harung satu tahun dengan dua kematian. Dan kini dia terpaksa mengharungi satu hari dengan dua kematian juga. Kakinya longlai. Di usia 18 tahun, dia hilang seluruh ahli keluarganya.
            “Nunu.” Auntie Ma memeluk bahu Nunu dari belakang. Air mata Nunu sudah kering. Dia tidak tahu berapa banyak lagi tangisan yang perlu dia keluarkan.
            Dua tanah merah di hadapannya dipandang sepi. Usai pengebumian, dia masih tidak mahu berganjak dari tempat itu.
            “Nunu cuma nak masa ayah dengan mama. Look at us now. Ayah dengan mama betul-betul duduk kat situ. No more work, no more money. I can have all of you now.” Senyum Nunu walaupun pahit.
            “Nunu, jom kita balik.” Ajak Auntie Ma.
            Maria sudah sedia maklum tentang harta abang iparnya yang disita. Nunu sudah tidak ada tempat berteduh. Nunu kini sebatang kara.
            Selepas dipujuk beberapa kali, baru Nunu setuju untuk pulang dengan makciknya.
            Rumah banglo itu sedikit kecil dari milik ayahnya. Tapi dia sudah cukup bersyukur yang makcik dan pakciknya sanggup membelanya walaupun mereka sudahpun ada tiga orang anak.
            Tapi untuk Nunu, menapak di rumah ini bukanlah pengakhiran indah buatnya.

BAKI akaun bank cuma tinggal sepuluh ribu. Dia tahu jumlah itu tidak cukup untuk menampung pembelajarannya. Awalnya memang pengajiannya ditanggung penuh ibu bapanya. Tapi sekarang, dia perlukan bantuan.
            Dua cuba pohon bantuan. Tapi makcik dan pakciknya sedikitpun tidak mahu menjadi penjaminnya.
            “Buat apa belajar lagi? Kau bukan ada duit pun.” Auntie Ma mula tunjuk belang.
            “Nunu nak minta tolong auntie Ma jadi penjamin untuk pinjaman Nunu. Boleh tak?”
            “Aku jadi penjamin kau? Hah! Apa kau boleh kasi kat aku bila kau dah graduate? Buat apa aku berhabis duit untuk kau, sedangkan aku tahu akhir nanti kau kahwin dan tinggal dengan suami kau? Habuk untuk aku pun takde. Ini kira cukup baiklah aku sudi kutip kau dari merempat tepi jalan tau. Jangan nak berlagak kaya lagi dah. Kau bukan lagi anak orang kaya, tapi papa kedana!”
            Nunu tahan air mata dari tumpah. Dia kuat. Dia tahu dia kuat.
            “Ma, ma tengok tak Renault baru keluar tu?” Adlin turun dari tingkat atas mendekati ibunya. Telefon bimbit ditunjukkan kepada si ibu.
            “Cantik. Kenapa?” Auntie Ma sengih-sengih melihat anak bongsunya yang sebaya dengan Nunu.
            “Kalau adik dapat 3 pointer, boleh tak mama kasi ni as hadiah?” sengih Adila.
            “3.5 la.”
            “Susah la ma.. 3 la..” pujuk si bongsu.
            “Fine.” Auntie Ma pandang Nunu dengan sengihan menyindir.
            ‘3.5 pun susah nak dapat ke? Lepas tu gigih nak Renault. Stupid spoiled kid.’ Gumam Nunu.
            “Berhenti study. Kau jangan ingat kau boleh duduk sini percuma. Makan pakai kau semua aku nak kena tanggung tahu tak? Kerja! So that kau boleh bayar balik duit yang aku dah gunakan untuk kau.” Ujar Auntie Ma.
            ‘Makan pun sisa anak-anak kau. Beli baju jauh sekali. Tara kasi baju anak-anak kau yang dah tak nak digunakan pun nak kecoh. Busuk betul hati.’ Bisik hati kecil Nunu. Tapi dia tiada pilihan. Sebaik-baik rumah adalah dengan keluarga sendiri.
            Nunu akhirnya mengalah dan terus berlalu ke biliknya. Dia kira bernasib baik juga lah sebab diberi bilik yang jauh daripada sepupu-sepupunya yang lain. Rimas betul bila dua orang abang sepupunya tak habis-habis pandang dia macam nak telan. Atas bawah pula tu! ‘Aku cucuk mata tu kang berlubang.’
            Beberapa kali Nunu mendail nombor Zulfathi tetapi tidak berangkat. Kali ketujuh dia mendail nombor akhirnya diangkat juga!
            “You busy ke?” tanya Nunu.
            “Hm.” Jawab Zulfathi acuh tak acuh.
            “You kenapa? Takde mood ke? I Whatsapp you pun, dah dua hari you tak reply.”
            “I busylah dengan assignment I.”
            “Hm.. I rasa I kena berhenti study la. Sebab Auntie Ma tak nak jadi penjamin I. I tak cukup duit nak biaya sendiri yuran.” Adu Nunu.
            “Habis tu? You nak I bayarkan yuran you ke?” suara Zulfathi kedengaran keras.
            “What? No! I just cerita kat you aje. Yang you angin macam ni kenapa?” Nunu tinggi suara. Geram pula dia.
            “I malas la nak dengar masalah macam ni. Small matter aje kan. Parents you pun memang dah bankrap. Berhenti ajelah study kalau dah tak mampu.” Sinis suara Zulfathi.
            Nunu terkejut mendengar apa yang baru dia dengar.
            “You.. kenapa?”
            “I kenapa?” dengar jelas di telinga Nunu suara Zulfathi yang sedang mengeluh. “Kita stop ajelah relationship ni. I takde masalah nak bercinta. Assignment I banyak daripada nak fokus kat you.”
            “Kalau assignment you banyak, I faham. I boleh aje tak contact you. Perlu ke sampai break?”
            “Dahlah Aina.”
            Aina. ‘Dia panggil aku Aina. Dia cuma akan serius bila dia sebut Aina.’

            “Kita break ajelah.” Ulang Zulfathi.

4 comments:

  1. Kesiannya Nunu. Just in a day, she lost her parents 😢
    Another thing, dishonest in relationship are spot there 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, it does exists in real world. Kadang-kadang kita tengok orang tu baik sangat dengan kita. we wont know until we had nothing to offer.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. And.. At that time we will know who are sincerely being our friends and who are only want to take an advantage over us :')

    ReplyDelete