Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, July 22, 2013

To Love or To Be Loved : Part II



Bahagian II :Tawar hati & Workaholic
 
Jiwa aku, tak macam orang lain. Ada orang, bila kena tinggal, masih lagi tak serik. Cari baru. Tapi aku, bukan ditinggalkan sedangkan meninggalkan. Tapi aku serik. Untuk cari baru.
            “Mar, maaflah kalau rasmi dulu. Aku harap jodoh kau cepat sampai.” Ayu menepuk bahu Maria sambil tersengih. Beza betul perempuan itu dulu dan sekarang. Sangat berbeza...
            “Ha? Takde hal lah. Dah jodoh kau nak sampai cepat, nak buat macam mana?” Maria menayang gigi dua baris. “Habislah kau.. rasmi malam pertama dulu dari aku. Jangan lari sudah.” Sambung Maria.
            “Weh! Kira dah lembab lah tu dia nak kahwin. Kawan-kawan kita semua dah kahwin, dah beranak-pinak pun. Kuaiz tu, siap ada empat orang anak dah tau. Tu pun dok pulun nak tambah lagi.” Celah Fina.
            “Kuaiz tu apa tahu. Nak anak aje tahu. Sakit beranak bukan dia yang tanggung. Bini dia juga.” Bebel Ayu.
            “Kau bila lagi, Mar?” mata Fina tepat merenung Maria.
            “Aku? Tunggu kejap aku gelak besar-besar. Kalau kau rasa macam nak makan nasi minyak aku, bagitahulah. Aku buat untuk kau seorang. Kalau nak tunggu nasi minyak kahwin aku, kau beranak 30 orang anak dulu eh?” tawa Maria meledak. Isu itu bukan lagi sensitif padanya. Umur dah hampir mencapai tiga dekad. Hilang terus keinginannya untuk berumah tangga.
            “Eh ada pula. Umur kau dah nak dekat 30 tau. Perempuan ni makin lama bukan makin laku macam lelaki tu.” Berkerut dahi Fina mendengar jawapan Maria. Tika itu Maria sibuk merenung skrin telefon bimbitnya dan wajahny mulai berubah tegang.
            “Girls, talk to you later. Aku nak kena pergi office. Ada hal urgent.”  Kerusi ditolak ke belakang. Kad jemputan perkahwinan Ayu tidak dilupakan lantas terus dimasukkan ke dalam tas tangan.
            “Ha, itulah dia. Kerja. Kerja. Kerja. Kerja 24 jam.” Rungut Ayu.
            “Jauh gila perangai dia yang dulu dengan sekarang.” Keluh Fina.
Dulu...
            “Aku rasa macam nak kahwinlah.” Entah dari mana datangnya tiba-tiba niat gatal nak kahwin pada umur awal 20-an entah. Syufa meletak pen di bibir sambil kakinya digoyang-goyang dengan mata menala ke atas. Berangan!
            “Aku nak kahwin paling awal! Kalau boleh, umur 22, 23 dah kahwin!” Maria menanam azam.
            “Gatal dua-dua ekor ni. Belajar dululah!” Ayu mengetuk kepala kedua orang sahabatnya dengan pensil di tangan. Fina ketawa. “Padan muka.”
            “Ish! Pedulilah! Yang penting aku nak kahwin. Bestnyaaaa!” angan Maria sudah lepas ke langit ke tujuh.
Sekarang...
            “Banyak member kita dah kahwin. Kau macam mana?” soal Syufa yang baru tiba dari lapangan terbang. Lega selepas 4 jam penerbangan dari Australia akhirnya dia selamat menjejak kaki ke bumi Malaysia. Rindunya!
            “Kau ni, turun-turun kapal terbang aje, takde benda lain ke yang kau nak tanya. Kahwin aje yang ada dalam kepala kau.” Maria menyeluk lengan Syufa yang dirindui bertahun lamanya.
            “Yelah. Waktu aku kat QL (Queensland), aku asyik dapat emel jemputan kahwin dari member-member kita aje. Tak kurang yang infom aku pasal pregnancy dia orang. Siap bagi gambar lagi. Jeles aku. Padahal aku yang pasang niat nak kahwin awal.”
            “Jodoh dia orang ringan.” Ayu di kanan Syufa bersuara. Fina yang berjalan di sebelah Maria turut mengangguk.
            “Ni antara kita, siapa nak kahwin dulu?” soalan cepu emas Syufa terkeluar.
            “Yang pasti, I’m the last person.” Kata Maria selamba. Kepala Syufa cepat menoleh ke arah Maria.
            “Like seriously babe? Dulu kau juga yang berangan nak kahwin paling awal.”
            “Komitmen yow. Malas aku nak fikir. Baik aku kerja. Takde siapa boleh kawal aku kalau aku balik lambat. Takde orang boleh halang aku shopping macam orang tak pernah shopping. Takde orang sibuk-sibuk tanya pasal life aku. Yang paling penting, kalau aku stress pun takkan ada orang yang menambahkan stress aku kat rumah. Live alone is better thou.” Tidak beriak langsung mimik wajah Maria. Fina dengan Ayu dah habis memujuk. Dia orang tahu kenapa Maria begini. Tapi tidak Syufa.
            “Babe, otak you baru terjatuh dalam clorox ke? What had happened? Dulu bukan main lagi nak kahwin awal.”
            Maria menarik kembali lengannya dari lengan Syufa untuk membantu gadis itu memasukkan bagasinya ke dalam bonet kereta.
            “Takde apa pun yang jadi. You know, people change.” Maria mengenyit mata. Ayu dan Fina hanya memerhati riak muka Maria. Jelas! Riak sedih 2  tahun lalu hilang terus. Entah tenggelam di lautan mana pun tak tahu. Yang nyata sekarang, gadis di hadapan mereka kali ini lebih kuat dibanding dulu yang asyik menangis.
            “You guys better tell me what’s going on after this.” Bisik Syufa pada telinga Fina. Fina hanya tersengih. Nantilah.. cerita akan terbuka juga kerana mereka berdua sahabat baik. Syufa sendiri mengenali Kimi. Boleh dikatakan ketiga-tiga sahabat itu amat mengenali Kimi.

MARIA mengurut tenguk yang terasa lenguh. Jam dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Kunci kereta dan rumah diletakkan di atas meja makan kaca. Badan minta untuk berehat. Terus Maria merebahkan diri di atas sofa di ruang tamu. Suasana gelap dibiarkan sahaja. Telefon masing berdering. Dia bangun kembali dari rebahannya untuk mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan sekali dengan kunci di atas meja kaca berhadapan dengan sofa itu.
            “Yes, assalamualaikum.” Lemah suara Maria.
            “Waalaikumussalam. Mar, sorry kacau tengah malam macam ni. Tapi aku ada masalah besar ni!” Adrian kedengaran cemas.
            “Kenapa?”
            “Laptop aku tiba-tiba shut down sendiri. Hilang semua kerja yang aku buat tadi!”
            “Kan ada auto-saved..”
            “Memanglah ada auto-saved. Ada auto-saved pun tak guna kalau laptop langsung tak boleh buka.”
            “Serius?” Maria terbangun dari sofa. Ahh masak! Esok ada presentation. Pukul 9 pula tu. Mana pula tengah-tengah malam macam ni nak cari kedai nak repair?
            “Cuba kau call Hazmi. Kot dia boleh tolong betulkan lappy kau.”
            “Dia ada dengan akulah ni. Tak boleh juga. Kau ada back-up tak?”
            “Mana ada. Semua kat kau.”
            “Ahhh! Macam mana ni?”
            “Macam mana apa? Kena buat baliklah. Aku ada simpan all the details. Kejap lagi aku buat.”
            “Weh.. menyusahkan kau pula.”
            “Dah tu? Kau nak kita dua-dua terlopong esok?”
            “Kau emel aku few details, aku buat sekali pakai lappy Hazmi.”
            “Takpe-takpe. Aku boleh buat.”
            “Tiga pagi kot.” Bertimpa-timpa rasa serba salah Adrian.
            “Baru tiga. Belum sembilan. Aku ada 6 jam lagi nak siapkan.”
            “Bila pula kau nak tidur?”
            “None of your business. Rileks aaah. Aku baru balik dari hang out dengan some of my old friends ni, aku nak kena mandi dulu before buat kerja. Later on, aku update kat kau. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Keluhan keluar dari bibir Maria. Kerja. Haih.

“KERJA siang malam, balik raya pun kena kerja juga ke?” bebel ibu. Maria senyum nipis. Jari jemari masih laju berlari di atas papan kekunci komputer riba. Telinga masih mendengar bebelan ibu, cuma jari yang tidak mahu dan tidak boleh berhenti dari menekan kekunci-kekunci itu.
            “Ini dah macam workaholic tau dik.” Kak Yan yang baru datang dari dapur menatang dulang berisi gelas dan jag Ribenna bersuara.
            “Dah life macam ni, nak buat macam mana. Dulu Mar malas nak kerja, Kak Yan selalu marah. Suruh Mar kerja. Sekarang Mar dah kerja pun, Kak Yan still nak membebel.”
            “Memanglah dulu akak suruh Mar kerja. Tapi janganlah kerja macam Mar takde family. Untuk sehari aje, tolonglah jauhkan diri dengan laptop tu.”
            “Kerja Mar banyak Kak Yan. Kalau bukan Mar yang buat, siapa lagi?”
            “Ish budak ni. Orang lain pun beraya juga. Bos Mar tu takkan tak beraya. Dok kerja juga ke?”
            “Mar malaslah nak tangguh kerja banyak-banyak. Nanti kang tak menang tangan nak buat. Ada aje yang tergendala, cacat sana sini.”
            “Itulah jawapan orang yang obses dengan kerja.” Sindir Kak Yan.
            “Bukan obses. Tanggungjawab.” Jawab Maria.
            “Tutup laptop tu, Mar.” Ayah yang entah dari mana datangnya bersuara agak tegas. Tidaklah dengan nada yang tinggi. Tapi cukup untuk membuatkan jemari Maria terhenti seketika.
            “Kenapa? Rilek la ayah. Bukannya ada orang datang rumah lagi.”
            “Cubalah luangkan masa dengan abang dan kakak kamu ni. Ini tidak. Sejak tiga hari sebelum raya lagi kamu asyik berkepit dengan laptop kamu tu.”
            “Kejap eh ayah. Bagi Mar tiga jam. Sikit aje lagi nak siapkan.” Maria mengelat.
            “Tiga jam kau kata sikit, dik?” Helmi merangkap abang kedua mengambil tempat di sisi Kak Yan, kakak sulung.
            “Sikitlah tu. Mar selalu kerja tiga puluh hari tau nak siapkan kerja. Tiga jam tu sikit la tu.” Maria membela diri.
            “Bu, parah anak ibu ni. Abang rasa dia memang dah takde niat nak kahwin ni. Sibuk sangat bercinta dengan laptop dia tu.”
            “Mengadalah Abang Ngah ni. Bukan tak nak kahwin. Belum sampai seru aje. Jodoh tak sampai lagi.” Maria masih fokus pada skrin laptop. Sesekali dia merengus dek kesilapan menaipnya.
            “Macam mana jodoh nak sampai kalau kau tak reti nak usaha, dik? Kau ingat jodoh datang bergolek?” Helmi membaling sebiji bantal kecil bersegi empat tepat mengena kepala Maria. Cermin mana Maria hampir terlucut.
            “Ibu! Tengok Abang Ngah ni main kasar! Sekarang banyak alternatif untuk berusaha kan? Salah satunya, family arrangement. Mar serah aje kat ibu dengan ayah uruskan. Senang, kan?” Maria tersengih. Isteri Helmi yang baru selesai memandikan anak ketiga mereka turut sama menyertai ahli keluarga yang lain di ruang tamu. Ada aje lagi yang sibuk di dapur, sibuk di bilik menyiapkan anak masing-masing.
            “Ewah-ewah. Lepastu kalau bergaduh, kata ibu dengan ayah silap carilah, apalah.” Bidas ayah.
            “Ibu dengan ayah selidik lah mana yang elok. Tak lah serabut kepala Mar nak cari pak sanggup kahwin dengan Mar.”
            “Mar, Kimi tu sekarang dah ada dua anak tau. Nak masuk tiga dah pun. Takkan awak nak tunggu dia lagi?” suara Kak Yan. Kepala Maria lantas terangkat.
            “Bila pula Mar kata Mar nak tunggu dia? Pelik-pelik aje kak Yan ni. Itu kebahagiaan dia, Mar dah tak peduli la. Biar ajelah dia bahagia. Adam Mar belum sampai. Baru nak pakai baju perisai, naik kuda kot. Ala-ala prince charming gitu.” Maria ketawa mengekek.
            “Lawak kau dah tak laku, dik. Makin tua, makin kita orang tak faham dengan lawak kau. Nak gelak pun takde hati. Haikal, abang ketiga yang baru muncul dari dapur sinis menyindir.
            “Semua nak bash Mar ni, kenapa?” Maria berhenti menaip. Matanya memandang ke semua yang ada di ruang tamu.
            “Bila kamu nak kahwin, Mar?” tanya ibu tiba-tiba. Redup wajah ibu ditenung Maria.
            “Oh. Pasal tu? So semua orang dok tunggu bila Mar nak kahwin? Senang macam ni, ibu dengan ayah carikan aje calon untuk Mar. Mar terima aje. Okay? Done? Boleh Mar sambung kerja?”
            “Budak ni kan, kerja aje yang dia ingat!” kini suara ayah sedikit meninggi membuatkan Maria tersentak. Aku salah cakap ke?

2 comments: