Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Saturday, May 13, 2017

DTM 1

Image result for alexandra daddario cry gif 

“Aku takde nanti, kau kena kuat. Macam mana pun, kau tak boleh mengalah. Kalau kau mengalah, kau bukan adik aku.” Pesan Ashraf.
            Nunu peluk tubuh sambil bersandar di kerusi. Matanya menjeling dan memandang tempat lain. Matanya sudah merah.
            “Kau dengar tak?” kerut dahi Ashraf.
            “Adik tak mengalah kalau abang pun tak mengalah.” Mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Ashraf sengih dengan bibir pucat dia.
            “Kau pernah tengok aku mengalah ke? Sampai hari ni aku hidup lagi tau.” Ketawanya lemah. ‘Bad joke.’ Rengus Nunu.
            “C’mon. Muka macam cekodok basi kenapa? Aku ada lagi 7 bulan lah. Mana nak tahu berkat doa kau, 7 bulan boleh jadi 7 dekad.” Gurau Ashraf.
            “You’re bad at joke. Tak kelakar langsung.” Marah Nunu. Ashraf sambung ketawa.
            “Dik, aku hensem tak?” tanya Ashraf.
            “Boleh la. Kalau abang ada rambut lagi hensem. Sekarang dah botak, macam alien.” Mata Nunu masih merah tapi dia cuba berfikiran positif.
            “Kimo ni la buat aku botak. Bilik sebelah ada budak perempuan tu lawa gila dik! Aku rasa kita orang boleh jadi kawan baik sebab kita orang ada matching head. Dia pun botak juga.” Ketawa Ashraf.
            “Ei tak baik tau abang ni.” Nunu tumbuk lemah lengan abangnya.
            “Happy la sikit.” Ashraf sedar wajah Nunu terlalu muram hari ini.
            Tak dapat dibendung, akhirnya Nunu mengalirkan air mata. Adik mana yang tak sedih melihat abang terbaring di katil hospital dengan tiub di tangan, muka pucat, kepala tidak berambut, selalu sibuk dengan kimoterapi.
            Lelaki ini yang dulunya berlari padang empat pusingan siap gelak-gelak lagi. Dialah yang sentiasa ada bila ayah bertempik dek masalah yang timbulkan. Umpama pari-pari yang sentiasa melindungi. Tapi kini..
            “Hey.” Ashraf hulur tangan minta disambut. Nunu kesat air mata yang sudah jatuh sampai ke dagu dengan belakang tangan. Tangan mereka bertaut.
            “You’ll be fine. After all, kau kan troublemaker dalam family kita. Kau kuat. Aku tahu tu.” Senyum Ashraf.
            Air mata Nunu jatuh lagi. “Siapa nak tolong adik kalau ayah marah lagi?”
            “Nanti kalau aku takde, aku duduk kat bahu ayah macam hantu raya. Bisik kat ayah kasi lepaskan kau. Okay?” gurau Ashraf lagi. Tapi gurauan itu menambah duka Nunu.
            “Okay, okay. Sorry. Janganlah menangis. Kau ni menangis macam esok aku nak mati aje.” Ashraf mengelus lembut jemari Nunu.
            “Abang boleh tak stop cakap pasal mati?” terus Nunu menangis teresak-esak.
            Ashraf diam. Dia biarkan adiknya itu menangis semahunya sebelum gadis itu kembali tenang selepas 2 minit.
            “Kalau kau percaya aku sentiasa ada dengan kau, then aku memang akan sentiasa ada. Jangan pernah lupa aku sebab kalau kau lupa, aku takkan ada untuk kau.” kepala Nunu diusap lembut.
            “Kenapa abang tak bagi tahu awal-awal? Kalau abang bagi tahu awal, kita orang boleh tolong abang.”
            “At first, aku tengok mama lebihkan Afgan, aku rasa marah. Jealous. Yelah sebab dia sakit, mama sentiasa kasi perhatian kat dia. Mama tak pernah dengar apa aku nak cakap. Pada dia, aku ni suka buat masalah, macam kau lah. Apa pun yang keluar dari mulut aku, semua masalah pada dia. Aku sayang Afgan. Sebab tu aku tak cakap apa-apa. Aku rasa aku lagi kuat dari dia. So dia memang layak dapat perhatian lebih dari mama.
Aku tengok dia buat kimo, and dia selalu cerita kat aku bila aku teman dia kat hospital.. kimo sakit. Dia tak nak dah buat kimo. Dia siap merayu kat mama. Tapi mama tak nak dengar. Mama cuma nak dia balik seperti asal.
Aku pernah give up. That happened bila Afgan meninggal. Aku rasa macam kimo ni just melambatkan masa untuk mati tapi with a great pain. So aku diam. Better aku mati dengan aman daripada kena cucuk sana sini. Tapi kau adik aku lagi cepat nampak perbezaan aku. Macam biasa, mama paksa aku buat kimo macam Afgan.” Ashraf ketawa. Mengenangkan kembarnya yang sudah meninggal dunia memang perit.
“Aku buat kimo ni sebab kau tau. Sebab aku nak kau belajar dari aku, life isn’t something that you can give it up easily. You live once, and you have to embrace it. Pahit atau tak, kau kena tempuh juga. Cuz believe me, dalam semua kepahitan, Allah akan kasi satu kemanisan untuk kau. Which aku tengah merasa sekarang.” Ashraf jungkit-jungkit kening dengan senyum lebar sampai ke telinga. Seronok bila makan disuap si ibu, kaki dipicit si ibu. Nak manja lebih tu memang time ni lah.
“Nunu.. aku nak kau janji dengan aku, apa pun jadi.. kau kena kuat.” Ashraf genggam jemari Nunu. Dengan kuatnya Nunu menahan air matanya dari tumpah. Tapi itu cuma bukan sesuatu yang dia dapat kawal.
Air mata Nunu diseka Ashraf. “Afgan dengan aku sayang kau. Kau cuma tak bernasib baik sebab dapat abang kembar macam kita orang yang tak dapat protect kau dalam jangka masa yang panjang. You’re on your own soon.”
“Abang maybe annoying berbanding abang Afgan, but you’re definitely my favourite.” Nunu paksa diri untuk senyum.
“Kau adik aku. So kau kena make sure yang darah anak jantan berani aku ni mengalir dalam badan kau. Kau berani lemah, aku duduk atas bahu kau macam hantu raya.”
Ketawa mereka meledak.
“Dik, pakailah tudung. Kau bukan lagi budak. Kau dah period tau.” Sengih Ashraf.

“ABANG! Kenapa abang tipu adik! Abang kejam! Abang jahat!” jerit Nunu. Tubuhnya dipeluk dari belakang oleh ayahnya. Puan Siti sudah terjelepok bersandar di tepi dinding hospital dengan air mata mengalir laju. Dia tak mampu berkata-kata lagi.
            Beberapa bulan lepas, Afgan meninggalkannya. Hari ni, Ashraf pula. Dalam satu masa Allah beri mereka berdua di dalam hidup Puan Siti, dan dalam masa satu tahun Allah tarik kedua-duanya. Subahanallah. ‘Dengan penyakit kanser yang sama, Kau ambil mereka, Ya Allah.’
            Upacara pengebumian tamat. Nunu masih duduk di tepi kubur Ashraf. Kubur Afgan hanya bersebelahan dengan Ashraf dan tanahnya juga masih lagi merah.
            “Adik, jom.” Ajak Encik Hassan.
            “Ayah baliklah dulu. Kejap lagi ayah minta pakcik Syuib ambil adik. Kasi adik lagi setengah jam.” Pinta Nunu.
            Encik Hassan hanya mengangguk walaupun berat untuk dia tinggalkan anak bongsunya di kawasan perkuburan seorang diri.
            Nunu ambil tempat di atas tikar mengkuang. Buku yasin dibuka dan 83 ayat dibaca. Ayat yang terakhir buatkan air mata Nunu menitis di atas buku itu. Beberapa saat kemudian, hujan mulai turun. Sebaknya, hanya Tuhan yang tahu.
            Habis lencun bajunya dan ketika itulah air matanya mengalir laju.
            “Adik sayang abang. Adik sayang abang!” kedua kubur abangnya dipegang, walaupun cuma tanah. Dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali.

SELEPAS setahun pemergian Ashraf dan Afgan, Encik Hassan buat keputusan untuk menghantar Nunu ke Madrid. Mana tidaknya, boleh dikatakan setiap minggu dia akan dipanggil ke sekolah dek masalah yang Nunu timbulkan. Perempuan, tapi perangai macam jantan!
            “Perlu ke?” tinggi suara Nunu.
            “Tanya diri awak sendiri, perlu ke tidak.” Encik Hassan laju menaip di komputer ribanya.
            “Ayah, adik SPM tahun depan kot! Perlu ke ayah nak hantar adik pergi sana?”
            “You just need to stop behaving the way you were.”
            “Ayah hantar adik ke sana pun tak menjamin yang adik boleh tukar perangai adik.” Nunu peluk tubuh dengan muka bengisnya.
            “Arwah abang-abang awak manjakan awak sangat. See what happened?”
            “Bukan salah dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” tengking Nunu.
            “Ayah tak pernah ajar awak untuk tinggikan suara dengan orang tua!”
            “Yes. Memang ayah tak pernah ajar. Tapi pernah tak ayah fikir yang suara anak ayah seorang ni ayah tak pernah nak dengar? Adik cuba untuk cakap dengan ayah over and over tapi ayah selalu kata ayah busy. I’m having my hard time kat sekolah, kena buli, kena maki just sebab abang dah takde untuk protect adik. Adik cuma nak lima minit ayah dengan mama untuk dengar apa yang adik nak cakap. Adik tahu abang Afgan dengan Ashraf anak kesayangan, but that does not mean yang adik bukan anak ayah mama langsung. At least please, dengar apa yang adik nak cakap.
            Adik buat masalah kat sekolah so that you can come to my school and see what’s happening. In one week, you guys just spend one to two hours kat sekolah sebab masalah yang adik buat. Itu pun dengar dari cikgu. Dari adik sendiri, mama ayah pernah nak luang masa tak untuk dengar? Mama dengan ayah tak pernah tengok what’s happening to me. All I need is your time. Not your money.” Nunu terus berlari naik ke biliknya dan pintu bilik dihempas kuat.
            Gambar Afgan dan Ashraf ditarik dari bawah bantal. Gambar itu dibawa rapat ke dada dan malam itu dia tidur dengan ditemani kedua abangnya yang hadir cuma dalam mimpi.

NUNU hela nafas berat. Encik Hassan dan Puan Siti berjalan perlahan di belakangnya. Beg galasnya dibetulkan.
            “Ma dengan ayah hantar sampai sini cukuplah. I can do the rest on my own. Lagipun sebelum ni, semua benda adik buat sendiri.” Nunu hulur tangan untuk menyalam kedua orang tuanya.
            “Nanti kalau tak cukup duit, bagi tahu ayah. Ayah bank in.” ujar Encik Hassan. Sebenarnya apa yang anak daranya kata tempoh hari cukup terkesan di dalam jiwanya. Tapi ianya terlalu lambat untuk dia perbaiki apa yang sudah rosak.
            “Sure.” Senyum Nunu.
            “Next year you need to take the SPM.” Beritahu Encik Hassan.
            “Yeah I know. Nunu boleh pergi balik Malaysia macam bercuti.” Nunu senyum kelat. Encik Hassan cuma mengangguk. Puan Siti terus memeluk tubuh Nunu. Dia tahu anak daranya itu masih marahkan mereka.
            “So kat sana nanti Nunu kena duduk dengan auntie An?”
            “Aah. Ayah dah bagi tahu dia bila flight Nunu sampai.”
            “Alright.” Tiada bye, tiada Assalamualaikum, tiada I love you, tiada take care, Nunu terus pergi tanpa menoleh ke belakang. Hatinya terguris. Dia tidak mampu untuk menyatakan bahawa dia teramat-amat sayangkan kedua orang tuanya. Sakit di hatinya lebih hebat.
            Beberapa saat kemudian baru dia berhenti melangkah dan berpaling. Kedua kelibat orang tuanya sudah hilang. Air matanya jatuh. Betul ke ada ibu bapa yang berbagi-bagi kasih sayang antara anak? Betul ke wijud dalam dunia ni anak kesayangan dan bukan kesayangan?
            Telefon Nunu bergetar.
            Zulfathi           : Have a safe flight babe. I love you.
            Nunu senyum juga akhirnya. Teman lelaki yang dia kenal dari awal tahun itu sedikit sebanyak mengubat duka di hati. Mulanya dia seakan tidak percaya, kenalan abangnya itu juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
            Pernah Ashraf beri isyarat mata berapi kepadanya supaya jangan mendekati Zulfathi. Over protective betul abang yang satu ni. 

No comments:

Post a Comment