Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Tuesday, April 17, 2012

dtm 5

Farhana membelek kasut di rak. Entah mana satu kasut yang ingin dipakai pun, dia tak mampu nak buat keputusan. Banyak sangat!! Aiman sudahpun bersiap dan menunggu di dalam kereta.

“Far! Tunggu apa lagi?” soal Aiman dari dalam kereta.

“Tunggu la kejap. Nak carik kasut!”

“Cari apanya? Kasut depan mata berlambak-lambak tu, kebas je satu.”

“Meh sini kejap.” Farhana memanggil Aiman supaya turun dari kereta. Aiman menggeleng.

“Kenapa?” Aiman berdiri di sebelah Farhana yang masih buntu memandang kasut-kasutnya.

“Nak pakai kasut yang mana, ea?” soal Farhana.

“Ya Allah! Pakai je la yang mana-mana.” Aiman mengeluh perlahan dengan telatah isterinya.

“Pilih la satu.” Farhana menggesa supaya Aiman memilih bagi pihaknya.

“Ambil yang biru tu.” Kata Aiman.

“Mana sesuai baju pink dengan kasut biru! Yang lain?” Farhana menyangkal.

“Putih tu?”

“Putih? Nanti senang kotor la.” balas Farhana.

“Kuning?”

“Tak kena la.”

“Coklat?” tumit dia tinggi sangat.

“Hijau?”

Farhana pelik. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Aku ada ke kasut warna hijau? Farhana memandang suaminya di sebelah. Ternyata Aiman sudah berpaling ke belakang. Pantas jari kecil Farhana mencubit lengan Aiman.

“Abang tak tengok pun kan kasut mana satu! Main sebut je warna-warna dia.” Marah Farhana.

“Dah tu? Cakap tu, tak nak. Ini tak nak. Semua tak nak. Tak payah pakai kasut la kalau macam ni. lain kali tu, kalau nak beli kasut, beli warna yang senang masuk dengan mana-mana warna pun. Hitam ke, putih ke.” Seloroh Aiman.

“Ala awak ni. Nak suruh pilih pun banyak kecoh.” Farhana mencebik.

“Apanya yang tak kecoh? Orang dah pilih banyak, semua awak tak nak. Buang je la semua-semua kasut ni. Senang. Pakai satu kasut je. Tak payah pening-pening nak pilih-pilih.” Aiman membebel.

“Orang suruh pilih, dia suruh buang pulak.” Farhana memandang kembali kasut-kasutnya. Dia mengambil masa lebih dari dua minit untuk memilih. Aiman yang penat menunggu terus mencapai kasut berwarna hitam dan mencempung tubuh Farhana masuk ke dalam perut kereta.

“Aiman!!!” jerit Farhana tak puas hati. Aiman meletakkan Farhana di tempat duduk sebelah dan memasang tali pinggang keledar. Kasut Farhana diletakkan di kaki.

“Pakai je kasut tu. Jangan banyak complain. Complain la banyak-banyak, abang tuntut hak abang as suami nanti.” Ugut Aiman. Farhana kaget. Terus Farhana terdiam.

FARHANA sendiri tak dapat menyembunyikan perasaannya yang berdebar-debar di saat kereta yang dipandu Aiman berhenti di pintu pagar besar milik mama dan papa Aiman. Tangannya yang terketar membuatkan Aiman terasa ingin menyuntikkan sedikit semangat buat isterinya dengan memegang tangan Farhana. Dingin!

“Apa yang takut sangat ni?” soal Aiman.

“Mana tak takut? Mama awak macam singa kelaparan je.” Rengus Farhana.

“Mana awak tau yang mama tu singa sebenarnya?” Aiman turut sibuk mengapi-apikan Farhana.

“Orang serius, dia main-main pulak!” masam mencuka wajah Farhana.

“Jangan la takut. Takde apa yang patut awak takutkan pun.”

“Kalau mama dengan papa tanya pasal anak macam mana?” soal Farhana tiba-tiba.

“Apa susah? Jawab je la yang awak tak sedia lagi. Memang sejak azali lagi jawapan awak memang macam tu je kan?” sindir Aiman.

Farhana memandang Aiman dengan pandangan tajam dan mulut memuncung.

“Ada jugak yang makan tapak kasut kang!” Farhana mengugut.

“Ala, cakap je la yang kita takde rezeki lagi. Tu pun susah sangat.” Aiman membuka tali pinggang keledarnya. Enjin dimatikan.

“Nanti mesti mama ingat orang tak boleh beranak.” Andaian itu bermain di dalam kepala Farhana.

“Banyak pula songeh budak ni. Turun je la. Nanti pandai la abang cover untuk awak. Ada paham?” Aiman menutup pintu kereta. Farhana masih lagi tak hilang wajah masam mencukanya. Dia perlahan-lahan membuka tali pinggang keledar dan membuka pintu kereta lantas menutupnya dengan cermat.

“Muka tu jangan nak masam sangat. Gigit kang!” ugut Aiman. Farhana berubah reaksi.

“Iye, tau!” suara Farhana kedengaran seakan protes. Farhana mengikut langkah Aiman memasuki kawasan perumahan mertuanya.

“ASSALAMUALAIKUM!” Farhana memberi salam terlebih dahulu daripada Aiman. Aiman yang baru ingin membuka mulut untuk memberi salam terkejut. Minah ni la, takut nak jumpa mertua, tapi semangat dia yang bagi salam paling lantang sekali!

“Waalaikumussalam.” Dania yang baru menuruni anak tangga menjawab salam Farhana.

“Kak Far!” jerit Dania sambil memeluk tubuh Farhana. Meloncat-loncat Dania apabila bertemu dengan Farhana.

“Nia!!!” Farhana turut melompat-lompat mengikut gerak Dania.

“Hey-hey! Yang berlompat macam beruk ni kenapa?” soalan sinis yang kedengaran dari belakang membuatkan lompatan Farhana terhenti. Habis la. Singa dah muncul depan mata.

“Kami bukan melompat, kami meloncat. Kalau lompat tu, macam katak tu. Ala, yang ong-gedek-gedek tu.” Jawab Farhana selamba.

Puan Sri Diana mencerlung ke arah Farhana yang melawan kata-katanya. Farhana terus terdiam.

“Ma.” Panggil Aiman supaya tidak mengeruhkan lagi suasana. Puan Sri Diana terus mengalihkan pandangannya kepada anak lelakinya. Terus berubah riak wajah dari marah ke seronok.

“Ye sayang? Jom kita masuk dulu.” Puan Sri Diana mempelawa Aiman masuk setelah Aiman menyalam tangannya. namun apabila Farhana ingin menyalam tangan mertuanya, Puan Sri Diana langsung tidak membalas tapi dia hanya menjeling dan memeluk Dania dan Aiman untuk masuk ke dalam rumah. Farhana yang bengang, mengetap bibir. Dia meniup ke atas tudung litupnya yang jatuh ditiup angin.

Far, buat je muka tak tau malu. Masuk je. Redah je! Bisik hati kecil Farhana. Yang suami aku ni pun satu, yo-yo’o je nak cover aku konon. Bila mama dia dah peluk, aku pun dia tinggalkan! Dasar anak mak!!

“Assalamualaikum.” Farhana memberi salam sekali lagi ketika masuk ke dapur yang menempatkan seluruh ahli keluarga Aiman. Rasa macam nak hempuk, nak sepak, nak baling dengan pisau je suami aku ni tau!!! Aku sorang-sorang tercongok depan pintu, dia siap ketawa-ketawa dengan mama papa dia? Dah tu, makan bersuap pulak tu! Anak mak tak guna betul!!

“Waalaikumussalam.” Hanya Dania dan Aiman yang menyambut salam itu. Farhana mengambil tempt di sisi Aiman. Berubah riak mama dan papa Aiman.

“Hukum bagi salam tu sunat, tapi hukum bagi menjawab salam tu, wajib ma, pa.” Tegur Farhana.

“Waalaikumussalam.” Jawab Puan Sri Diana dan suaminya tak ikhlas!

“Kak Far sekarang macam mana?” soal Dania.

“Okey je.” Jawab Farhana dengan senyuman. Namun di dadanya hanya Allah yang tahu betapa dia terasa dengan pulauan orang tua Aiman kepadanya.

“Kak Far, bila lagi?” soal Dania. Soalan Dania membuatkan Farhana dan Aiman saling berpandangan.

“Bila lagi, apa?” soal Aiman.

“Tuu...” Dania memuncung ke perut Farhana. Farhana turun menunduk melihat perutnya.

“Oh.” Baru kini Farhana menyedarinya.

“Belum ada rezeki kot.” Pintas Aiman. Farhana memandang Aiman yang selamba memberi jawapan.

“Ke tak boleh nak bagi zuriat?” serkap Puan Sri Diana.

Farhana meneguk air liur. Dah agak dah. Dah tau dah! Nenek ahli sihir ni memang. Memang tak puas hati dengan aku! Selalu tak puas hati dengan aku. Kenapa la ‘kedengki’ sangat dengan aku ni? Farhana membentak dalam dirinya. Namun bibirnya cuba mengukir senyuman.

“Insya Allah takde apa-apa, ma. Kami usaha je. Ala, macam mama dulu-dulu jugak. Sampai dua tiga kali gugur baru nak dapat Aiman, kan?” lancang mulut Farhana berkata-kata. Puan Sri Diana mengetap bibir. Menahan amarah yang memuncak. Seakan gunung berapi yang tunggu masa untuk meletup.

Aiman yang duduk di sebelah Farhana segera mencubit paha isterinya di bawah meja. Menyeringai sakit Farhana.

“Apa main cubit-cubit ni? Sakit la.” Farhana menggosok kakinya yang terasa sengal. Aiman membulatkan matanya memandang Farhana.

“Mulut tu..”

Farhana merapatkan bibirnya. Tahu dia terlepas cakap. Puan Sri Diana memandang ke tempat lain. hilang terus seleranya untuk menjamu selera. Pantas wanita tua itu mengangkat pinggan dan dibawanya ke sinki. Aiman menjeling Farhana.

Dania meneruskan suapan. Dalam hatinya, dia ketawa terkekek-kekek. Itu la mama, nak serang sangat kak Far ni. HAMEKK! Kan dah kena sebiji!

FARHANA menatang dulang yang berisi cawan dan seteko air teh panas. Perlahan-lahan dia membawanya ke ruang tamu. Ruang tamu dipenuhi suara orang ketawa. Bila dia melangkah masuk sahaja ke kawasan ruang tamu, tawa itu terhenti.

Entah di mana silapnya, Farhana tersadung karpet berbulu tebal lantas dulang yang ditatangnya jatuh hingga menyebabkan cawan-cawan dan teko berderai pecah.

Puan Sri Diana terkedu seketika. Jantungnya seakan gugur melihat cebisan kaca di lantai. Farhana bangun dengan segera sambil dibantu Aiman. Tangannya yang berdarah tertusuk kepingan kaca, cuba dibawa keluar oleh Aiman.

“Apa yang kau dah buat ni?!” boleh dikatakan setiap penjuru rumah itu bergema dengan suara nyaring Puan Sri Diana.

“Maaf ma, Far terjatuh. Karpet tu tebal sangat. Lain kali, baik mama bubuh karpet tu kat tempat lain. Takde la orang tersadung nanti.” Sesekali Farhana mengaduh kesakitan bila kaca dikeluarkan dari tapak tangannya.

“Banyaklah kau punya alasan! Kau tahu tak berapa mahal aku beli cawan tu? Gaji kau sebulan pun tak cukup nak bayar tahu!” jerkah Puan Sri Diana. Dania cuba menenangkan mamanya.

“Ma! Bukan salah Far. Memang karpet tu yang problem. Aiman pun asyik nak tersadung je.” Aiman cuba menyebelahi Farhana.

“Salah diri sendiri yang clumsy, salahkan benda lain pula! Kau keluar dari rumah aku sekarang juga!”

“ Far tahu gaji Far sebulan tak cukup nak bayar ganti rugi cawan mama yang dah pecah...” sayu kedengaran suara Farhana. “Tapi kalau total gaji Far dua bulan cukup tak?” sambung Farhana. Puan Sri Diana mencerlung ke arah Farhana yang melawan kata-katanya. Aiman mengetap bibir. Boleh pula minah ni buat lawak sketsa kat sini.

“Kau keluar dari rumah aku sekarang juga!!” melenting Puan Sri Diana dibuatnya. Farhana hanya terkebil-kebil.

“Ma, macam mana pun, mama tak boleh buat Far macam ni. Dia tetap isteri Aiman.” Aiman membela isterinya.

“Kau nak protect sangat bini kau ni? Protect la!” Puan Sri Diana terus naik ke kamarnya.

“Sayang, jom lah kita balik dulu. Biar marah mama reda dulu.” Aiman memegang bahu isterinya dan dibawa keluar.

“Nanti Kak Far datang lagi eh Dania.” Dania sempat menyalam tangan kakak iparnya. Pasti hati wanita itu terguris dengan kelakuan mama dan papanya. Seraya tubuh Aiman dan Farhana hilang di balik pintu, Dania mengetap bibir dan memandang tangga dengan pandangan geram. Lantas kakinya dibawa laju ke bilik mamanya. Sebelum masuk, Dania terlebih dahulu mengetuk pintu bilik mamanya.

“Masuk.” Arah Puan Sri Diana. Jemari yang penuh dengan cincin melekat di dahi. dia memicit-micit kepalanya yang pening.

“Ma! Tak patut ma buat Kak Far macam tu. Macam manapun, mama kena terima Kak Far tu sebagai menantu mama.” Dania meluahkan rasa tidak puas hatinya.

“What?! Nia yang backup sangat perempuan tu kenapa? Kalau Nia sayang sangat kat dia, pergi duduk dengan dia. Jangan duduk dalam rumah ni!” bentak Puan Sri Diana. Dania terkedu.

“Mama halau Nia?” tanya Dania perlahan.

“Pergilah kalau nak sangat kat perempuan tu!” Puan Sri Diana terus menyelimutkan dirinya dengan comforter. Dania mengangguk faham. Air matanya menitis.

10 comments:

  1. maaf sgt2 dehh .. huhu .. before bz dengan new sem . study lintang pukang cz skg makin susah . huhu .. skg ni pn ain dlm proses nak belajar tulis bagi elok sikit. haishh .. ain sendiri pun tak puas hati dengan cara menulis ni. nak kena betulkan banyak sangat benda lagi ni . hehe .. :)

    ReplyDelete
  2. rindu kat kod cinta.hehe,nvm laa,eh msti best kn jdi novelis?novel best seller tu :D

    ReplyDelete
  3. hahah .. kod cinta yea.. hee .. nanti la ain siapkan .. haha .. best ? emm ,, tah la. cm biasa jugak .. ye ke ? huuu~ :P ..

    ReplyDelete
  4. kak nak tnya be my wife tu da ade kat pasaran ke ? nak bliiiii.......

    ReplyDelete
  5. hidayah : uiihh,, blom lagi dekk .. tak sampai separuh pun lagi . kekeke .. sorry ehh .. dh keluar t, akk infom kt bloggy ehh .. hehe

    ReplyDelete
  6. ohhh..ingt kan da publishh...fuuhhh...lama lagi la nak tgu ni ? huhu..kak,ade facebook ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Sory deh. Ado2. Crik nurulain syuhada. Kalau xjmpe, search emel syudlee@gmail.com

      Delete
  7. k.ain,akak asal mna eh? akak punya novel besttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. akk lahir kat perlis, pling lama tggal kat kl and skg menetap kat penang. hee. :D so akk rasa akk asal dr perlis. hee

      Delete