Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Friday, July 26, 2013

PRMH 21



Keyla menghembus nafas berat. Kakinya berhenti di hadapan pintu rumah agam. ‘Dah lama aku tak balik rumah. Confirm kena fire dengan umi dulu.’ Nak tak nak, terpaksalah tempuh. Terakhir jumpa pun waktu kenduri Q haritu. Puas dipujuk supaya Keyla pulang ke rumah sekali-sekala. Alasannya, sibuk! Sibuk! Dan sibuk!
            “Assalamualaikum!” laung Keyla sambil menekan punat loceng di luar pagar rumah. Sepi.
            “Assalamualaikum!!” jerit Keyla sekali lagi.
            “Waalaikumussalam.” Puan Syarifah keluar dari rumah sambil membetulkan tuala di kepala. Wanita separuh abad itu tersenyum. Kakinya pantas mendekati pintu pagar. Keyla turut sama tersenyum.
            “Umi!” jerit Keyla teruja.
            “Haaaaa. Ni apa mimpi tiba-tiba balik rumah ni?” usik Puan Syarifah. Tangannya menekan punat di remote control supaya pagar dibuka luas.
            Monyok aje muka Keyla. “Balik pun salah, tak balik pun salah. Habis umi nak Kay buat apa?” terus Keyla menyalam uminya.
            “Takdelah. Haritu kata sibuk sangat. Sampai nak balik rumah pun tak menyempat. Apalah sangat rumah kamu dengan rumah umi ni.. sekangkang kera aje ha. Tu pun bukan main payah lagi nak balik.” Bebel Puan Syarifah.
            “Mi, bagilah Kay masuk dulu. Rehatkan kepala yang dah tepu ni. Ini tidak, tengah-tengah panas rambang ni juga umi nak fire Kay.” Lengan Puan Syarifah dipeluk Keyla.
            “Ha. Jom masuk. Kejap lagi umi sambung bebel ye?” kata Puan Syarifah. Keyla mencebik kemudiannya ketawa.
            “Abah mana, mi?” Keyla mengambil tempat di sofa empuk.
            “Mana lagi? Ofis la. Itu kan rumah pertama dia. Rumah ni haa yang jadi rumah kedua dia.” Rungut Puan Syarifah.
            “Bosanlah tu.” Keyla mencapai remote televisyen.
            “Tahu takpe! Kamu tu bukan reti nak teman umi ni ha. Tak kesian ke kat umi? Anak seorang. Suami pula lebihkan kerja dibandingkan umi. Duduk ajelah kat rumah ni. Tak payah menyewa. Rumah ni bukannya jauh sangat dengan kampus kamu tu.” Puan Syarifah cuba memujuk anak daranya. Muka Keyla kelat. Nak cakap ke tak? Nak? Tak nak? Ke nak tunggu abah?
            “Bukan Kay tak nak duduk dengan umi. Tapi umi tahulah abah tu. Pantang tok nenek kalau anak dia balik malam. Kalau Kay duduk rumah sewa, takdelah kena membebel dengan abah walaupun balik lewat.”
            “Oh! Kiranya ni, kat rumah sewa selalu dok balik lewatlah ni?” membuntang mata Puan Syarifah.
            “Bukan macam tu, mi. Umi pun tahu, Kay tolong-tolong Q bila takde kelas. Kalau kelas Kay habis awal, Kay pergi juga kafe. Tolong Q tu. Habis kerja pukul 9. Kalau Kay duduk rumah, nak balik ke rumah, satu hal lagi. Ambil masa lah umi. Tak pasal-pasal tiap-tiap hari kena bebel dengan abah.”
            “Q tu tak nak ambil pekerja ke? Asyik nak mengharapkan kamu aje. Entah gaji bagi ke tak.” Puan Syarifah mula bersangka buruk.
            “Ish umi ni. Tak baik tau cakap macam tu. Sebab tulah Kay kerja dengan Q. Q bayar gaji sama aje kalau dia nak ambil pekerja lain. Kay yang offer diri nak kerja dengan dia. Kan Kay pernah kata kat umi, Kay nak ada duit sendiri. Gaji biasa, kerja dengan orang yang kita kenal pula tu.. kan senang? Lagipun Kay yang banyak mengelat. Asyik tak pergi kerja aje. Sibuk dengan kelas. Sikit pun Q tak potong gaji.” Terang Keyla. Puan Syarifah telan air liur. Ish, tak baik pula aku tuduh budak Q tu.
            “Hmm. Ni kamu dah balik, tunggulah kejap. Makan tengah hari kat sini eh?” soal Puan Syarifah penuh mengharap.
            “Ha? Kalau Kay nak tidur sini semalaman tak boleh ke?” pertanyaan Keyla membuatkan Puan Syarifah lagi seronok.
            “Eh! Apa pula tak boleh? Bukan senang anak umi ni nak tidur kat rumah!”
            Keyla senyum. Ada sebab kenapa dia nak tidur di rumah. Dia perlu jumpa dengan abahnya! Perlu!


FAHMI meletakkan sebelah lengannya ke atas bahu Q sambil mereka berjalan. Q naik rimas. Mentang-mentang aku pendek, suka hati dia aje letak lengan atas bahu. Kalau lengan tu ringan macam kapas takpe juga. Ni tak. Dah macam lori kontena dah ha! Tapi, suami tetap suami, kan? #jungkit bahu. Q membiarkan lengan Fahmi berada di atas bahunya.
            “Kita nak cari apa ni?” soal Q. Pasar yang dipenuhi dengan orang ramai diredah mereka berdua.
            “Abang teringin nak makan telur penyu.” Jawab Fahmi. Matanya melilau mencari telur bulat berwarna putih.
            “Euw. Telur ayam ada, tak cukup ke?”
            “Rasa dia lainlah.”
            “Kesian penyu. Dah la nak pupus. Manusia rakus macam abang ni pula nak menamatkan cepat-cepat keturunan dia.” Sindir Q. Fahmi telan air liur. Ahhh! Aku kempunan!!
            “Tapi..” Fahmi cuba membangkang.
            “Kalau macam ayam atau itik tu, takpelah. Bersepah. Ni tidak.. benda yang sikit dikejar-kejar. Benda yang banyak, langsung tak endah.” Bunyi dah macam berpantun pula si Q ni.
            Fahmi gigit bibir bawah. Auch! Terasa ke lubuk jantung ha!
            “Kita cari rumpai laut jom. Boleh bawa balik rumah.” Fahmi tukar idea. Q tersengih. Yeah! Disebabkan aku tak suka makan telur tu, baik aku batalkan niat dia untuk beli. Karang tak pasal-pasal dia paksa aku untuk rasa juga. Bukan boleh percaya dia tu. Omel Q sendirian.


AKIRA mencari-cari kelibat Adam. Sudah setengah jam dia mencari lelaki itu. Tapi tetap tidak jumpa. Telefon tak diangkat, mesej pula tidak dibalas. Hati Akira risau.
            “Doktor Akira!” jerit seorang pelatih. Akira berpusing.
            “Yes?”
            “Ada emergency.” Temengah-mengah Syubahah berkata. Jari telunjuknya menunjukkan ke suatu arah.
            “Apa jadi?” Akira dengan pantas mengekori langkah Syubahah.
            “Langgar lari. Syu nampak kereta tu dari jauh memang laju. Syu cuba jerit kat Doktor Adam.. tapi..” air mata Syubahah tidak tertahan. Kaki Akira terhenti serta-merta dari melangkah. Did she just said, Adam?
            “Adam?” Akira cuba meminta kepastian.
            “Doktor Adam tolong Syu beli air kat seberang. Syu pula tunggu kat seberang sini. Syu...” Syubahah terus terduduk. Dia mengigit-gigit jemarinya. Mata Akira merah menahan air mata. Kakinya dihayun pantas ke bilik kecemasan.


“ADAM akan okay.” Akira merenungi anak mata Adam yang sudah layu tidak bermaya. Adam ingin mengatakan sesuatu, tapi tidak terkeluar. Hanya jarinya sahaja yang dapat menghulur sebentuk cincin yang baru dikeluarkan dari poket seluarnya.
            Jantung Akira berdegup laju. Dia mencapai cincin itu. Kepalanya diangguk. ‘Ya Adam, Kir setuju. Kir  setuju! Just please.. don’t leave me.’ Rayunya dalam hati.
            “Doktor Akira, saya terpaksa keluarkan awak dari bilik bedah ni.” Pinta salah seorang doktor pakar.
            “Tapi..”
            “Awak tak boleh buat. Emosi awak akan terganggu.” Tubuh Akira ditolak lembut hingga keluar dari bilik bedah. Pintu tertutup rapat. Akira hanya termangu di hadapan pintu kecemasan itu.


“DOKTOR.” Panggil Hadi apabila ternampak kelibat Akira yang sedang duduk bersandar di dinding berdekatan bilik kecemasan. Pucat lesi wajahnya.
            “Doktor..” panggil Hadi lagi. Akira mendongak. Wajahnya tidak bermaya.
            “Ibu saya..” Hadi terus merenggut tangan Akira supaya mengikutinya hingga ke wad ibunya. Akira yang tidak dapat berfikir secara rasional terus mengikuti. Tanpa banyak soal atau bantahan. Hatinya seakan mati.
            Selesai memeriksa keadaan Puan Asnah, Akira merengus perlahan.
            “Pihak kami dah tak boleh nak tolong apa-apa. Setakat ini aje yang kami mampu.” Kata Akira jauh dari katil Puan Asnah.
            “Berapa lama tempohnya?” tanya Encik Kamarul. Dia faham apa yang dimaksudkan Akira.
            “Dua bulan, mungkin.” Jawab Akira.
            “Mungkin? So dalam masa dua bulan tu, awak nak suruh kami tengok aje ibu kami menderita? Tunggu dia pergi. Macam tu?” Hadi mula naik angin.
            “Kami dah takde jalan lain. Kami tak mampu untuk sembuhkan ibu encik dengan keadaan dia macam ni.” Terang Akira.
            “Doktor apa awak ni? Sepatutnya awak cari jalan untuk sembuhkan semua orang. Bukan lepas tangan macam ni!” tinggi nada suara Hadi.
            “Kami manusia encik. Kami bukan Tuhan yang boleh sembuhkan orang dengan sekelip mata. Hanya ini kemampuan kami. Hidup mati, itu bukan di tangan kami. Kami dah cuba sedaya upaya. Encik kena faham. Ada yang doktor mampu buat, dan ada yang tidak.” Akira geram.
            “Sebab dia bukan ibu awak, awak bolehlah cakap macam tu. Awak tak faham perasaan kami!” Hadi menyinga.
            “Hadi, sabar nak.” Pujuk Encik Kamarul.
            “Saya juga dalam keadaan yang sama macam encik! Bahkan, mungkin dalam setengah jam atau beberapa minit lepas ni, orang yang saya sayang akan tinggalkan saya untuk selamanya! Bukan encik seorang yang tengah harungi kesusahan!” Akira tidak mampu mengawal emosinya. Terus dia terduduk mencangkung merembes keluar semua air matanya. Tangisannya bukan lagi dalam kawalan. Para jururawat dan pesakit lain hanya memerhatikan Akira.
            Hadi telan air liur. Mungkin aku terlalu kasar? Fikirnya.
            “Cik.” Panggil Hadi. Akira tidak mahu mendongak. Gila kau?! Doktor menangis dah macam budak-budak ha.
            “Cik..” Hadi mencangkung di hadapan Akira. “Saya minta maaf berkasar dengan cik. Saya tak dapat kawal emosi saya.” Hadi serba-salah.
            Akira terus berdiri setelah mengesat air mata dan air hidung yang meleleh keluar. Dia cuba berlagak tenang.
            “Awak doakan yang terbaik untuk ibu awak. Saya minta maaf tidak dapat membantu awak. Saya minta diri dulu.” Kaki Akira terus melangkah pergi. Satu hal lagi yang dia risaukan. Keadaan Adam.
            Cincin di jari manisnya ditenung lama. Manusia tak pernah nak menghargai apa yang ada di hadapan mata mereka. Tapi bila ianya kian hilang, barulah kita tercari-cari.
            “Aku dah dengar pasal Adam.” Tasha turut sama duduk di kerusi yang tersedia di tepi dinding. Akira mengerling ke kanannya.
            “Nah.” Tasha menghulur sebotol mineral. Akira menyambutnya. Bibirnya mengukir senyuman lemah.
            “Dia sayangkan kau. More than everything.” Kata Tasha. Matanya tertumpu di hadapan. Entah apa yang dipandangnya, dia tak tahu. Yang dia tahu, dia tak boleh berbalas renungan dengan Akira. Mungkin rasa serba-salah, malu atau marah bermain dalam fikirannya.
             Akira yang dari tadi memandang sisi muka Tasha beralih arah. Dia turut sama memandang ke hadapan sebelum menghela keluhan berat.
            “That ring.. aku kenal. Dia pakai setiap masa. Tak pernah tanggalkan. Walaupun cincin tu kat jari kelingking dia.” Cerita Tasha. Dalam hati, hanya Allah yang tahu. Setiap kali dia membuka mulut bercerita betapa sayangnya Adam pada Akira, bagaikan lebih besar koyak dihatinya. Lagi dalam lukanya. Bertambah sakit jiwanya.
            “Tash..” Akira cuba untuk menghentikan cerita itu.
            “Aku salute kat dia. Dia mampu tahan godaan dari ramai perempuan. Alasan yang dia selalu beri, I’m engaged. I’m engaged. And I’m engaged.” Sambung Tasha.
            “Aku tahu dia just guna alasan tu supaya takde seorang perempuan pun nak dekat dengan dia. Dia sendiri bagitahu aku, mungkin sebab dia just anggap aku as kawan atau adik. Dia tak pernah tahu perasaan aku kat dia macam mana.” 
            “Tash, aku..”
            “Sebab tu aku berani simpan harapan kat dia. Dia belajar bersungguh-sungguh, langsung tak fikir relationship. Aku ingat dia memang tak nak ada relationship sebab nak tumpukan perhatian pada study dia. Rupanya aku silap. Dia tunggu seseorang.”
            “Dia yang minta putus dengan aku at the first place. Aku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun sakit. Aku cuba jadi professional. Aku tanamkan dalam diri aku, aku kuat. Aku boleh. Aku boleh hidup tanpa dia. And I succeed. Aku berjaya tunjuk kat dia, aku mampu berdiri seorang diri. Macam sekarang.” Giliran Akira bersuara.
            “Kenapa kau terima bila dia kata nak putus?” tanya Tasha.
            “Sebab aku juga rasa apa yang dia rasa. Aku takut kalau dia berubah hati pada orang lain. Aku tak nak dia tipu aku, katakan aku yang dia paling sayang sedangkan hati dia sudah ada pada orang lain. Aku juga tak nak sekat kebahagiaan dia. Kalau dia dah jatuh hati pada orang lain, aku tak nak dia rasa serba-salah untuk lepaskan aku.” Luah Akira.
            “So.. beautiful.” Tasha tersenyum kecil melihat wajah Akira yang meluahkan rasa hatinya.
            “Apa yang cantik?” soal Akira.
            “Your love.”
            “Itu semua kisah dulu, Tash. Aku sayangkan kau. Walaupun kau pangkat junior pada aku, aku rasa selamat bila cakap dengan kau. Aku rasa tenang. Aku tak nak kehilangan rasa tenang, rasa selamat tu just untuk kebahagiaan aku seorang. Setiap kebahagiaan pasti ada ujian. Aku tak berani nak merisikokan hubungan aku dengan kau semata-mata untuk mengecap bahagia yang tidak pasti sampai bila dengan Adam.”
            “Lagi kau cakap macam ni, lagi bertambah malu aku pada kau. Aku yang jadi batu penghalang kau dengan Adam. Trust me, kau takkan kehilangan rasa selamat dan tenang tu walaupun kau pilih Adam.” Tasha menggenggam jemari Akira.
            “Marry him.” Pujuk Tasha. Air mata Akira bergenang sebelum mengalir di saat tubuhnya dipeluk erat oleh Tasha. Akira mengangguk. I will.


“ABAH.” Panggil Keyla apabila suasana sunyik di meja makan. Hanya terdengar sudu garfu berlaga dengan pinggan.
            “Hmm. Kenapa?” Tengku Sabri merenung anak dara yang sedang makan di hadapanya.
            Keyla serba-salah nak tanya. “Takde apalah, bah. Makanlah dulu.” Keyla terus menyuap sesudu nasi ke dalam mulut. Puan Asnah pelik. Kenapa pula dengan Keyla ni? Hmm.
            “Kalau nak cakap, cakap aje terus, Kay. Kenapa ni?” Tengku Sabri sedar ada sesuatu yang ingin dikatakan anaknya itu. Sudu dan garfu diletakkan ke atas pinggan secara telangkup. Gulp. Abah dah habis makan. Keyla tahu sangat perangai abahnya. Kalau dah telangkup sudu garfu tu, kira dah habis makanlah tu.
            “Aa? Ala bah. Takde benda serius pun. Kejap lagilah Kay cerita.” Sesudu nasi disuap lagi ke dalam mulut.
            “Kay tahu kan yang abah tak suka menunggu.” Tegas Tengku Sabri. Keyla melepaskan keluhan berat. Nak cakap ke?
            “Sebenarnya bah..” Keyla gigit bibir bawah. Aahh! Makin cuak nak cakap ni!
            “Sebenarnya apa?” lembut suara Tengku Sabri.
            “Sebenarnya...” Keyla masih ragu-ragu.
            “Sebenarnya...” masih tidak terkeluar.
            “Sebenarnya...” Keyla tidak berani merenung mata abahnya.
            “Sebenarnyaa...”
            Meja diketuk kuat membuatkan Keyla tersentak. “Sebenarnya apa?” keras suara Tengku Sabri.
            “Sebenarnya saya isteri dia!” Eh? Tu tajuk novel la, Kay. Tengku Sabri berkerut merenung anak daranya yang berperangai pelik malam ini.
            “Ha?” Puan Syarifah menjungkit kening.
            “Eh! Bukan! Abah.. umi..” suara Keyla seakan merayu.
            “Kenapa dengan anak abah malam ni ha?” Tengku Sabri makin pelik dengan telatah anaknya.
            “Kalau Kay kata, Kay nak kahwin?” terasa macam ada batu besar yang bakal jatuh di kepala Keyla.
            Tengku Sabri dan Puan Syarifah berpandangan sesama sendiri.
            “Kahwin?” suara Tengku Sabri tinggi. Mungkin kerana terkejut.
            “Kay tanya aje!” cepat-cepat Keyla cover.
            “Baguslah kalau nak kahwin cepat.” Tengku Sabri bersandar di kerusi makannya dan menggaru belakang telinga yang terasa gatal.
            “Ingatkan nak cakap Kay nak berhenti belajar tadi. Abah pancung kamu karang kalau kamu kata nak berhenti study.” Sambung Tengku Sabri. Keyla terkejut. Abah tak marah?
            “Serius ke bah?” Keyla rasa macam mimpi.
            “Seriuslah. Q pun dah kahwin. Umur baya-baya kamu ni dah boleh buat bini dah pun. Kalau lewat sangat nak kahwin pun tak sesuai sangat. Baguslah kalau kamu ada terfikir nak kahwin awal. Tu dekat ofis abah tu, orang dok tanya kamu bila nak kahwin. Ada yang nak masuk minang pula tu.” Usik Tengku Sabri.
            “Ish. Kay dah calonlah. Masuk minang apanya.” Bibir Keyla menguntum senyuman. Yes! Yes!
            “Siapa calonnya?” tanya Puan Syarifah sambil mengupas buah.
            “Er.. abah dengan umi kenal dia.” Okay. Bahagian ni yang seram sikit nak cerita.
            “Siapa?” Tengku Sabri mencucuk buah dengan pencungkil gigi.
            “Hadi. Anak Encik Kamarul.” Keyla berterus-terang. Puan Syarifah memandang suaminya. Dahinya berkerut.
            “Encik Kamarul yang dah..” Puan Syarifah cuba memastikan.
            “Aah. Dah bankrap.”  Entah dari mana keberanian itu hadir. Keyla pun tak pasti.
            “Kamu serius ke ni?” soal Tengku Sabri.
            “Serius. Dah lama Kay tunggu abah kenenkan Kay dengan dia. Tapi abah langsung tak tanya.”
            “Abah pun tak tahu dia orang kat mana sekarang.” Tengku Sabri menunduk. Sepatutnya dia ada waktu sahabatnya itu berada di dalam kesusahan. Dia menyesal. Mementingkan projek dibandingkan kawan, sungguh tak patut!
            “Kay tahu Hadi kat mana.” Walaupun sebenarnya Keyla langsung tidak tahu. “Ada satu keadaan lagi bah. Kay tak pasti Hadi suka Kay ke tak. Tapi Kay ambil keputusan untuk cuba masuk minang dia.” Terang Keyla.
            “Akila Insyira!” nama panjang Keyla dipanggil uminya.
            “Tak salah, kan? Sedangkan Siti Khadijah meminang Nabi kita. Takkan Kay tak boleh buat? Kay cuma nak minta tolong abah sebagai orang tengah, tolong tanyakan.” Pinta Keyla. Tengku Sabri diam sebentar.
            “Kamu serius ni, Kay? Hadi tu.. dia sekarang..”
            “Takde apa-apa? Kay tahu dia jenis yang berusaha. Kay yakin, kalau ada orang buka jalan pada dia, dia boleh buat.”
            “Maksud Kay?”
            “Abah sendiri tahu kebolehan dia. Kenapa abah tak nak cuba ambil dia bekerja bawah abah?”
            “Kay.. benda macam ni.. kita tak boleh nak ambil orang kerja dengan kita sesuka hati.” Tengku Sabri meletakkan lengannya di atas meja makan.
            “Abah tolong dia. Abah bagi dia tempoh beberapa bulan untuk buktikan yang dia boleh tampung Kay. Dengan kebolehan dia, dia boleh sara Kay. Kay percaya tu.”
            “Hmm.” Tengku Sabri kembali bersandar di kerusinya.

3 comments:

  1. Uwaaaaaa ~ finally !!!!! Setelah berkurun2 akhirnya landing jg. Tqsm ain <3

    ReplyDelete
  2. btl3!!!setuju ngan inayah swan...ade jgk akhirnya..

    ReplyDelete
  3. lama saya tunggu n3 baru akhir ada juga tq.

    ReplyDelete