Latest Post! Check it out!

Luth Ilyas

Luth Ilyas |  Bab 1 |  Sinopsis Selama kau hidup, kau boleh tengok masa depan kau. Apa yang akan jadi kalau kau pilih A. apa aka...

Thursday, August 17, 2017

TRN : Chapter 2 - The Beginning





“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysia.
            “Aku tak tahulah, Bee. Suka hati dialah. Malas dah aku nak cakap. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.” Teeya menggalas begnya dan mereka menunggu giliran untuk keluar dari perut kapal terbang yang baru selamat mendarat di KLIA.
            “Kau ada ambil gambar lain dekat dalam Dreamland tu tak?” tanya Bee tiba-tiba. Kaki mereka baru sahaja melangkah keluar dari kawasan lapangan terbang dan menunggu teksi.
            “Ada. Aku nak edit dulu before upload dalam Insta.” Beritahu Teeya. Dia pun hampir lupa untuk melihat kembali gambar-gambar yang sudah dia ambil semalam.
            “Tengok kejap.” Bee mulai rasa menyesal kerana berkeras untuk tidak mengambil gambar. Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar dan sementara mereka menunggu Wan dan Han menyimpan bagasi mereka dalam bonet teksi, mereka berdua membelek gambar-gambar itu.
            Senyuman mereka kian pudar bila semakin banyak gambar ditolak ke kanan, perasaan mereka semakin berdebar-debar. Teeya berhenti menyelak gambar. Dia angkat kepala dan memandang Bee.
            “I know there’s something kat sana.” Ujar Bee yang begitu yakin dengan tekaannya sejak mula lagi.
            Gambar yang diambil Han dari belakang ketika Teeya sedang mendekati Mirror Puzzle turut memaparkan separuh tubuh badut yang sedang berdiri di balik dinding bangunan.
            Mereka berdua senyap seketika.
            “Jom.” Ajak Han yang sudah selesai memasukkan bagasi mereka semua.

JARUM JAM sudah berganjak ke angka 5 petang. Han terjaga dari tidur petangnya apabila telefon bimbit berdering nyaring. Dia segera bangun dan penggera telefon dimatikan. Mata dipisat kasar. Asar. Kepalanya mengingatkan.
            Dengan malas, dia melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Letihnya masih belum hilang, tapi solat tidak dia ketepikan. Usai mandi dan solat, dia duduk semula di tepi katil. Bagasinya dipunggah. Banyak baju yang nak dicuci.
            Sedang dia leka memunggah pakaian, beg kertas yang disandarkan ke dinding tiba-tiba jatuh, membuatkan dia sedikit terkejut. Pandangannya beralih arah. Oh. Baju tu!
            Dia bangun dari katil dan mencapai beg kertas yang berisi baju badut itu. Dikeluarkan baju itu dari beg dan kedua belah tangannya diangkat tinggi. Bebola matanya bergerak atas bawah untuk ‘scan’ baju itu.
            “Aku try fix kau eh.” Sengih Han dan meletakkan baju itu di atas katil. Jarum dan benang dicarinya. ‘Rasanya mama ada letak barang-barang jahitan ni kat bilik bawah.’
            Apabila kelibat Han hilang dari bilik, terus beg kertas yang berisi bebola merah itu jatuh sekali lagi menyembah lantai. Bebola itu bergolek hingga ke bawah katil yang gelap. Meninggalkan ia sendirian di situ, minta ditemui.

SELESAI! Segala macam yang terkoyak, sudah dijahit. Walaupun jahitannya tidaklah kemas mana, nama pun anak bujang.. tapi Han cukup berpuas hati dengan hasilnya. Tanpa menunggu lama, Han terus mengangkat segala baju kotornya ke mesin basuh, termasuk baju badut itu untuk dicuci.
            Penutup mesin basuh automatik itu ditarik dan baju-bajunya dimasukkan ke dalam. Han ambil tempat di sofa rehat berdekatan dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar sementara menunggu bajunya selesai dibasuh.
            Malas fikirnya nak turun naik. Kejap lagi nak kena keringkan pula. Dah alang-alang ada di bawah, baik tunggu aje. Cuci baju pun berapa minit aje pun. Karang kalau tinggal, nampak kat mama, mau membebel setahun. ‘Ni kenapa baju cuci tapi tak reti nak sidai? Nak biar kering dalam mesin basuh ke? Nak tunggu berkulat baru nak keluarkan?’ ayat cliché mama.
            Jemari Han laju scroll laman Instagram ke atas. Keadaan sunyi sepi tiba-tiba. Sunyi yang pelik. Han angkat wajah dari  skrin telefon bimbit. Dari cermin mesin basuh yang berbentuk bulat itu, han terlihat kelibat wajah seseorang yang sedang senyum kepadanya.
            Dia mengerutkan dahi. Telefon ditinggalkan di sofa lantas dia bangun dan mendekati mesin itu. Kelibat itu hilang bila wajahnya menjengah ke dalam isi perut mesin basuh. Tiba-tiba mesin berhenti berpusing. Han tambah pelik.
            “Bang!” sergah Hanani dari belakang.
            “Cott!!” terperanjat Han dibuatnya. Dahlah keadaan sunyi sepi tadi, tiba-tiba kena sergah macam tu pula.
            “Aih? Melatah?” Hanani ketawa.
            Han merengus. Dia memandang adiknya yang baru pulang entah dari mana.
            “Kau dari mana?” tanya Han.
            “Mid. Abang dah kenapa dok belek mesin tu? Ralit betul telek dari tadi.” Hanani letak beg tangannya di atas meja makan dan terus ke sinki.
            “Mesin ni ha. Apahal entah. Tiba-tiba tak bergerak.” Rungut Han. Time aku nak basuh baju lah kau nak rosak pula.
            Hanani keluar dari dapur dengan segelas air sejuk. “Rosak apanya? Elok aje tu.” Jeling Hanani sebelum capai semula beg tangannya dan naik ke bilik.
            Han toleh kembali ke arah mesin basuh. Betul. Mesin itu elok aje berfungsi. Kepalanya rasa bercelaru. ‘Ergh, mungkin kau tak cukup rehat kot Han.’ Ujarnya menyedapkan hati.

“I DAH cakap tempat tu pelik!” Bee peluk tubuh. Gambar yang ada di dalam telefon Teeya menjadi tatapan Han, dan Wan.
            Han berhenti menolak skrin. Satu gambar itu ditatap lama. Tanpa rasa takut, dia zoom gambar itu untuk lebih jelas.
            Jelas kelibat badan badut kelihatan di belakang pokok. Hampir kesemua gambar yang mereka ambil itu, pasti ada kelibat.
            “Mungkin memang ada orang kat sana. Cuba nak takut-takutkan kita. Rilekslah, nothing happened pun kan.” Han pulang semula telefon bimbit Teeya.
            “What if itu bukan orang?” Bee dengan paranoidnya.
            “Sayang, kita dekat Malaysia dah kan? Tempat tu jauh beribu batu dari sini. Rilekslah. Bukannya dia ikut kita naik flight.” Ketawa Wan lantas menghirup teh aisnya.
            Satu tamparan hinggap di bahu Wan. Geram betul Bee dibuatnya. Teeya ketawa kecil.
            “Dahlah. Jangan difikirkan sangat. Vacation is over. So sekarang kita dah kena start fikir macam mana nak cari duit.” Ujar Teeya.
            “Aku dah apply macam-macam kerja deka Jobstreet, satu pun tak sangkut lagi.” Wan bersandar di kerusinya.
            “Resume pun macam nak bagi ayam makan, macam mana orang nak ambil you bekerja?” perli Bee.
            Wan menjelir lidah.
            “Aku rasa macam nak buat part time dululah sementara nak dapat permanent job.” Kata Han.
            “You nak buat part time apa?” Teeya pandang Han.
            “I don’t know. Clown maybe?” Han ketawa. Wan hulur tangan minta high-five dan ketawa mereka bergabung.
            “Seriuslah?” Teeya kecilkan biji mata.
            “Seriuslah. Baju tu I dah cuci, dah jahit. Cantik dah. Boleh guna. I’m good with kids, I pandai buat tricks, and I boleh belajar how to twist balloons dari youtube.” Amboi senangnya dia fikir.
            “I tak suka la you guna benda yang you ambil dari sana untuk kerja. Berkat ke kerja you tu, pakai baju orang?” Teeya jelas tak puas hati.
            “Babe, orang takkan tinggal baju tu kalau dia still nak guna. Maybe dia rasa baju tu dah tak elok, and dia tinggal. I just umpama ambil sampah and use it.” Han bela diri.
            “Han, you nampak kan apa yang ada dalam gambar tu. And dalam banyak-banyak benda you boleh bawa balik, you nak juga bawa balik baju tu.”
            “Babe, rileks lah. Boleh tak you bertenang?” Han mulai rimas. Geram. Geram dengan girlfriend yang tak habis-habis dengan paranoidnya.
            “Perempuan, Han. Kepala dia takde lain. Semua benda simple nak di complicated kannya.” Sindir Wan khas buat kedua orang gadis yang ada di hadapan mereka.
            Teeya mengeluh berat. “I just cakap ni sekali eh. I tak suka.” Tegas Teeya.
            “And I pun akan cakap benda ni sekali, that this is my decision.” Wajah Han serius.
            Mata mereka berlaga. Bee dan Wan hanya berpandangan antara satu sama lain.

“SEJAK YOU bawa balik baju tu, you jadi lain.” Luah Teeya. Han garu kening dengan tangan kanan yang sikunya bersangkut di bingkai cermin kereta sementara tangan kirinya masih di atas stereng.
            “Apa yang you cuba nak sampaikan sebenarnya?”
            “Look at you, Han! You tak pernah argue dengan I benda-benda kecil macam ni. You selalu dengar apa cakap I.” Suara Teeya sedikit tinggi.
            “And you expect I untuk selalu dengar cakap you sampai mati? Sampai bila-bila la I tak boleh buat decision I sendiri? Macam tu? You siapa? You baru girlfriend I, belum lagi bini.” Han juga naik angin.
            Hati perempuan. Mendengarkan itu, mulutnya terus terkunci. Hatinya mula terkoyak. Suasana dalam kereta terus sepi hinggalah kereta Han berhenti di hadapan rumah Teeya.
            Teeya ambil dua tiga saat sebelum keluhan kecil keluar dari mulutnya.
            “I just nak ingatkan you.. don’t take anything that’s not ours. Kita tak tahu consequences dia. I love you. Hati-hati drive balik rumah. Text me as soon as you’ve arrived home.” Lembut aje kata Teeya sebelum pintu kereta ditolak dan kakinya terus melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah tanpa toleh ke belakang.
            Han hela nafas berat. ‘Perempuan, what do you expect?’

LAMPU bilik dihidupkan. Terus bilik yang gelap itu menjadi cerah. Baju badut yang beropol-ropol dileher, putih dan sedikit garisan hitam di hujung-hujung jahitan dipandang sekilas.
            Han ambil tempat di atas katil dan telefon bimbit menjadi tatapannya. Hatinya tergerak untuk mencari jenis-jenis badut. Mungkin baju itu dapat membantu dia untuk dapatkan sedikit wang poket sementara nak dapat kerja tetap.
            ‘Perempuan, faham apa? Orang nak cari duit, nak minang dia.. dia sibuk dengan paranoid dia.’ Han pandang kembali baju yang terlipat di hujung katil.
            Dia bangun dan capai pakaian itu lantas berdiri di hadapan cermin. ‘Macam cun-cun badan aku aje ni.’
            Buat kali pertamanya, dia menyarung pakaian itu ketubuhnya. Zip belakang ditarik dari parang pinggang hingga ke leher. Ngam.
            Han tarik nafas panjang sambil matanya terpejam menikmati rasa yang tidak pernah dia rasakan sebelum ini. Tenaganya seakan dicaj penuh. Dia rasa betul-betul bersemangat. Matanya dibuka. Bibirnya mengukir senyuman melihat pakaian itu cukup padan dengan tubuhnya.
            Tok! Tok! Tok! Bunyi pintu biliknya diketuk. Jarum jam menunjukkan pukul 2.34 pagi. Siapa pula ni?
            Han berjalan perlahan ke arah pintu bilik yang dikunci dari dalam. Perlahan-lahan dia tarik daun pintu. Kosong. Biliknya berhadapan dengan tangga. Dia dapat lihat ruangan tangga hingga ke ruang tamu sudah gelap.
            Pelik. Pintu ditutup semula. Beberapa saat kemudian, ketukan di pintu bilik berbunyi lagi. Han mula berdebar. Siapa pula yang main acilocak tengah-tengah malam ni. Dia telan air liur.
            Dalam cuaknya, dia beranikan diri juga. Kali ini pintu bilik dikuak laju. Kononnya nak tangkap siapa yang main ketuk-ketuk pintu.
            “Abang.” Hanani dengan seluar tidur monyetnya, bert-shirt lengan pendek muncul di hadapan pintu.
            “Kau. Abang ingat siapa tadi. Tadi kau ketuk lepas tu menghilang apahal?”
            “Oh. Lari nak perlahankan volume lagu tadi. Tak perasan pula adik buka lagu kuat gila boleh dengar sampai kat luar kalau pintu terbuka.”
            “Kau memang. Dengar lagu macam telinga tu pekak. Kau nak apa ni tengah-tengah malam?”
            Hanani pandang Han atas bawah. “Yang abang pakai baju ni tengah-tengah malam kenapa? Creepy la.” Berkerut dahi Hanani.
            “Try aje outfit ni. Kau nak apa ni?”
            “Kalau iye pun, try la esok pagi. Tak menyempat betul. Nak pinjam headphone untuk esok, boleh?”
            “Tak boleh ke minta esok pagi?”
            “Pukul 4.30 pagi kejap lagi orang nak pergi hiking la. Nak bawa headphone.”
            “Hiking mana?”
            “Broga aje.”
            “Kau kan ada earphone kau.”
            “Pinjamlah headphone! Earphone dengan headphone tak sama. Kedekut betul.” Hanani menjeling. Han mencebik. Dia masuk semula ke dalam bilik dan mencapai headphone yang bersangkut di tepi komputer lantas diserahkan kepada adiknya.
            “Kau jaga elok-elok. Rosak, kau ganti dua ketul.” Ugut Han.
            “Thank you!” sengih Hanani sebelum berlari masuk semula ke biliknya.
            Han kembali ke katil dan menukar semula pakaiannya. Dia tahu kerja sebagai badut ini akan membuahkan hasil. Lantas habis semua group whatsapp dia hebahkan iklan bagi sesiapa yang memerlukan khidmatnya di parti-parti mereka.

3.30 PAGI. Bunyi guli melantun mengejutkan Han dari tidur lenanya. Lantunan guli itu makin lama makin jauh. Han pisat matanya yang terasa kesat. Lampu tidur di kabinet kecil sebelah katil dihidupkan.
            Dia bangun perlahan mendekati pintu bilik dan daun pintu itu ditarik perlahan. Gelap. Koridor di hadapan biliknya juga sudah gelap. Mungkin Hanani sudah menutupnya sebelum masuk tidur tadi.
            “Hihihi…” suara tawa itu menangkap cuping telinga Han. Dia mula rasa tak sedap hati. Dia pandang ke arah ruang tamu di bawah. Gelap segelap-gelapnya!
            Entah apa yang buatkan dia betul-betul berani malam itu, kakinya perlahan-lahan melangkah menuruni anak tangga. ‘Ada orang nak merompak ke?’
            “Siapa tu?” sapa Han.
            “Hihihi…” tawa itu kedengaran lagi. Tapi kali ini lebih dekat bila Han sudah berada di ruang tamu.
            Han mencari suis lampu untuk dihidupkan. Malangnya keadaan gelap itu menghalang penglihatannya.
            “Hannn…” suara itu seakan berbisik memanggilnya.
            Han toleh ke belakang dengan kadar segera. Kosong.
            “Hannn… hihihi…” suara itu seakan mengejeknya.
            “Siapa yang nak main-main ni? Adik, tak kelakar la!” jerkah Han. Siapa lagi yang nak buat perangai macam ni selain Hanani? Mana ada orang lain dah. Takkan mama dengan ayah nak usiknya sampai macam ni.
            BAM! Bunyi pintu bilik di tingkat atas dikatup kuat. Han terus berlari naik ke biliknya tetapi malangnya pintu itu seakan dikunci dari dalam. Dia memulas tombol berkali-kali tetapi pintu masih tidak terbuka. Peluh mula merenik di dahi.
            “Hann…” kali ini suara itu betul-betul dekat. Seakan hanya beberapa meter daripadanya. Han memandang ke arah hujung tangga yang masih gelap. Dia perasan ada kelibat kain seperti baju badut yang diambilnya kerana ropol-ropol di lengan dan leher di hujung tangga.
            “Han!” suara itu menjerit kuat dan kelibat itu menghampiri dengan pantas!
            ZUPPP! Mata Han terbeliak. Jantungnya berdegup laju. Kelihatan kipas syiling berputar laju. Han toleh kiri kanan. Dia masih di katil. Mimpi rupanya. Dahinya sudah penuh dengan peluh.
            Tapak tangan diletakkan ke dada untuk merasa degupan jantung yang masih laju. Bagi menghilangkan rasa takutnya, Han capai telefon bimbit. Fikirnya mahu membuka Instagram. Tapi Whatsapp yang baru diterimanya sedikit sebanyak melegakan hatinya.
            Ahmed            : Bro, wa support lu. Gimme your price, minggu depan rumah aku nak buat birthday party untuk adik aku. Boleh datang? 

1 comment:

  1. 😱 Don't take anything that's not ours. Agree with Teeya!

    ReplyDelete