Latest Post! Check it out!

TRN : Chapter 2 - The Beginning

“Dia nak buat apa dengan baju tu?” Bee turut sama tidak paus hati dengan tindakan Han membawa pulang baju badut lusuh itu ke Malaysi...

Wednesday, May 8, 2013

PRMH 16

Kehadiran tetamu pada malam itu di luar jangkaan. Dewan penuh hingga tiada tempat untuk orang yang baru datang nak makan. Q jadi resah. Dia ke hulu ke hilir dengan gaun pengantin berwarna putih.
            “Kenapa ni?” Fahmi mendekati sambil memegang jemari Q bertujuan untuk menghilangkan rasa gugup Q.
            “Nada kata dewan penuh. Ramai yang tak dapat tempat.” Adu Q.
            “Ye ke? Famousnya abang!” Fahmi angkat bakul sendiri. Q ketawa.
            “Orang tengah resah ni, boleh pula dia buat lawak.”
            “Abang gurau aje. Tengok muka awak tu berkerut sejuta. Abang rasa macam kahwin dengan nenek-nenek aje. Cuba senyum sikit.”
            “Risaulah!” Q melentokkan kepalanya ke dada Fahmi.
            “Nak risaukan apa?”
            “Kesian dia orang nak kena tunggu orang lain habis makan dulu. Abang tahu ajelah. Waktu kenduri macam ni lah baru jumpa kawan-kawan lama. Mesti lama boraknya.”
            “Jangan risaulah.” Fahmi tersenyum memandang Q yang sudah mengangkat kepala.
            “Abang ada back up plan. Abang dah agak dah benda macam ni akan jadi. Yelah, kita buat satu kenduri untuk dua belah pihak. Mestilah ramai. Tambah lagi crush abang semua datang nak menangis tengok abang dah jadi milik orang lain.” Sempat juga Fahmi perasan. Q mencebik.
            “Jangan nak perasanlah!” hidung Fahmi dicuit manja. Fahmi tergelak.
            “Dijemput pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam dewan!” terdengar akan suara Fahrol yang garau memanggil mereka menggunakan mikrofon di pentas membuatkan jantung Q berdebar-debar.
            Para tetamu agak pelik apabila tiada pelamin di atas pentas. Semua mata tertacap pada susuk tubuh Fahmi dan Q yang baru keluar dari belakang dewan bersama mak dan ayah Fahmi.
            Fahmi naik ke pentas seorang diri meninggalkan Q di bawah pentas. Ada pengumuman yang perlu dia lakukan. Mikrofon bertukar tangan.
            “Assalamualaikum. Saya selaku wakil dari tuan punya kenduri ni nak minta maaf kalau tempat duduk tak mencukupi. Tapi jangan risau, kami dah sediakan tempat untuk kalian. Malam ni kita candle light dinner, okay! Diminta mereka yang tidak dapat tempat duduk, pergi ke luar dewan. Kami ada menyediakan tempat khas untuk anda. Anda akan dilayan sebentar lagi ya! Terima kasih.”
            Seperti yang dipinta, tetamu yang tidak mendapat tempat duduk terus membawa makanan mereka ke luar dewan. Indah!
            Kanopi sudah pun tersedia. Meja sudah berhias. Sememangnya sewaktu masuk tadi, mereka ada nampak khemah-khemah yang sudah berhias cantik. Tapi mereka dipinta untuk masuk ke dalam dahulu.
            Keadaan sekeliling gelap, tapi sangat cantik apabila di setiap meja ditemani dengan tiga batang lilin. Ada beberapa biji lampu neon putih yang menemani mereka sekali. Angin laut malam membuatkan suasana bertambah nyaman.
            Memang sengaja Fahmi menempah dewan yang bersebelahan dengan laut. Suasananya akan lebih romantis.
            Keadaan di dalam dewan yang terang-benderang tiba-tiba menjadi gelap gelita! Para tetamu yang hadir terkejut. Budak kecil mula menjerit ketakutan. Tiba-tiba sebuah meja dinyalakan api oleh Naz. Naz tersenyum.
            Satu demi satu meja dinyalakan lilin mereka. Keadaan mulai tenang. Lampu kecil berwarna putih di pentas dinyalakan. Ya. Semuanya bertemakan candle light dinner!
            Q tersenyum memandang Fahmi di sebelah. Puas hati.
            Keadaan di dalam dewan dan di luar dewan tidak terlalu cerah dan tidak terlalu gelap. Mereka sudah menyelidik satu persatu para tetamu yang hadir sebelum ini. Tiada seorang pun yang rabun malam. Alhamdulillah. Rancangan mereka boleh dijalankan seperti biasa. Lampu malap dipasang.
            Q memaut lengan Fahmi dan mereka mula bergerak bersama-sama dari meja ke meja untuk bertemu dengan para tetamu. Letih? Memang. Tapi menjadi seorang pengantin bukanlah bermaksud menjadi patung cendana yang hanya menjadi tatapan umum tanpa sebab. Diri sendiri pun naik segan aih bila orang dok tenung kita macam nak terkeluar biji mata.
            Lebih baik merapatkan hubungan dengan cara ini. Siapa wedding planner? Si Fahmi Alan Fikrash. Dia lebih arif mengatur itu dan ini. Pandangannya lebih jauh dari Q.
            “Ini kawan mak waktu mak jadi stewardess dulu.” Puan Rosnah mengenalkan auntie Jacklyne kepada Q. Oh! Mak dulu stewardess. Baru tahuuu!!
            “Ni menantu you? Nice nice!” mereka bersalaman. Fahmi tersenyum.
            “Ni Alan ke? Yang dulu kecik-kecik asyik kerja buli Boy aje?” Jacklyne yang berbangsa Cina melihat Fahmi atas bawah. Boy? Nama manja untuk adik Fahmi, si Bad waktu kecil!
            “Aah.” Jawab Puan Rosnah.
            “Waa! Manyak besyaq la you.”
            Q hampir ketawa. Dulu kecil-kecil selalu dok buli orang ya. Kira taiko lah ni? Bila dah besar, tak macam taiko dah! Dari harimau jadi kucing parsi ni. Manja terlebih.
            Walaupun letih, tapi ianya menyeronokkan. Dari dalam dewan, hingga ke luar dewan mereka beramah mesra dengan tetamu. Macam PM jumpa rakyat, kan? Hehe.
            Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Keyla dan Akira yang dah besar gedabak dipaksa menjadi flower girl.
            Dapat extra-worker pula tu! Adam! Kenduri yang bertemakan warna baby blue dan baby pink membuatkan Adam mengambil keputusan untuk menyarung baju melayu berwarna baby blue. Manakala Akira berwarna baby pink.
            “Nampak sepadan kan, kita orang? Saling melengkapi.” tanya Adam pada Fahmi dan Q. Fahmi mengangguk dan membahan sedikit Adam dan Akira hingga merah muka Akira dibuatnya.
            Akira tidak dibenarkan untuk mengangkat doorgift oleh Adam. Lelaki itu lebih suka menjadi tukang angkat ke hulu ke hilir berjumpa dengan tetamu. Tugas lelaki untuk mengangkat barang, kan? Hehe. Fahmi tidak terkecuali menyusung doorgift ke sini ke mari. Tidaklah semua yang dimasukkan ke dalam bakul. Bila dah habis, pergi topup balik =,=”
            Kaki Q tidak jadi untuk dihayun lagi. Dia kaku. Pelukan di lengan Fahmi terlepas. Keyla yang berada di belakang Q, pelik.
            “Kenapa?”
            “Harith.” Jawab Q.
            “Oh.. haritu kau ada bagi kad undangan kat dia, kan? Aku dah serahkan.”
            “Tapi kenapa dia datang seorang? Mana wife dia?”
            Keyla merenung Harith di meja makan. Lelaki itu bersendirian. Tambahan, lelaki itu langsung tidak makan atau minum. Wajah lelaki itu lebih bersahaja memandang orang lalu-lalang.
            “Q.” Fahmi menoleh ke arah Q. Ya. Dia juga kenal dengan lelaki yang memakai baju berwarna hitam itu. Baju melayu hitam!
            “Q jemput dia?” tanya Fahmi lembut.
            “Q jemput sebab haritu dia mesej ucap congrats. Tapi tak sangka dia betul-betul datang.” Congrats, Q? Congrats?! Bukan dia sendiri tak mendoakan kebahagiaan kau ke?
            “Oh ye ke? Macam mana pun dia tetamu Q. Tetamu Q, tetamu abang juga. Jom.” Fahmi mendekati Harith.
            “Assalamualaikum.” Sapa Fahmi. Keyla dan Akira pergi ke tempat lain bersama Adam. Harith adalah tetamu yang terakhir. Tak perlu nak tunggu lama. Keyla dan Akira sendiri meluat nak tengok muka Harith.
            “So ni wedding Q?” Harith seakan memandang rendah pada kenduri yang selamat berjalan dengan lancar.
            “Aah. Q tak mampu nak buat kenduri besar macam Harith. Q tak banyak duit.” Ujar Q.
            “Tak banyak duit? Husband you takde duit ke?” Harith menjeling Fahmi. Fahmi tersengih.
            “Duit kena simpan untuk honeymoon nanti. Lagi special.” Fahmi mengucup pipi Q tanpa segan. Terkejut Q bukan kepalang. Senyuman tetap terukir. Harith telan air liur. Geram.
            “Kedekutnya. Bukan banyak kali nak buat kenduri macam ni. Itu pun tak boleh nak belanja untuk isteri?” sindir Harith.
            “Siapa kata tak banyak kenduri? Nanti kenduri untuk cukur jambul anak bukan satu tau. Boleh jadi dua puluh kali buat kenduri.” Q menjeling Fahmi. Dua puluh kenduri? Perut aku ni kilang ke apa nak beranak sampai dua puluh kali?!
            Jawapan Fahmi membuatkan Harith lagi bertambah panas hati. Bukan main sakit lagi hatinya.
            “Q takkan bahagia dengan lelaki ni. Percayalah cakap Harith. Q hanya akan bahagia dengan Harith!” walaupun suara Harith tidak kuat, tapi tetap ada ketegasan di situ.
            “Bahagia macam mana? Kau tengok Q menangis sampai jadi macam mata panda, itu dinamakan bahagia? C’mon la bro.. kau dah ada wife kot. Takkan wife aku pun kau nak kebas depan mata aku?” Fahmi cuba menahan sabar.
            “Kalau Harith tak bahagia dengan isteri Harith sekarang, biar Q ingatkan Harith untuk kali terakhir. Q bukan pilihan kedua Harith. Kita sama-sama merelakan perpisahan. Q rela lepaskan Harith. Tapi Q tak rela dan takkan pernah lepaskan Fahmi. Terima kasih sudi menghadiri majlis Q.”
            Q mengambil doorgift di dalam bakul yang dipegang Fahmi dan meletakkannya di atas meja makan Harith. Terus lengan Fahmi ditarik untuk meninggalkan lelaki itu. Fahmi sedikit terkejut. Takkan pernah lepaskan Fahmi.. Takkan pernah lepaskan... Fahmi.. Takkan pernah.. Takkan!  
            Sengihan Fahmi menjadi-jadi.
            “Kita rasa macam nak kiss-kiss oranglah.” Kata Fahmi tiba-tiba.
            “Apa dia?” Q mendongak ke kanan memandang Fahmi.
            “Takkan pernah lepaskan Fahmi.. Takkan pernah.” Fahmi mengulang kata-kata Q seakan mengejek. Dengan gaya pula tu! Q jadi malu.
            “Diamlah.”
            “Aip! Jangan cakap macam tu! Tak baik.” Usik Fahmi. Amboi, mentang-mentang dah jadi suami, habis trademark aku pun kau nak sangkal? Haaa. Yelah.
            “Dah.. jangan banyak bunyi. Jom!” Q menarik lengan Fahmi dan kaki mereka melangkah bersama dengan segera masuk ke dalam dewan. Nafas Harith turun naik melihat kebahagiaan Q. Dia silap tentang erti kebahagiaan sebelum ini. Kebahagiaan tidak bergantung kepada berapa banyak ‘kertas’ yang kita ada. Apa yang penting, hati, usaha, azam, cita-cita dan DOA!
            Harith bangun dari kerusinya. Telefon bimbit yang asyik bergetar dari tadi masih tidak dipedulikan. Siapa lagi yang nak telefon malam-malam macam ni kalau bukan isteri ‘tercinta’ kat rumah?
            Anissa merengus geram. Rasanya sudah lebih dari tiga puluh kali nombor Harith didail. Gambar yang berada di dalam pegangannya direnyuk kuat. Kenapa Harith masih simpan gambar Q? Bukan Anissa tak tahu siapa itu Q. Selepas peristiwa bertumbukan di Mid dahulu, dia memaksa Harith untuk menceritakan hal yang sebenar. Rasa marahnya membuak dan sejak hari itu, cemburunya menjadi-jadi. Dia takut bila Harith jauh dari dia. Dia rasa tidak selamat.
            Perasaan benci dan takut itu menjadi-jadi lagi untuk hari ini. Manakan tidak? Di bawah bantal Harith terbaring kemas gambar perempuan lagi bernama Qurratu’ain Syafinaz! Di belakang gambar siap bernota ‘Forever mine’.
            Bibir dan jari Anissa terketar-ketar. Dia merancang untuk menunggu kepulangan Harith di depan pintu. Lelaki itu perlu memberi penjelasan!


“INI APA?!” tak sempat Harith nak berehat, Anissa terlebih dahulu membaling gumpalan kertas gambar ke dada bidang suaminya. Harith terkejut sebentar. Kertas gambar itu kemudiannya dikutip di lantai. Dia membukanya. Matanya membulat.
            “Kenapa you keronyok gambar ni?!” suara Harith meninggi.
            “Kenapa? You marah?! Hey! I yang patut marah, okay! You dah kahwin, Harith. And ingat! I isteri you!”
            “I just simpan gambar Q okay.” Harith geram. Salah ke aku simpan gambar Q?
            “Just simpan? Just simpan?! Simpan bawah bantal you, you kata just simpan?!” darah Anissa mendidih.
            “Kita tak bahagia Nis. I tak bahagia.” Harith terus mendaki anak tangga. Dia tidak mahu bertekak dengan isterinya.
            “You yang tak nak bahagiakan diri you, Harith!” jerit Anissa. Lelaki itu kemudiannya menoleh merenung sang isteri yang sudah merah mukanya sambil memeluk tubuh.
            “Macam mana I nak bahagia kalau I just dapat bekas orang?!” wajah Harith kini betul-betul berhadapan dengan wajah Anissa. Anissa terdiam sebentar.
            “Anissa, mula-mula lagi I tak sayangkan you. Tak cintakan you. I cintakan harta you, duit you. Itu aje. Waktu mula-mula jumpa you, I ingat I dapat durian runtuh. Dah lah kaya, cantik pula tu. Memang Q takde tandingan dengan you. Tapi I silap. Duit tak dapat bahagiakan seseorang kalau dah ada satu cacat cela yang memang akan selamanya terpalit!”
            “Tapi you memang sukakan I waktu you tengok I, kan?” suara Anissa mula mengendur kerana tubir matanya sudah bertakung air mata.
            “Ya memang. Terpikat dengan kecantikan you. I ingat cantik luar, dalam pun cantik. I lelaki Nis! Memang I pun tak menolak kalau dapat rezeki nak rosakkan anak dara orang. Tapi I tak sanggup terima isteri I yang dah jadi bekas orang.”
            “So the main thing is, you tak boleh terima sebab I hilang dara before kahwin dengan you?” serkap Anissa.
            “Tanya aje seluruh lelaki kat dunia ni. Dia boleh terima atau tak.” Harith terus naik ke bilik tanpa menoleh lagi. Air mata yang ditahan Anissa kini mengalir juga.
            Semua orang buat silap, Harith. Macam tu juga aku. Aku cuma nak bahagia dengan kau, Harith! Dengan kau! Aku dah buang semua memori lepas, demi kau! Aku buang perangai aku yang tak bertanggungjawab, semuanya sebab kau! Kenapa kau tak nampak satu side aku yang baik, Harith? Kenapa kau mesti tengok juga side buruk aku? Aku cuba jadi isteri yang baik untuk kau.
            Anissa terduduk di tengah-tengah ruang tamu.


“BANYAKNYA hadiah.” Q duduk di tengah-tengah katil. Sisi bilik sudah dipenuhi dengan hadiah yang tetamu berikan. Fahmi menjungkit-jungkit kening.
            “Jom buka!” Fahmi sudah memeluk satu bungkusan.
            “Q letihlah. Esok ajelah Q join abang buka. Q tidur dulu eh? Sampah jangan sepah-sepah tau.” Q terus merebahkan diri ke atas katil dan menarik comforter menutupi tubuhnya.
            “Alaa!” Fahmi melepaskan hadiahnya dan turut sama naik ke katil. Dia membaringkan diri menghadap Q.
            “Nak tidur jugalah.” Kata Fahmi.
            “Tidurlah. Goodnight.” Q sudah letih. Malas nak melayan si suami.
            “Goodnight.” Jawab Fahmi. Setelah mata Q terpejam, Fahmi masih lagi tidak memejamkan mata. Dengan bantuan cahaya lampu neon bilik yang terang-benderang membuatkan Fahmi menatap wajah Q puas-puas.
            Dia mengambil masa setengah jam untuk mengamati betul-betul wajah isterinya. Rasanya macam baru semalam berjumpa. Kalau diikutkan dengan pengalaman berjumpa dengan Q ni, rasanya kalau ada anak-anak nanti.. mesti dia orang jenuh kena bebel. Aku tak lekat P kat kereta pun kena bebel. Ini lagi kalau benda-benda yang besar.
            Rambut Q yang jatuh menutupi wajahnya ditolak lembut dengan jari Fahmi. Bibir lelaki itu membentuk senyuman. Keperitan yang Allah bagi tiga tahun lepas rupanya untuk kebahagiaan hari ini.
            Fahmi kemudiannya merapatkan bibirnya ke dahi Q. “Goodnight Mrs. Wifey.”
            Fahmi bangun dari katil dan menutup lampu bilik. Tubuh Q ditarik rapat kepadanya. Dulu dok berangan tidur peluk Q, mulai dari hari ni.. hari-hari boleh peluk Q! Yippy!


KEYLA yang baru usai mandi terkejut melihat Akira sudah bersiap-siap. Mana pula makcik ni nak pergi? Dah lewat dah ni.
            “Kau nak ke mana, Kir?” tanya Keyla.
            “Sorry Kay. Malam ni kau kena tidur seorang diri. Aku kena pergi hospital.”
            “Laa.. ye ke? Kiranya malam ni aku kena tidur seorang lah?”
            “Aah. Sorry.”
            “Kau nak pergi hospital dengan apa? Bukan ke Adam yang hantar kau pergi rumah Fahmi tadi? Nak aku hantarkan tak?”
            “Eh takpe.  Adam ambil aku. Dia pun stay hospital malam ni.”
            “Letih aku tengok kau ni, tau tak!”
            “Nak buat macam mana? Tanggungjawab aku besar.”
            “Macam manalah kau nak kahwin nanti. Anak-anak kau nak menyusu tengah malam pun tak dapat.”
            “Terpaksalah menyusu kat Q. Ke kau nak tolong susukan?”
            “Banyaklah! Aku bagi susu kambing kat anak kau kang.”
            “Haha. Okaylah. Aku keluar dulu. Jangan lupa kunci pintu semua. Kau tu anak dara, duduk seorang pula tu.”
            “Baik puan!”
            “Aku pergi dulu, okay? Bye!” Akira terus keluar dari bilik dan menuruni anak tangga satu persatu.
            “Kir, jangan kunci gate lagi! Kejap lagi aku nak keluar!”
            “Okay!!” laung Akira.



HADI membaca beberapa dokumen penting yang baru diterimanya dari Asri. Beberapa butir-butir peribadi orang-orang ternama dan terkemuka. Matanya mencari yang sesuai.
            “Bukan ini.. bukan ini. Bukan! Bukan! Arghhh!” Hadi terus merebahkan badannya ke katil. Tapi bila pintu biliknya diketuk, dia segera memungut kertas yang bersepah di atas katilnya. Kertas-kertas itu disorokkan dibawah selimut.
            “Hadi, kita kena bawa ibu ke hospital.” Gesa Encik Kamarul. Muka abahnya itu sudah pucat.
            “Kenapa dengan ibu?” Hadi menggelabah.
            “Ibu pengsan.” Jawab Encik Kamarul.
            Hadi terus keluar dari biliknya. Adiknya, Hasanah yang berusia 11 tahun sudah mula mahu menangis.
            “Ibu akan okay.” Hadi menenangkan adiknya. Tubuh si ibu dicempung masuk ke dalam kereta. Ya. Hanya tinggal kereta satu-satunya harta yang mereka ada sekarang.
            Mereka perlu segera ke Hospital Serdang. Hanya hospital yang paling dekat. Makin dekat kereta sampai ke perkarangan hospital, jantung Hadi semakin berdebar. Ya Allah! Aku takut!


ENCIK KAMARUL hanya mampu menunggu isterinya diperiksa oleh mereka yang lebih pakar. Hasanah sudah terlena di paha abahnya dek penat seharian bersekolah. Hadi mundar-mandir. Dia tak boleh duduk. Badannya menggeletar.
            “Encik.” Tegur Akira kepada Hadi.
            “Ya saya.” Hadi segera mendekati Akira.
            “Kita kena segera bedah Puan Asnah. Kanser dia sudah mulai merebak.” Jelas Akira. Encik Kamarul yang baru mendekati Akira terus jatuh terjelepok ke lantai.
            “Hadi..!” air mata bapa sudah mengalir.
            Hadi mengetap bibir. Kemudiannya dia mengangguk. “Doktor buat apa yang terbaik untuk ibu saya.” Keputusan Hadi muktamad. Encik Kamarul mendongak merenung anak terunanya.
            “Hadi..”
            Terus Hadi mendekati ayahnya. “Hadi akan cari jalan untuk bayar kos perubatan ibu. Hadi akan cuba, bah. Takde benda yang lagi penting daripada nyawa, bah.” Ujar Hadi bersungguh. Encik Kamarul sudah hilang kata-kata.
            Akira hanya melihat anak-beranak ini. Tiada benda yang lagi penting dari nyawa... Air mata Akira hampir menitis. Macam mana aku boleh terfikir untuk membunuh satu nyawa, sebelum ini? Terus kaki Akira dihayun ke bilik bedah. Perasaannya berbelah bahagi.


KEYLA terasa teramat mengantuk. Dia bercadang untuk baring sebentar. Nak berangan! Tapi baringannya membuatkan di ke alam mimpi. Pintu pagar pula hanya diselak begitu. Tidak bermangga pun! Apatah lagi pintu rumah. Ternganga!
            Hadi memecut laju keretanya ke rumah. Sesampainya di rumah, dokumen-dokumen tadi dibaca dengan laju. Bukan ini.. tak sesuai. Ahh damn! Bukan!
            Mata Hadi tertacap pada sehelai kertas mengenai seorang anak orang kenamaan. Lelaki tua itu tidak berstatus Tan Sri atau Dato’. Tapi dia merupakan seorang lelaki terkaya di Malaysia kerana kebijaksanaan dia di dalam dunia perniagaan. Dan dia Cuma ada seorang anak perempuan! Akila Insyira! Semua butir-butir Keyla ada bersama Hadi.
            Ini pilihan terakhir. Aku takde duit. Aku perlukan duit! Dengan segera!
            Kereta Hadi terus dipandu ke rumah sewa Keyla. Nasib menyebelahi Hadi. Dia tidak perlu risau cara untuk mengopak pintu-pintu di rumah itu. Semuanya sudah tidak berkunci!
            Hadi mengerutkan dahi. Yang tinggal dalam rumah ni, semua perempuan kot. Macam mana boleh lalai ni? Kenapa pintu tak berkunci. Bahaya tahu tak! Rungut Hadi di dalam hati.
            Hadi, kalau pintu ni berkunci.. tak ke ianya menyusahkan lagi kerja kau? Ini dah cukup baiklah ni Allah nak mudahkan kerja kau. Tu pun tak reti nak bersyukur ke?
            Perlahan-lahan Hadi masuk ke dalam rumah itu. Lampu ruang tamu menyala. Kepalanya di dongak ke atas. Lampu bilik pun menyala?
            Dengan penuh berhati-hati, Hadi menyarung kepalanya dengan topeng hitam dan mula mendaki anak tangga. Dia sudah diberitahu penghuni rumah ini sebanyak tiga orang. Tapi seorang baru sahaja berkahwin. Seorang lagi seorang doktor.
            Hadi menjengah kepala ke bilik. Terlihat Keyla terkulai layu di atas katil dek keletihan. Dengan hanya ber-track-suit putih, berT-shirt lengan panjang, dengan rambut yang masih basah, tuala menjadi alas kepala... ni kalau buat isteri ni, memang fail!
            Terus Hadi menekup mulut Keyla dengan kain berkloroform. Dek tidak boleh bernafas, Keyla terjaga dari tidur. Namun jaganya hanya sebentar. Dia pengsan kemudiannya setelah beberapa saat meronta.
            Hadi agak terpinga-pinga apabila Keyla terkulai. Dia tak pernah buat kerja macam ini. Tapi keadaan mendesaknya untuk lakukan kerja ini!
            Tubuh Keyla dicempung di bahu dan dibawa turun sebelum dimasukkan ke dalam kereta. Sempat kepala Keyla terhantuk di bumbung kereta.
            “Ops! Sorry!” Hadi serba salah. Dah la menculik, bagi cedera pula tu.
            Sebelum Hadi membawa Keyla pergi, dia sempat menutup lampu bilik, pintu bilik, lampu ruang tamu, kipas, pintu utama dan pintu pagar. Dia cuma tak boleh tengok benda ditinggalkan bersepah. Ha! Dah tutup semua, kan cantik macam tu?
            Terus Hadi memandu keretanya jauh dari pusat bandar.


HADI memberhentikan kereta di R&R. Keadaan lengang pada jam 4 pagi. Hadi keluar dari kereta. Dia memegang kepalanya. Apa kau buat ni Hadi? Apa kau buat ni?! Hadi bingung. Kau bukan orang yang macam ni. Kau seorang lelaki yang bercita-cita tinggi. Takkan pernah lakukan kerja bodoh macam ni! Arghhh!
            Hadi sesekali memandang Keyla yang masih pengsan. Dia tidak mahu mengikat tangan dan kaki gadis itu. Takut jika perbuatannya menyakiti tubuh gadis itu. Topeng muka sudah dibuka awal lagi. Karang tak pasal-pasal orang boleh berkas kalau dia masih tak buka topeng muka.
            Dia tahu kloroform itu boleh bertahan berapa lama. Ya, masih sempat jika dia memulakan perjalanan dari sekarang ke tempat yang dituju sebelum gadis itu bangun!


KEYLA membuka perlahan-lahan matanya. Badannya jadi sakit-sakit. Dia memegang kepala yang terasa sengal. Macam benjol aje? Haih. Mesti kes tidur buas ni. Agak Keyla. Tapi bila melihat keadaan rumah yang usang, berdinding kayu-kayuan, beratap zink.. Keyla terus bangun dari pembaringannya.
            Mukanya pucat. Hadi datang bersama semangkuk sup segera. Dia menutup mukanya dengan topeng.
            “Awak siapa?!” jerit Keyla. Hadi merenung gadis di hadapannya yang ketakutan.

10 comments:

  1. Pdn mke Harith.. kn dh kne ngan Fahmi.. hohoho..

    Hadi... alohai... sempat lagi tu nak ttp lampu suma sblum kluar.. penculik bertauliah :3

    arghhh... LIKE LIKE LIKE...

    smbng lg kak :)

    ReplyDelete
  2. padan muka harith......dia ingat dia leh dapat Q dengan mudah.

    alahai cute lak tgk perangai si hadi ni...hehehe harap2 jodoh hadi dengan keyla hehehe..terbaik lah writer..x sabar nak baca n3 seterusnya..

    ReplyDelete
  3. cumil nyeee Hadi ..nak culik style romantis sgttt...

    ReplyDelete
  4. padan muka si harith..
    mmg kelakar la cara si hadi culik keyla..siap padam semua suis lampu dn kipas lagi.. :)

    ReplyDelete
  5. hahaha hadi adalah penculik yg baik dan org yg tak suka membazir haha tutup semua lampu kemas semua :) paling best fahmiku heheh sweet selalu :) luv you

    ReplyDelete
  6. padan muka Harith! Muahahaah! =,='
    Hadi... dia baik, terlalu baik! hihihi. saya tersuka kat dia pulak. Tapi takkan pernah tinggalkan Fahmi. Takkan pernah! muehehehe! ;)

    ReplyDelete
  7. kenape hadi buat keje macam tu...
    carilah keje hadi ooiiiiii.......
    harap hadi dgn keyla ade jodoh hehehehe

    ReplyDelete
  8. Hhahaha kelakar hadi uihh

    ReplyDelete