Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, July 25, 2013

To Love or To Be Loved : Part IV



Bahagian IV : Bibit cinta
Bertemu juga akhirnya. Soalan pagi tadi yang dikemukan Airil di hadapan kedua ahli keluarga nyata membuatkan Maria tergamam. Jantungnya berdegup laju dan entah apa yang dia nak jawab. Mata menyorot ke arah ibu meminta bantuan. Lantas jemari sejuknya digenggam ibu.
            “Kalau setuju, katakan setuju.” Bisik ibu di telinga Maria. Suara tidak terkeluar. Hanya anggukan yang menjadi jawapan buat soalan Airil.
            Lelaki itu tersenyum. Seronok barangkali. Lamarannya diterima.


CINTA selepas kahwin itu lebih indah daripada sebelum. Kemanisannya akan lebih dirasai. Bagaimana? Ini perbandingannya.
Bercinta sebelum berkahwin.
Sebelum berkahwin, sudah bercinta. Segala janji manis ditabur. Zina seringkali berlaku apabila masing-masing tidak menjaga pandangan mata masing-masing. Bertahun lamanya bercinta. Sehabis maksimum ayat manis dirangka. Momen dicipta. Selepas kahwin, pudar. Nak buat yang romantik, tapi sebelum kahwin pun pernah ekpresikannya.
Bercinta selepas berkahwin.
Masing-masing tidak mengenali dan belum ada memori tercipta antara mereka. Si isteri belum tahu apa yang suami ini boleh lakukan untuk menceriakan keadaan. Begitu juga dengan isteri. Expectation pasangan masing-masing pasti 50-50. Namun, jika kejutan yang dibuat pasangan masing-masing itu lebih tinggi dari jangkaan, keadaan lebih bertambah romantik, aite?
            “Mar nak bagitahu abang... Sebelum ni, Mar bagi seluruh komitmen Mar pada kerja. Dah lama Mar kerja, so Mar masih belum boleh biasakan keadaan sekarang dengan sebelum Mar berkahwin.” Mata Airil ditenung Maria. Lelaki itu segak dengan baju melayunya beserta songkok di kepala.
            “Abang faham.” Jemari Maria digenggamnya. Sejuknya!
            “Sebelum ni, Mar balik kerja ada sampai tiga empat pagi. Ditambah lagi dengan kerja yang Mar bawa balik dari ofis. Mungkin Mar akan kurang bagi perhatian pada abang. Takpe ke?”
            “Mar dah pergi kursus kahwin, Mar mesti tahu tanggungjawab Mar macam mana. Mungkin Mar belum biasa dengan abang. Abang akan bagi masa kat Mar. Jangan risau. Isu balik dua tiga pagi tu... kalau boleh janganlah balik lewat sangat. Ataupun kalau balik lewat, bagitahu abang. Call abang atau mesej. Kita boleh masing-masing bertolak ansur, kan?” senyuman di bibir Airil mencairkan hati wanita Maria. Namun belum ada sedikit perasaan yang boleh menjadi indikator permulaan cintanya pada lelaki itu. Dia hanya rasa dilindungi. Tak lebih dari itu. Buat masa sekarang.


JARUM jam sudah menunjuk ke pukul sebelas malam. Masih bertimbun kerja di meja Maria. Dia leka. Seronok bekerja hingga lupa ada yang menantinya di rumah. Satu jam lagi pergi begitu sahaja. Begitu cepat masa berlalu.
            Telefon bimbit Maria tiba-tiba berbunyi mengejutkan dirinya yang sedang fokus melakukan tugasan. ABANG. Bulat mata Maria. Ah! Aku lupa!
            “Assalamualaikum.” Lembut suara Maria.
            “Waalaikumussalam. Masih kat ofis ke?” soal Airil.
            “Ha’ah. Mar minta maaf. Mar leka buat kerja sampai terlupa nak call bagitahu. Tak perasan pula yang dah dekat pukul satu. Sekejap Mar kemas, Mar balik. Abang tidurlah dulu. Dalam setengah jam, Mar sampai rumah.” Maria serba salah. Dah ada suami, tak reti nak balik rumah cepat! Ish kau ni Maria.
            “Oh. Abang risau aje sebab haritu Mar janji nak call. Tapi tak call pun. Abang ingat ada apa-apa yang jadi. Abang tunggu Mar balik, eh?”
            “Dah lewat ni. Abang tidur dulu. Nanti Mar dah sampai, Mar kejut abang. Okay?”
            “Haha.” Tawa Airil. Comel isteri aku ni. “Drive safely, sayang.” Pesan Airil. Entah kenapa, muka Maria tiba-tiba merah. Dah lama juga mereka berkenalan tapi ini kali pertama Airil memanggilnya sayang. Malu pun ada. Sebelum ini dengan Kimi pun tak pernah nak bersayang-sayang.
            “Er, okay.” Selepas masing-masing berbalas salam, Maria menelan air liur. Masih terngiang-ngiang panggilan sayang di kepalanya.
            Cepat-cepat dia mengemas meja kerjanya dan membawa balik beberapa buah fail untuk disambung di rumah.


“ASSALAMUALAIKUM.” Sapa Maria apabila kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Terlihatnya Airil yang sedang menonton perlawanan bola di chanel Astro. Tak tidur lagi?
            “Waalaikumussalam.” Airil bangun dan menghampiri isterinya yang memeluk beberapa jenis fail syarikat. Fail itu bertukar tangan. Beg tangan Maria juga diambil. Terkebil-kebil Maria dibuatnya.
            “Abang kerja pun tak sekuat ni tau. Rehatlah kejap. Abang buatkan air kat Mar.” Fail dan beg tangan Maria diletakkan di atas meja kaca berhadapan sofa.
            “Eh, tak payahlah. Biar Mar yang buatkan untuk abang.” Maria turut melangkah ke dapur mengekori suaminya.
            “Ei.. tak payah. Duduk aje kat sofa tu. Abang buatkan air. Jangan risau, abang reti buat airlah.” Airil mengenyit matanya. Sekali lagi membuatkan Maria terkedu. Nasib baik Airil sudah ke dapur dan tidak melihat ronaan merah yang mulai membahang di kedua pipi Maria.
            Beberapa minit selepas itu, Airil menyentuh pipi Maria yang sedang berbaring di sofa. Mata wanita itu lantas terbuka apabila terasa tangan panas yang menyentuhnya.
            “Sorrylah ganggu Mar tidur. Mesti Mar tak makan lagi. Jom makan?” ajak Airil. Makan? Jemari Airil bertaut dengan jemari Maria lantas Maria bangun dari pembaringannya di sofa setelah ditarik Airil hingga ke dapur. Jemari yang terlilit itu diperhati lama oleh Maria. Apa ya perasaan ini?
            Terkejut. Makanan di dapur sudah terhidang untuk mereka berdua.
            “Abang masak?” tanya Maria.
            “Well, selain daripada abang ni pandai bekerja, abang pun pandai memasak tau.” Airil menarik kerusi untuk Maria.
            “Mana belajar?” sengih Maria sambil duduk.
            “Duduk kat negara orang yang ajar abang. Takkan asyik nak makan western aje kat kedai. So ramai-ramai call mak minta resepi kat Malaysia. Satu rumah abang tu, daripada tak kenal halia dengan lengkuas dah boleh masak rendang tok mak tau.” Cerita Airil. Hilang terus mengantuk Maria. Apa jenis perasaan ni?
            “Abang belajar kat luar since bila?” tanya Maria sambil tangannya mencelup ke dalam bekas basuh tangan.
            “Lepas abang habis buat A-level lah. So kiranya since abang degree, sampai ke master abang belajar kat luar.”
            “Kenapa tak belajar kat dalam aje?”
            “Ustaz abang pernah kata, belajarlah kamu hingga ke negeri China. Abang rasa macam hidup abang dah sebati dengan surrounding Malaysia. Abang nak cuba pula kenal culture luar. Nak tahu cara hidup dia orang macam mana. Mana yang baik, kita ikut. Mana yang tidak, kita jauhkan.” Airil sentiasa tersenyum menjawab soalan Maria.
            “Abang takde berkenan dengan sesiapa waktu belajar kat sana?” serkap Maria. Entah macam mana boleh terpacul soalan begitu.
            Tawa Airil meledak. “Tipulah kalau kata abang tak pernah nak minat kat sesiapa. Abang ni pun manusia juga yang Allah kurniakan fitrah cinta. Waktu tu abang degree tahun kedua. Abang dah berkenan, tapi abang masih belum berkemampuan. So abang fokus dengan studi, berserah aje. Kalau ada jodoh, lepas abang habis degree.. abang akan masuk minang dia. Tapi tak berjodoh... dia dah kahwin sebelum abang habis degree lagi.”
            “Abang tak pernah bagitahu perasaan abang kat dia?”
            “Untuk apa? Kalau abang bagitahu dia waktu tu pun, apa yang abang boleh buat? Just letak janji yang abang sendiri tak pasti? Abang tak nak sakitkan hati dia untuk tunggu abang habis belajar, kerja semua. Penantian tu menyakitkan, aite?”
            Maria terdiam. Penantian itu amat menyakitkan. Lagi-lagi bila penantian itu tak jadi seperti yang kita harapkan.
            “Macam mana dengan perkahwinan kita? Abang terpaksa?” tanya Maria lagi.
            “Terpaksa? Abang cukup bersyukur umi carikan Mar untuk abang. Waktu mula tengok gambar Mar pun sebenarnya abang dah terpikat.” Usik Airil. Entah mana nak letak muka yang merah ini. Terasa macam nak sorok muka bawah meja aje.
            “Eh! Merahnya muka! Panas ke?” Airil tambah-tambah lagi mengusik. Muka Maria sudah berkerut.
            “Eii! Janganlah usik!” Maria menutup muka dengan sebelah tangannya. Makin merah wajahnya.
            “Ei! Bertambah panas ke, yang? Merah semacam je ni.” Airil cuba menarik lengan Maria yang menutup wajahnya.
            “Janganlahhhh!” rengek Maria. Malu!! Tawa mereka berdua bersatu di dapur. Pada jam 2.30 pagi. 


JARUM jam menunjuk pada angka 4 pagi. Airil sudah lena di atas katil. Perlahan-lahan Maria bangun dari pembaringan dan turun dari katil. Beg komputer ribanya diambil bersama dengan fail. Dengan kaki terjengket-jengket, Maria melangkah ke pintu bilik. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu. Tidak mahu kedengaran.
            Maria menutup mulutnya dengan belakang tapak tangan apabila dia menguap. Letih bercampur mengantuk, tapi dia ada kerja yang perlu dilakukan. Cermin mata diambil. Matanya kini fokus menghadap perkataan-perkataan di skrin komputer. Keadaan di ruang tamu yang terang benderang sedikit sebanyak menghilangkan kantuknya.
            Setengah jam dia pulun menyiapkan kerjanya sebelum jari berhenti menari di atas papan kekunci dek diganggu derapan kaki dari tangga. Kepala lantas menoleh. Airil yang berT-shirt putih, seluar track, turun sambil memisat mata. Macam anak kecil.
            “Kenapa tak tidur lagi?” tanya Airil sambil mendekati.
            “Maaflah. Ganggu abang tidur ke? Mar ada kerja yang nak kena siapkan.”
            Airil mengambil tempat di atas sofa. Maria yang duduk dilantai sukar untuk menoleh melihat suaminya yang betul-betul ada di belakangnya.
            “Esok kena hantar ke?” Airil mendekatkan matanya dengan skrin komputer Maria.
            “Tak la juga. Tapi Mar kalau boleh tak nak lah tangguh-tangguh kerja. Nanti kerja makin bertambah.”
            “Kesian kat badan tu. Letih dia tau. Rehat la sekejap.” Pujuk Airil.
            “Hmm.. kejap aje lagi. Sikit aje.” Maria kembali menyiapkan kerjanya.
            “Abang teman eh?” pinta Airil.
            “Esok abang nak pergi kerja awal kan? Rehatlah. Nanti penat.”
            “Isteri abang penat, takpe pula?” Airil memeluk lemah leher dari belakang Maria sekaligus membuatkan wanita itu seakan terkena kejutan elektrik. Lelaki belakang aku ni selamba peluk aku dengan takde perasaan, aku ni yang dah jantung dup dap dup dap haa!
            “Erk.. erm..” Maria menelan air liur. Jarinya kembali menaip dalam posisi badan yang statik. Mata Airil tertutup tapi bibir mengukir senyuman. Sebelum perkenalan mereka berdua, Airil pernah sekali menelefon ahli keluarga Maria setelah melihat gambar wanita itu.
            “Saya janji, bahagia Maria akan sampai ke syurga. Saya akan jadikan dia bidadari syurga saya, Insya Allah. Tolong terima pinangan saya untuk Maria.”
            Saat itu Airil tekad. Entah kenapa hatinya memang terpaut pada raut wajah yang dia lihat itu. Sedangkan dia tidak kenal langsung wanita itu. Gambar yang dia terima dari uminya itu tidaklah secantik Miss World. Tapi ada satu perasaan di mana bila dia lihat wanita itu, dia dapat merasakan segala keperitan, kebahagiaan, kesusahan dan kesenangan wanita itu. Mungkin sebab uminya ada cerita sedikit latar belakang Maria.
            Maria menguap lagi. Airil terjaga dari lenanya di bahu si isteri apabila wanita itu bergerak sedikit. “Mengantuk ke?” tanya Airil.
            “Hmm.” Maria mengangguk. Matanya dipisat. Tapi jemari runcingnya masih aktif melakukan kerja.
            “Abang buatkan air panas nak?” pelawa Airil.
            “Tak payahlah. Abang tidur aje. Okay?”
            “Air milo eh?” Airil terus bangun menuju ke dapur tanpa sempat dihalang Maria. Tanpa sedar, bibir Maria membentuk senyuman. Diri terasa disayangi.
            “Milo dah siap!” ceria betul Airil membawa secawan Milo kepada isterinya.
            “Satu aje? Abang punya?” Maria mencapai cawan yang dihulurkan Airil.   
            “Kita kongsilah!” cadang Airil. Maria terkedu. Tak pernah pula aku kongsi minum secawan dengan mana-mana lelaki.
            “Nak sikit!” Airil meminta apabila Maria selesai meneguk beberapa teguk. Bulat mata Maria.
            “Serius?”
            “Seriuslah. Nak sikit.” Airil mencapai cawan dipegangan Maria. Laju sahaja dia meneguk Milo panas itu.
            “Ahh! Panas!” Airil kembali menjauhkan cawan itu darinya.
            “Itulah. Nak cepat sangat. Cuba minum elok-elok sikit.” Maria bangun dari kedudukannya di lantai dan mengambil tempat di atas sofa bersebelahan dengan suaminya. Tisu di meja kaca dicapai. Perlahan-lahan Maria mengelap air yang tumpah sedikit di baju Airil.
            “Kan seronok ada isteri. Ada orang tolong jaga!” Airil tayang gigi. Momen 4 pagi. Boleh lagi beromantika.

           

7 comments: