Latest Post! Check it out!

DTM 13

Plastik sampah besar itu diletakkan di tempat duduk belakang. Tali pinggang keledar ditarik. Alan turut sama menarik tali pinggang kele...

Tuesday, June 6, 2017

DTM 11


“Siapa tu Nu?” Ajda siku Nunu yang masih memandang mendongak ke arah Alan.
            “Entah.” Nunu kembali menyambung kunyahan dan tidak mempedulikan Alan yang berdiri dari tadi. Lelaki itu ketap gigi dan terus ambil tempat di sisi Nunu.
            “Hai. I Alan. Call me El.” Alan senyum ramah. Ajda dan Dalila hampir tersedak bila lelaki itu duduk dalam kalangan mereka.
            “Er.. hai.” Dalila sengih canggung.
            “Awak nak apa? Awak ikut saya ke?” jeling Nunu. ‘Eh geram pula aku dengan mamat ni. Psiko ke apa?’
            “I call you, kenapa you angkat and biar aje phone call tu tak bersahut?” kerut-kerut dahi Alan.
            “Hensem doh.” Bisik Ajda pada Dalila.
            “Aku rasa macam dah kenyang tengok muka dia aje. Kalau hari-hari dapat tengok muka ni, boleh kurus aku.” Tersengih-sengih Dalila dan Ajda. Padahal situasi Alan dan Nunu sedang dingin.
            “Suka hati sayalah nak jawab ke tak.” Nunu bangun dari lantai konkrit dan berlalu.
            “Nak pergi mana?” jantung Alan cepat aje berdebar bila Nunu pergi jauh darinya. Dia takut kalau Nunu ulang benda yang sama dekat tempat yang sama pula tu.
            Nunu tidak menjawab. Dalila dan Ajda jadi hairan. Drama apa pula dia orang buat ni. Nunu berjalan di sebelah tembok jambatan. Cepat-cepat Alan berlari mengejar Nunu.
            “Nak bunuh diri lagi?!” tempik Alan seraya menarik lengan Nunu. Lidah Nunu menjadi kelu. Ajda dan Dalila terkejut. ‘Apa maksud dia, bunuh diri.. LAGI?’
            “Awak ni dah kenapa?!” bentak Nunu. Geram bila dituduh yang bukan-bukan. Marah bila Alan cakap kuat-kuat beri Dalila dan Ajda dengar.
            “I tak nak you buat silap yang sama, Nunu.”
            “I’m not! Boleh tak awak berhenti judge saya? Awak ingat bila awak tolong saya dapatkan kerja tu, sediakan tempat tinggal untuk saya, then saya kena ikut semua telunjuk awak? Guess what, pergi mampus!” luah Nunu.
            “Dal.. kita ni silap timing ke?” Ajda tengok dari jauh aje Nunu dan Alan bertekak.
            “I cuma nak tolong. Susah ke untuk you faham?”
            “I don’t need your help!”
            “Tapi I perlu tahu yang you sentiasa okay.”
            “For what?! Saya tak perlukan orang untuk ambil berat pasal saya lagi dah.”
            “But I want to!” geram betul Alan dengan Nunu ni. Kepala dia lah kan. Keras macam besi padu yang jenis kalau ketuk seribu kali pun takkan meleding.
            “Uu. Aku rasa macam tengok cerita hindustan.” Dalila gigit biskut macadamia.
            “Pergi mampus dengan apa yang awak nak tu. Sebab saya tak peduli sikit pun!” Nunu berjalan menuju ke kereta Myvi milik Ajda.
            “Jeda!” panggil Nunu dari jauh menunjukkan isyarat supaya mereka pulang segera. Terkial-kial Dalila dan Ajda bangun dari lantai konkrit dan berlari mendapatkan Nunu. Sempat mereka lambat tangan kepada Alan dengan senyuman. Ada hati lagi tu nak pikat.
            Alan hela nafas berat. ‘Hari tu okay aje. Tiba-tiba takde puting beliung, takde gempa bumi, takde tsunami, terus nak mengamuk macam ni. Dapat kerja pun nak melenting ke?’

“BAIK KAU cerita kat kita orang sekarang, apa yang jadi sebenarnya. Siapa Alan tu, apa yang dia merepek kata kau nak bunuh diri lagi, and kenapa kau marah betul dengan dia?” Dalila pandang ke tempat duduk belakang.
            “Aku dah penatlah. Boleh tak tolong hantar aku balik?” Nunu bersandar di kerusi.
            “Selagi kau tak cerita, selagi tu aku takkan hantar kau balik.” Ugut Ajda.
            “Hey, kau orang ada exam kan lagi tiga hari. Daripada kau orang melepak dengan aku, baik kau balik belajar.” Bebel Nunu.
            “Esok pun boleh belajar.” Jawab Dalila.
            “Lepas tu mengadu kat aku tak boleh jawablah, apalah.” Nunu kecilkan mata.
            “Jangan nak lari, Nu. Kita orang nak kau cerita apa yang jadi.” Ajda naik geram.
            “Nantilah lepas kau orang habis exam, aku cerita.”
            “Kau nak cerita sekarang, atau kita orang hantar kau kat Alan hensem tu. Pilih.” Ajda lihat kereta Alan yang masih tidak berganjak di belakang mereka melalui cermin tengah kereta.
            Nunu mengeluh. “Fine. Tapi please, gerak sekarang.”
            “Sure.”

“KENAPA kau tak pernah cerita dekat kita orang?” Dalila kesat air mata yang jatuh. Nunu hanya senyum tawar.
            “Untuk apa?”
            “Yelah. Kalau kita orang tahu hidup kau susah macam ni, kita orang boleh tolonglah.”
            “18 tahun aku dah hidup senang. Ni baru tiga tahun aku belajar hidup susah.”
            “Tapi Auntie Ma kau pun, Ya Allah kalau aku jumpa dia.. aku cabut-cabut gigi dia guna playar. Kurang ajar gila.” Ajda genggam penumbuk.
            “Hari tu kau kata mak ayah kau kerja biasa-biasa aje.” Dalila kerut dahi. Nunu tergelak.
            “Buat apa aku bagi tahu orang yang mama ayah aku kerja besar, gaji berjuta? Aku tak bagi tahu orang pun, dah berderet orang benci aku. Lagi kalau aku cakap aku anak orang berada waktu tu, lagi la orang mengutuk belakang aku kata macam-macam.”
            “Kau ingat kita orang benci kau ke?” Dalila masam mencuka.
            “At least aku tahu kau orang ikhlas kawan dengan aku. Bukan sebab duit aku.” Nunu cubit pipi chubby Dalila.
            “Eh, boyfriend kau yang bawa BMW tu apa cerita? Dia tak ajak kau kahwin?” Ajda baru teringatkan lelaki itu.
            “Dia? Haha. Lepas mama ayah aku bankrap, aku tinggal sehelai sepinggang, dia pun blah. Dia konon cakap nak fokus belajarlah apalah. Dia ingat aku percaya pula.” Sengih Nunu.
            “Ei jahatnya lelaki tu! Ni lagi seekor kalau aku jumpa, aku cabut kuku kaki dia satu-satu.” Marah betul si Ajda ni.
            “Kau ni memang suka mencabut-cabut eh?” jeling Nunu.
            “Yang pasal Alan tu pula?” itu sebenarnya soalan yang tak sabar-sabar mereka dengar jawapannya.
            “Okay. Aku jumpa dia waktu kat jambatan Putrajaya minggu lepas. Kalau kau kat tempat aku pun, mesti kau tak boleh nak fikir jalan penyelesaian kan? Aku decide nak terjun dari jambatan aje time tu.”
            “Ya Allah, Nunu! Boleh aje kau call kita orang.” Dalila capai jemari Nunu. Hanya senyum nipis yang Nunu beri.
            “It turned out, dia nampak aku and tiba-tiba aku pengsan. Bangun-bangun aje aku kat hospital. Rupanya dia doktor dekat hospital tu. Dia buka mata aku betapa hidup itu penting. So aku rasa macam okay lah kan dengan dia. Memang niat dia nak tolong aku. Sebelum aku nak pergi bunuh diri tu, aku dah berhenti semua kerja aku. Jadi bila dah jadi macam ni, aku terpaksa cari kerja baru. Tambahan Auntie Ma halau aku keluar pula. So Alan yang tolong aku cari kerja.”
            “Baiknya dia. Habis tu yang kau marah dia sangat kenapa?” Ajda bersuara.
            “Tempat kerja yang dia bagi aku tu sebenarnya dulu syarikat ayah aku. Dan dia adalah salah seorang pemegang saham yang terbesar. Bapa dia rupanya partner ayah aku dulu yang buatkan ayah aku bankrap. Aku hilang kedua orang tua aku sebab bapa dia. Kau rasa?”
            “Oh my God. Kecilnya dunia. So sebab tu kau marah dia? Dia tak kenal kau ke?”
            “Tak. Lagipun kali terakhir aku pergi syarikat ayah aku waktu aku form 2. Waktu tu berhingus lagi. Bapa dia pun aku rasa tak cam aku.”
            “So kau nak buat apa sekarang?”
            “Waktu interview hari tu puas aku mengutuk panel. Aku ingat memang tak nak kerja kat situlah. Eh tiba-tiba dapat pula. Sekarang aku dah tahulah macam mana aku boleh dapat kerja sana walaupun perangai aku macam syaitan. So sekarang aku tak tahu nak buat apa.”
            “Hm.. kalau aku kat tempat kau. Aku kerja aje kat sana. Alan tu pun nampak macam suka kau. Waktu ni lah kau nak gunakan peluang kau untuk balas dendam. Rampas balik apa yang sepatutnya jadi milik kau.” Selamba ada Ajda meluahkan apa yang dia rasa tanpa berfikir kesan daripada ucapannya itu.
            Nunu jadi terdiam. Kenapa dia tak terfikirkan itu?

HARI PERTAMA. Nunu tarik nafas dalam sebelum melepaskanya semua dalam satu masa. Dia perlu balas dendam. Kalau dia tak mampu rampas balik pun apa yang sepatutnya jadi miliknya, buat hidup mereka caca-marba pun takpe.
            “Saya nak lapor diri.” Beritahu Nunu kepada kaunter di lobi.
            “Nur Aina?” suara lelaki separuh abad itu kedengaran. Pantas Nunu toleh ke belakang. Dia telan air liur.
            “Encik warna misai tak cukup rata tu. Encik buat sendiri ke?” Nunu tunjuk hujung misai Encik Zubir yang ada sedikit putihnya. Nak hitamkan macam orang muda, tapi tak pandai nak ratakan. Buat malu aje.
            Nunu jadi teringat teguran dia kepada lelaki itu minggu lepas. Merah padam muka lelaki itu dibuatnya.
            “Ikut saya.” Arah Encik Zubir. Nunu hanya membuntuti.
            “Dah sampai pun, cik Nur Aina kita.” Puan Rozita pandang Nunu atas bawah dengan mata slanted eyes dia. Weh pandang macam nak terkam. Mau tak terkam? Mulut kau hari tu macam longkang. Mendapat, Nunu.. mendapat!
            “Itu meja awak.” Puan Rozita tunjuk meja yang berada di sebelahnya. ‘Er.. kenapa meja aku dalam bilik dia?’
            “Er.. kenapa saya tak boleh duduk dengan pekerja yang kat sana?” Nunu tunjuk meja-meja yang bersusun di luar bilik pejabat Puan Rozita.
            “Kenapa? Sebab awak di bawah saya. Apa yang saya suruh awak buat, awak kena buat.”
            Nunu dah boleh agak. Dibayar gaji RM 2100, tapi kau akan kena kerja macam orang dibayar gaji RM 10,000. Goodluck lah Nunu.
            Memang gaji itu terlebih tinggi daripada apa yang patut dia dapat. Sepatutnya gaji dia hanya dalam lingkungan RM 1100. Itu pun gaji untuk diploma level tau.
            Tapi dah kalau Alan punya arahan, Puan Rozita siapa untuk menolaknya?
            Nunu letak beg di mejanya. Agak canggung kerana di dalam bilik itu hanya ada mereka berdua. Puan Rozita senyap memandang skrin komputer. Tiba-tiba wanita itu bangun dari tempatnya.
            “Er, Puan. Saya nak kena buat kerja apa ni?” tanya Nunu sebelum Puan Rozita keluar dari bilik itu.
            “Buat kerja awaklah. C’mon, you kan pelajar straight A’s. You can figure out on your own. Anyway, welcome to hell.” Senyum Puan Rozita sebelum berlalu pergi.
            ‘Hell.’ Nunu hantuk kepala ke meja.



3 comments:

  1. Keep it up.... buah tgn yg sgt2 ditunggu2...

    ReplyDelete
  2. Nurul Ain SyuhadaJune 6, 2017 at 2:05 PM

    thank you :)

    ReplyDelete
  3. Ala, kenapa Nunu nak membalas dendam pulak ni :( Mungkinkah dari dendam itu akan wujudnya cinta?

    ReplyDelete