Latest Post! Check it out!

Red in the White Dress (cerpen)

Prolog 14/12/2028 – 3.47am Clara heret kakinya lemah-longlai hingga ke katil bersaiz queen yang diletakkan di sebelah tingkap apar...

Monday, July 30, 2018

Luth Ilyas : Bab 2


Image result for accident tumblr gif 

Mareeya tarik beberapa keping sampul kad undangan perkahwinan untuk diberi kepada kawan-kawannya. Senyum sampai ke telinga bila dia melihat kad itu.
            “Ma, Mar nak pergi hantar kad kejap kat kawan.” Beritahu Mareeya seraya menyalam tangan mamanya.
            “Nanti Mar balik, beli extra ribbon hijau tu. Tak cukup nak buat doorgift.” Pesan Puan Siti Amirah.
            Alright. Nak berapa gulung?”
            “Beli dua.”
            Alright. Bye ma. Assalamualaikum.”
            Enjin kereta dihidupkan sebelum kereta itu menuju ke sebuah hospital. Orang pertama yang harus dapat kad kahwinnya mesti Mimi!
            Sudah hampir dua bulan dia tak bersua muka dengan Syamimi semenjak peristiwa di restoran tempoh hari. Bukan kerana terasa hati, tapi masing-masing sibuk menguruskan hal masing-masing. Kawan tetap kawan.
            Mareeya memarking keretanya dan telefon dikeluarkan dari beg tangan. Nama Mimi dicari.
            “Mi, kat mana?” suara Mareeya bukan main ceria lagi.

KAKI Mareeya melangkah perlahan-lahan menuju ke kantin hospital. Dia lihat kiri dan kanan. Bila ada mata yang bertembung dengan matanya, ada kalanya dia tersenyum sendiri melihat masa depan itu. Ada masa dia jadi sebak melihat pengakhirannya. Tapi lumrah hidup, mati itu pasti.
            Telefon bimbit Mareeya tiba-tiba berbunyi. Dari Mimi.
            “Yaa, aku ada hal kejap. So lambat sikitlah. Takpe ke?” tanya Mimi.
            No worries. Aku boleh tunggu dekat sini.”
            Alright. Kejap lagi aku datang.” Talian mati.
            Mareeya ambil tempat di meja kosong sebelum menganalisis mata-mata yang berani bertentang dengannya. Bibirnya mengukir senyuman saat budak kecil berusia 5 ke 6 tahun yang memakai pakaian hospital memandangnya. ‘Dia akan sihat. Dia akan baik.’ Bisik hati kecil Mareeya.
            Melihat air yang dipapar di atas bar kantin, dia jadi dahaga. Lantas dia bangun dan mencapai air mineral dan semangkuk bihun sup. Dia beratur seperti orang lain sebelum ada yang berdiri di belakangnya.
            Siku Luth terkena bahu Mareeya yang membuatkan gadis itu menoleh ke belakang. Sangkanya ada orang mencuit bahu.
            “Oh, sorry.” Ujar Luth. Mata mereka bertentang. Tapi Mareeya tidak berkedip. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Kosong! Dia tak nampak apa pun di dalam anak mata lelaki itu.
            Yes?” Luth yang pelik dengan tenungan Mareeya menegur.
            “Er, nothing.” Mareeya kembali menghala ke hadapan. Dia cepat-cepat cari anak mata orang lain. Jelas. Dia nampak jelas masa depan mereka. Tapi kenapa dengan lelaki ini.. yang dia nampak hanya mata semata-mata? Kenapa dia tak boleh lihat masa depan lelaki ini?
            Mareeya toleh kembali kerana rasa tak puas hati.
            Luth serba-salah. ‘Sakit ke kena siku aku tadi?’ fikir Luth.
            “Bahu you sakit ke kena siku I?” soal Luth.
            No. Tak.” jawab Mareeya dua patah. Tapi masih tidak berganjak dari tenungannya.
            Miss, your turn.” Kata Luth menunjuk ke arah kaunter yang sudah kosong.
            Mareeya cepat-cepat membayar makanannya dan mengambil tempat di meja kosong tadi. Usai Luth membayar untuk makanannya, dia ambil tempat di hujung kantin. Mareeya masih boleh lihat kelibat lelaki itu.
            Tanpa fikir dua kali, Mareeya cuba tatap sekali lagi mata lelaki itu. Terasa diperhatikan, tangan Luth berhenti menyuap sandwich dan memandang ke arah Mareeya.
            ‘Eh budak ni. Marah sangat ke dengan aku sampai tenung tak habis?’
            Telefon bimbit Mareeya menyentak lamunannya dan cepat-cepat dia menjawab panggilan itu. Mendengarkan suara Mimi, Mareeya mengeluh. ‘Aku baru nak makan.’
            “Kau kat mana, Mi?” Mareeya bangun dari kerusi dan pantas berlalu. Luth hanya memerhati dengan tanda tanya yang tidak habis.

“JANGAN la menangis lagi Mimi. Sudah-sudahlah.” Mareeya mengusap belakang tubuh Syamimi yang dari tadi tak berhenti menangis.
            “Dia jahat, Yaa. Hakim jahat!” hingus meleleh tidak dipeduli.
            “Mi, kau dekat hospital la. Janganlah macam ni. Macam mana kau nak treat patient kalau kau pun macam ni?” Mareeya masih tidak berhenti menggosok belakang tubuh sahabatnya.
            “Aku nak berhenti! Aku nak berhenti!” jerit Syamimi.
            “Kau jangan nak buat gila la. Perah otak 5-6 tahun macam mayat hidup, lepas tu kau nak give up profession kau? Cakap tu pakai otak sikit boleh tak? Ei kau boleh dapat lelaki yang 10 kali ganda lagi hensem, lagi baguslah Mi.”
            “Dah macam-macam aku berkorban untuk dia, Yaa! Sikit pun dia tak hargai aku! Macam mana aku nak fokus kerja kalau dalam kepala aku asyik teringatkan dia aje?! Aku menyesal tak dengar cakap kau, Yaa.” bentak Syamimi.
            Macam Dejavu pula rasa. ‘Aku dah cakap hari tu, kau tak nak dengar. Sekarang tengok? Kau yang sedih, kau yang sakit hati. Lain kali percayakan aku!’ Nak aje dia menempelak kata-kata itu kepada Mimi. Tapi dia tahu itu bukan langkah yang terbaik.
            “Dia kenapa?” Mareeya tarik kerusi dan mula mendengar cerita Mimi.
            “Dia minta jumpa kejap tadi. Tu yang aku bagi tahu kau aku lambat sikit. Tiba-tiba dia cakap kita orang tak boleh nak proceed lagi jauh. Kau tahu kenapa? Sebab dia kata dia rasa dia tak cukup baik untuk aku! Aku tahu lately kita orang dah tak macam dulu. Masing-masing busy, jarang bercakap. Tapi aku rasa dia faham benda tu sebab dia pun doktor. Tup-tup time tengah bertekak tadi, tiba-tiba ada orang Whatsapp dia, like banyak gila Whatsapp masuk sampai boleh cut conversation kita orang. Dia baca mesej and aku terus rampas phone dia. Kau tahu apa aku nampak? Whatsapp bersayang-sayang dari patient dia sendiri!” bentak Mimi.
            Mareeya garu kepala. ‘Macam mana aku nak kasi kad kahwin dekat dia ni kalau dia pun dalam keadaan macam ni?’
            “Selama yang kau kenal dia tiga tahun ni, dia macam mana?”
            “Aku tengok okay aje! Takde masalah apa pun. Aku tak tahulah kenapa sekarang ni dia buat perangai pula!”
            So.. kau nak buat apa sekarang?”
            Mimi pandang lama anak mata Mareeya. “Apa yang kau nampak? Kau nampak aku happy tak? Kau nampak aku kahwin dengan siapa tak?” Mimi penuh mengharap. Inilah dia manusia. Saat kau kencundang, saat kau kecewa dan kau rapuh, kau akan mula percaya benda yang kau nak percaya. Benda yang cepat dan benda yang akan pulihkan diri kau seperti sedia kala.
            Mareeya terkejut melihat tindak balas Mimi yang tak pernah dia lihat sisi gadis yang seperti ini. Dia telan air liur. Tapi sumpah, pandangannya kian kabur.
            “Mi, aku..” Mareeya masih mencuba.
            “Apa? Kau nampak apa?”
            “Mi.. aku tak nampak apa-apa.” Mareeya sendiri terkejut tiba-tiba. Fikirnya, mungkin dia boleh tolong Mimi untuk bertenang kalau dia beritahu apa yang dia nampak.  
            “Apa ni Yaa. Berbelas tahun kau nampak, takkan sekarang kau nampak? Kau jangan nak tipu aku Yaa. Teruk ke future aku?” Mimi mula risau. Mareeya terus bangun dari kerusi. Jantungnya berdegup laju.
            “Aku tak nampak apa-apa, Mi.” Dia mulai gelabah. Mimi pelik melihat wajah Mareeya sudah pucat. Gadis itu pantas berlari keluar dari bilik Mimi dan mencari setiap manusia yang melintasinya.
            Dia cuba tenung mata mereka, tapi iya. Kosong.
            “Mareeya!” panggil Mimi. Tapi kelibat wanita itu sudah hilang.

LUTH yang sedang membaca carta di tangan terkejut apabila secara tiba-tiba lengannya disentuh dari depan dan ditarik ke belakang. Dia tahu susuk tubuh wanita ini.
            “Ikut aku.” Ujar Mareeya.
            “Hey, hey, hey. Kejap. You ni kenapa?” Luth tarik kembali lengannya.
            “Aku ada benda nak cakap dengan kau.” Tegas Mareeya.
            I don’t know you.”
            Me neither. But I’ve to talk to you!” Mareeya berdegil. Sekali lagi dia cuba menarik lengan lelaki itu.
            Miss, you tak boleh sesuka hati drag orang ke hulu ke hilir. I’m working. Kalau ada benda yang you nak cakap dengan I, you’ve to wait until I’m done.”
            I don’t have time to wait!”
            And I don’t have time to listen.”
            Dada Mareeya berombak kencang. Luth terus berjalan menuju ke katil pesakit untuk diperiksa tanpa mempedulikan Mareeya. Muka tegang lelaki itu terus berubah 180 darjah kepada manis saat bersemuka dengan pesakitnya.
            Mareeya raup wajah. Dia tiada pilihan, melainkan menunggu.
            Ke mana sahaja Luth menapak, Mareeya akan ikut. Dia akan ikut hingga tugas lelaki itu selesai. Sampai ke surau, ke bilik air, Mareeya tetap setia menunggu. Dia perlukan jawapan. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa seperti buta!
            Usai solat Asar, Luth lihat kelibat Mareeya sudah hilang. ‘Fuhh. Creepy juga kena ikut ke hulu ke hilir.’
            Done?” sergah Mareeya dari belakang yang baru selesai solat.
            Shoot. Terkejut aku!’ Luth hela nafas lemah.
            “Waktu melawat dah nak habis tau. Orang luar supposely tak boleh ada dalam ni. You’ve to go back.” Kata Luth.
            “Aku ikut kau dari siang tadi, untuk jawapan. I need my answer!”
            “Jawapan apa?” Luth kerut dahi. ‘Eh budak ni, buang tebiat ke apa?’
            “Aku sepatutnya boleh nampak orang punya future. Tapi lepas aku jumpa kau…” terketar-ketar bibir Mareeya. “I see nothing. I see nothing in you. And now, I see nothing in everyone.” Air mata Mareeya tumpah. Jelas dia ketakutan.
            Luth terkebil-kebil. “Miss, I’m not a psychiatrist. But I boleh tolong tunjuk you kat mana..”
            I want my gift back!” jeritan Mareeya buatkan Luth terpana.
            Miss, I really don’t have any idea apa yang you cakap ni. If you rasa, you’re gifted.. then maybe you are. Tapi I’m not the one yang ambil that gift from you.”  Luth berkira-kira untuk menapak pergi. Sekali lagi lengannya direntap kasar.
            “Aku tak tahu kenapa, tapi aku sure ability aku hilang since aku pandang mata kau!” merah mata Mareeya. Luth garu kening. Dunia ini dah makin banyak orang kurang sihat di kepala ye?
            “Okay. Okay. You nak superpower you balik? Fine.” Luth berdiri tegak di hadapan Mareeya dan tangannya mula berlari seakan pengamal silat.
            Aboogin! Fuhh!” gaya macam Goku beri serangan aje.
            Okay done transfer superpower you. Have a nice day.” Luth terus berlalu pergi meninggalkan Mareeya yang geram disindir sedemikian rupa. Betul la.. siapa aje yang akan percaya dia? Dalam banyak-banyak kawan sekolah, Mimi seorang aje yang percaya dengannya. Tu pun ambil masa setahun selepas banyak bukti yang dia kemukakan. Terkebil-kebil Mareeya dibuatnya.

“LAMBATNYA balik. Mar beli tak ribbon? Puan Siti menyapa dari muka pintu. Dia pelik melihat Mareeya yang merenungnya kosong.
            “Ni kenapa pula ni pandang mama macam tu?” berkerut dahi orang tu dibuatnya.
            Betul. Dia tak nampak apa-apa.
            “Mar lupa. Esok Mar pergi beli lepas balik kerja. Mar letihlah, ma. Mar naik dulu.” Lemah suara Mareeya sebelum melangkah longlai naik ke biliknya.
            Penghawa dingin dihidupkan. Dia terbaring di atas katil. Dalam kepala dah mula fikir macam-macam. 24 tahun dia hidup dengan kelebihan ini. Tapi kenapa sekarang ianya hilang? Saat dia sudah mulai selesa dengan kelebihan ini, dia tak bersedia untuk kehilangannya. Macam mana dia nak hidup sehari-hari? Selama ini pilihannya sentiasa berakhir dengan baik. Macam mana selepas ini?
            Mareeya menghubungi Luqman, tapi tidak berjawab. Kerja masih belum selesai, barangkali.

MARDIYAH campak pasu hiasan kecil ke arah belakang tubuh Kamal yang sudah berjalan menuju ke pintu utama. Kaki suaminya itu berhenti melangkah dan dia menoleh ke belakang.
            I shouldn’t marry you at the first place.” Ujar Kamal.
            Air mata jatuh ke pipi Mardiyah. Dia ketap bibir menahan peritnya kata-kata sang suami.
            I’m letting you go, Addy. So you can go back to your old boyfriend yang you admire siang dan malam!” luah Kamal. Sakit hatinya bila dia dapat tahu yang Mariana masih lagi menyayangi lelaki itu.
            ‘Habis tu, aku ni apa? Tunggul?’ Kamal tarik daun pintu kuat sebelum menghempasnya hingga mengejutkan Qasaf dan Qistina dari tidur.
            Good! Sebab itu yang I nak dengar dari mulut you!” jerit Mardiyah.
            “Ibuuu.” Rengek Qistina yang masih di dalam bilik. Mariana seka air mata dan segera berlari mendapatkan kedua anak kecilnya.
            “Ibu ada kat sini.” Lembut tuturnya seraya memeluk tubuh si bongsu.
            “Bunyi apa tadi tu bu?” tanya Qasaf yang juga terjaga dari tidur.
            “Takde apa. Angin tiup pintu tadi.” bohong Mareeya.
            Qasaf mengangguk dan kembali menarik selimut dan melelapkan mata.
            “Ibu tidur dengan adik boleh?” minta Qistina.
            Sure, sayang.” Perlahan-lahan Mardiyah rebahkan tubuhnya di sisi Qistina saat anak kecil itu masih dalam dakapannya. Air matanya perlahan-lahan berlinangan. Dia sendiri tak pasti apa yang sedang dia rasakan. Sedih? Marah? Atau gembira?
            Telefon yang tiba-tiba berbunyi sesaat memaksa diri Mardiyah untuk bangun dan ambil telefonnya. iMessage dari Mareeya dibaca perlahan.
            Mareeya          : I miss you.
            Air mata Mardiyah tumpah. Kalau aje dia boleh peluk adiknya yang seorang ini sekarang juga.
            Mardiyah         : I miss you too. Are you alright?
            Mareeya          : Nope.
            Mardiyah         : Me too.
            Mareeya pandang sepi mesej itu. Dia tak rasa ini masa yang sesuai untuk dia menjadi pendengar untuk masalah kakaknya dan begitu juga sebaliknya. Mereka masing-masing sudah dewasa untuk mengendalikan masalah masing-masing. Bertindak seperti seorang dewasa.
            Lantas mereka hanya menelan perit yang sedang mereka rasa. Sendirian.

“MAREEYA akan dapat adik kejap lagi!” ceria suara Uncle Baha sambil memasang tali pinggang keledar buat anak sedaranya itu. Mareeya memang rapat dengan Uncle Baha yang selalu memanjakan dirinya. Setiap sebulan sekali pasti aje dia akan tidur di rumah pakciknya yang menetap di Ipoh.
            “Sekarang ni kita akan pergi hospital untuk tengok mama dengan adik baru, okay?” ujar Uncle Baha. Mareeya hanya mengangguk faham dan teruja.
           
Selepas setengah jam perjalanan aje, Mareeya sudah tertidur. Bunyi brek berdesing dan melihatkan kereta yang dipandu Uncle Baha menghampiri sebuah lagi kereta yang berhenti di tepi jalan, Mareeya menangis sambil mata terkatup.
            BOOOM!
            Dalam kabur mata, Mareeya terlihat susuk tubuh seorang budak lelaki di bahu jalan. Mata mereka bertentangan. Dan saat itu, Mareeya dapat lihat lelaki itu membesar dan tersenyum sambil dipeluk oleh seorang wanita muda dari sisi. Topi graduasi yang terletak elok di atas kepala menambah seri graduan medik itu.
            Mata Mareeya perlahan-lahan kembali terkatup.
            Basah kolar t-shirt Mareeya dek mimpi yang bertandang. Bibir Mareeya terasa kering. Dia duduk di birai katil sambil cuba mengawal pernafasannya. Air matanya tumpah. Mengingatkan kembali tragedi ngeri 24 tahun lalu cukup menakutkannya. Sudah lama dia tidak bermimpikan itu. Kenapa ianya kembali semula?


No comments:

Post a Comment