Bahagian III : Perkenalan jarak jauh
Dua minggu lepas, ibu kenalkan aku dengan calon pilihan ibu dan ayah. Bukan
aku tak cari tahu pasal kebaikan dan keburukan pilihan keluarga ni. Bukanlah
bila aku kata, ‘ibu, ayah.. carikan calon untuk Mar..’ bermaksud aku akan terus
terima pilihan itu. Aku juga yang nak hidup dengan bakal suami aku tu nanti.
Gambar sudah ditunjuk. Nak
kata hensem macam lelaki-lelaki yang menjadi buruan kaum Hawa kat luar sana tu,
tidaklah... Tapi aku sendiri yakin, lelaki ini pasti ada dua tiga orang
perempuan yang menyimpan hati pada dia. Muka yang bila sekali dipandang, rasa
tenang.. sedap mata memandang. Memadai, bukan?
“Mar tak kata yang Mar
sedia nak jadi isteri dia tau, bu. Bagi peluang kat Mar untuk kenal dia dulu.
Eh bu?” Maria meminta kebenaran.
“Pula? Haritu kata okay
aje. Asalkan ibu dengan ayah carikan.” Ibu garu kening yang gatal.
“Memanglah. Ibu dengan
ayah nampak dia baik. Keluarga dia baik, tapi tak semua kuih mengikut acuan tau
bu. Ada aje yang tak jadi. Mar kena lah kenal dulu dia macam mana. Luar nampak
elok, tiba-tiba panas baran pula. Kan dah susah?”
“Dah tu macam mana?” ayah
bersuara.
“Hm.. tunanglah untuk satu
jangka masa.” Cadang Kak Yan.
“Haa.. ikat tali
pertunangan, okay?” ibu mengiakan.
“Tapi dia tak duduk sini. Macam
mana nak kenal dia?” ayah garu dagu. Mata Maria menyorot ke ayah.
“Dia ada kat mana?”
“Dia duduk oversea. Tengah
sambung master.” Jawab ayah.
“Study lagi? Umur dia
berapa?” Maria mengerut dahi. Aih aku yang bekerjaya ni dipadankan pula dengan
student.
“Umur dia tiga puluh dua.
Habis degree haritu, dia dah kerja dengan satu company ni. Tiba-tiba dia dapat
tawaran sambung master. Dia baik dengan orang atasan, mungkin sebab kerja dia
baik so mereka hantar dia sambung belajar. Nanti dah habis, dia balik sini
balik kerja dengan company tu semula. Dah nak grad pun. Lagi berapa bulan aje.”
Cerita ibu.
“Oh.” Maria tidak ada
soalan lebih. Dia cuma minta emel lelaki
itu daripada ibu dan juga nombor telefon keluarga lelaki itu.
“Bila nak buat pertunangan
tu?” soal Maria tiba-tiba.
ALHAMDULILLAH, seminggu sudah bergelar tunang kepada lelaki yang bernama
Airil. Melalui emel, mereka berkomunikasi, saling mengenali. Bukan itu sahaja,
Maria mengambil alternatif lain untuk mengenali betul-betul lelaki itu. Melalui
keluarganya, dan juga kawan baiknya.
[No Subject]
From : Maria Moktar
To : Muhammad Airil
Assalamualaikum..
***
[No Subject]
From : Muhammad Airil
To : Maria Moktar
Waalaikumussalam tunang ! :D
***
[No Subject]
From : Maria Moktar
To : Muhammad Airil
Erm.. how’s life?
***
[No Subject]
From : Muhammad Airil
To : Maria Moktar
Alhamdulillah. Emel lambatlah. On YM. Airil dah add Mar kat sana.
Maria terus mencari
lambang Yahoo!Messenger di desktop. Sign in. Pop! 1 request. Airil. Accept. Debaran
Maria makin kuat. Jarum jam menunjuk ke angka 2. Ya, dua. Dua pagi.
Airil : Thanks.
Mar : Untuk?
Airil : Terima saya as your tunang
:D
Mar : Thanks.
Airil : Untuk?
Mar : Minang saya.
Airil : Haha. Apa yang buatkan Mar
terima?
Mar : Serious talk?
Airil : Takkan nak main-main?
Mar : Untuk redakan desakan
penghuni rumah ibu dengan ayah ni yang asyik desak suruh kahwin. #straight
face.
Airil : Kiranya ni, terpaksalah?
Mar : 50-50 J sorry if that hurt you.
Airil : Nahhh. Not at all. Airil
tahu pasal Mar.
Mar : How?
Airil : Family. Friends.
Mar : And I know a bit bout you
too.
Airil : How?
Mar : Family. A friend.
Airil : Macam mana kenal that ‘friend’?
Mar : Thru your family. And how
you know mine?
Airil : Same goes here. Family.
Mar : You’re old.
Airil : You’re turning 30 next
year.
Mar : =.=”
Airil : Wassap with that ‘naga’
face?
Mar : Annoyed face.
Airil : =.=”
Mar : Kenapa tiru?
Airil : Get annoyed.
Mar : Why?
Airil : “You’re old.” << get
annoyed by that.
Mar : Hahaha.
Airil : How’s work?
Mar : Macam biasa. Seronok +
penat + tension + stress.
Airil : Quran will help you.
Mar : Yeah done that before chat
dengan Airil.
Airil : J good girl.
Mar : GTG. Dah nak dekat 3 pagi. Need
to work esok. Have a nice day. Assalamualaikum.
Airil : Alright. Waalaikumussalam.
Maria tersenyum sebelum
menutup komputer ribanya. First impression.. baik. Maria terus lompat ke katil.
Malas nak fikir lagi. Kerja lagi penting.
BOLEH dikatakan setiap hari pasti akan ada emel yang diterima. Mereka hanya
bersembang melalui YM pada hujung minggu bila kedua-dua mereka ada masa
terlapang. Tiada panggilan telefon. Tiada mesej-mesej.
Airil acapkali bercerita
tentang usrahnya di Belfast, UK. Bagaimana pergerakan usrah mereka berjalan di
sana. Beberapa orang pelajar sana telah berjaya memeluk Islam hasil dari usrah
mereka.
Itu membuatkan Maria
seronok. Seronok apabila Airil menceritakan itu kepadanya. Lelaki itu tidak
membosankan. Pada masa yang sama, Maria turut memperbaiki diri sedikit demi
sedikit.
Hatinya kian tertarik.
“Mar, macam mana? Okay?”
tanya Helmi.
“Apa dia yang okay?” Maria
merenung kuku jarinya. Telefon bimbit masih melekat di telinga.
“Airil lah. Okay tak?”
“Baru aje kenal.”
“Baru kenal apanya? Dah nak
dekat sebulan kau orang kenal.”
“Sebulan baru. Belum setahun.”
“Habis tu? Nak panjangkan
pertunangan sampai setahun?”
“Entah. Tengok keadaan.”
“Kau ni dik.. janganlah
buat ibu risaukan kau.”
“Risau apa? Jangan risaulah.
Mar tau jaga diri.”
“Bukan itu maksud abang
ngah. Kau tu tak kahwin-kahwin.. orang luar dah sibuk tanya pasal kau kat ibu.
Malu ibu nak jawab.”
“Abang ngah, mulut orang
tu bukan mulut tempayan yang kita boleh senang tutup dengan dulang. Biarlah apa
orang nak kata. Tak kacau hidup dia orang pun.”
“Orang dah mula label kau
tu andartu tau!”
Maria merengus. Juling matanya.
“Abang Ngah, nanti Mar call balik. Ada incoming call ni.” Kata Maria.
“Siapa? Airil?”
“Ha’ah. Airil.”
“Alright. Bincang dengan
dia cepat-cepat bila nak buat kenduri kahwin.” Gesa Helmi. Maria menjeling.
“Yelah.” Hanya jawapan
sebegitu yang akan membuatkan orang seperti Helmi ni senyap tanpa bertanya
lebih. Sedangkan mana ada incoming call pun. Airil pun tak pernah
menghubunginya melalui telefon bimbit. Semuanya melalui Facebook ataupun
Yahoo!.
Airil : Assalamualaikum, cik
tunang.
Mar : Waalaikumussalam. Ya?
Airil : I’m coming back next
month.
Mar : Dah habis study?
Airil : Nearly. Yup.
Mar : Alright.
Airil : So, will meet you soon.
Mar : Okay.
Airil : Prepare the answer.
Mar : What ans?
Airil : Any ans that might be the
asked. Assalamualaikum.
Mar : Eg?
Airil is offline.
Hampeh betul dengan Airil ni.
Belum dijawab habis, terus offline. Apa ya kemungkinan yang akan ditanya? Hmm..
bes ok...hehehe...nk lagi...pls!!!!
ReplyDelete