Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Tuesday, June 6, 2017

DTM 12


“Dia datang kerja?” Alan senyum sampai ke telinga. Marah-marah Nunu pun kalau dia datang kerja juga tu kira baiklah. Talian dimatikan.
            “Are you seriously takkan pujuk I?” pintu bilik rehat Alan ditolak dari luar secara kasar.
            “Adeena? Apa you buat kat sini?” terkejut Alan bila disergah macam tu.
            “I tunggu you dekat dua minggu, you langsung tak pujuk I? Mesej takde, call takde.” Marah Adeena.
            “Hari tu kan you minta putus.” Perempuan merepek apa ni tiba-tiba datang nak serang aje.
            “And you ambil serius? El! You tahu I tengah marahkan waktu tu. Memanglah keluar semua benda. Tapi I tak maksudkan pun.” Selendang kuning air Adeena beralun lembut.
            “Deena, bilik ni bukan sembarangan orang boleh masuk.  Ini bilik rehat untuk kakitangan aje. Boleh tak you keluar?”
            “Oh sekarang you nak halau I pula? Sepatutnya I yang marah. Bukan you. Sekarang ni dah terbalik, kenapa pula?” Adeena cuba mendekati Alan.
            “Deen, please.” Alan bangun dari katil panjang itu dan mendekati pintu.
            “Alan! I just minta perhatian daripada you sikit aje. Itu pun susah ke?”
            “Perhatian you mean like text you everytime I ada masa lapang? Or you mean argue over small things pasal you berebut tempat makan dengan some other strangers and I have to back up you even you yang salah? Deen, I just don’t do this stuff.” Rengus Alan.
            “Salah ke I minta you text I bila you free?”
            “I need to rest too, Deen!”
            “A couple of messages aje kot!”
            “Yeah right. Your couple of messages took my 3 hours rest.”
            “Fine, lepas ni it will only take 2 hours.” Adeena masih mengharap. Alan menggeleng. Dia ni masih tak faham ni. Kepala otak dia ni bebal sangat ke?
            “Deen, I just can’t do this anymore. You tak faham I.”
            “I nak kena faham you? Sedangkan you pun tak faham I.”
            “Bahagian mana yang I tak faham you, huh?” Alan kejap-kejap pandang kaki lima hospital. Takut juga kalau ada doktor lain yang nak guna bilik rehat. Si Adeena ni pula masih degil tak nak keluar.
            “I minta you back up I pasal meja makan aje kot. Itu pun tak boleh ke?”
            “You know, you have this kind of attitude yang irritating and it’s all mengada.”
            “You kata I mengada?” terlopong mulut Adeena.
            “Yes. You spoiled. You nak everything goes to the way you want. Tapi you tak pernah fikir untuk orang lain. Sometimes, you’re being selfish.”
            “What?! I selfish?”
            “I’m sorry. Not sometimes, but all the time.”
            “Alan! You melampau tahu tak.”
            “Yes. And you don’t want to spend the rest of your life with me. So please, go.”
            “So you betul-betul nak break up?”
            “Yes.” ‘Hari tu kau sibuk sangat nak putus kan, Deen. Sekarang aku kasi kau betul-betul apa yang kau nak.’
            “El!” Adeena masih tak puas hati. Bila dilihat Adeena masih berdegil, Alan jadi malas nak layan. Terus dia keluar dari bilik rehat itu. ‘Baik aku pergi tidur kat surau lagi aman. Baru aje habis duty, dah kena tambah OT dengar naga ni membebel pula.’

NUNU meletakkan helaian demi helaian kertas yang tak digunakan ke dalam mesin pengisar kertas. Ini bukan skop kerja dia. Dia sepatutnya ditugaskan di bahagian sumber kemanusiaan. Tapi apa yang dia buat ini, tea girl pun boleh buat!
            Batang hidung Puan Rozita pula tak kelihatan setengah hari ni.
            “Aina, jom lah lunch.” Ajak Kamal.
            “Dah pukul berapa?”
            “12.40 dah.”
            “Alright.” Nunu berhenti mengisar kertas-kertas itu. Jenuh dia mencari kerja apa yang dia perlu lakukan hari ni. Semua orang dia tanya kalau-kalau ada kerja yang dia boleh tolong. Jawapannya apa? Tolong buat kopi, teh, fotostet itu ini, cop itu ini. Aduhai.
            “Kenapa meja kau dalam bilik Puan Ita?” tanya Hairul yang sebelum meneguk limau ais. Nunu jungkit bahu. Sempat matanya mengerling sekeliling kafe. Sekumpulan pekerja wanita sedang memandang ke arahnya dengan menjuih-juih mulut.
            Mungkin pelik kenapa dia duduk semeja dengan Kamal, Hairul dan Halim. Dah yang perempuan bukan main sombong lagi tak nak ajak dia makan. Setengah hari ni dia cuba buat kawan dengan yang perempuan. Tapi mereka cuma menjeling-jelingnya.
            “Kenapa dia orang pandang saya? Ada yang pelik ke kat muka saya?” Nunu tala muka kepada Halim yang duduk di hadapannya.
            “Ada. Cantik.” Gelak Halim. Nunu menjeling. ‘Aku tanya betul-betul, kau buat main-main pula.’
            “Ala biasalah tu. Kau aje yang mula-mula masuk dah dapat duduk sebilik dengan Puan Ita. Mulalah orang kata kau ni anak emas lah apa lah.” Ringkas jawapan Kamal.
            “Tapi Puan Rozita bukannya suka saya pun.” Beritahu Nunu.
            “Kenapa pula?”
            Mulalah Nunu bercerita tentang apa yang dia katakan pada Puan Rozita ketika di awal temu duga hari tu.
            Terbahak-bahak mereka bertiga ketawa.
            “Dah kenapa kau cakap macam tu kat dia?” Hairul tepuk dada. Rasa macam nasi tersekat dekat paru-paru.
            “Yelah waktu interview tu memang dah messed up. Tak terfikir pun akan dapat. Lagipun saya cakap apa yang betul.”
            “Sebab tu kot mekap dia dah tak tebal macam dulu.” Celah Kamal.
            “Baguslah ada orang tegur. Aku nak tegur, tapi takut pula.” Halim sengih.
            “Kau umur berapa sebenarnya Aina?”
            “21.”
            Ketiga-tiga mamat itu terlopong.
“SIAPA yang suruh awak shred kertas ni?!” tengking Puan Rozita. Walaupun pintu bilik sudah terkatup, tapi orang luar masih boleh dengar suara Puan Rozita.
            Alin ketawa kecil dengan Joana yang duduk bersebelahan. Memang sengaja mereka nak kenakan Nunu. Naik menyampah bila gadis baru itu tiba-tiba dapat duduk sebilik dengan Pun Rozita padahal dia itu sama aje dengan pekerja yang lain.
            Dari dalam pejabat Puan Rozita, Nunu pandang ke arah cermin yang menampakan Alin dan Joana. Cepat-cepat dua wanita itu memandang tempat lain dan senyuman disembunyikan.
            ‘Nak salahkan orang pun dah takde guna. Lagi pula Puan Ita ni tak suka kau, Nu.’
            “I tak peduli. You cari balik semua cebisan kertas ni and rewrite it.” Arah Puan Rozita.
            “Bukan ke dokumen macam ni ada dalam komputer? Kita just kena reprint lah kan?” Nunu tak bodoh. Ini bukan zaman batu.
            “You bos ke I bos? You buat apa yang I arahkan. Jangan nak memandai-mandai. I nak benda ni siap by tomorrow! And you have to prove to me cebisan kertas tu. I tak nak you main ambil aje dari komputer. Ini denda untuk perangai careless you.”
            Nunu ketap gigi. ‘Kau memang cari modal nak kenakan aku, kan? Ini memang peluang yang kau takkan lepaskan. Takpe. We’ll see.’ Nunu genggam penumbuk sebelum keluar dari bilik itu untuk mencari saki-baki cebisan kertas di dalam tong sampah yang berisi kertas.
            ‘This is stupid.’ Sudah hampir sejam dia menghadap tong sampah itu. Alin mendekati Nunu.
            “Aina. Sorrylah. I terletak dokumen tu dekat kotak kertas terpakai. Sorry eh.” Nunu tak buta. Dia tahu wanita itu cuba sembunyi tawa.
            “Akak ada soft copy dokumen tu kan?”
            “Ada. Tapi Puan Ita kan pesan kat you suruh cari balik kertas-kertas tu and rewrite.” Sengih Alin.
            ‘Kalau aku praktikkan Judo yang aku belajar kat kau, mau patah riuk badan kau tau tak.’
            “Takpelah.” Nunu senyum nipis dan terus mencari cebisan itu. Dari belakang, Alin ketawa dalam diam.

JARUM JAM SUDAH menunjukkan pukul 7 malam. Sekejap lagi dah nak Maghrib tapi Nunu masih belum berhempas pulas menampal cebisan halus itu. Pejabat sudah kosong.
            Puan Rozita sempat menjeling kelibat Nunu di bilik fotostet sebelum pulang ke rumah. ‘Padan muka kau.’ Gumam hati kecil wanita itu.
            Balqis pelik bila lampu ruang tamu tidak bernyala. Kelibat Nunu juga tidak kelihatan. Beberapa kali dia mendail nombor Nunu tapi tidak berangkat. Hatinya mula risau.
            Lantas nombor Alan didail.
            “Hello.” Sapa Alan.
            “Hello. El dapat contact Nunu tak?” tanya Balqis.
            “Nunu? Hari ni tak contact dia pun. Kenapa?”
            “Takdelah. Dah pukul 9 ni. Dia masih tak balik lagi. Bukan ke dia kerja office hour aje. Selalunya pukul 7 dah ada kat rumah.”
            “Dia buat overtime kot.”
            “Kak Bal call dia banyak kali, tak berjawab. Risaulah.”
            Alan garu kening. “Okay takpe. El baru nak balik ni. El singgah ofis kejap.”
            “Nanti kalau dah jumpa dia, inform kak Bal okay?”
            “Alright. Will do.”

“ADA ORANG  tak keluar lagi tak?” tanya Alan kepada pengawal keselamatan yang bertugas di lobi.
            “Tadi saya check, ada seorang di HR department tingkat 17. Saya dah inform dia untuk keluar sebelum pukul 11 malam.” Beritahu pengawal itu.
            “Alright thanks.” Senyum Alan sebelum berlalu naik ke tingkat 17.
            Kelihatan bilik fotostet sahaja yang bercahaya terang. Alan berjalan pantas menuju ke bilik itu. Dia terlihat Nunu sedang duduk bersila di lantai karpet biru tua sambil dikelilingi dengan cebisan-cebisan kertas merata!
            “You buat apa ni?”
            Terpelanting kertas dari tangan Nunu. ‘Kus semangat aku.’
            Nunu kemudiannya menjeling. “Kerjalah.”
            “Dengan sampah-sampah ni?”
            Kepala Nunu tidak bergerak, hanya bebola matanya aje yang memandang ke arah Alan.
            “Cik Ta tu lah suruh buat kerja bodoh ni. Sengaja nak kenakan saya.” Gumam Nunu.
            Alan mencangkung. “Whatever it is, dah nak midnight. You kena balik. Kak Bal dah risau kat rumah tu. Dia call you tak berjawab.”
            Nunu mencari-cari telefonnya. Baru dia teringat yang dia tinggalkan telefon di atas mejanya.
            “Macam mana saya nak balik kalau kerja ni tak siap lagi?”
            “Apa yang you kena buat ni?” tanya Alan.
            “Saya kena reattach balik dokumen yang saya dah masukkan dalam mesin ni and rewrite semua.”
            “Dokumen apa?”
            Nunu tunjuk beberapa keping yang telah sempurna dia tampal.
            Alan kerut dahi. “Dokumen macam ni kan ada dalam komputer.”
            “Itulah pasal! Dia memang sengaja nak cari gaduh dengan saya! Semua punca dari si kening lukis tu. Cik Ta tu pula ambil kesempatan. Dia sengaja nak susahkan saya. Katanya denda. Bullshit betul.” Cebik Nunu. Alan ketawa.
            Dia cari plastik hitam besar dan semua kerta itu dimasukkan ke dalam plastik itu. “Eh awak buat apa ni?” soal Nunu.
            “You buat benda ni kat rumah. Dah lewat ni.” Beritahu Alan. Nunu menggeliat. Sakit pinggang dibuatnya.

            “Masukkan semua kertas ni dalam plastik.” Alan bangun dan keluar dari bilik itu. ‘Mana pula mamat ni nak pergi?’

3 comments:

  1. Wuish ingat senang ke nak tampal balik kertas2 yg dah shred tu?! Bertabahlah Nunu!

    ReplyDelete
  2. Bila nak update new bab. Ke dah nak keluarkan buku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. well, DTM dalam penilaian. so doakan dapat dipublish. hehee

      Delete