Latest Post! Check it out!

Nycto : Bab 10

KOSONG. Hayla tengok keluar rumah tapi tiada sesiapa. Hanya deru angin yang kuat hingga rambutnya menutup mukanya.             Dia tutup...

Wednesday, August 16, 2017

DTM 14

Image result for alexandra daddario argue gif 

Alan cabut earphone dari telinga. Kasut sukan ditanggalkan. Peluh sudah membasahi baju dan seluarnya. Hari cutinya cuba dimanfaatkan sebaik mungkin dengan bersenam. Kalau sebelum ini bila hari cuti, dia terpaksa menemani Adeena, tapi kali ini dia bebas untuk melakukan apa yang dia nak.
            Dia gigit roti bakar kosong dan meneguk susu segar. Bosanlah pula. Usai sarapan pagi, Alan naik ke bilik. Tinggal berseorangan di rumah dan jauh dari ibu bapanya memaksa dia untuk berdikari. Semuanya buat sendiri.
            Tubuhnya menjadi segar selepas mandi. Terus dia melontar tubuh ke katil. Buku anatomi yang duduk di atas bantal ditarik dan dibaca. Dia tak pernah jemu untuk membaca benda-benda ini. The perk of being a genius kot.
            Selepas setengah jam, dia tutup buku. ‘Nunu buat apa eh weekend ni?’ Cepat-cepat dia Whatsapp Balqis.
            Alan    : Kak Bal, home?
            Balqis  : Hospital.
            Alan    : Oh. Nunu ajelah kat rumah?
            Balqis  : Taklah. Dia bagitahu akak tadi dia ada part time.
            Alan    : Part time apa?
            Balqis  : I don’t know.
            Tak cukup ke gaji yang diperuntukan sampai hujung minggu pun Nunu terpaksa buat kerja sambilan? Terus Alan mencari nama Nunu.
            Alan    : Where you at?
            Nunu   : Rooftop.
            Alan    : What? Where?
            Takde lain yang bermain di kepala Alan. Kalau dah sekali dia nampak Nunu nak bunuh diri, setiap kali itu jugalah kalau Nunu berada di tempat yang ada kemungkinan untuk peristiwa itu berulang buatkan dia risau.
            Nunu   : Tak tahu nama. Kenapa?
            Alan    : Gimme your location now.
            Nunu garu sedikit kening yang sudah dipekatkan. Nunu malas nak balas panjang-panjang apabila wajahnya sedang dimekap. Terus lokasi di hantar.
            Alan    : Tunggu sana and don’t do anything stupid!
            Nunu hanya menjeling mesej itu. Apa mamat ni merepek ni?
            “Aina, dongak sikit and tutup mata. Akak nak letak eye shadow.”

TERMENGAH-MENGAH Alan dibuatnya. Dah la pagi tadi dah berlari 5 pusingan tasik. Budak kecil ni memang buat dia kecut perut.
            Sampai aje ke tingkat paling atas yang memaksa dia untuk mendaki beberapa anak tangga, pintu itu ditolak kasar.
            Terpinga-pinga dia melihat beberapa orang lelaki dan perempuan di situ. Lagi terpana bila dia melihat Nunu bermekap dan gambarnya sedang diambil.
            ‘Oh. Ni ke part time dia?’ Alan ketawa sendiri. Kau betul-betul hampir buat aku hilang nyawa, Nunu.
            Alan hanya memerhati dari jauh. Sempat dia mengambil gambar Nunu yang sedang ralit memperagakan pakaian-pakaian itu. Sekejap dia seorang. Sekejap lagi dia beramai-ramai.
            Usai sesi bergambar itu, Nunu dapat menangkap susuk tubuh Alan yang sedang bersandar di dinding dengan tangan bersilang. ‘Eh dia duduk macam tu, macam dia pula model dok posing.’
            Selesai menukar pakaian, Nunu mendekati Alan.
            “Awak buat apa kat sini?”
            “You hampir nak kasi I sakit jantung.”
            “Kenapa pula?” berkerut dahi Nunu. Alan jungkit kening sebelah.
            “Oh. Awak ingat saya nak terjun bangunan ke?” teka Nunu.
            “Mana nak tahu. Stress kerja.”
            “Boleh tak awak stop fikir benda macam tu. Saya tak buat dah.” Geram juga Nunu kalau cakap banyak kali tapi tak dengar.
            Alan hanya tersenyum. “Ni dah sudah?”
            “Dah.”
            “Jom.”
            “Mana?”
            “Makanlah.”
            “Takpe saya makan sendiri.” Nunu menolak.
            “You nak bubuh racun dalam makanan you ke apa? Sebab tu tak nak ikut I makan?”
            “Jangan merepek boleh tak?”
            “Jom. I belanja makan.”
            Nunu tak tahu nak buat macam mana lagi dengan mamat ni. Dia macam tengok dalam cermin. Degilnya itu sama.
ALAMANDA sudah tidak sepadat dulu. Mungkin disebabkan IOI Mall dibuka berhampiran, semua orang lari ke sana.
            Bila difikirkan apa yang Ajda kata tempoh hari, dia tak sepatutnya menjauhkan diri dengan Alan. Sebaliknya dia perlu lelaki itu dekat dengannya. Baru senang untuk dia balas balik apa yang dia dendamkan.
            “Nak makan apa?” tanya Alan.
            “Tak kisah.”
            “Kat sini takde kedai ‘tak kisah’.” Alan loya buruk. Eh menyampah aku aih.
            “Makan ajelah kat mana-mana.”
            “Sushi nak?”
            “Okay.” Tanpa banyak bunyi, Nunu bersetuju. Ah dia bukan jenis memilih makan. Semua benda dia ngap aje.
            Mereka duduk bertentangan. Wajah Nunu sudah bersih daripada mekap. Habis semua mekap dia buang dari dalam kereta tadi. Bukan main jenuh dia sental mukanya dengan make up remover.
            “Kenapa tak biar aje mekap tadi?” soal Alan.
            “Eh, muka saya. Suka hati sayalah nak buang ke, nak biar ke.” Jawapan Nunu buatkan Alan ketawa.
            “Awak ni memang mudah terhiburkan? Sikit-sikit senyum, sikit-sikit gelak.”
            “Well, laugh is the best medicines.” Alan capai pinggan sushi.
            “But be careful, too much of it orang akan ingat awak psiko, ada mental issue.” Nunu capai salmon. Saat itu juga matanya disaji dengan benda yang memedihkan.
            Zulfathi duduk di sebelah meja mereka. Tapi lelaki itu sikit pun tidak memandang ke tempat lain. Hanya wajah wanita di hadapannya ditatap dengan senyuman lebar.
            Tekak Nunu terasa berpasir. Mati terus seleranya. Alan yang sedar akan perubahan riak muka Nunu turut sama memandang ke meja sebelah.
            “Kenal ke?” tanya Alan.
            “Tak.” Nunu terus suap sushi ke dalam mulutnya.
            “Bismillah mana?”
            “Dalam hati.”
            “Kan I dah cakap hari tu..”
            “Stop talking and start eating.” Kasar ujar Nunu. Alan pandang redup muka Nunu. Kemudian kepalanya ditoleh ke sebelah sekali lagi.

ALAN hanya mengikuti jejak Nunu yang dari tadi tidak buka mulut. Kelibat dua orang lelaki dan perempuan dari restoran Sushi King kini ada di hadapan mereka. Senang kata, sebenarnya Nunu ni mengekori mereka.
            Tanpa Nunu sedar, dia sudah berdiri di barisan GSC.
            “Nak tengok wayang ke?” Alan bersuara.
            Nunu pandang Alan sekilas. Angguk tidak, geleng pun tidak. ‘Dia masih pakai perfume yang sama bau dari dulu.’ Gumam Nunu.
            Minyak wangi itu dia yang beri pada Zulfathi sejak mereka mula kenal. Sampai ke sudah, Zulfathi masih menggunakan haruman yang sama.
            Ada lima kaunter yang dibuka. Zulfathi melangkah ke kaunter ke dua. Kemudiannya tiba giliran Nunu dan Alan di kaunter yang keempat. Nunu pandang belakangnya.
            “Pergilah dulu.” Senyumnya pada pasangan yang beratur di belakangnya. Alan pandang Nunu. Gadis itu senyum. Tapi matanya merah.
            Selesai membayar dan menerima tiket, Zulfathi dan wanita itu berlalu pergi. Terus Nunu mendekati kaunter ke dua.
            “Dia orang tengok cerita apa?” tanya Nunu. Gadis bernama Tina itu terkebil-kebil. Alan hanya membiarkan Nunu.
            “Haunted House on the Hill.”
            “We’ll take that. Waktu yang sama.” Nunu sikit pun tak tanya pendapat Alan.
            “Seat boleh pilih. Yang biru ada orang.” Tina ulang skrip yang sama.
            “Saya nak seat belakang couple tadi.”

WAYANG akan bermula dalam 30 minit aje lagi. Alan dan Nunu bergegas ke surau yang berada di dalam tempat bowling.
            Usai solat Zohor, mereka sama-sama masuk ke panggung wayang dengan popcorn dan secawan besar Pepsi.
            Alan sikit pun tidak buka mulut. Pawagam sudah mulai gelap. Kelibat dua orang itu baru kelihatan mengambil tempat di hadapan Nunu dan Alan. Mata Nunu bukan pada skrin, tapi pada dua ekor yang sibuk berbisik-bisik antara satu sama lain itu.
            Nunu sengaja melanggar kerusi depan beberapa kali, membuatkan gadis kecil bernama Athirah itu mulai tidak selesa.
            Tanpa Nunu sedar, semua perlakuannya diperhatikan Alan yang duduk bersandar menyilang tangan.
            Athirah melentokkan kepala di bahu Zulfathi. Bila adegan terkejut keluar, Athirah terjerit kecil dan terus menekap muka di bahu Zulfathi. Nunu ketap gigi.
             Sejam pertama, mata Nunu masih pada pasangan di hadapannya itu. Dada Nunu berombak kencang. Kotak popcorn dipegang. Kali ini dia bukan hanya memerhati dan memendam.
            Hantu keluar! Dan Nunu terus menggoncang kotak popcorn hingga berterabur di tempat duduk depan.
            “Woi!” Zulfathi bengang.
            Nunu sengih sendiri dengan senyum sumbing dia.
            “Sorry.” Ujar Alan cepat-cepat sebelum Zulfathi menoleh ke belakang. Nunu pandang Alan dengan mata terbeliak.
            “Sorry kenapa?” marah Nunu walaupun dia berbisik pada Alan.

            “Enough, Nunu.” Dia geram lihat Nunu begitu. Dia marah. Dia benci. Dia tak suka!

1 comment: