Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, July 22, 2013

To Love or To Be Loved : Part I



Bahagian I : Cinta dan terseksa.

Bercinta itu indah. Ya. Pada mulanya... Bila dah kenal, bila masing-masing dah tunjuk belang, bila masing-masing mulai rasa bosan.. oh kejap! Masing-masing atau satu pihak sahaja yang mulai tunjuk bosan?
            Maria mengeluh. Dia menolak laptop yang berada di hujung katil dengan kakinya. Seluar tiga suku paras betis dilipat sedikit. Panas. Sebenarnya bukan panas atmosfera, tapi panas hati.
            Facebook. Kalau bukan sebab dia, aku sendiri takkan minta putus tak semena dengan lelaki yang aku sayang bagai nak rak sepuluh tahun lamanya. Inilah padahnya kalau terlalu percaya.
            Kalau dah bagi password untuk Facebook, janganlah pula berani nak curang, cik abang. Ini tidak, panjang pula mukadimah dia mengayat perempuan. Apa? No girlfriend? Ahh. Entah-entah bukan aku seorang girlfriend kau. Keliling pinggang apa. Boleh buat tali pinggang.
            Nak minta putus pun bukan senang tau. Perempuan ni sayangkan jangka masa. Sepuluh tahun tu bukan masa yang singkat tau. Dah bermacam-macam janji ditabur. Dah bermacam-macam memori dicipta bersama. Betullah kata mak.. bercinta bagai nak rak pun tak guna juga kalau dia bukan jodoh kita.
            Dah sebulan. Sebulan menangis tak berhenti. Dalam pada masa yang sama, hati masih menaruh hati pada dia yang curang. Tapi kerana keegoan diri, hati minta dibela. Jangan ditindas begini. Sakit tau!
            Pasrah? Mungkin.
            “Sampai bila nak macam ni?” tanya ibu yang baru masuk ke kamar.
            “Kenapa?” soal Maria berlagak bodoh.
            “Nak sedih macam ni sampai bila?” ibu memperjelaskan soalannya.
            “Sedih apa?” Maria kembali merenung skrin laptop yang sudah jauh darinya.
            “Kan ibu dah kata, ibu tak berkenan dengan dia. Nak sangat dengan dia.” Kepala Maria diusap ibu.
            “Ha.. semua salah Mar. Ibu boleh tak console Mar buat masa sekarang? Bukan bagi lagi tambah tension Mar.” Walaupun suaranya tak tinggi, tapi cara bicara lidahnya sedikit mengguris perasaan si ibu.
            “Kamu fikirlah sebaiknya.” Ibu lantas keluar dari bilik meninggalkan Maria yang sedikit rasa serba salah.


“KAU masih mengharapkan dia ke selepas apa yang dia buat kat kau? Kau still nak maafkan dia?” Ayu menyedut air minuman di hadapannya.
            “Kau tak rasa apa yang aku rasa. 10 tahun bukan satu jangka masa yang pendek tau. Aku kenal dia dari sekolah rendah. Couple dengan dia dari sekolah menengah. Sampai aku habis grad. Sampai aku kerja. Terlalu banyak benda yang kami kongsi bersama. Tak mudah untuk aku lepas dia macam tu aje.” Maria melepaskan keluhan berat.
            “Memanglah. Tapi ada dia fikir macam yang kau fikir? Ada dia hargai kau? Dia dah tahu yang kau tahu dia curang, apa dia buat? Kau minta putus, ada dia usaha untuk dapatkan kau balik? Eii.. aku nampak macam kau aje yang terhegeh-hegeh kat dia.” Jelas Ayu.
            “Kau cakap senanglah. Cuba kau yang rasa.” Maria membuang pandang ke luar restoran. Remuk hati ni.
            Mata pula terhidang dengan satu babak yang mampu membuatkan hati yang retak terus berkecai. Berjalan berpimpin tangan. Aku dengan dia 10 tahun pun tak pernah berpimpinan tangan! Kata jaga batas! Ini mana batasnya?! Lelaki....
            Air mata mula bertakung di tubir mata. Ayu pelik melihat keadaan Maria yang tiba-tiba sahaja senyap dengan kepala masih di posisi yang sama ketika membuang pandang.
            “Kenapa weh?” Ayu mengusik lengan Maria.
            “Hmm?” mata sudah merah, air mata sudah menitis, kepala kembali menala ke arah Ayu.
            “Lahhh! Kenapa ni?” tanya Ayu yang mulai cemas.
            “Memang selama ni aku yang terhegeh-hegeh dekat dia eh?” kepala Maria sudah jatuh menyembam meja.
            “Eii! Kenapa tiba-tiba ni?” Ayu menggoyang-goyangkan lengan Maria yang berada di atas meja menutup mukanya yang tersembam di permukaan meja.
            “Eh, Ayu!” suara lelaki itu memang dikenal persis.
            “Kimi!” muka terkejut Ayu tak dapat disembunyikan. Lelaki itu. Dengan perempuan itu. Berpegangan tangan lagi!
            “Makan sini ke?” senyuman Kimi tak lekang dari bibir.
            “Er.. ha’ah.” Jawab Ayu nak tak nak.
            “Kawan you ke?” tanya Kimi merujuk ke arah Maria. Gigi Maria diketap rapat, lantas dia mengangkat kepala. Lantaklah. Mata merah tak merah, apa punya pasal?
            “Kata sayangkan Islam. Tapi berpegang tangan. Depan awam lagi. Sayang Islam sampai macam tu ke?” sindir Maria. Kimi nyata terperanjat dengan perempuan yang sedang menekup muka sebentar tadi.
            “Salah ke kalau kami berpegangan tangan?” jawab si perempuan yang bertudung litup. Bukan itu sahaja, kakinya berstokin lagi.
            “Awak tanya saya macam tu? Tanyalah diri sendiri, salah atau tidak.” Pandangan mata Maria tajam menikam wanita yang berdiri bersebelahan dengan Kimi.
            “Pada saya tak salah. Bukannya kami bercumbuan depan awam.” Jawab wanita itu.
            “Oh macam tu?” Pandangan mata Maria kembali menikam Kimi. “Tak pernah pula saya dengar yang lelaki dengan perempuan yang bukan mahram ni boleh bersentuhan. Skinship bagai.”
            “Bukan mahram? Apa pula? Dia suami saya.” Jelas wanita itu. Maria kaku. Kimi memandang sekilas isterinya.
            “Kami dah nikah. Kenduri aje belum buat.” Kimi kini bersuara.
            Pernah tak rasa nafas yang tersekat di kerongkong, dipaksa masuk juga oksigen itu ke melalui bronchus dan bronchioles supaya sampai ke paru-paru? Perit tau. Tapi terpaksa telan juga.
            Maria mengubah pandangan. Kepalanya dipandang ke hadapan. Bukan lagi ke sisi.
            “Selamat pengantin baru. Semoga bahagia!” tanpa intonasi ucapan yang terkeluar dari bibir Maria. Kerusi ditolak ke belakang, kaki terus melangkah keluar dari restoran itu biarpun tiga pasang mata itu memerhati gerak gerinya.
            Air mata tak mampu ditahan. Dikesat kasar dengan belakang tangannya. Sebak. Bukan setakat itu, perasaan yang mulanya marah membara berubah menjadi malu. Dia malukan aku! Dia malukan aku! Kimi malukan aku!
            Kahwin? Dengan sekelip mata? Mana pergi sepuluh tahun lepas punya janji? Di mana janji manismu disaat kau mula-mula melamarku untuk menjadi suri hidupmu?
            “Kita dah lama kawan, kan?” tanya Kimi saat mereka bersama pulang dari sekolah menengah.
            “Haah. Since sekolah rendah.”
            “Mar..” Kimi menghentikan langkah sedangkan langkah Maria masih bersambung. Apabila dia sedar Kimi di belakangnya, kakinya berhenti melangkah. Maria menoleh ke belakang merenung tepat wajah Kimi yang kelihatan gusar.
            “Kenapa dengan kau ni?” tanya Maria. Lantas kepala Kimi diangkat merenung tepat ke arah anak mata Maria.
            “Ni mungkin tak seromantik macam drama korea kau tu, tapi .. kau nak tak jadi isteri aku in the future? Mungkin tidak sekarang sebab kita masih sekolah, dah nak dekat SPM pula. Tapi, sudi tak kau teman aku sampai akhir hayat aku?”
            Mata Maria terkebil-kebil. Memang perempuan dengan lelaki payah kan nak jadi kawan baik. Salah seorang mesti ada perasaan. And yes, perasaan aku as Maria pada Kimi sebenarnya memang dah lama. Sejak dari sekolah rendah lagi. Hee. Tak sangka kan? Aku tak bertepuk sebelah tangan!
            “Lelaki semua sama aje!” teriakan Maria pada bahu si ibu semakin menjadi-jadi.
            “Kenapa lagi ni?”
            “Mar benci dia, bu! Benci dia!!”
            “Jangan menangis macam ni..” si ibu cuba memujuk.
            “Dia tipu Mar. Peribadi dia selama ni tak sama dengan yang dulu!”
            “Manusia mudah berubah, Mar.”
            “Mar benci lelaki..” sedu sedannya cuba dikawal si ibu. Hati ibu mana yang tak runtun tengok anak bongsu menangis macam ni?




7 comments:

  1. yunk...PRMH tuh dah bukukan ke????heheeee....

    ReplyDelete
  2. eryeyn : eh takdelah. ain tk sambung pun lagi. hahaha. ada idea baru, so masukkan dalam cerpen ni.

    ReplyDelete
  3. hehehe...nt bukukan ekh??bes...im one of ur fans...since cinta kontrak g okeh..dah nk lunyai dah sb bace brulang kali...hehehe.....

    ReplyDelete
  4. eryeyn ; hahaha. sorry fr the late reply. PRMH eh? insya Allah kalau ada rezeki, ain bukukan :D hahaha thanks btw ^^

    ReplyDelete
  5. hahah...no problem....minat baca penulisan u...x boring..hehehehe...got both of ur novels.....great!

    ReplyDelete