Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Sunday, May 20, 2012

Dia Suami Aku

Asfarina berjalan keluar dari sekolah dengan riang. Meloncat-loncat dia berlari ke rumah. Sesampainya di rumah, dia terus mencampakkan begnya ke atas katil di biliknya. Segera dia menukar pakaiannya. Dengan bertudung sekolah, dia terus keluar.

“Ma, As keluar kejap.” Asfarina terus menyarung selipar dengan laju.

“Ea! Nak pergi mana tu?!! Makan pun tidak. Dah solat ke?!” jerit mamanya.

“Ada la. Dah solat tadi kat sekolah.”

Asfarina terus berlari ke taman. Dia mencari-cari kelibat seseorang. Bila matanya tertacap pada manusia itu, segera dia berlari menyorok ke tempat biasa. Di belakang pokok!

Asfarina memanjat pokok itu yang sememangnya menjadi tempat lepaknya dari tingkatan satu! Walaupun kini usianya sudah menjangkau 17 tahun, pokok itu tetap menjadi tempat dia meluangkan masa.

Dia memerhatikan seseorang dari jauh. Lantas buah-buah kecil yang bergantungan di atas pokok itu dicabut dari tangkainya.

Segera dia membaling buah tersebut satu persatu ke arah manusia yang dia perhatikan tadi. Tepat mengena kepala! Asfarina tersenyum.

“Adoi!” Fiqrash memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia menoleh ke kiri dan kanan untuk melihat siapa yang membaling kepadanya.

“Kenapa Fiq?” soal Asri.

“Takde apa la. Jom sambung perbincangan kita.” Fiqrash malas nak mencari tau siapa yang sering membaling buah-buah kecil itu kepadanya. Tangannya pantas bergerak menulis fakta-fakta sains di kertas kecil.

“Fiq, esok nak study lagi ke?” soal Asri.

“Saya okey je.” Jawab Fiqrash.

Sememangnya Fiqrash seorang nerd! Yang tak tau apa-apa pasal cinta. Yang dia tahu, seluruh hidupnya dikelilingi oleh sains! Sains! Dan sains!

Asfarina membaling lagi buah itu. Namun tidak mengena Fiqrash. Asfarina mengeluh kemudiannya.

‘Kenapa la aku main baling-baling ni? Macam monyet je.’ Asfarina bersandar di dahan pokok. Dia memandang ke atas.

‘Hai la As. Tak pernah-pernah kau suka orang. Tiba-tiba kau kacau budak nerd tu buat apa? Bukan dia nak pandang kau pun. Kau tu bukan buku sains yang dia minat.’ Gumam Asfarina.

Asfarina menguap. Letih barangkali. Lantas dia cuba memejam mata. Zzz.....

***

“SAYA balik dulu Fiq.” Asri melambai kepada Fiqrash. Fiqrash mengangguk lantas mengemas buku-bukunya di atas meja yang tersedia di taman itu. Cermin mata besar yang dia pakai ditolak sedikit. Lantas Fiqrash membawa pulang buku-bukunya ke rumah.

“Makkk!!!” lantas tubuh Asfarina terjatuh dari pokok dan menghempap Fiqrash yang baru lalu di bawah pokok itu. Mimpi dikejar hantu pocong membuatkan Asfarina tersedar dari mimpi dengan tiba-tiba dan membuatkan dia terjatuh dari dahan.

“Adoi!!!” sama-sama mengaduh kesakitan.

Asfarina menggosong belakangnya yang terasa perit. Sedangkan Fiqrash jatuh meniarap menahan sakit. Asfarina yang mula tersedar terduduk di atas Fiqrash terus bangun.

“Maaf!” Asfarina meminta maaf.

“Takpe-takpe.” Dah nama pun nerd, kan? Lurus la dia. Takkan nak marah-marah kot. Takde kudrat pun si Fiqrash nak marah-marah ni.

“Tak sakit ke?” soal Asfarina.

“Mungkin lebam sikit. Walaupun sakit sikit, tapi lembam boleh sembuh dalam masa dua hari je.” Seloroh Fiqrash.

“Takkan tu pun nak bagitau. Macam la aku tak tau.” Gumam Asfarina sambil mencebik.

Fiqrash senyap. Dia menolak lagi cermin matanya.

“Aku As.” Asfarina menghulurkan tangan. Fiqrash memandang tangan itu.

“Maaf. Mak saya tak bagi saya pegang tangan perempuan selain keluarga saya. Haram hukumnya.” Celoteh Fiqrash.

Asfarina terkedu. Dia menjeling sambil menarik perlahan-lahan tangannya.

“Kau nak balik ke? Nak aku temankan?” pelawa Asfarina.

“Takpe. Saya boleh balik sendiri. Lagipun rumah saya dekat je.” Jawab Fiqrash.

‘Aku nak teman kau balik rumah sebab aku nak sembang dengan kau la ngek!’ hati Asfarina mula berbicara.

“Takpe-takpe. Aku boleh temankan. Kot-kot nanti ada orang nak culik kau, aku boleh tolong selamatkan.” Asfarina masih tak berputus asa.

“Takpe. Kalau ada orang nak culik saya, polis boleh tolong.” Jawab Fiqrash lurus.

“Aku kata aku teman kau balik, ikut je la!” marah Asfarina sambil menarik lengan Fiqrash supaya mengikutinya. Fiqrash terpinga-pinga. Pegangan Asfarina keras mengalahkan samseng jalanan! Tak mampu Fiqrash menepis. Hanya menurut.

“Dah sampai pun rumah kau! Sekarang, masuk la rumah kau.” Asfarina tersenyum gembira. Fiqrash teragak-agak, namun dia tetap mengangguk. Lantas dia masuk ke dalam rumah dengan pantas. Kecut perutnya dengan Asfarina.

Asfarina meloncat-loncat pulang ke rumah. Seronoknya!!

***

“MA!!” panggil Asfarina kuat. Mamanya yang sibuk melipat baju segera naik ke bilik anak daranya.

“Kenapa yang jerit-jerit macam nak pecah rumah ni?!” marah mamanya.

“Esok pergi sekolah nak pakai baju apa eak?” Asfarina mengeluarkan tiga helai baju kurung sekolah dan ditayangkan kepada mamanya.

Terjungkit kening mamanya.

“La.. kan tiga-tiga tu baju sekolah. Dah tu nak pakai baju apa lagi? Pakai baju sekolah la.”

“Antara tiga-tiga ni, mana yang cantik?”

“Ya Allah! Tiga-tiga sama! Baju putih, kain biru.”

“Ye la, mana yang lagi cantik??”

“As! Kamu ni kenapa? Sebelum ni tak kisah pun pasal ni.”

“Ala ma! Cepat la.”

“Pilih je la mana-mana. Sama je.”

“Tak sama la.”

“Dah! Jangan nak banyak songeh! Bilik ni macam tongkang pecah! Baju dalam pun bersepah-sepah! Anak dara apa ni?”

Asfarina memandang baju yang tersangkut di skrin komputer. Dia menoleh pula pada kerusi di hadapan meja belajarnya. Baju berhempuk. Mejanya, jangan nak kata! Penuh dengan buku-buku yang bersepah tidak bersusun. Lantainya penuh baju-baju kotor yang tidak dicuci. Tualanya juga berada di atas lantai. Katilnya penuh dengan komik-komik. Macam mana dia tidur entah!

“Ala. Ma!!” rengek Asfarina manja.

“Kemas bilik kamu ni! Lipas dah boleh membiak ni! Tu!! Mangkuk apa tu?” mamanya mendekati mangkuk yang beetimbun sekali dengan baju-bajunya di lantai.

“Ya Allah! Ni dah sampau biak cendawan ni kenapa?!”

“Eh, bagus la tu. Tak payah mama beli cendawan lagi dah. Amek je dalam mangkuk tu.” Seloroh Asfarina.

“Asfarina!!!!!!!!!!” jerit mamanya.

“Okey-okey! As kemas!”

***

JAM dashboard Asfarina menunjukkan pukul 4.30 pagi! Asfarina segera bangun dan membuka langkah besar untuk sampai ke dinding yang terdapat suis. Dia membuka suis lampu. Tapp!

Dilihat biliknya. Masih bersepah. Semalam, walapun dipesan oleh mamanya untuk mengemas biliknya, dia tetap leka. Leka untuk bersiap sedia untuk hari bersejarah hari ni!

Dia segera masuk ke dalam bilik air dan mandi untuk membersihkan tubuhnya. Dia keluar dari bilik air dengan tuala dililit di kepala sambil berkemban. Dia menolak baju-baju yang bersepah di lantai dengan kakinya untuk sampai ke meja soleknya.

Dia merenung wajahnya di cermin. ‘Hari ni, kau akan lakukan! Cayok As!’ kata-kata semangat dilontarkan di hadapan cermin.

Dia mulakan dari wajahnya. Dimekap setebal-tebalnya. Maklum la! Seumur hidup tak pernah tengok mekap.

***

“AS! Cepat!! Dah pukul berapa ni! lambat masuk sekolah nanti.” Jerit mama Asfarina. Asfarina segera menyarung stokin dan menggalas beg sandangnya dan berlari turun ke ruang tamu. Jam sudah menunjukkan tujuh setengah. Memang dah lambat!

“Ma, As pergi dulu.” Asfarina terus keluar menyarung kasut sekolahnya. Mamanya hampir terkena serangan sakit jantung melihat dirinya.

***

ASFARINA berlari laju hingga ke pintu pagar sekolah. Dia termengah-mengah di hadapan pintu pagar.

“Pakcik! Bukak la gate!!” jerit Asfarina.

“Mana bo....” terkedu sebentar melihat Asfarina yang berada di hadapan pintu pagar.

“Bukak la cepat.” Pujuk Asfarina. Encik Helmi selaku penolong Hem, berjalan menuju ke pintu pagar.

“Asfarina! Kamu dah...” penolong hem itu jugak terkedu melihat wajah Asfarina.

“Cikgu! Bukak la.” rayu Asfarina.

“Apa yang kamu pakai tu?” soal penolong hem.

“Apa?” Asfarina memegang wajahnya.

“Kamu bubuh lipstik kat pipi ke?!” soal penolong hem itu.

“Aah. Lipstik boleh pakai untuk jadik pemerah pipi kan?”

Penolong hem itu terkedu sekali lagi.

“Asfarina! Kamu pergi cuci muka kamu tu, sekarang jugak!!” perintah cikgunya. Pintu pagar dibuka.

Manakan tidak? Eye liner bersepah. Elok ada blusher, pakai lipstik kat pipi. Maskaranya melebih macam hantu. Bibirnya disapu lipstik merah darah! Eye shadow, sudah cukup disapu di atas, tapi kat bawah pun nak disapu?! Entah abu mana dia amek, ada pulak orang pakai eye shadow colour hitam. Mak oi! Sekali pandang, macam mafia. Dua kali pandang macam hantu, tiga kali pandang dah macam panda pulak.

Asfarina terus berlari masuk ke kelas Fiqrash. Fiqrash yang sedang leka mencatatkan nota-nota penting, terus mengalihkan pandangan ke pintu kelas apabila gurunya berhenti bercakap dan memandang ke pintu kelas.

?!!!!

Terkedu Fiqrash melihat wajah Asfarina yang dimekap entah hape-hape!

“Fiqrash!!!” dengan samsengnya Asfarina masuk ke dalam kelas Fiqrash dan melutut di sebelah meja lelaki itu.

“Kau kena jadik suami aku! Aku tak kira!! Lepas habis belaja semua, kau!!! Kau kena jadik suami aku. Nanti aku masuk minang!” tegas Asfarina.

Kelas sains satu sepi. Tergamam, terkedu, terkesima, terpinga-pinga, semua ada! cikgu yang mengajar sampai pengsan!

***

TAPI tu semua cerita lama. Kisah moyang-moyang dulu. Kini? Korang rasa aku dapat kawen tak dengan putera aku?

Tett!!!

Jawapannya tidak. Actually, belum lagi. Masih dalam proses nak mengorat dia. Apa yang susah sangat nak mengorat budak nerd ni?! Pelik aku.

“Fiq!!” jerit Asfarina yang bertenggek di divider tepi jalan.

“Apa?” soal Fiqrash.

“Dah ke belum?”

“Belum.”

“Lembab la kau!”

“Senang je cakap. Kau la buat!”

“Eh! Pesal aku pulak? Tak gentleman la kau kalau kau nak suruh aku tukar tayar tepi jalan ni.”

“Dah tu! Jangan banyak membebel.”

Asfarina mencebik. Sesekali dia mengipas mukanya dengan tangan.

“Aku panas la.”

“Tu sebab kau banyak dosa.”

“Excuse me! Kenapa pulak aku yang banyak dosa?”

“Kau dulu, kerja buli aku je!”

“Bila masa?”

“Yang hari-hari dok baling buah dari pokok tu, bukan kau?”

“Weh nerdy! Mana kau tau?”

“Kau ingat aku tak tau? Aku just malas nak carik gaduh dengan kau.”

“Malas konon. Padan la diri tu lembik.”

“Lembik?! Mamat lembik ni jugak yang kau cuba impress dengan blusher made from lipstick kau tu, kan?”

“Tu cerita lama la.”

“Cerita lama ke? Bukan ke kau masih berperangai macam tu sampai sekarang?”

“Asal pulak?!”

“Kau ingat aku tak tau, hari-hari kau curik pensil aku sebab nak buat koleksi barang-barang aku. Naik kempis pencil box aku!”

‘Aiyak! Dia tau la.’

“Dah! Dah siap. Jom!” Fiqrash menarik lengan Asfarina yang masih bertenggek di divider. Lantas ditepis perlahan.

“Mak aku cakap, tak boleh pegang tangan lelaki lain selain keluarga aku. HARAM!” selamba Asfarina masuk ke dalam kereta. Fiqrash terkedu.

Sungguh, kerana Asfarina juga dia berubah. Berubah dari zero to hero. Setelah diandam sikit, ternyata, DAVID HENRIE pun boleh kalah! Apatah lagi JUSTIN BIEBER! LEONARDO D’CAPRIO waktu muda-muda pun tak boleh tandingi!

***

“AS, boleh tak kau duduk senyap-senyap? Susah aku nak mekap kau!” bebel Azira.

“Banyak mulut la kau.” Balas Asfarina.

“Kau tu yang banyak mulut. Macam mana la si Fiq tu boleh nak kawen dengan kau?”

“Tu la the power of love.”

“Banyak la kau punya power! Hari-hari kau kacau hidup dia, mana tak?”

“Mana ada kacau. Ngorat je.”

“Kau ni kan As! Suka melawan cakap aku.”

“Dah jangan bising. Mekap cepat! Aku tak sabar nak genggam tangan tok kadi ni!”

“Hoi! Bukan kau pengantin lelaki!”

“Ala, tak boleh ke aku nak experience? Kot boleh masuk guiness book of record ke.”

“Kau jangan nak berangan. Dah tu kau nak suruh si Fiq pakai baju kurung, pakai tudung, duduk bersimpuh, muka ayu-ayu gitu?!”

“Muka dia kan comel.”

“Kau ni!!”

“Cepat-cepat!! Aku nak pergi nikah ni!”

***

“AKU nikahkan dikau dengan....” lantas kata-kata tok kadi diganggu dengan jeritan kuat dari Azira.

“As!!!”

Tok kadi memandang Asfarina yang sudah pengsan. Fiqrash memandang Asfarina pelik.

“Kenapa ni?”

“Entah. Dia tiba-tiba pengsan!” ucap Azira.

“Ya Allah! Ni ah masuk tujuh kali dah ni!! orang laki yang nak akad nikah, yang perempuan yang pengsan kenapa?!” gerutu tok kadi. Fiqrash tepuk dahi.

“Tok kadi! Walaupun lelaki yang nak akad nikah, bukan bermaksud saya tak cuak!” ucap Asfarina bangun dari pengsannya.

“Cik Asfarina oi!! Saya ada banyak majlis lagi ni. jangan buang masa saya.” Keluh tok kadi.

“Tok kadi, boleh tak kalau saya yang jadik tok kadi?” soal Asfarina tiba-tiba.

“Asfarina!!!!!!” jerit mama dan ayah Asfarina.

Asfarina tersengih.

Lantas mata Asfarina diikat dengan sehelai kain. Telingannya dipasangkan MP3, tangannya diikat supaya tidak membuka ikatan matanya.

“Oi! Apa ni?” marah Asfarina.

“Cepat tok kadi! Sebelum As pengsan!” pesan Azira.

“Aku nikahkan dikau dengan Nur Asfarina dengan mas kawennya seratus ringgit tunai. Sah? Sah? Alhamdulillah!” tok kadi menyatakan akad itu dengan terang tetapi laju! Segera lafaz kabul dilafazkan Fiqrash dengan sempurna.

Lantas mata Asfarina dibukakan ikatannya. Telinganya dibuangkan MP3, ikatan tangannya dileraikan.

“Dah! Selesai!!!” ucap Azira sambil mengeluh. Asfarina merenung semua orang.

“Aku dah sah jadik isteri dia?” soal Asfarina bodoh.

“Sudah!!” jawab seluruh isi rumah itu.

“Huwaaa!!! Mama!!!” tangis Asfarina.

“La! kenapa pulak ni??” pening mama Asfarina dibuatnya.

“As takut first night!!!”

Seluruh isi rumah ketawa terbahak-bahak.

***

DIA suami aku. Haru jugak rumah tangga aku. Tiap-tiap hari dia kena fire dengan aku. Tapi dia selalu cool je dengan aku. Sebab tu kot anak aku dah masuk lima orang. Hehe. Ni pun tunggu incoming lagi ni.

Hehe.

21 comments:

  1. kelakar + best..
    suka ayt awk guna...

    ReplyDelete
  2. Haha..lawak giler...best...

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah! Takda yang lagi lawak ka? Curious jugak ni asal kak Ain suka guna nama Fiqrash?Haaa. Lagi satu,tak best lah novel PRMH sebab lelaki tu bila text ja mesti ada letak hashtag. Hmph.kalau tak, dah best. Erk over sangat eh komen?

    ReplyDelete
  4. haha...klakar la...byak kali ulang bca cerita nie ttp gak xbosan.....wat la novel cerita ni tapi nma laki 2 tukar...ramaila penulis gna nma ni....gook luck.

    ReplyDelete
  5. Seriously . Best kak ain . Hahah . Lawak-lawak nak pecah perut .

    ReplyDelete
  6. Kakak kenapa tak jadikan cerpen ni novel mesti syok gilalah sebab semua karya2 kakak best.

    ReplyDelete
  7. kelakar giler...tp nk sgt tahu lg detailed camner ceerita yg cendawan tu...hehe

    ReplyDelete
  8. Aish. Ayat first night tu xbleh blah la. Apalaaaa.tp kalau dipnjgkan jd novel kan best

    ReplyDelete
  9. Serius lawak...aq boleh ketawe sorang2....sampai laki aq pon cakap
    "sayang da kenape ketawe sorang2...sakit??? "....haha tahniah awk berjaya buat sye ketawe sorang2..

    ReplyDelete
  10. seyes the best story that have made me like wanna tackle the nerdy.... hahahah thanks kak lawak betollll.....

    ReplyDelete
  11. Salam Kenal.. :)
    KUNGJUNGI GAME ONLINE TERPERCAYA
    1. Prediksi togel
    2. Togel sydney
    3. Togel Sgp
    4. Togel Hk
    <----->
    LIVE SINGAPORE POOLS
    1. Live Sgp
    2. Live4d
    3. Live toto
    <----->
    Semoga info ini bermanfaat dan Trims buat Admin (y)

    ReplyDelete
  12. Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual MBAH…Angka MBAH EROK PRANAL Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR MBAH EROK PRANAL..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH EROK PRANAL…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer MBAH EROK PRANAL 085 377 797 151.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    ReplyDelete
  13. Saya Sangat BerTerima kasih Atas Bantuan Angka Ritual MBAH…Angka MBAH EROK PRANAL Tembus 100%…Saya udah kemana-mana mencari angka yang mantap selalu gak ada hasilnya…sampai- sampai hutang malah menumpuk…tanpa sengaja seorang teman lagi cari nomer jitu di internet…Kok ketemu NomoR MBAH EROK PRANAL..Saya coba beli Paket 4D ternyata Tembus…dan Bagai di sambar Petir..Ternyata Angka Ritual Ghoib MBAH EROK PRANAL…Yang SaYa Minta Tembus 4D…Baru kali ini saya mendapat angka ritual yang benar-benar Mantap…Bagi saudara yang ingin merubah Nasib seperti saya…Anda Bisa CALL/SMS Di Nomer MBAH EROK PRANAL 085 377 797 151.(((Buktikan Aja Sendiri Saudara-Saudari)))

    ReplyDelete
  14. Kak. Ain.. Buat la jdi novel!! Lawak gila.. Mesti bleh jadi Best seller klau bukukan.. *-*

    ReplyDelete
  15. Lawak gle siakπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete