Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Wednesday, April 18, 2012

dtm 6

Farhana menanggalkan sepatunya dan diletakkan di rak yang tersedia. Aiman di belakang hanya mengeluh. Farhana mencari kunci pintu utama di dalam banyak-banyak gugusan kunci yang berada di dalam genggamannya. Setelah pintu dibuka luas, dia mencari suis lampu. Terus sahaja ruang tamu menjadi terang-benderang.

“Awak kecil hati dengan mama?” soal Aiman dari belakang.

“Takde lah. Sikit pun tak. Far naik dulu.” Kata Farhana tanpa menoleh. Aiman mengunci semula pintu rumah selepas selesai mengunci gril.

Farhana berjalan menuju ke almari pakaiannya. Dia membuka almari itu dan mengeluarkan sepasang baju tidur. Selepas keluar dari rumah mertuanya sebentar tadi, Aiman terus membawanya berjalan melalui jalan-jalan di Kuala Lumpur. Niat suaminya hanya satu, supaya Farhana tidak sedih dengan tindakan mamanya.

Tuala yang tersidai di penyidai diambil dan disangkut di bahu. Pintu bilik dibiarkan terbuka sedikit. Biliknya langsung tidak dinyalakan lampu. Hanya lampu bilik air sahaja yang terpasang. Kaki yang lemah melangkah masuk ke dalam bilik air sebelum pintu itu terkatup rapat.

Pili shower dipusing. Berpusu-pusu air keluar dari kepala shower itu menyimbah ke tubuh Farhana. Tanpa sedar air mata turut mengalir dari hujung matanya. Ditahan rasa sebak yang menjengah. Cubanya dilagak cool and steady. Namun hati perempuan cukup halus. Farhana terduduk di atas lantai. Air matanya tidak dapat ditahan.

“FAR, lepas kau habis study ni apa plan hidup kau?” soal Maryam yang sedang menyalin nota-nota embryology milik Farhana.

“Plan aku? Hidup macam orang normal.” Farhana terus melompat ke atas katilnya dengan keadaan menelentang. Indahnya hidup macam manusia normal.

“Aku setuju!” Shakira yang masih pulun baca nota ringkasnya tanpa sedikitpun mengangkat kepala turut bersuara.

“Hidup kita ni tak normal, tahu tak?” Shakira menyambung. Kini nota-nota itu dibaling ke atas meja yang semak dengan buku-buku tebal. Cermin matanya dilempar sama. “Dulu aku tak bermata empat, sekarang tengok! Bukan main tebal lagi lense aku. Prof kita pun boleh kalah. Mata aku ni haa, dah macam panda dibuatnya.” Bebel Shakira menyatakan ketidakpuashatiannya. Farhana ketawa kuat.

“Itu sebab kau suka study last minute! Memang tak tidur la jawabnya. Kau ingat buku setebal macam tu, kau boleh hafal dalam satu dua minggu aje ke? Jangan mimpi la!” Farhana ketawa kuat lagi.

“Yang kau seronok sangat ni kenapa?” tanya Maryam.

“Seronok la tengok kau orang terseksa.” Balas Farhana.

“Kau ni kawan ke apa? Ada ke cakap macam tu. Tak lulus nanti baru tahu. Confident sangat.” Maryam masih menulis nota.

“Choiii! Mulut kau.. jaga sikit eh. Salah kau orang juga, aku ajak study awal-awal kau orang tak nak join.” Farhana kini duduk bersila sambil kedua tangannya berada di celah pehanya. Muncungnya panjang sedepa.

“Mana tidaknya, kau study awal sangat. Kau jenis yang boleh simpan ilmu lama-lama takpe la juga. Aku ni jenis yang cepat hilang ilmu tu. Sia-sia aku belajar awal-awal kalau lama-lama nanti hilang juga.” Shakira membela diri.

“Itu bukan belajar. Itu kau paksa diri telan semua tu. Memang la muntah balik. Cuba kau belajar macam kau enjoy minum Starbuck yang kau minat sangat tu. Sikit-sikit. Sambil ketawa. Menikmati. Feel sayang, feel!” Farhana dengan mimik mukanya yang menunjukkan seakan-akan dia sedang menikmati perasaan cukup untuk membuatkan tiga orang di dalam kamar itu ketawa. Nurul yang dari tadi senyap tidak bersuara kini lantang ketawa.

“La, aku ingat si Nurul ni takde dalam bilik. Tup-tup dengar pontianak mengilai kat hujung katil pula.” perli Farhana. Macam-macam perangai budak bilik ni. Punya nak belajar bagi masuk, sampai menyorok bawah penjuru katil pula.

“Ada la. Tengah menghafal.” Sengih Nurul.

“Kau dah habis baca semua ke Far?” tanya Maryam.

“Dah. Tiap-tiap malam aku refresh balik aje tak nak bagi lupa.” Farhana kembali berbaring. Suasana bilik sepi. Farhana yang mula bosan, memandang setiap makhluk yang sedang pulun belajar.

“Aku tahu, kau orang belajar pun tetap tak masuk-masuk juga, kan?” Farhana bersuara. Shakira meletakkan kembali buku ke atas meja. “Otak aku dah cramp.” Adu Shakira.

“Tangan aku dah sakit menyalin.” Maryam turut sama mengadu.

“Mata aku dah juling.” Nurul memandang ketiga-tiga sahabat seperjuangannya dengan mata yang juling. Tawa mereka meledak bersama.

“Dah la. Jangan force sangat. Nanti satu pun tak masuk. Lagipun exam minggu depan. Kita rileks dulu. Jom, riadah.” Farhana bangun dan mencapai cardigan untuk menutup lengan T-shirtnya yang pendek. Tudung bawal hitam berkerawang putih disarung ke kepalanya.

“Nak pergi mana ni?” Maryam terkocoh-kocoh menutup bukunya. Dia sempat meninggalkan pen di dalam buku nota Farhana. Senang nak sambung tulis nanti.

“Taman Belia.”

“Hui! Jauh sampai ke Tanjung Bungah tu. Sekarang dah pukul lima lebih. Balik aje nanti dah Maghrib. Kau tahu aje la kalau Penang jammed macam mana. Langsung tak berjalan.” Bidas Nurul.

“Kita singgah Masjid Negeri la nanti. Dah lama tak solat kat sana.” Cadang Shakira.

“Hmm.. betul-betul!” Farhana segera menarik Nurul yang masih diceruk penjuru katil dengan buku pathology.

“Sudah la dengan buku tu. Jom!” Nurul turut bangun dengan bantuan Farhana. Naik cramp punggung ni!

“Nak pergi ni naik apa?” tanya Maryam.

“Hehe.. antara kita orang ni, kau seorang aje yang ada kenderaan. Naik kau lah.” Tersipu-sipu Farhana.

“Dah tahu sangat dah. Macam biasa. Kau drive. Tak hingin aku drive dalam jammed. Sakit jiwa aku.” Maryam menyerahkan kunci kereta kepada Farhana.

“Nasib baik aku ada lesen. Kalau aku takde? Jenuh kau yang kena drive. Nak harapkan si Nurul dengan Kira tu, memang ke longkang la jawabnya kereta kau. Bangga sikit dengan kawan kau yang suka tolong kau ni.” Farhana mendabik dada.

“Kau tu bagi perabih aku punya minyak aje kerja!”

“Berkira la tu.”

“Aku gurau la! Duit minyak pun duit kita semua kan.” Maryam memeluk bahu Farhana yang sudah memuncung.

“Boleh tak aku bawak buku?” Nurul memegang buku.

“Tak boleh!” serentak ketiga-tiga mereka yang lain membantah. “Kenapa?” macam mencuka wajah Nurul.

“Kita nak release tension, dia sibuk nak study pula.” cebik Shakira.

“Ala Kira, cuak ni.”

“Dah! Jangan mengada. Aku blend buku tu bagi kau minum kang baru tahu. Jom! Time riadah, riadahlah. Jangan mengada-ngada.” Farhana terus menarik lengan Nurul dan mencampakkan buku yang berada di dalam pegangan Nurul ke atas katil.

“Iye la. Iye la.” Hanya keluhan yang meniti di bibir Nurul.

“FAR, awak belum selesai mandi ke?” ketukan pintu dari luar menghilangkan terus lamunan Farhana. Soalan dari Maryam masih tak berjawab. Katanya aku nak hidup dengan kehidupan yang normal. Adakah ini normal? Dibenci mertua sendiri? Air mata dilap perlahan dengan belakang tangan.

“Kejap.” Farhana menutup pili air. Tuala diambil dan dibalutkan ke tubuhnya. Rambut yang basah dipintal seakan diperah sebelum membiarkan ia tersadai di atas bahu dengan air yang masih menitik.

Pintu bilik air dibuka perlahan. “Nak mandi ke?” tanya Farhana. Aiman menelan air liurnya. Lantas mengangguk.

“Jangan tengok macam tu. Mata tu buta saya kerjakan kang.” Selamba Farhana berlalu hingga ke birai katil di mana terletaknya baju tidur yang dia baru keluarkan tadi dari almari.

“Towel saya kat mana?” soal Aiman yang masih merenung Farhana.

“Jangan tanya soalan pelik boleh tak? Awak yang letak towel awak merata tempat. Kat penyidai takde ke?” Farhana sempat mencapai tuala kecil untuk mengelap rambutnya yang basah.

“Lupa.” Segera Aiman mengambil tuala yang tergantung di penyidai.

“Lupakan apa yang ada dalam kepala awak tu. Saya tengah cuti ni.” Farhana menyalin pakaian dia. Apabila dia terasa seperti diperhatikan, lantas dia pusing.

“Pergi la mandi! Jangan nak jadi patung cendana pula kat situ.” Farhana menolak tubuh Aiman hingga ke dalam bilik air. Aiman hanya ketawa kecil. Entah apa yang kelakar, dia sendiri tak tahu.

“NAK makan?” tanya Farhana apabila Aiman selesai mandi. Aiman menggeleng. Jam sudahpun bergerak ke pukul sepuluh malam. Selesai Isyak, Aiman terus merebahkan diri ke atas katil. Farhana hanya memerhati. Dia membawa dirinya ke meja belajar yang menempatkan komputer ribanya di situ.

“Tu nak buat apa lagi? Awak tak penat ke berjalan satu hari? Sempat lagi nak online.” Bebelan Aiman tidak dihiraukan Farhana.

“Saya nak buat kerja sekejap.”

“Kerja apa?”

“Ada la.”

“Apa dia?”

“Ada la. Awak tidur la dulu.” Mata Aiman bulat. “Saya boleh tidur kat sini?” tanyanya pelik. Farhana tidak menjawab, tapi hanya mengangguk.

“Saya tidur dulu. Nanti awak dah sudah, awak tidur. Jangan tidur lambat sangat.” Pesan Aiman. Farhana mengangguk lagi.

Don't take anything you read or hear today at face value, Gemini. It's possible that you'll receive some rather distressing news, but before you react in frustration, read the fine print. The news may not really be so bad. In fact, it may not even be true! Take a deep breath and heave a sigh of relief, then get back to your normal routine.

Hasil horoskop Gemini Farhana dipandang sepi. Bukan ingin percaya dengan benda-benda macam ini. Tapi dia suka. Kadang-kadang benda tidak menjadi seperti yang diperkatakan, dan ketika itulah dia akan ketawa membaca hasil itu. Tapi entah kenapa kali ini, mengena batang hidungnya. Memang acap kali dia melawati my.horoscope. Sejak dari zaman belajar dahulu. Mereka berempat pasti ketawa melihat horoskop masing-masing. Terutama sekali soal cinta.

Tiba-tiba telefon bimbit Farhana bergetar. Silent mode masih belum ditukarkan kepada general mode. Dilihatnya Dania menanti di talian. Farhana pelik.

“Hello. Assalamualaikum.” Sapa Farhana.

“Waalaikumussalam, Kak Far. Kak Far, boleh Nia minta tolong something tak?” tanya Dania.

“Boleh. Ada apa?”

“Boleh tak Dania nak tinggal dengan Kak Far for a while? Nia ada masalah sikit dengan mama.”

“Ha? Serius ke masalah Nia? Takkan sampai nak keluar rumah?” risau Farhana dibuatnya. Kenapa tiba-tiba macam ni?

“Em.. nanti Nia cerita. Boleh tak ni?”

“Kak Far kena bincang dulu dengan abang Aiman. Nanti Kak Far call balik. Okey?”

“Okey kak.” Lemah suara Dania. Talian terputus. Farhana menghela nafas.

“Abang..” panggilan Farhana dari meja belajarnya ternyata tidak mampu membangunkan Aiman dari tidur. Cepatnya dia tidur. Farhana pantas meninggalkan komputer ribanya dan duduk di sisi katil.

“Abang.” Farhana menggerak kaki Aiman. Kali ini baru Aiman terjaga.

“Em? Kenapa?” suara Aiman serak.

“Nia. Dia nak tinggal dengan kita.” Kata Farhana. Mata Aiman terus membuntang. “What?!”

9 comments:

  1. salam ain.bley bagi email x?iman nk mintak skit nasihat pasal novel. ni sayea punya email aceluffy53@yahoo.com hope u can help

    ReplyDelete
  2. ainnn.. heee.. lama betul tggu hapdet. semlm senyum x cukup tanah tgk update bab 5 ngn 6. hehe.. nice.. nice..

    ReplyDelete
  3. iman : check emel iman .

    mar chan : haha .. tak ckup tgn la nk siapkan mende ni .. huhuh .. tq tq .. :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak ain..prngai farhana dlm dia troublemaker ni serupe dgn saye..bkn tu je tp name pun sme,zodiak pun sme,suke menangis dlm blik air pun sme,happening,blur skit2,ckp pun main lepas,act like cool tp dlm hati Allah saje yg tahu..hehe..byk sgt kebetulan..tp part dgn mertua tu xtau lg sbb saye belum kawin lagi..spm candidates.. :)

    ReplyDelete
  5. hahah .. ye ke ? kebetulan jee tu .. lalala~ hee.. eipps,, bace bg habehh dlu tau cite ni . hee :) spm cndidates bru .. huuu~

    ReplyDelete
  6. hehe..ok kak..xsbar nak tggu bab 7 plak.. *muke excited..

    ReplyDelete
  7. huhuh .. dah keluar :)) alalalal *lmbt nye den reply kome punye komen .. ehhehehe

    ReplyDelete
  8. hehe..akk yg kt ats skali tu~ sbb saye ke? saye xbermaksud pun..

    ReplyDelete
  9. hana : eaa,, ya allah ,,langsung takde niat pun nk kta cmtu la.. bukan2,, xde kaitan la.. akak jz sje bubuh gitu .. tkot nanti kalau nnt dlm novel,, cth akak buat kat england,, tiba2 ada nama jalan2 yang takde kat england tu,, itu la maksud akak . huhhu .. sorry terasa,, sumpah takde niat!! seriuslyy... !! fuuuu :(

    ReplyDelete