Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, May 21, 2012

SASS 3

Hampir dua minggu Fatin tidak tenteram hidupnya. Bekerja di syarikat milik bapa teman seperjuangan ketika berada di London merupakan cara yang boleh dia buat untuk melupakan rasa bersalahnya.

Bukan dia tidak mahu membantu Farhan, tapi dia masih tidak menemui caranya. Berkali-kali Farhan menelefonnya. Tidak berani pula dia ingin mengangkat panggilan itu. Maafkan I, Farhan.

Fatin menyelak fail-fail di hadapannya. Namun kepalanya tidak dapat fokus dengan kerjanya! Radio, televisyen, semuanya heboh tentang skandal Farhan Azman dengan Qistina.

“Atyn, aku kesian gila kat Farhan tu. Dah hampir dua minggu dia kena serang dengan media. Siapalah yang kejam sangat pergi publish gambar dia kat media? Teruk betul orang tu.” Nini yang duduk di hujung meja Fatin sibuk bercerita.

Fatin menelan air liur. Terkena batang hidung sendiri. Aiyak! Si Nini ni macam masuk acara memanah, aku pula yang menjadi targetnya. Tepat pula tu kena muka comel ni!

“Kenapa tak hilang-hilang lagi skandal dia? Bukan ke selalunya media sekejap je berita ni. Bila dah lama, lesaplah.” Fatin berpura-pura sibuk.

“Manalah aku tahu. Aku bukan kerja dengan media makcik! Aku kerja dengan syarikat pembinaan! Kau ni pun satu.” Nini membelek kukunya.

“Selesai dah bersembang?” Encik Zulkifli berdiri memeluk tubuh di hadapan mereka berdua. Nini hanya tersengih. Tergugat iman aku dengan Encik Zulkifli ni. Hensem pun hensem. Kacak bergaya! Buat suami ni, kelass kot!

“Alah along, orang rehat sekejap je.” Nini memeluk manja lengan abangnya. Mentang-mentanglah syarikat bapa dia.

“Iya lah tu. Cuba tengok Syu tu, rajin je. Bukan macam Nini. Macam mana lah ayah boleh ambil adik kerja kat sini? Setakat degree dari London tu, apalah sangat. Along yang ada master pun, waktu mula-mula masuk sini kena mula dari bawah tahu. Buat air, fotostet sana sini. Yang adik ni, senang-senang je dapat jadi eksekutif.” Bebel Encik Zulkifli.

“Along jangan jeles. Adik anak kesayangan ayah.” Nini tersenyum bangga. Manja sungguh dia dengan abangnya itu.

“Sudah! Buat kerja. Jangan tahu nak bersembang je.” Encik Zulkifli memberi arahan. “Syu, kalau Nini ni datang kat meja Syu, Syu tak payah layan dia ni. Biar dia membebel seorang diri. Kalau dilayan minah ni, sampai pagi esok pun tak habis cerita lagi.” Pesan Encik Zulkifli pada Fatin Syuhada. Fatin tersengih seraya mengangguk. Nini masam mencuka.

“Pergi la jauh-jauh along ni. Sibuk je.” marah Nini.

“Tu la kau. Bercerita tak habis. Kau jangan lupa, pukul dua nanti kita kena jumpa klien. Adik, adik juga. Jawatan eksekutif pun kau kena jaga juga. Kau dengar sikit cakap abang kau tu. Kau dengan aku sama je. Senang-senang jawat jawatan eksekutif. Nasib baik ayah kau bagi peluang kat kita. Jangan sia-siakan!” Fatin pula yang mengambil alih untuk membebel.

“Iya-iya. Aku tahu. Aku akan buktikan kat along aku tu, yang jawatan aku dapat ni, bukan sebab ayah aku. Tapi sebab kebolehan aku!” Nini mula bersemangat. Tapi semangatnya lain. Dah melebih sangat ni. Drama queen je lebih.

“Kau pergi selidik dulu klien yang ni. Lepas ni kita nak jumpa dia. Jangan kau berangan je nanti!” Fatin menyerahkan fail hitam itu kepada Nini. Fail disambut mesra.

Setelah Nini pergi, Fatin tersandar di kerusinya. Farhan, I minta maaf sangat. Telefon bimbit yang bergetar, mengejutkan Fatin. Farhan? Talian dimatikan. Aku belum bersedia nak tolong budak ni. Haish. Rasa bersalah mencengkam jiwa.

“DAMN! Berani kau lari dari aku lepas buat kecoh?” Farhan menggenggam kuat telefon bimbitnya. Geram dengan tindakan Fatin yang tidak mempedulikan dirinya.

Dua minggu dia buat pengambaran, dua minggu itu jugalah selepas habis shooting, dia terpaksa merempuh belasan wartawan yang sibuk mengambil tahu hal hidupnya. Itu satu, satu masalah lagi apabila Qistina selalu melenting apabila diganggu di tempat kerja.

Farhan mengurut leher yang terasa letih. Semuanya berpunca dari filem negatif itu! Kalaulah dia tak keluar dengan Qistina sewaktu pengambaran di luar negara hari tu. Kalaulah mereka tidak bergambar. Semua takkan terjadi!

Tapi kalau si tak guna Fatin tu tak lalai simpan gambar yang dia cuci, kalau perempuan sial tu tak cuci gambar tu, kalau perempuan tu tak ambil tahu tepi kain orang, semua takkan berlaku!

Farhan menyepak pokok kecil yang berada di sebelahnya. “Auch!” dia terjerit kecil. Sakit apabila duri pokok bunga mawar itu menikam ibu jarinya. Darah menitik. Farhan merengus.

“Lia! I nak tisu!” panggil Farhan terhadap pembantunya. Terkocoh-kocoh gadis kecil itu membawa sekotak tisu kepadanya. Farhan menarik tisu itu dengan kasar dan mengelap darah yang keluar dari tusukan duri tadi.

“I nak keluar sekejap.” Putus Farhan.

“Tapi you ada shooting lagi kejap lagi.” Lia cuba memujuk.

“Sekejap je.” Farhan menyambar jaket kulitnya dan mengeluarkan kunci kereta dari poket jaket itu. Keretanya laju meluncur di atas jalan raya.

“QIS, I nak cakap dengan you kejap. I kat luar bangunan you.” Farhan segera mematikan talian. Malas nak mendengar alasan wanita itu untuk tidak bertemu dengannya.

Mahu atau tidak, Qistina terpaksa keluar sebentar dari tempat kerjanya untuk berjumpa dengan Farhan.

“You nak apa? Bukan I dah cakap kita putus?” dingin sahaja kedengaran suara Qistina. Dia memeluk tubuh. Tidak juga memandang lelaki kacak itu.

“I tak nak putus. Lagipun, ni bukan salah I. Ada orang jumpa filem negatif tu. Dia yang pergi publish dekat media.” Farhan membela diri.

“You see, Han. I tak kisah dengan apa sekalipun alasan you nak bagi. Yang I tahu, semua ni berpunca daripada you. Tak payah you nak salahkan orang lain. Atau, ni memang trick you sebab nak paksa I kawen dengan you?” serkap Qistina. Pandangan tajam itu menikam mata Farhan.

“Apa maksud you?”

“Mungkin you yang publish dekat media gambar kita, supaya you dengan I digosipkan bersama. Then you boleh la announce yang you memang boyfriend I, and you dengan I akan bernikah soon. Kan? Macam I tak tahu trick you.” Qistina menjeling Farhan.

“What?! Hey, memang I minta you kawen dengan I before. Tapi I hormat keputusan you yang gilakan karier you daripada marriage. I tak mungkin lah paksa you dengan cara macam ni.” Farhan meninggikan suara.

“You tinggikan suara you pada I? Look, I takde apa yang nak dibincangkan dengan you lagi. Enough is enough. You dengan I, are over. We’re done. Okay? Jangan cari I!” Qisitina terus masuk ke dalam bangunan itu semula. Farhan menyepak tayar keretanya.

Seketika kemudian, baru dia terasa kesakitannya. Dua kali sepak tak menjadi. Asyik sakit je kaki ni! Farhan terus masuk ke dalam perut kereta.

Nombor Fatin sekali lagi didail. Tiada jawapan. Dia terus mendail dan mendail. Biar perempuan itu bosan dan mengangkat panggilannya! Dia tidak akan berhenti mendail selagi perempuan itu tidak mengangkat.

FATIN serba salah apabila telefonnya berdering nyaring di hadapan klien pentingnya. Terjungkit kening lelaki separuh abad berkot korporat di depan meja makan. Fatin tersengih-sengih.

“Maaf.” Fatin mematikan talian. Nini di sebelah mula tidak senang duduk apabila melihat reaksi lelaki di depan mereka yang mula berkerut.

“It’s okay.” Kata lelaki itu.

Telefon bimbit Fatin sekali lagi berbunyi. Fatin memejam mata menahan geram. Mangkuk ayun, mangkuk jamban betul dia ni tahu! Tengah kritikal macam ni, boleh pula call. Getus Fatin.

“Angkat dulu. Mungkin penting.” Kata lelaki tua itu. Fatin mengangguk dan meminta diri untuk beredar sebentar. Dia meminta Nini untuk menerangkan tentang bangunan yang bakal dibangunkan.

“Hello! You nak apa? I tengah busy meeting dengan klien la. Nanti I call you balik.” Cepat sahaja Fatin bercakap.

“What?! Call me back? No no no. Tak tak! Kau busy meeting, aku busy melayan media! Aku nak selesaikan sekarang juga. Tunggu kau call aku, memang sampai kiamat pun takkan! Aku call kau pun, kau tak angkat. Dah beratus misscall aku kat kau!” kuat suara Farhan hampir membuatkan gegendang telinga Fatin pecah!

“Aku janji, aku call kau lepas ni.” Fatin cuba meyakinkan Farhan.

“Ahh! Tak. Aku tunggu kau kat Taman Tasik. Aku tunggu sampai kau datang!” talian mati. Fatin menghembus nafas berat. Dia mematikan telefon bimbitnya. Risau jika ditelefon lagi.

FATIN dan Nini tersenyum gembira apabila melangkah keluar dari restoran itu. Berjaya! Kontrak pertama berjaya ditandatangani. Jenuh juga nak pujuk tadi. Berbuih mulut menerangkan itu dan ini. Tak sia-sia aku belajar jauh-jauh. He he he.

“Nak celebrate kontrak pertama kita?” tanya Nini ceria.

“Jom!” Fatin terus bersetuju.

“Kita nak pergi mana?”

“Alamanda! Shopping!!!” bersungguh betul Fatin. Nini mengangguk setuju.

Jam menunjukkan pukul lima petang. Telefon bimbit Nini nyaring berbunyi. Beg kertas di tangan Nini diserahkan kepada Fatin supaya memegangnya sebentar.

“Hello?”

“Hello? Nini, ada mana ni? Tak habis meeting lagi ke?” Encik Zulkifli kedengaran risau. Nini menggigit lidah.

“Dah. Kita orang ada kat Alamanda ni. Shopping sikit.” Jawab Nini jujur.

“Shopping? Hey! Waktu kerja belum habis lagi lah!!” Fatin yang berada di sebelah Nini pun boleh dengar suara nyaring di corong telefon. Masing-masing menggigit lidah.

“Along, rilek la. Kita orang dah dapat kontrak tu la!” Nini tersenyum bangga.

“Dah dapat? Kau orang dah dapatkan kontrak tu? Alhamdulillah!”

“Bangga tak?”

“Hey! Jangan nak ubah topik. Dapat tak dapat, kena jadi professional! Dapat, terus balik pejabat! Ni tak, pergi shopping pula dia! Balik!”

“Iya-iya. Orang nak balik lah ni.” Nini menjelir lidah. Nasib baik alongnya tak nampak. Kalau dia nampak, memang nahas!

“Kenapa?” Fatin menyiku Nini.

“Along dah bising. Jom balik.” Ajak Nini. Fatin mengangguk.

Setibanya di pejabat, Encik Zulkifli merenung Nini dan Fatin dengan perasaan tidak puas hati.

“Baru nak sampai?” sindir Encil Zulkifli.

“Maaf long.” Nini menunduk merenung ibu jari kaki. Macam kena marah dengan mak rupanya.

“Meh sini.” Tegas suara Encik Zulkifli. Fatin dan Nini merapat ke arah Encik Zulkifli.

“Mana kontrak?” pinta dia.

Nini menyerahkan kontrak itu. Terus sahaja tubuh adiknya itu didakap. “Yeah!” jerit Encik Zulkifli. Terkesima mereka berdua sebentar sebelum bergelak ketawa bersama.

AZAN Maghrib berkumandang. Farhan masih berada di dalam kereta berdekatan dengan Taman Tasik. Sebal hatinya menunggu Fatin yang tak kunjung tiba. Stering kereta diketuk kuat bagi meluahkan rasa marahnya. Dah la tadi kena bising dengan pengarah sebab tak ada kat lokasi.

Farhan meraup wajahnya entah untuk keberapa kali. Letih sungguh menunggu makcik tua ni. Entah dia ingat atau tidak temu janji mereka.

Fatin sibuk mengemas fail di atas mejanya. Penat pula tubuhnya. Sampai kertas kerja dibawa balik ke rumah. Ni memang dah tahap sibuk gila kot!

Selesai mengemas itu dan ini, Fatin terbaring di atas katil. Tangannya didepakan di atas katil. Letihnya!

Mata dipejamkan sebentar. Mata terbuka luas kemudiannya! Ahh! Aku lupa sesuatu. Segera Fatin bangun dan masuk ke bilik air. Lupa nak solat Maghrib. Tu la, sibuk sangat dengan kertas kerja.

Usai solat Maghrib, Fatin menadah tangan dan memohon keampunan dari yang Maha Esa. Sedang sibuk khusyuk berdoa, tiba-tiba jantung Fatin berdegup bagai nak meletup. Kenapa ya? Rasa seperti membuat silap terbesar!

Fatin menarik nafas sedalamnya sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Telekung dibuka perlahan. Sejadah dilipat sebelum disidai di penyidai. Fatin menghenyakkan punggungnya di atas katil. Melantun semula tubuhnya dek spring yang berada di dalam tilam itu.

Apa yang aku buat, ea? Kenapa rasa serba salah ni? Fatin mendapatkan telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Patutlah dari tadi tak berbunyi telefon ni, mode silent rupanya! Berpuluh misscall, berbelas mesej yang ada. Semuanya datang dari Farhan Azman!

FarhanAzman : Kau kat mana?

FarhanAzman : Aku tunggu kau dah lama ni. Bila kau nak datang?

FarhanAzman : Kau ni datang ke tak? Kau sengaja nak lari dari aku, kan?!

FarhanAzman : Kau memang tak nak datang ke?

FarhanAzman : Dah dua jam aku tunggu kau! Kau kat mana ni?

FarhanAzman : Wey bitch!

Bulat mata Fatin memandang mesej yang terakhir dibacanya. Terus sahaja mesej yang lain tidak dibacanya. Bitch dia panggil aku? Ni dah melebih? Aku bukan sengaja tak pergi. Aku lupa doh!

Fatin membaling telefon bimbitnya ke dinding. Entah kenapa sebal pula rasanya. Deraian telefon bimbit itu langsung tidak mengganggu konsentrasi Fatin yang sedang membuak-buak marahnya pada lelaki bajingan itu.

Awat, hang ingat hang baguih sangat? Piiiraahh! Hang menyombong na la ni! Dulu waktu hang kecik, hang tak famous, hinguih dok meleleh, semua orang tak pandang hang. La ni nama dah naik, amboi! Menyombong. Setakat artis macam hang, sepuluh aku boleh dapat. Aku petik jari, berdeghet (berderet) mai kat aku. Bebel Fatin sendiri. Nak membebel ni kalau loghat utara yang sedap. Silap ke tak, itu belakang cerita.

Setelah hati Fatin sedikit sejuk, barulah penyesalan bergayut di hati. Aduhai... berderai sudah telefon. Ingat murah ke telefon tu? Ni nak kena korek gaji bulanan la ni beli phone baru. Tu la, perempuan kalau angin, memang tak ingat apa dah. Habis semua kat tangan dibalingnya.

Kalaulah kat tangan ada pisau, memang dah dibalingnya tepat ke arah si empunya badan yang menyakitkan hati.

Fatin mengambil semula telefon bimbitnya yang sudah pecah. Bodohnya. Tak guna naik angin untuk budak teruk tu.

Fatin mengeluh perlahan. Dia beristighfar sebentar. Kakinya berjalan laju ke almari dan mengeluarkan blaus dan kain kembang lalu digantikannya dengan pakaian yang sedang dipakainya.

Tudung yang sudah disterika dipadankan dengan baju. Stokin disarung ke kaki. Beg tangan diambil. Telefon yang pecah digenggam.

“Mak, orang keluar kejap. Phone orang rosak sebab jatuh dalam bilik air tadi. Orang nak pergi cari phone kejap. Takut klien cari nanti, susah pula.” alasan Fatin diterima pakai oleh maknya yang sedang sibuk melipat kain baju.

“Abah mana?” soal Fatin lagi.

“Macam biasa. Surau.” Balas maknya. Fatin mengangguk sebelum menyalam maknya dan berlalu pergi.

NOKIA C3 di tangan dipandang sepi. Malas nak tukar telefon mahal-mahal. Nanti kalau kena baling lagi, tak ke naya? Panas baran juga kau ni, Fatin.

Fatin mendail nombor seseorang.

“Assalamualaikum.” Katanya. “Waalaikumussalam.” Balas orang di sana.

“Even you marah sekalipun, tak patut panggil orang bitch. You ingat you perfect sangat? By the way, I tahu salah I sebab tak call you back, tak jumpa you, and not even leave you a message pun. I terlupa okay. I baru jumpa klien, and I baru dapat my first kontrak. I silentkan phone I sampai I lupa nak tukar mode.” Terang Fatin.

Panggilan termati. Fatin cuba mendailnya sekali lagi.

“Farhan!” jerit Fatin.

“Aku penat. Aku nak tidur. T.T.Y.L.” katanya. Talk-to-you-later dipendekkan menjadi abjad. Fatin mula naik darah. Sekali lagi panggilan dimatikan Farhan.

Dan sekali lagi juga Fatin mendail nombor lelaki itu. Kali ini panggilan itu lambat diangkat.

“Assalamualaikum.” Suara perempuan di hujung panggilan mengejutkan Fatin.

“Waalaikumussalam. Boleh saya cakap dengan Farhan?” tanya Fatin dengan baik. Hilang rasa marahnya.

“Farhan tengah tidur. Sekarang ni dia perlukan rest yang cukup. Dia baru masuk hospital tadi.” Cerita gadis itu. Fatin terkejut.

“Hospital? Kenapa dia masuk hospital?” Fatin mula menggelabah.

“Boleh senyap sikit tak? Aku nak tidur pun tak senang. Kau cakap dengan perempuan tu, tak payah contact aku lagi dah. Aku tak perlukan dia.” Suara Farhan yang membebel dari jauh, masih didengari Fatin. Sedikit terkilan hati Fatin.

“Cik, kalau cik nak datang melawat Farhan, cik datang la ke hospital. Nanti saya SMS kan nombor wad.” Ujar gadis itu.

“Kau tak payah menyibuk la nak bagitahu aku kat mana. Letak telefon tu! Kerja kau, buat apa yang aku suruh je. Tak payah nak sibuk-sibuk hal lain.” Farhan sekali lagi memarahi pembantunya. Lantas talian mati.

Fatin tak sempat berkata apa-apa. Seketika kemudian, telefonnya menerima mesej dari Farhan.

Tapi sebenarnya bukan Farhan yang menghantar pesanan kepadanya, tetapi pembantunya untuk memberitahu bilik wad yang Farhan diami.

1 comment: