Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Prolog


Suasana bingit dengan dendangan lagu instrumental. Walaupun instrumental, ia tetap bingit di telinga gadis itu. Di tengah dewan, pasangan sedang berdansa mengikut rentak. Ada yang pasangan berkahwin, ada juga yang tidak sah.
Confirm esok pagi riuh dada akhbar, laman sesawang juga akan penuh dengan artikel tentang mereka berempat. Boleh jamin, ini adalah wedding of the year.
Dua pengantin dalam satu majlis. Sudah pasti besarnya macam nak jemput satu negeri makan! Tambahan pula, ini majlis golongan elite.
No fun ke kat dalam?” suara itu mengejutkan Hayla. Dia pantas menoleh.
“Bingit. Sesak.” Jawab Hayla.
Kiff berdiri di sebelahnya dengan kedua belah tangan menyeluk poket seluar. Majlis perkahwinan grand yang berlangsung di atas bukit memberi mereka ruang untuk melihat ke sekitar kaki bukit yang menyala dengan lampu-lampu dari kota.
“Ke sebab kau tak rela tengok adik kau menari dengan dia?” serkap Kiff. Air liur Hayla macam tidak tertelan. Cepat-cepat dia menoleh ke sebelah.
“Kenapa? Terkejut sebab aku tahu?” Kiff beriak selamba. Dia tukar posisi. Kali ini dia bersandar di tebing itu menghadap ke dewan yang terang-benderang. Bibirnya mengukir senyuman senget. Gelas tinggi yang dia letak di atas tebing tadi dirapat ke bibir menghirup sedikit jus oren yang diperah original dari buahnya. Bukan kordial okay!
Bibir Hayla terkunci.
“Aku tak kisah siapa kau nak suka, lelaki adik kau ke, bapa kau sekali pun, aku tak peduli. Aku kahwin dengan kau bukan sebab aku suka kau pun.” Sekali lagi dia menghirup air itu, tenang.
So kenapa you nak kahwin dengan I?” soalan itu buatkan Kiff tergelak.
Don’t be denial.  Kita dua tahu perkahwinan ni just for business purpose.”
Hayla tarik nafas dalam-dalam. Ya, dia tahu. Tapi perlu ke nyatakan ia?
No other reason?” Hayla ingin kepastian.
Itu lagi buatkan Kiff lagi terbahak.
What do you expect? Kau ingat benda ni macam cerita dongeng ke? Kau jumpa prince charming, and live happily ever after? Uh, come on.. apa nama kau? Hay? Hey?..”
“Hayla.”
Yes, Hayla. Wake up. Kau lahir dalam komuniti yang tak perlukan love thingy. It’s all about money, honey.”
Hayla diam. Dia kembali memandang ke arah lampu-lampu kecil di kaki bukit. Dia juga ingin dongengnya berlaku sebagaimana dongeng kedua orang tuanya terjadi walaupun mereka juga berkahwin atas dasar perniagaan.
Tapi kenapa orang tuanya boleh bahagia? Masing-masing saling mencintai. Saling melengkapi. Salah ke kalau dia minta sedikit rasa itu?
“But at least kita boleh cuba untuk hidup macam orang lain kan? What’s wrong with business marriage? Still, it’s a marriage. We bound to each other with promises.” Hayla cuba cari sinar.
Lelaki itu pandang tepat ke dalam anak matanya dengan riak selamba.
“Kalau kau nak jatuh cinta dengan aku, it’s up to you. Aku tahu memang susah orang untuk tolak my charms. But bear in your stupid fucking mind, I’m not gonna fall for you. Because all these, cost me more than my money. And I’m not willing to sacrifice everything just for a spoil brat like you.”
Hayla terkesima. Lelaki ini begitu berbeza di hadapan orang tuanya kalau nak dibandingkan sekarang.
Put on your happy face mask. Kita baru aje kahwin. Let’s go.” Kiff hulur tangan tunggu disambut Hayla sebelum mereka masuk semula ke dalam dewan dengan separuh hati Hayla yang tidak merelakan.
Ah. Ini bukan apa yang aku inginkan dalam hidup. Hanya dalam satu malam, hidup seorang Hayla akan berubah 180 darjah.
Terjadi pada sesetengah orang, hidupnya yang akan berubah kerana sesuatu. Yang hari ini kaya, esoknya terus papa kedana. Yang hari ini sihat, esoknya terus sakit. Yang hari ini bahagia, esoknya terus kelam. Dan Hayla adalah salah seorang darinya.

No comments:

Post a Comment