Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Wednesday, March 27, 2013

PRMH 9



Q berguling-guling di lantai ruang tamu. Telefon bimbitnya beberapa kali dibelek. Beberapa kali juga dia on dan off telefon bimbitnya. kalau dia masih berterusan begitu, boleh jadi telefonnya langsung tak mahu hidup dah.
            “Apa kena dengan kau ni? Meroyan?” Keyla menolak pinggang Q dengan kakinya. Dahi Keyla berkerut.
            “Mana ada. Aku panas aje. Nak main guling-guling kat lantai ni ha.” Dalih Q.
            “Eleh, kalau ya pun panas, takkan telefon tu kau nak main on off memanjang? Tunggu mesej tak sampai ke, yang?” usik Akira sambil menghirup kopinya.
            “Mana ada. Phone ni ha. Minta tukar kot. Asyik nak hang aje.” Q menjawab.
            “Manakan tidak dia hang? Kau dok on off on off dari tadi tak henti.” Keyla sedikit sebanyak rimas dengan Q.
            Q mencebik. Matanya ditala ke arah skrin telefon bimbit. Bibir bawahnya digigit. Bila Fahmi nak hantar mesej ni? Dah dekat seminggu dia tak contact langsung. Kata Asyraf hari tu, aku akan selalu nampak dia untuk hantar buku. Ni tidak. Batang hidung pun tak nampak.
            Fahmi ni serius ke tidak? Lepas cakap pasal kahwin hari tu, terus lesap. Dia nak apa sebenarnya? Memang nak bagi aku meroyan ke?
            “Aku tengok kau ni, seminggu Fahmi tak contact, seminggu tu juga kau macam cacing kepanasan.” Keyla berkata sambil matanya merenung skrin televisyen. Masing-masing dok sibuk tengok drama Korea.
            “Er, pembetulan. Baru tiga ke empat hari okay.” Akira menyampuk.
            “Hm? Mana adalah.”
            “Adik kau balik esok, kan?” Akira baru teringat esok Jumaat!
            “Hm? Ha’ah lah!” Q tersengih merenung Akira dan Keyla silih berganti. Minta simpati.
            “Itulah yang aku kata kat kau dari dulu. Kalau kau ada kereta, kan senang kau nak ambil adik kau? Bukan aku tak nak drive kau pergi ambil adik-adik kau. Cuba kalau aku dengan Kira ada kerja? Macam mana? Kau ni, aku cakap semua nak tarik muka.” Bebel Keyla.
            “Mana ada aku tarik muka!” Q mempertahankan diri.
            “Beli lah kereta, Q. Senang sikit kau nanti nak bergerak. Aku risau lah kat kau. Bukannya tak boleh nak pengangkutan awam. Tapi kalau sesubuh pagi tu kau nak tunggu kat perhentian bas seorang diri, bahaya tau tak!” celah Akira.
            “Hm. Sebenarnya, ayah dengan mak aku ada aje kereta.” Ujar Q sambil memandang tempat lain. Suaranya direndahkan.
            “What?! Lepas tu, kenapa kau tak nak guna? Kau ni kan! Membazir tahu tak? Dah ada kemudahan, lagi tak nak guna.” Akira geram dengan perangai Q.
            “Bukan tak nak guna. Aku tak reti nak guna la.” Q memain jarinya ke depan dan ke belakang di atas lantai marmar.
            “Hah? Bukannya kau takde lesen kereta. Kereta aku tu, boleh aje kau bawa.” Keyla terkejut juga.
            “Kereta kau auto. Kereta ayah aku manual. Aku tak reti lah. Lagi kat bukit. Silap hari bulan, kereta boleh lajak ke belakang tau.”
            “Ohh. Patutlah kau punya banyak songeh tak nak bawak kereta aku?” Akira menyoal.
            Q tersengih. Dah lama sangat tinggal manual, mana reti nak bawa lagi.
            “Kereta ayah kau kat mana?” tanya Akira setelah menghela nafas berat.
            “Kampung.” Jawab Q perlahan. Matanya teragak-agak nak membalas panahan mata Akira.
            “Esok aku cuti. Kita pergi ambil adik kau, lepastu balik kampung kejap. Ambil kereta. Aku nak kau bawa kereta. Faham?” Akira memberi arahan seakan komander.
            “Gila kau?! Dah hampir 6 tahun aku tinggal manual! Sama aje macam aku tak pernah bawa kereta.” Q mengerutkan dahi. Janganlah hukum aku macam ni.
            “Habis tu, siapa lagi nak bawakan?”
            “Kay!” Q pantas menunjuk kepada Keyla. Keyla terkedu. Matanya membulat.
            “Hey! Aku pula? Aku lagilah. Lepas habis JPJ, terus bawa auto. Mana reti langsung nak pijak clutch.”
            “Inilah dia perempuan zaman sekarang. Tahu bawa auto aje. Kalau ada emergency, tinggal kereta manual aje.. haram nak bawa! Alih-alih semua sanggup jalan kaki.” Sindir Akira.
            “Habis nak buat macam mana? Kalau nak bawa kereta aku aje pergi ambil adik Q, mana muat nak masuk enam orang. Barang lagi.” Suara Keyla.
            “Seorang kena tinggal.” Akira mengetuk-ngetuk bahu kerusi dengan jemarinya.
            “Takkan Q nak tinggal? Kunci rumah kampung, semua kat dia.” Keyla merenung Q dan Akira yang sedang berfikir untuk membuat keputusan.
            “Apa susah sangat? Aku pass kunci rumah kat Akira lah.” Jawab Q senang hati.
            “Eh-eh? Takde-takde. Kau gerak dengan Akira. Aku tinggal kat rumah. Aku pun ada thesis yang nak kena siapkan.” Keyla mengundur diri.
            “Kiranya, aku lah ni yang nak kena drive kereta kau?” Q menunjuk dirinya.
            “Dah tu? Nak suruh Akira drive dua-dua kereta? Hah, memang boleh.”
            “Iyelah.” Q akhirnya akur. Terpaksalah tutup kedai esok.


FAHMI ke hulu ke hilir. Telefon bimbitnya ditenung berkali-kali sebelum dia menghumban dirinya ke atas katil. Tangan kiri diletakkan ke atas kepala. Kenapa Q masih lagi tak mesej aku? Dia masih belum ada jawapan ke?
            Fahmi bergolek ke kiri katil. Ke, dia tunggu mesej aku dulu?
            Tubuhnya digolek ke kanan katil pula. Tapi kalau dia tak ready lagi, macam mana? Karang kalau aku tiba-tiba mesej, dia terkejut pula.
            Atau aku nak kena diam terus?
            Arghhhh! Kusut! Fahmi terus bangun dan menyelongkar beg pakaiannya. Senyuman terukir bila dia nampak buku tulis berkulit coklat itu. Dia membuka muka surat pertama. Tulisan Q cukup untuk membuatkan rindunya terubat.
            Tesengih-sengih dia memandang tulisan itu. Lantas buku itu dibawa ke dada. Haih.. biarlah nak angau pun. Yang penting, hati aku suka.
            Buku itu dibawa ke katil. Fahmi duduk bersila di atas katil. Bantal dikemas elok-elok terlebih dahulu. Fahmi ketawa kecil. Buku tulis itu diletakkan di atas bantal belah kiri Fahmi. Kemudiannya dia baring perlahan-lahan di sebelah kanan. Hik. Rasa macam pengantin baru. Fahmi ketawa sendiri.
            Dek suhu penghawa dingin yang rendah, dia kesejukan. Fahmi menarik selimut menutup tubuhnya.
            “Apa dia sayang? Sejuk juga? Nak selimut? Okay-okay.” Fahmi bermonolog sendiri. Tangannya menarik selimut dan menutup separuh buku itu.
            Eiiiiiiiiiii!!!!!! Rasa macam pengantin baru! Lantas Fahmi memeluk buku dan bantal di kirinya erat-erat. Bibirnya mengukir senyuman. Makin lama aku macam ni, makin gila aku dibuatnya. Hati, sabar ya.. sabar...
            Fahmi akhirnya lena dengan memeluk bantal yang dianggap Q itu. Kebudak-budakan...


Q terasa berdebar-debar. Jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi. Dia terjaga dari mimpi. Entah kenapa, dia asyik bermimpikan Fahmi. Rindu sangat ke aku ni? Q masuk ke dalam bilik air dan mengambil wuduk.
            Telefonnya ditenung. Masih belum ada mesej yang masuk. Q memberanikan diri untuk mendail nombor Fahmi. Lama dia menanti. Langsung tiada bunyi. Senyap dan dengan tiba-tiba talian terputus. Q pelik. Dia mencubanya lagi. Tetap sama.
            Q         : Awak okay ke?
            Mesej dihantar. Q menunggu dan terus menunggu. Tiada balasan. Q menggigit bibir. Dia memang nak jauhkan diri dari aku, ke? Macam ni ke dia nak buat aku? Okay fine.
            Q simpan telefon bimbitnya ke dalam laci. Dia meletakkan kepalanya di atas bantal. Selimut ditarik hingga ke paras dada. Air matanya menitis. Dari perlahan, menjadi laju hinggakan dia letih dan tertidur. Terus buang sahaja cinta ini, Q. Mungkin bukan dia yang terbaik untuk kau. Semua ini cuma ujian. Q memujuk hatinya.


FAHMI terjaga pada jam empat setengah pagi dek alarm yang mengejutnya. Ya, Subuh di sabah lebih awal. Fahmi menjenguk telefon bimbitnya. Kosong. Q masih tidak menghubunginya. Dia memuncungkan mulutnya. Mungkin Q perlukan masa.
            Fahmi bangun dan menarik tuala untuk mandi. Telefon dia dicaj sebelum dia masuk ke bilik air.


Q menghempas bantal ketika mengemas biliknya pagi itu. Keyla yang sedang menghadap komputer riba terkejut dengan perbuatan Q yang macam nak naik angin itu.
            “Ni kenapa pula pagi-pagi dah mengamuk?”
            “Mana ada mengamuk.”
            “Dah tu, kenapa hempas bantal tu macam kau berniat nak hempas Fahmi aje.”
            Mata Q tajam merenung Keyla. Dia ni memang sengaja nak menguji kesabaran hati aku ke macam mana?
            “Orang tengah menyinga, jangan dikacau. Ada juga yang putus kepala karang.” Akira yang baru keluar dari bilik air menegur Keyla. Q hanya berlagak cool.
            Tidak berapa lama selepas itu, telefon Q berbunyi menandakan ada mesej masuk. Macam kilat Q mencapai telefon bimbitnya. Mukanya yang tadi tiada langsung senyuman, kini terukir jua. Namun senyuman itu tidak bertahan lama.
            Harith  : Hye princess.
            Q menjeling mesej itu. Orang lain yang dia nantikan, orang lain pula yang datang menyibuk. Princess? Gila kau princess!
            Q tidak membalas mesej itu. Telefon dicampak ke atas katil. Keyla dan Akira menjungkit-jungkit mata sesama mereka.
            Telefon Q berbunyi lagi. Q segera mencapainya. Mesti Fahmi!
            Harith  : Belum bangun tidur ke?
            Q mengetap bibir. Tidak dibalas mesej itu. Q berjalan menuju ke arah Keyla yang sedang menaip sesuatu. Mungkin sedang menyiapkan thesisnya.
            “Kalau phone aku ni bunyi, jangan bagi aku pegang. Tau! Biarlah mesej siapa pun masuk. Tau! By hook or by crook. Jangan bagi!” arah Q. Keyla merenung Q atas bawah. Dia mengangguk kecil.
            Telefon Q berbunyi lagi. Q menahan diri untuk melihat mesej itu. Keyla teragak-agak. Dia sendiri tak tahu siapa yang menghantar pesanan ringkas itu. Q menoleh semula ke arah Keyla.
            “Bak aku telefon tu.” Minta Q. Keyla menggeleng.
            “Kau kata jangan bagi.”
            “Aku nak telefon aku!” Q berusaha merebut telefon bimbitnya. Dia yakin kali ini, mesej itu dari Fahmi. Sama aje macam drama. Mesej yang ketiga, pasti dari hero! Yeah! Dan hero itu adalah Fahmi!!
            “Tak boleh.” Keyla turut sama berusaha menjauhkan telefon bimbit itu dari Q.
            “Apa kau orang ni? Kay.. bagi aje telefon tu. Dia yang nak.” Akira selaku yang paling tua, lebih memahami. Keyla merengus lemah. Telefon bertukar tangan.
            Harith  : I miss you.
            “Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!! Siapa suruh kau bagi aku telefon ni?!” ujar Q geram setelah membaca mesej itu.
            Keyla terkejut. “Salah aku? Aku yang salah? Hey! Kau yang minta! Sampai kaki aku kau pijak-pijak. Salah aku juga?” marah Keyla.
            “Kan aku dah kata, by hook or by crook, jangan bagi!”
            “Kira, tengok budak gila ni?” Keyla mengadu. Akira hanya menggeleng dan ketawa. Ih, betullah kata Tasha. Pipi aku dah gemuk. Dah macam goldfish. Akira sibuk membelek diri di hadapan cermin. Kejap dia mencengkungkan pipi, kejap dia mengembungkan pipi.
            “Nah!” Q menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada Keyla. Keyla angkat kedua tangannya.
            “Tak nak! Kejap lagi kau marah aku lagi. Bagi kat Kira.” Keyla menjatuhkan pandangannya kembali ke skrin komputer riba. Q merengus.
            “Kir, pegangkan.” Minta Q. Akira mengambilnya sambil matanya masih membelek mukanya di dalam cermin.
            Telefon itu kembali berbunyi. Tapi kini, bukan nada mesej. Ada orang call.
            “Nak angkat?” tanya Akira sambil menghulur telefon bimbit itu kepada Q. Q memeluk tubuh dan menggeleng.
            “Nak aku matikan?”
            Q terdiam. Ada riak risau, harapan, kecewa.. semuanya tertulis di wajah Q sendiri. Akira ketawa kecil.
            “Yes?” Akira menjawab. Q mendekati. Siapa yang call?
            “Q?” Akira merenung Q. Q menggeleng. Mesti Harith lagi.
            “Kenapa nak cari Q?” soal Akira selamba.
            “Oh ye ke? Okay, nanti saya sampaikan pesan kat dia. Fahmi sihat ke?” Akira memancing minat Q. Terus Q mendongak, berlari dan mendapatkan telefon bimbitnya semula.
            “Hello?” jantung Q berdegup laju. Akira ketawa.
            “Q? Ash ni.” Asyraf ditalian. Q menjauhkan telefon dari telinga. Nombor tidak dikenali.
            “Ash mana?”
            “Asyraf kawan Fahmi la. Yang datang kedai awak hari tu.”
            “Oh! Awak!”
            “Fahmi takde contact awak ke?”
            “Takde pun.”
            “Hmm.. gila betul budak tu.” Asyraf mengeluh. Q ingin tahu!
            “Kenapa? Kenapa dengan dia?”
            “Dia tak contact awak, sebab dia nak bagi masa kat awak untuk fikirkan apa yang dia tanya hari tu. Tapi saya faham.. kalau perempuan ni.. lelaki tak contact, mesti fikir yang bukan-bukan.”
            “Dia cakap, dia bagi saya masa untuk fikir ke?”
            “Aah. Disebabkan awak tak contact dia, dia pun tak nak ganggu awak. Takut kalau awak ubah keputusan awak daripada nak kahwin dengan dia kepada tidak.”
            “Hah? Mana ada saya fikir macam tu! Saya nak kahwin dengan dialah!” jerit Q kecil. Ah! Terlepas. Asyraf kedengaran ketawa di hujung talian.
            “Manalah dia tahu. Dah awak tak contact dia.”
            “Semalam saya call, saya mesej.. tak berbalas pun.” Q berkata perlahan.
            “Semalam? Oh.. mungkin tak masuk kot. Kita orang kat Sabah ni. Kat sini pun jarang ada line. Sebab tu kot mesej and call awak tak masuk. Line takde.”
            “Oh.. macam tu ke? Hmm. Dia ada dengan awak ke sekarang?”
            “Em.. dia tengah bincang dengan client. Saya call ni, sebab saya nak tahu dia ada contact awak ke tidak. Macam tak betul aje saya tengok dia tu.”
            “Kenapa?”
            “Asyik dok panggil nama client tu Q.” Asyraf ketawa. Q tersenyum. Dia menggigit bibir. Rasa macam nak melompat, tapi malu kalau Asyraf terdengar suara kegirangannya.
            “Eh, saya call awak kemudian, kalau ada line. Okay? Saya ada kerja lagi ni.”
            “Oh. Okay.”
            “Assalamualaikum.”
            “Waalaikumussalam.” Talian dimatikan.
            “Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!” Q terjerit gembira. Melompat-lompat dia dibuatnya. Keyla memandang pelik ke arah Q. Akira mengerutkan dahi.
            “Aku nak kahwin! Aku nak kahwin!!!” Q melompat-lompat sambil memeluk Akira. Akira turut sama terlompat-lompat. Tidak sedar lompatannya mendarat di atas tompokan air yang menitis dari badannya sebentar tadi, mereka berdua tergelincir.
            Q ketawa. “Sorry-sorry. Aku happy sangat tadi! Sakit tak?” Q merenung Akira. Nasiblah Akira yang jatuh ke lantai, dia pula sedap berada di atas badan perempuan itu.
            “Hey! Kau orang okay tak?” Keyla menolak komputer ribanya dan melihat ke bawah katil.
            “Kau period ke, Kir?” tanya Keyla yang terkejut melihat darah yang mengalir di celah paha Akira.
            Akira memejamkan mata. Dia mengetap bibir menahan sakit. Air matanya meleleh. Tawa Q hilang bila melihat darah yang mengalir bukan sedikit. Ini bukan period.


JANTUNG Q berdebar hebat. Melihatkan Akira yang terbaring dengan wajah pucat di atas katil hospital dan dibawa ke bilik kecemasan membuatkan kakinya lemah.
            “Sumpah aku tak tahu dia pregnant! Sumpah aku tak tahu.” Q memeluk tubuh Keyla. Keyla menenangkan Q.
            “Jangan bawa aku pergi Hospital Serdang.” Pinta Akira lemah.
            “Kenapa? Hospital tu kan yang kau kerja. Lagi mudah nanti.” Jawab Q dengan bibirnya menggeletar.
            “Apa aku nak cakap dekat kawan-kawan aku? Aku keguguran anak haram? Macam tu?!” jerkah Akira. Q dan Keyla menelan air liur. Keyla menukar hala tuju. Bukan Hospital Serdang! Bukan.
            Q tidak mampu bersuara. Keyla juga begitu.
            “Aku risau dengan Akira.” Rengek Q.
            “Aku juga. Kita kena sabarlah.”
            “Kay, macam mana kita tak perasan yang dia mengandung? Dia tak tahu ke benda tu berdosa?” tanya Q. Air matanya diseka perlahan.
            “People make mistakes, Q. Kita tak tahu apa yang terjadi. Kita tak boleh nak judge dia macam tu aje.” Keyla memujuk. Q risau. Dalam pada masa yang sama, dia marah. Dia geram. Kenapa Akira buat perkara terkutuk tu?


“AKIRA..” panggil Keyla apabila melihatkan bebola mata Akira bergerak. Perlahan-lahan mata itu terbuka lemah.
            “Thanks.” Kata Akira sambil tersenyum memandang Q dan Keyla.
            “Apa yang thanks?” Keyla pelik.
            “Aku sendiri tak tahu apa nak buat dengan anak ni. Macam-macam cara aku fikir. Aku tak nak dia, dalam pada masa yang sama, aku tak mampu nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri.” Akira ketawa kecil. Bibirnya yang pucat mengukir senyuman. Q mengerutkan dahi. Dia menghampiri dan satu tamparan mengena pipi Akira.
            Akira itu terpempan. Keyla tergamam.
            “Soal anak, bukan boleh dibuat main. Kau dah buat silap sekali, sepatutnya dalam hati kau tu kau rasa bersalah! Kalau boleh, kau jangan tambah lagi satu dosa! Niat kau tu, sepatutnya tak wujud langsung dalam hati kau!” tempik Q. Akira tersenyum biarpun payah.
            “Aku tak bunuh anak aku. Dia terbunuh.” Air mata Akira mengalir perlahan. Q menelan air liur.
            “Kenapa kau buat benda tu, Kir?” Q turut sama mengalirkan air mata.
            “Aku.. aku.. hmm.. kesilapan yang akan aku sesalkan sepanjang hidup aku. Haha. Aku dah tak laku, kan? Jadi andartu la aku nanti.” Akira masih boleh ketawa. Q geram.
            “Kenapa kau tak bagitahu kita orang pasal ni?” giliran Keyla menyoal.
            “Aku tak nak kau orang bencikan aku. Aku tak suci macam kau orang.” Akira menoleh ke arah lain. Air mata, berhentilah mengalir.
            Q terus memeluk tubuh Akira. “Jangan pernah buat macam tu lagi. Janji dengan kita orang. Janji dengan diri sendiri. Janji dengan Allah.”
            “Satu malam tu aje yang aku silap. Satu malam aje..” Akira terus-terusan menangis.
            “Siapa ayah baby tu?” tanya Keyla. Akira mendiamkan diri.
            “Yang lepas tu, biarkan lepas.” Akira tetap tidak mahu cakap. Biar hanya dia, Allah dan Adam yang tahu kejadian menghinakan itu.


“AKIRA masuk hospital, takkan nak suruh dia drive juga pergi ambil kereta kau?” Keyla menghidupkan enjin.
            “Kau boleh tolong aku?” Q memakai tali pinggan keledar.
            “Apa dia?”
            “Teman aku ambil adik-adik aku. Lepas tu balik kampung, ambil kereta ayah. Takpe. Aku try drive. Insya Allah boleh. Mungkin lambat sikit aku drive, tapi kau boleh sabar kan? Ke kau nak kena siapkan thesis kau hari ni juga?”
            “Eh, no hal lah. Boleh aje. Kau tu, boleh ke drive manual?”
            “Insya Allah boleh.”
            “Kau bagitahu Tasha tak yang Kira masuk hospital? Esok dia tak pergi hospital, tak pasal-pasal pula kena marah.”
            “Oh. Belum. Kejap.” Q mendail nombor telefon Tasha. Tidak berangkat.
            “Try la lagi sekali.” Ujar Keyla yang tahu Tasha tidak mengangkat telefon bimbitnya. Q mengangguk. Dia menanti lagi.
            “Hello.” Jawab Tasha.
            “Sha, Q ni. Q nak bagitahu yang Kira masuk hospital.”
            “Hah? Masuk hospital? Kenapa? Hospital mana?”
            “Er.. dia..” Q memandang Keyla. ‘Nak bagi alasan apa?’ gerak mulut Q difahami Keyla. ‘Apa-apa aje’.
            “Q, kau orang tahu pasal Kira ke?” tanya Tasha. Risau juga kalau mereka berdua tidak tahu pasal Akira dan dia yang menjadi punca rahsia itu pecah.
            “Tasha pun tahu ke?” Q merenung Keyla terkejut.
            “Jadi, kau orang tahu la?”
            “Erm.. Kir keguguran.” Jawab Q jujur.
            “Hah??? Okay-okay, Sha datang sekarang. Hospital mana?”
            “HBKL.”
            “Alright. Thanks.”
            “Okay.”
            Talian dimatikan. Q menjungkit bahu memandang Keyla. Keyla bersandar. Sampai hati Akira. Dengan Tasha boleh bagitahu, dengan kita, dia tak buka mulut pun!
            “Mungkin ada sebab kot dia bagitahu Tasha. Maybe sebab Tasha luangkan masa lebih lama dengan dia kat hospital. Dari situ dia boleh tengok perubahan Akira. Who knows?” Q cuba bersangka baik. Keyla mengangguk.
            “Jomlah. Ambil budak-budak tu dulu.” Cadang Q. Keyla menghembus nafas berat.


“KAKLONG!” Qarirah Maisarah atau nama manjanya Sarah terus memeluk tubuh Q. Terujanya dia bila bertemu dengan kakak sulungnya itu.
            “Macam mana sekolah? Okay?” tanya Q prihatin. Muka Sarah masam.
            “Kena buli!”
            “Hah? Siapa buli?” Q mulai risau.
            “Kak ngah!” Sarah menunjuk ke arah Qaidah Naazneen atau lebih suka dipanggil Naz. Wajah Naz tegang. Beg yang diangkutnya dihempas begitu sahaja ke lantai bila berhadapan dengan Q.
            “Attitude apa ni, Naz?” Q menjungkit sebelah kening. Naz terus menyalam tangan Q. Moodnya ke laut!
            “Tak payah tanyalah.” Naz terus mengangkat kembali beg pakaiannya dan dibantu Keyla untuk disusun ke dalam bonet. Q garu kepala.
            “Kaklong! Kak Kay!” Qatrunnada dengan nama pendeknya Nada, mendekati. Wajahnya ceria.
            Untung kalau tiga-tiga beradik dapat masuk sekolah yang sama. MRSM yang sama.
            “Nada, kena dengan kak Naz tu?” bisik Q.
            “Ha? Putus cinta. Baru semalam dia menangis-nangis sampai jatuh katil.” Jawab Nada. Q ketawa kecil. Patutlah mata panda!
            “Tunggu apa lagi? Cepatlah.” Naz mulai rimas.
            “Kenapa? Tak mampu nak tunggu lama sikit kat sini? Tak nak pergi date dulu ke, Naz?” usik Q. Naz menjeling.
            “Diamlah.” Balas Naz. Keyla terkekek-kekek ketawa.
            “Macam mana kakaknya, macam tu lah adiknya. Tu makan dia!” Keyla memasukkan lagi dua biji beg ke dalam bonet. Q mencebik.
            “Jom. Kita balik kampung kejap. Kaklong nak ambil kereta ayah.” Beritahu Q. Naz yang sedang mood ke laut terus terbeliak mata.
            “Siapa nak drive manual?” tanya Naz yang masih terkejut.
            “Kaklong lah.” Q mengambil tempat di hadapan.
            “Shoot!!! Naz nak naik dengan kak Kay.” Naz memeluk Keyla dari tempat duduk belakang. Keyla ketawa. Q mengetap gigi.
            “Hey! Siapa nak teman kaklong? Takkan kaklong nak bawa seorang?”
            “Sarah teman!” Sarah mengangkat tangan. Volunteer! Naz merenung adiknya tidak berkedip. Kau tak tahu kaklong bawa manual macam mana, dik. Suka hati kau lah dik.
            Nada diam. Tak memberitahu jawapannya. Sebenarnya, dia juga takut bila Q bawa manual. Tersengguk-sengguk juga kang.
            “Eh, kak Kira mana?” tanya Nada mengubah topik. Lebih baik ubah topik sebelum dia yang akan disoal nanti.
            “Hospital.” Jawab Keyla.
            “Oh. Kerja eh?”
            “Er.. em.” Q berbalas pandangan dengan Keyla. Biarlah budak-budak ni tak tahu.

4 comments:

  1. loooooool
    fahmi!!!!!! ahahahaa
    tuh kn hambek lah. Adimas menduga2 jer. for akira, I really suprised !
    apa kta keyla ngan asyraf???? hihihi

    *inayah guna handphone adik :p

    ReplyDelete
  2. alamak ! ad kta yg nak curi line lah. ahahahaa mana dtang kata 'adimas' tu ek ????? #garu kpla

    memang leceh la enset dy nih. huhuhu

    ReplyDelete
  3. wah dahsyat penangan cinta ... sebab cinta bleh buat fahmi angau Q walau dgn client hehhehe... sebab cinta Q gila bayang mcm cacing kepanasan.. sebab takde cinta kira sanggup memalukan dirinya... sebab putus cinta naz angin satu kepala... hmmmm cinta si angau fahmi juga yg best :) luv you fahmi ... i like u much muah muah muah <3 heheheh daaaaaa ain........ ~~~eida arie~~~~ selamat menempuh alam peperiksaan ye ain buat betul2 tunggu fahmi send msg say congrate to you ... aja aja fighting !!!! :)

    ReplyDelete
  4. wah.. ada nama.. huhu
    #syok sendiri jap

    ReplyDelete