Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Sunday, May 20, 2012

Seindah Cinta-NYA

Elia Farhana merengus melihat kertas di hadapannya. Beberapa kali dia menghantukkan kepalanya ke meja. Pensil di tangan dicampak jauh dari meja belajarnya. Dia menoleh melihat katil yang berada di tepi. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi dan kertas matematik tambahannya. Dia merebahkan diri di atas katil.

Seketika kemudian, telefon bimbitnya berbunyi. Dia mengangkat dengan malas.

“Hello.”

“El, busy ke?” soal Atiqah di hujung panggilan.

“Aku baru nak rest. Kepala dah tepu dengan add maths.” Rungut Elia.

“Tension ke?”

“Agak la.”

“Apa kata kau keluar. Bagi rehat kau punya mind tu sikit.”

“Keluar? Mana?”

“Hmm.. kau nak join aku clubbing tak?”

Lama Elia memikir. Dia tak pernah menjejakkan kaki ke sana. Seketika kemudian, dia terdengar deraian kaca pecah.

“You yang punca masalah! Kalau bukan sebab you ada perempuan lain, family kita takkan jadik macam ni la!” jerit mama Elia.

“Kenapa you selalu salahkan I? Kenapa you tak belek diri you sendiri? Salah you jugak! Kalau you reti jaga makan pakai I, I takkan carik lain! Ni tak, hari-hari dengan persatuan you tu! I fade up dengan you!” papa Elia pula bersuara.

Elia hanya mendengar. Hatinya pilu. Air matanya meleleh. Macam mana dia nak fokus pada pelajaran kalau hari-hari dia diganggu bunyi bising dari ibu bapanya?

“Tiq, kau pick up aku.” Putus Elia. Dia muak! Muak dengan kehidupannya. Kaya macam mana pun, apa erti kehidupan tanpa kasih sayang?

***

ELIA menuruni anak tangga dengan laju. Kelihatan papanya sedang memegang dahi. Dia hanya merenung wajah tua itu.

“Pa, El nak keluar kejap.” Kata Elia.

“Pergi mana?”

“Study group.” Jawab Elia selamba. Papanya memerhatikan pakaiannya.

“Jangan balik lewat-lewat.” Pesan papanya.

‘Papa dengan mama balik lewat hari-hari, takpe pulak?’ desis hati kecil Elia. Dia terus meninggalkan rumahnya. Atiqah sudahpun menunggu di dalam kereta.

“Kereta siapa yang kau kebas?” soal Elia.

“Boyfriend mama aku.” Jawab Atiqah. Elia terkedu. Atiqah sedikit pun tak terkilan dengan perlakuan ibu bapanya?

“Kau jangan pelik la. aku pun dah muak dengan perangai daddy aku. Bawak balik perempuan pregnant, tu aku dah biasa la.” Kereta Atiqah terus meluncur laju membelah malam yang dingin. Elia hanya diam.

“By the way, sayang! Please la tukar baju kau. Takde baju lain ke?” soal Atiqah. Elia memandang dirinya. Seluar jeans, bluose putih, high heels putih, dah cukup cantik kan?

“Kenapa dengan pakaian aku? Okey apa.” Sangkal Elia.

“Babe, kita nak clubbing. Bukan nak pergi party hari jadik! Kat belakang tu ada pakaian. Aku bawak untuk kau. Tu aku punya, tapi lepas guna, pulangkan balik.”

Elia mencapai beg kertas di belakang seatnya. Dia mengeluarkan sehelai skirt paras paha berwarna hitam kilat.

“You want me to wear this?” soal Elia tak percaya.

“Hidup cuma sekali sayang. Enjoy at least once. Tak salah kalau nak cuba, kan?” Atiqah menghadiahkan senyuman yang tak dapat ditafsirkan.

***

Selesai menukar pakaiannya, Elia keluar dari bilik air. Dia agak janggal apabila tiga per empat dari pahanya terdedah. Tambahan, dia tak pernah seumur hidup memakai tube.

“Tiq, aku malu la.” kata Elia.

“Kau nak malu apa? You look gorgeous la!”

“Tapi terlalu...”

“Singkat? Or seksi? Babe! Dalam club ni, yang pakai jarang sampai nampak semua pun ada tau.”

“Tapi aku tak biasa.”

“Dah! Jangan banyak mulut. Ikut aku.” Atiqah menarik lengan Elia keluar dari bilik air menuju ke rakan-rakannya yang lain. Mata nakal yang lain sempat mengerling tubuh Elia.

“Az, kau kenal kan Elia?” Atiqah menolah tubuh Elia dekat dengan Azri. Azri tersenyum sambil mengangguk.

“Elia, budak sains satu kan?” Azri menghulurkan tangannya kepada Elia. Elia yang masih cuba menutup tubuhnya teragak-agak untuk menyambut salam itu.

“Azri. Sains tiga.” Sambung Azri.

Elia hanya mengangguk. Dia tak menyambut huluran salam itu.

“Auch! Ada orang kena reject awal-awal la.” Suara nakal lain mula berbunyi.

“Tak pernah tengok you pakai macam ni.” ujar Azri lagi. Elia hanya dia membisu. Bukan kerana malu untuk berkata, tapi dia masih memikirkan masalah di rumah.

“Hey babe!” tegur Atiqah dari belakang.

Lamunan Elia terhenti.

“Tiq, aku pinjam El kejap.” Ucap Azri. Lantas lengan Elia ditarik supaya mengikuti Azri. Tubuh Elia terdorong untuk mengikuti jejak Azri.

“Apa ni main tarik-tarik!” keluah Elia kasar.

Lantas tubuh Elia ditolak di dinding bilik air dengan kasar. Lengan Azri melekap pada dinding. Jantung Elia berdebar laju.

“Kenapa datang sini?” soal Azri kasar. Tak selembut tadi.

“Hilangkan tension.” Jawab Elia sambil menjeling ke tempat lain.

“Well, ni bukan tempat kau untuk lepaskan tension! Kau tau tak kesan kau datang tempat macam ni?”

“Kau ni kenapa?!” Elia menolak tubuh Azri kuat. Namun tak berdaya.

“Kau dah ready ke?” soal Azri lagi.

“Ready apa? Apa kau cakap ni? Aku tak faham la! Lepaskan aku la!” jerit Elia.

“Kau datang sini means kau dah ready nak serahkan apa je yang kau ada! Takkan tu pun kau tak tau!!”

Elia terpinga-pinga.

“Aku datang sini just nak have fun!”

“Pergi balik. Exam lagi dua bulan je. Jangan spoilkan diri kau.” Nasihat Azri.

“Kau siapa nak halang aku?! And apa yang kau tau pasal spoil, huh! Kau tak tau apa-apa! Kau jangan nak nasihat orang before kau nasihatkan diri kau sendiri!” Elia terus menolak tubuh Azri hingga terdorong ke belakang. Lantas Elia masuk semula ke dalam untuk menyertai rakan-rakannya yang lain.

Azri menumbuk dinding kuat. Kenapa kau tak nak dengar cakap aku?! Lantas Azri terus pulang ke rumah.

***

ELIA bergelak tawa apabila beberapa orang rakannya membuat lawak. Tanpa dia sedari, Atiqah memasukkan sesuatu di dalam minumannya.

“Elia! Minum!” Atiqah menghulurkan gelas yang berisi Coke kepada Elia sambil ketawa. Elia mencapainya dengan tawa.

Dia meneguk air itu dengan rakus. Mata Atiqah memandang Farhan berserta senyuman sinis.

Elia mula rasa pening kepala setelah beberapa minit. Namun dia tetap terus minum dan minum gelas rakan-rakannya yang berisi arak.

“Kepala aku pening.” Ucap Elia dengan tawa.

“Apa kata you tido dulu. I teman you pergi bilik, okey?” Farhan mendekati Elia. Elia ketawa lagi. Lantas tubuh Elia dicempung dan di bawa ke dalam bilik motel.

***

Makesure ‘brg’ aku smpai esok. Bayaran aku, dia!

Pesanan ringkas yang dihantar Atiqah membuatkan Farhan tersenyum lagi. Dia menoleh melihat Elia yang terkulai layu di sebelahnya tanpa seurat benang di tubuhnya.

Beres.

Balas Farhan. Farhan mematikan telefon bimbitnya. Dia memandang Elia sebelum membawa Elia di dalam pelukan dan menarik comforter menutupi tubuhnya dan Elia.

***

ELIA yang baru tersedar dari tidurnya terasa pening. Berat pula matanya untuk dibuka. Namun matanya pantas terbuka luas apabila dia merasakan ada tangan lain yang bermain di pinggangnya.

Bulat mata Elia memandang lelaki yang tidak dikenali berada di hadapannya. Lantas dia menolak jauh lelaki itu.

“Siapa kau!” Elia mula takut. Dia menarik selimut untuk menutupi tubuhnya.

“La, jangan la bising-bising pagi-pagi ni.” keluh Farhan. Lantas Farhan bangun dan mencapai pakaiannya yang bertaburan di lantai. Elia memandang tempat lain.

“Jumpa kau kat sekolah.” Selesai menyarung pakaian, Farhan terus meninggalkannya seorang diri. Elia buntu. Dia memandang kiri dan kanan. Apa yang kau dah buat, El!!

***

ELIA menduduki peperiksaan SPM dengan tenang. Dia cuba untuk melupakan hari hitam itu. Tapi makin ingin dia lupakan, makin kerap dia bertemu Farhan.

Kertas Biologi merupaka kertas yang terakhir sebelum dirinya merdeka dari sekolah! Setelah pengawas menyerahkan kertas pada setiap pelajar, mereka diberi sedikit taklimat sebelum memulakan kertas.

“Kamu tak boleh keluar sebelum 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.” Kata pengawas itu.

Beberapa minit ditunggu sebelum merek dibenarkan untuk menjawab soalan itu.

“Kamu boleh mula.”

Lantas semua pelajar menjawab soalan mereka dengan penuh keyakinan. Elia menjawab soalan itu dengan tenang sebelum dirinya rasa mual dan pening. Dia cuba untuk bertahan dari pegi ke tandas. Belum 30 minit sepenuhnya!

Elia seringkali memandang jamdi di dinding hingga tubuhnya dibasahi peluh. Dia segera mengangkat tangan dan berlari keluar dari dewan peperiksaan.

“Kamu tak boleh keluar!” jerit pengawas peperiksaan itu. Elia tetap berlari hingga ke pintu bilik air sebelum sempat memuntahkan isi perutnya di hadapn pintu bilik air.

“Kenapa kamu muntah kat sini?!” seorang pekerja sekolah mula membebel.

“Makcik jangan bising la!” Elia masuk ke dalam bilik air dengan lemah. Muntahnya di hadapan pintu bilik air terpaksa dibersihkan makcik tadi.

Elia merenung tajam cermin di hadapannya. Pengawas peperiksaan yang mengejarnya terkejut melihat muntah yang berada di hadapan pintu sebelum masuk untuk mencari Elia.

Elia terduduk di dalam bilik air. Pengawas itu terus mendapatkan Elia yang mula mengalirkan air mata.

“Kenapa ni?” soal pengawas itu.

Elia diam. Membisu.

***

HAMPIR tujuh bulan usia kandungannya. Perutnya kian membesar. Hampir tujuh bulan juga hidupnya tidak teratur.

“El! Kamu memalukan papa tau tak! Siapa yang dah buat kamu macam ni?!” soal papa Elia kasar. Elia hanya mendiamkan diri.

“El! Jawab soalan papa tu!” mama Elia pula menjerit. Elina yang berada di tepi kakaknya merenung kakaknya dengan penuh simpati.

“Boleh tak mama dengan papa senyap. El tau apa yang El buat!” tegas Elia.

“Tau? Kamu tau? Kamu tau apa?! Macam mana kamu nak besarkan dia? Mama dah cakap, gugurkan! Kamu degil!” mama Elia membentak. Elia merenung mama dan papanya tajam.

“El tak kan jadik macam ni kalau mama dengan papa buat perangai! Bukan El tak tau, dah berapa banyak anak yang papa ada dengan perempuan lain? Apa yang papa buat untuk dorang diamkan diri? Duit! Duit! Duit! Duit! Semua duit! Senangkan cara papa buat dorang diamkan diri!” lantas pipi Elia ditampar kuat oleh papanya. Elia terdiam sebentar.

Mama Elia turut senyap.

“Kamu jangan nak carik salah papa sebab nak tutup salah kamu sendiri!”

“El tak pernah bagitau Elina siapa dia, kan? Papa pernah bagitau dia?” soal Elia membuatkan Elina memandang papa dan kakaknya silih berganti. Sekali lagi mama Elia terkedu.

“Elia Farhana!” Papa Elia membentak.

“Elina bukan adik kandung Elia. Bukan anak mama.” Ucap Elia sebijik-sebijik. Elina yang dengar, terkejut. Dia merenung wajah wanita tua di hadapannya. Mama Elia tak berani membalas renungan Elina.

“Sebab tu ke mama selalu kasar dengan Eli?” tanya Elina.

“Elina, dengar cakap papa ni. Kakak kamu ni dah gila!” papa Elina memeluk tubuh Elina.

“Papa ada hubungan dengan mama Atiqah. Kan?” tanya Elia. Soalan itu membuatkan papa Elia tergamam. Mama Elia memandang suaminya tak percaya.

“I’m tired of this all! Macam ni ke hidup kita? Sampai bila?” Elia menyoal. Soalan yang tak berjawab membuatkan dia fade up. Lantas dia bangun dan menarik lengan Elina.

“Eli, jom.”

“Ke mana?”

“Mana-mana je. Sebab akak pun tak sure kalau akak ni anak kandung papa.” Elia merenung tajam mamanya. Wanita itu terdiam.

***

TUJUH tahun berlalu. Berbekalkan kegigihan Elia bekerja, dirinya kini berjaya. Walaupun anaknya lahir tidak berbapa, namun dia tau tanggungjawabnya. Biarlah dia sebagai ibu, juga bapa. Elina dijaga hingga berjaya ke menara gading.

“Kak.” Elina duduk di sisi Elia.

“Kenapa?”

“Ada ke orang yang hidup lagi teruk dari kita?”

“Kita tak tau Eli. Mungkin ada, mungkin takde.”

“Kak, kenapa akak tak mintak lelaki tu bertanggungjawab?”

“Dia? Eli, dengar akak cakap ni. Orang kalau sayangkan kita, dia akan jaga kita. Hargai kita. Dia takkab berani sentuh kita even sikit sebesar zarah pun. Dia sayangkan kita tanpa ada orang yang memaksa. Kalau akak paksa sekalipun untuk dia bertanggungjawab, kalau jawapan dia tetap tidak, akak nak buat macam mana? Ramai orang yang kat luar sana tu percaya dengan cinta. Sampai maruah tergadai pun dorang still percaya cinta. Even lelaki tu tak nak bertanggungjawab pun, dia still percaya hubungan dorang boleh membaik disebabkan cinta. Dorang cintakan manusia lebih dari dorang cintakan Allah. Kenapa nak carik cinta yang tak pasti kalau ada cinta hakiki?” panjang celoteh Elia.

“Akak..”

“Eli, Allah cintakan kita. Kenapa kita tak reti nak balas cinta Dia macam yang kita balas cinta boyfriend, girlfriend kita? Bila kita ada masalah, rujuk pada Dia. Dia selalu ada. Walaupun kita tak nampak, tapi kita ada iman yang buatkan kita percaya Allah ada dan wujud. Allah kurniakan kita macam-macam. Boyfriend kita mampu bagi intan permata je kat kita. Tapi boleh dia bagi kebahagiaan tanpa kebenaran Allah?”

Elina kelu. Tabahnya kakaknya.

“Akak pernah tersilap langkah sekali. Bukan salah mama dengan papa yang buatkan akak jadik macam ni. Tapi jiwa remaja kita selalu menyandarkan silap kita kepada ibu bapa kita. Sedangkan iman kita yang tak teguh. Ada jugak mak bapak ustaz, ustazah. Tapi anak tak ikut pun jejak langkah dorang. Lagi liar ada la. Apa yang penting, hati. Hati yang terkandung iman. Jangan sesekali persalahkan ibu bapa.”

Elina menyepi. Dia memandang laut di hadapan.

“Akak nak jumpa mama dengan papa la. Nak mintak maaf atas kelancangan mulut akak dulu.” Elia turut memandang ke laut. Di merebahkan kepalanya di bahu adiknya. Firhan yang sedang bermain pasir itu ditenung lama oleh Elia.

“Kak...”

“Mama dengan papa maafkan akak tak?”

“Insya Allah kak.”

“Jaga Firhan elok-elok.” Pesan Elia.

“Ye. Kita jaga dia sama-sama, ea?”

Elia mengangguk sambil tersenyum. Matahari yang terbenam dipandang mereka bersama.

***

“KAK, jom balik.” Elina menggerakkan tubuh kakaknya. Namun tubuh itu sudahpun dingin dan kaku. Elina tergamam. Firhan dipandangnya. Kini tinggal kita berdua.

6 comments:

  1. ending y agak sedih..
    dan nmpak tergantung..

    :)

    ReplyDelete
  2. aah agak tergantung, ingtkan dtg balik watak Azri tu :(

    ReplyDelete
  3. cerita tergantung, tapi still menarik. hope, penulis dapat perbaiki lagi

    ReplyDelete
  4. Endingnya mungkin tergantung... Tp bila kita fikir lg.... Itulah kehidupan yg mungkin dilalui oleh seseorang. Bila kita baca ending yg sebegini, ia boleh dijadikan pengajaran. Namun saya akui, hati agak tidak tenang bila baca ending sebegini kerana kasihan sungguh nasib tiga watak ini, El, Eli n Firhan.

    ReplyDelete