Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Thursday, August 10, 2017

DTM 13

Image result for TOM CRUISE GIF 

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang keledarnya sebelum kereta memecut laju menuju ke rumah Nunu.
            Sepanjang perjalanan, Nunu hanya tidur. Kepalanya dilentokkan ke cermin tingkap. Mulutnya sedikit ternganga.
            Sekali imbas, Nunu ini sebiji macam Alisya. Sebab itu dia nak sangat bantu Nunu. Dia seakan dapat merasakan kehadiran Alisya di dalam diri Nunu. Tapi dia tak sedar sebenarnya perasaan itu tidak seperti yang dia sangkakan.
            Sampai aje di apartment, Alan mengejut Nunu.
            “Nunu.” Panggil Alan. Terus mata Nunu terbuka luas. Bingkai matanya merah.
            “Dah sampai?”
            “Dah.”
            Nunu menggesek matanya sebelum membuka tali pinggang keledar.
            “Nah.” Pendrive putih bertukar tangan.
            “Apa ni?”
            “Dokumen tadilah. Tinggal print out aje. Instead you nak bazir masa rewrite balik, baik you guna masa tu untuk tampal kertas banyak-banyak tu. So one task done.”
            Nunu pandang Alan lama. ‘Kenapa dia ni baik sangat sedangkan aku bukan main kasar dengan dia?’
            “Thanks.” Nunu terus keluar dari perut kereta dan mengheret plastik sampah itu hingga ke lif.
            Sebaik sahaja jasad Nunu hilang ke dalam perut lif, Alan buka aplikasi Whatsapp.
            Alan    : Good luck finding the pieces and goodnight, Nunu.
            Nunu pandang mesej itu sebelah mata. Menyampah. Balqis terkejut dengan plastik hitam yang dijinjing Nunu.
            “Apa ni?” tanya Balqis.
            “Bala.” Jawab Nunu.
            “Ni mesti buat hal lagi kan?” Balqis menggeleng melihat Nunu yang hanya tersengih dan terus masuk ke dalam biliknya.

SEBELAS keping kertas A4 yang bertampal-tampal disusun bersebelahan dengan sebelas keping A4 yang baru di cetak di atas meja Puan Rozita.
            Nunu mengetuk-ngetuk meja di pantri dengan jemarinya. Dia cuba cari idea untuk dua syaitan tu pula.
            “Hmh.” Tersengih-sengih dia kemudiannya.
            Pekerja-pekerja yang baru sampai masing-masing mengambil tempat di meja mereka. Terkejut mereka apabila terdapat dua keping sandwich di atas meja.
            “Wow breakfast!” Kamal bukan main senang hati melihat makanan itu.
            Alin dan Joana turut mendapat sandwich yang sama.
            “Aina, kau belanja eh?” tanya Halim. Dia sedar hanya ada Nunu di pejabat sejak dia datang tadi. Nunu di pantri hanya senyum sambil membancuh air.
            Alin menjeling Nunu. ‘Nak bodek lah tu.’ Fikir Alin. Tapi disebabkan perutnya berkeroncong, dia dan Joana makan jua roti itu.
            Nunu senyum hingga ke telinga. 1..2..3..
            “Awww!!!” jerit Joana. Air matanya sudah bergenang. Alin pelik. Kenapa dengan Joana? Tiba-tiba lidah Alin dapat merasa satu rasa halus yang nipis menyengat.
            Terus Alin berlari ke pantri dengan muka merah padam.
            “Akak nak apa?” tanya Nunu.
            “Air. Air!” Alin buka peti ais. Rasa pedas itu buatkan rambutnya menegak di bawah tudung! Mana tidaknya, dia gigit cili hidup kot. Merah menyala pula tu.
            “Air sejuk dah habis. Ini ada la.” Beritahu Nunu lantas menghulurkan satu mug kepada Alin. Tanpa berfikir panjang, Alin terus meneguk air itu.
            “Ahhhh!!” jeritan Alin pula kedengaran. Air panas itu membuatkan lidahnya melecur.
            Nunu ternganga. “Saya baru nak bagi tahu yang tu air panas.”
            Dada Alin berombak. Yang si Joana terkena wasabi, dia pula dengan cili padi. Ha elok!
            “Kenapa tu?” Hairul dan Kamal bergegas ke pantri.
            “Kau!” Alin pandang Nunu dengan penuh rasa benci dan dendam. Nunu buat muka tak bersalah.
            “Kenapa Lin?” tanya Hairul.
            “Budak ni memang sengaja kenakan I!” tuduh Alin.
            “Lah.. kenakan apa pula?” Kamal pelik.
            “Kau memang sengaja letak cili padi dalam sandwich tu kan?”
            “Sandwich tu saya beli. Saya tak buat.” Memanglah dia tak buat. Tapi memang dia juga lah yang minta tiga batang cili padi daripada makcik kafe untuk diletakkan ke dalam roti Alin.
            “Air dalam peti ais ni.. mana semuanya? Kau yang keluarkan, kan?” Alin tak puas hati.
            “Lah.. siapa yang tak refill air dalam ni? Sepatutnya yang refill semalam, bukan you ke Lin?” Hairul rasa geram pula bila Alin menuduh Nunu.
            “Semalam ada lagi air dalam ni!” Alin berkeras.
            Yep. Ada sebotol. “Saya datang pagi tadi, memang takde air dalam peti ais ni.” Tipu Nunu.
            Terketar-ketar bibir Alin dibuatnya.
            “You ni tak baik menuduh orang aje. Jangan busuk hati sangat.” Sinis kata-kata Kamal sebelum dia dan Hairul berlalu ke meja mereka.
            Alin pandang tepat ke arah Nunu. Nunu senyum dan jungkit kening bila tiada siapa yang memerhati.
            “Anak syaitan!” getus Alin.
            Nunu tidak peduli. Lantaklah orang nak panggil dia apa. Yang penting dia puas hati. Ini namanya balasan tunai.

PUAN ROZITA kejap-kejap toleh ke arah Nunu yang sedang menaip sesuatu di komputer. Berkali-kali dia lihat kepingan kertas yang bertampal-tampal itu. Dia akui, gadis itu hebat dan bersungguh. Tapi dia masih marah dengan apa yang gadis itu katakan tempoh hari. Biadab!
            “Aina.” Panggil Puan Rozita. Nunu angkat kepala.
            “Ye.”
            “Awak buat kerja apa?”
            Nunu terdiam sebentar. “Audit.”
            Muka Puan Rozita tak payah ceritalah berkerut berapa juta. “Awak di department apa?”
            “HR.” Jawabnya.
            “Yang awak buat kerja department lain kenapa?”
            “Puan suruh saya cari kerja. So saya cari lah.”
            “I said within this department!”
            “Takde siapa nak kasi saya kerja dari sini. So saya minta dari department lain.” Selamba betul Nunu jawab.
            Puan Rozita picit kepala. “Tahu pula awak nak buat audit macam mana?”
            “Macam akaun aje. Cik Hawa ada ajar saya sikit tadi.”
            “Aina, awak rasa awak diambil kerja di sini untuk kami buang duit pada awak ke?”
            “Tak. Saya datang sini sebab saya nak kerja.”
            “Dah tu? Apa yang you buat?”
            “Buat kerjalah.” Nunu dengan beraninya.
            “Aina, you’re in HR department!”
            “Then give me something that I can do from this department. Saya tak boleh duduk aje buatkan teh, fotostet kertas, sapu sampah. Pftt. Sapu sampah kot. I’ve been paid for two thousands bukan untuk buat kerja ni. I need real job.” Tegas Nunu. Buat pertama kalinya Puan Rozita dapat rasa keunikan pekerjanya.
           
ALAN tarik keluar baju plastik berwarna biru keluar dan memasukkannya ke dalam tong sampah. Sisa darah hasil dari pembedahan tadi masih melekat di baju itu.
            Banyak yang dia belajar dari pakar pembedahan hari ini. Tak cukup dengan itu, panggilan dari Puan Rozita buatkan senyuman makin mekar.
            “She’s good.” Puji Puan Rozita
            “Told you.”
            “Cuma mulut tu ajelah biadab sikit.”
            Alan ketawa. “We’ll see for another 3 months. Tengok performance dia macam mana.” Beritahu Alan.
            “Kalau you tanya I, dia memang layak scholarship kita.”
            Okay itu memang bukan benda yang Alan jangka akan keluar dari mulut Puan Rozita sendiri. Bukan senang pekerja di dalam bangunan itu sendiri untuk mendapat bantuan kewangan dalam melanjutkan pelajaran.
            “Aik. Baru second day kot.”
            “She did audit. Can you believe that?”
            Alan menggeleng. Budak ni memang pelik.
           
“NU.” Suara riuh di belakang Ajda memaksanya untuk meninggikan suara supaya Nunu boleh mendengarnya.
            “Apa yang kecoh sangat tu?” tanya Nunu.
            “Kita orang baru habis satu paper ni.” Beritahu Ajda.
            “Macam mana? Okay tak?”
            “Boleh lah. Aku nak tanya kau ni.. kau nak tak jadi model tu? Kawan aku harap sangat kau sudi.” Pujuk Ajda.
            “Aku tak tahulah, Jeda.”
            “Satu hari aje. Tak sampai dua jam pun.”
            “Aku tak pandailah nak posing-posing ni.”
            “Kau diri macam tiang letrik pun dah cantik. Lagi nak suruh kau posing? Tak payah. Silap haribulan semua supermodel berhenti kerja.” Gurau Ajda. Melampau betul pujiannya.
            Nunu masih berfikir. “Sekali aje! Kau try sekali aje. Kalau kau rasa tak best, lepas ni kau tak payah datang dah.”
            “Hm.. bila?”
            “Weekend ni!”

            “Hmm yelah.” 

No comments:

Post a Comment