Latest Post! Check it out!

Luth Ilyas : Bab 7

  “So macam mana rasa sekarang?” Luth senyum manis memandang tepat ke arah Mareeya yang buat mata separuh. Mukanya masam mencuka.   ...

Monday, July 30, 2018

Luth Ilyas : Bab 5


Image result for argument tumblr gif 

Luth tolak cermin mata supaya tidak melurut jatuh ke hujung hidung. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.23 pagi. Dia masih tercegat di meja belajar untuk menghabiskan ulangkajinya.
            Whatsapp daripada Mardiyah membuatkan jemarinya berhenti menulis. Dia ambil sedikit masa untuk membaca mesej itu. ‘Belum tidur ke budak ni?’
            Mardiyah         : Still study?
            Luth                 : Yeap. Kenapa?
            Mardiyah         : Tak boleh nak tidur.
            Luth                 : Haha. Rindu?
            Mardiyah         : Sikit. Bila you nak balik semenanjung?
            Luth                 : Kinda hectic la sem ni, Addy. Raya tahun ni pun kak Intan yang datang Sawarak. I tak balik Semenanjung.
            Mardiyah         : Hmm. You bila ada masa, you berjalan merata. Bukannya nak balik KL.
            Luth                 : Sebab itu aje masa yang I ada untuk release tension I. C’mon, Addy. Takkan you tak faham?
            Mardiyah         : Bukan tak faham. Tapi tak nak ke you spend time sikit dengan I? Just macam kat matrik dulu?
            Luth                 : Haih.. Addy.
            Luth                 : Course I bukan mudah. I need to pass this every semester.
            Mardiyah         : I just need a lil bit of your time.
            Luth                 : I really can’t right now. But I can promise you, one day I will.
            Mardiyah         : Bila one day tu? Lepas you dah habis belajar?
            Mardiyah         : You takkan ada masa. I tahulah routine HO macam mana. Even lepas HO pun, your life akan sentiasa tak cukup masa untuk family.
            Luth                 : Addy, I takde masa lah nak bergaduh sekarang. I ada exam esok, can you please..
            Mardiyah         : Oh right. You memang sentiasa exam, sentiasa quiz, sentiasa kelas. Sentiasa takde masa.
            Luth tarik nafas dalam-dalam. Perempuan ni kalau lagi dilayan, lagi naik kepala. Lantas Whatsapp itu dibiarkan tidak berbalas. Mardiyah sampai tertidur-tidur menunggu balas yang tak kunjung tiba.
           
“APA you buat kat sini?” tanya Mardiyah yang jelas terkejut melihat susuk tubuh lelaki yang lama dia rindui.
            I kerja sini.” Jawab Luth ringkas. Mukanya tidak beriak. Tidak gembira, tidak juga kecewa.
            “Kau!” Mareeya menjerit kuat sambil menunjukkan jari telunjuk kepada Luth membuatkan lelaki itu terpinga-pinga.
            Mareeya berlari mendapatkan kolar baju Luth dan menggenggamnya kuat.
            “Semua ni sebab kau! Kau yang hancurkan wedding aku! Kalau aku tak jumpa kau, benda ni semua takkan terjadi.” Marah Mareeya bukan kepalang. Mardiyah terkebil-kebil. Luth ke yang Mareeya maksudkan selama ini?
            Miss, please. Apa lagi ni? I takde kaitan dengan your life lah.” Luth cuba tolak tubuh Mareeya jauh darinya. Tapi genggaman Mareeya terlalu kuat. ‘Uish budak ni, kuat bukan main. Bela saka ke apa?’ Sekali lagi Luth merentap lengan Mareeya dari kolar baju kemejanya. Kali ini lebih kuat dan kasar hingga Mareeya terkebelakang.
            Mareeya tak mengaku kalah. Dia kembali mendapatkan Luth. Muka Luth bosan dengan drama yang tak masuk akal ini.
            Yatt yang nampak pergelutan itu cepat-cepat mendekati.
            “Mareeya! Mareeya!” Mardiyah menarik lengan Mareeya. Yatt juga cuba memisahkan genggaman Mareeya daripada kolar baju Luth.
            “Cik! Cik tak boleh buat macam ni. Security! Security!” jerit Yatt memanggil bantuan.
            “Kau bawa sial dekat aku tahu tak!” tengking Mareeya.
            Melihatkan pakaian dan wajah Mareeya, dia boleh pastikan apa yang berlaku. Tangan Mareeya masih cuba mencapai Luth meskipun tubuhnya sudah ditarik Mardiyah.
            “Adik you?” tanya Luth kepada Mardiyah. Kelat wajah wanita itu.
            Sorry.”
            “Kak, lepaslah!” Mareeya meronta minta dilepaskan.
            “Mareeya! Please, jangan buat macam ni. Orang tengok malu tahu tak?”
            “Malu? Kak, aku dah lebih malu daripada ni tau tak? Kalau bukan sebab lelaki tak guna ni..” Mareeya mencerlung ke arah Luth.
            I think you should bring your sister to psychiatrist.” Luth sudah berkira-kira untuk pergi meninggalkan mereka berdua. Mareeya rentap tangan kakaknya dan mengejar Luth. Kot putih lengan lelaki itu ditarik kasar hingga kot itu terjatuh sedikit dari bahu. Luth toleh ke belakang dengan perasaan tak puas hati.
            You nak apa lagi?”
            “Aku nak kau bagi balik vision aku.” Tepat pandangan mata Mareeya.
            Luth ketawa sinis. Yatt terpinga-pinga. Tak faham apa yang sedang berlaku. Luth cuba ambil inisiatif lain untuk menjauhkan Mareeya dari dirinya.
            I rasa you dah boleh mula untuk hidup dalam realiti. Quit living in your comfort zone. You cakap you boleh nampak future? Great for you. And now you’re not? I’m sorry for that. But know this, all of us is living in that crap everyday not knowing what will happen next. Consider yourself lucky but not anymore. Start living like normal people do.” Sempat Luth menjeling ke arah Mardiyah sebelum berlalu pergi.
            Boom! Setepek kena di wajah Mareeya. Tergamam dia dibuatnya. Air mata menitis perlahan.
            “Mar, jom lah balik.” Pujuk Mardiyah. Telefon Mareeya bergetar sesaat menandakan ada pesanan masuk.
            LUQMAN.
            Cepat-cepat Mareeya membuka pesanan itu.
            ‘I’m sorry. I can’t marry you.’
            Mareeya diam membisu dan tergamam. Dia menghantar pemergian Luth dengan ekor matanya. Yatt yang mengekori Luth sempat melihat ke arah Mardiyah dan Mareeya yang masih tercegat di situ. Orang yang lalu-lalang hanya memerhatikan drama mereka di tengah-tengah hospital. Air mata Mareeya menitik.

MARDIYAH gigit kuku. Sudah hampir 9 tahun dia tidak berjumpa dengan lelaki itu. Wajah Luth terpampang jelas di skrin komputer riba yang masih dia simpan ketika mereka masih di matrikulasi. Senyuman lelaki itu bukan main melebar. Sangat berbeza dengan sekarang. Segaris senyuman pun dia tak nampak.
            Jemari kanan Mardiyah mengetuk-ngetuk komputer riba. Dia tarik nafas dalam-dalam sebelum membuka laman Facebook. Nama Luth Ilyas dicari.
            Tapi sayang, profil lelaki itu masih tidak dapat dilihat. Sudah lama dia asyik melihat profile lelaki itu. Mardiyah tertanya-tanya samada dia perlu ‘add as friend’ atau tidak. Mardiyah pejam mata dan mengetap bibir sambil klik kepada ‘add as friend’. Mungkin kini tiba masanya. Dia dan Kamal pun akan berpisah secara sah. Jantungnya berdegup laju. ‘Luth akan terima ke eh?’
            Selepas 15 minit, permintaan itu masih tiada respon. Mardiyah hampa. Mungkin dia sibuk bekerja. Dia tarik telefon bimbit dan membuka aplikasi Instagram. Dia cuba nasib.
            @luthilyas
            Nama itu dicari. Nasib baik Luth tidak set Instagramnya sebagai private. Saat Kamal menjumpai segala kenangan yang dia simpan kemas, Mardiyah luahkan semuanya. Rahsia yang dia simpan elok selama ini akhirnya terbongkar. Dan dia tak pernah merasakan sebebas dan setenang ini selepas berterus-terang.
            Dia tenung wajah Luth yang kian berubah rupa. Dari zaman matrik hingga universiti dan seterusnya sekarang bekerja dengan salah sebuah hospital kerajaan.
            Gambar lelaki itu tidak terlalu banyak. Tapi cukup untuk menceritakan perkembangannya meningkat dewasa. Gambar tiga orang anak kecil bersamanya ditenung lama. ‘Anak dia ke?’ dahi Mardiyah berkerut. Hatinya sakit tiba-tiba. ‘Luth dah kahwin?’ Tak pernah pula Luth muat naik gambar kahwin.
            Telefon terus dijauhkan dari matanya. Dia tak sanggup untuk lihat dengan lebih lanjut. ‘Apa yang kau fikirkan, Addy? Kau ingat kau ada peluang untuk pulang ke pangkuan dia?’

JAM MENUNJUKKAN pukul 6 petang dan Luth sudah berada di rumahnya. Rumah yang mulanya berpenghuni seramai 4 orang kini hanya tinggal dia sahaja. Seorang demi seorang meninggalkan rumah itu apabila mereka mendirikan rumah tangga. Luth sendiri tidak terfikir untuk mencari penyewa baru kerana dia lebih selesa tinggal sendirian.
            Air mineral diteguk. Tubuh yang sudah bersih dan solat yang sudah dia laksanakan meninggalkan dia masa lapang untuk dia terbaring dan berehat.
            Dari tadi dia tidak boleh fokus dengan kerjanya. Asyik terbayang wajah Mardiyah di benak. Kenapa kelibat wanita itu langsung tidak boleh keluar dari kepalanya? Marah mencucuk-cucuk jiwanya. Jantung rasa macam nak meletup. Siapa nak sangka selepas 9 tahun mereka bertemu kembali. Kali terakhir mereka berhubung pun hanya melalui telefon di mana Mardiyah sendiri meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Gadis itu tak tahu apa yang terpaksa dia tempuh selepas pemergiannya. Jatuh bangun, dia hanya sendiri.
            Luth raup wajah. ‘Macam mana pula boleh berkait pula dengan budak mental tu?’
            “Addy, tak kelakar.” Suara Luth tajam di hujung talian.
            “I tak buat lawak, Luth.”
            “Kenapa you tiba-tiba decide untuk break up? Kita bukan ada masalah pun.” Luth tak faham.
            “Memang. Sebabkan kita takde masalah la, jadi masalah pada I.”
            “Apa lagi you nak?”
            “Luth, kita tak pernah bergaduh macam couple lain bergaduh over small things. So kat sini kita takde rasa nak pujuk-memujuk. Do what others do.” Terang Mardiyah.
            “Isn’t it a good sign yang kita tak pernah bergaduh? Just sebab I tak pernah pujuk you, you tak pujuk I, you nak break up?”
            “No! Luth you tak faham apa yang I nak.”
            “Sebab tu I tanya, apa yang you nak?”
            “Luth, I nak kahwin! I nak spend masa dengan you. I rasa insecure bila you jauh kat sana and I kat sini. Kawan-kawan I kebanyakan dah kahwin. Relationship kita pun dah bertahun-tahun, tapi you takde effort pun untuk halalkan I.”
            “I told you, bila I dah ready I akan meminang you. Cuma sekarang bukan waktu yang sesuai. I sendiri tak stabil lagi, macam mana I nak support you? I bukan orang senang, Addy. Yang mak bapa dia boleh tanggung. You pun tahu I got no parents and only have my sister yang dari dulu fully sponsor me on everything.”
            “Orang lain pun tak senang, Luth. Tapi Allah dah janjikan rezeki selepas berkahwin.”
            “Again, that word. Yes I percaya dengan rezeki Allah. Tapi I kena buat preparation untuk kita. Bukan buta-buta kahwin macam tu aje. Unless you tak kisah kalau mas kahwin dua tiga ringgit, takde hantaran, takde pelamin, no big ceremony. If you’re willing to, then okay. Let’s get married.”
            “You sentiasa dengan alasan you! You tak letak effort masalahnya.”
            “What type of effort yang you nak? I study siang dan malam to make sure I pass these paper supaya I boleh jadi doktor yang boleh jaga patient and his family. I’m doing my effort!”
            “Then explain kat I macam mana kawan you yang ambil medik pun boleh kahwin waktu tengah study? Waktu tengah HO. You sendiri cerita dekat I.”
            “Addy, lain orang lain cara. Lain background. You tak tahu struggle dia macam mana.”
            “Then kalau dia orang boleh struggle, kenapa kita tak boleh ke?”
            Ah kalau cakap dengan perempuan, memang takkan habis! “I’m just not ready for responsible, Addy.” Ah mengaku salah ajelah. Berpanjang-panjang macam ni memang takkan selesai masalah.
            “See. You sendiri mengaku.”
            Luth mengeluh. Mereka sepi seketika.
            “Break ajelah. I tak nampak berbaloi ke tidak I tunggu you. Bye.” Talian terus dimatikan. Seperti hari-hari yang biasa pasangan bergaduh, Luth beri masa kepada Mardiyah untuk menenangkan dirinya. Dia tahu gadis itu perlukan masa. Mungkin selepas beberapa hari dia akan hubungi teman wanitanya itu semula.
            Silap. Luth Silap besar. Sangat besar!
            Peristiwa 9 tahun lepas masih segar diingatan Luth. Hanya ada seorang wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya, dan itu adalah Mardiyah. Bukan mudah untuk dia gantikan Mardiyah dengan orang lain dan itu mungkin salah satu sebab kenapa hingga kini dia belum berkahwin.
            Luth memandang sepi nama friend request itu. Mardiyah. Terus dia tolak nama itu. Adalah lebih baik mereka tidak berhubung langsung. Sakit hatinya masih bersisa dan berbekas. Macam mana wanita itu boleh bertindak sebegitu? Betapa wanita itu mementingkan diri dan tidak melihat dari sudut pandangannya pun.
            Tiba-tiba ada mesej masuk aplikasi Instagramnya.
            @mardiyahmustafa     : Can we meet?
            Luth ketap gigi. Dia tak tahu apa yang perlu dia lakukan.
            @luthilyas                   : For what?
            @mardiyahmustafa     : Mareeya.
            Oh. Pasal Mareeya. Memikirkan yang mungkin benar Mareeya perlukan bantuan, sebagai seorang doktor, Luth perlu berfikiran wajah. Dia perlu ketepikan kehidupan peribadinya dan membantu golongan yang memerlukan.
            @luthilyas                   : Hospital.
            Jawab Luth ringkas. Mardiyah senyum nipis.
            @mardiyahmustafa     : Sure.

MAREEYA tenung baju nikah yang dia bakal perlu pulangkan hari ini. Segala doorgift yang masih berada di dalam kotak turut sama berada di tepi dinding. Tersusun kemas.
            Dulang hantaran juga masih tidak terusik. Sememangnya dia ambil beberapa hari cuti selepas hari pernikahannya. Konon nak pergi makan angin. Hah sampai kembung perut makan angin bawah kipas bilik dibuatnya.
            “Mar.” tegur Puan Siti dari balik pintu.
            “Hm.”
            “Dulang tu pun nak kena pulangkan hari ni kan?” tanya mamanya.
            Mareeya hanya mengangguk dengan muka kosong.
            “Barang-barang atas dulang tu, kamu simpanlah. Mama nak cabut dulang ni.” Dulang tembaga perlu dipisahkan dari kaki dan badannya sebelum dipulangkan.
            “Buang ajelah barang tu.” Kata Mareeya dengan muka tidak beriak. Matanya masih termenung.
            “Eh apa pula. Membazirlah. Kalau tak nak simpan, bagi dekat Malek aje.” Cadang Puan Siti.
            “Mar tak nak tengok benda tu ada dalam rumah.” Ujar Mareeya.
            “Tapi Mar.”
            “Mar tak nak tengok sikit pun benda yang ingatkan Mar pada dia!” suaranya tiba-tiba tinggi dan air mata mengalir di pipi.
            Nasib baik anak keduanya itu sedang kecewa. Kalau tiba-tiba tinggi suara macam ni tanpa sebab, memang dah kena pangg(lempang) dah dengan Puan Siti. Biadab bukan main.
            Memahami akan keadaan anaknya, Puan Siti beri ruang kepada Mareeya untuk bersendirian.
            Telefon yang berdering cepat-cepat dijawab. Malek ditalian.
            “Kak Mar macam mana?” tanya Malek kepada mamanya.   
            “Termenung macam tu ajelah. Mama suruh dia simpan barang hantaran, dia nak buang pula.”
            “Bagi Malek ajelah.” Ketawa Malek.
            “Mama dah cakap dah. Dia marah. Katanya tak nak tengok apa pun berkaitan dengan Luqman.”
            “Aduh, Kak Mar pun. Dah tu kata hari ni nak pergi pulangkan barang-barang pengantin tu.”
            “Aah. Tapi tak tahulah Kak Mar kamu ni.”
            “Nak Malek tolong hantarkan ke?”
            “Kamu sibuk dengan kerja kan?”
            “Takpe ma. Malek boleh mintak EL.”
            Puan Siti berfikir sejenak sebelum bersetuju.
            “Kejap lagi Malek balik. Mama teman-teman la Kak Mar tu. Dia bukan boleh tinggal sendiri. Kejap lagi banjir rumah kita dengan air mata dia.” Sempat Malek mengusik.
            “Kamu ni!”
            Malek ketawa dan mereka akhiri perbualan dengan salam.

MIMI terhendap-hendap dari balik dinding. ‘Kak Mardiyah buat apa kat sini? Dengan Dr. Luth pula tu.’
            Your favourite.” Mardiyah hulur setin Nescafe classic sejuk yang dibelinya dari kedai runcit.
            Luth hanya pandang sepi tin itu. “I dah tak minum tu.” Jawab Luth menolak pemberian Mardiyah. Terpinga-pinga Mardiyah dibuatnya.
            “Duduklah. I tak banyak masa sekarang ni.” Pelawa Luth.
            Mardiyah sedikit tersentak dengan kata-kata Luth. “I just datang sini untuk minta maaf pasal Mareeya.”
            Just maaf?” Luth jungkit kening sebelah.
            And pasal apa yang I buat dekat you dulu..” sambung Mardiyah.
            Luth bersandar di kerusinya. “So you datang sini bukan nak minta medical advice pasal adik you?” lelaki itu buat pekak tentang ayat yang kedua Mardiyah.
            “Adik I tak sakit.” Mardiyah mempertahankan.
            Are you really sure?”
            Yes! Yes! Adik I tak sakit.” Mardiyah terkejut macam mana Luth boleh sangka yang adiknya itu sakit. ‘Mesti dia fikir adik aku mental.’
            So you percayalah dengan ‘superpower’ dia tu?” Luth peluk tubuh.
            Mardiyah terdiam. Dia ingin menegakkan keadaan adiknya tapi dia tahu lelaki itu takkan percaya. Dia juga susah untuk percaya dulu.
            Look, I just nak minta maaf dengan apa yang terjadi hari tu and our past..”
            Our past is gone. That’s for sure. So benda tu tak payah nak minta maaf lagi ke apa. We both moved on.” Luth sangkal perkara itu.
            Moved on?
            You dah kahwin?” soal Mardiyah.
            No.” ringkas jawapan Luth. Mardiyah tidak mampu sorok senyumannya.
            “Tapi you dah.” Sambung Luth membuatkan Mardiyah tersentap.

No comments:

Post a Comment