Latest Post! Check it out!

Come and get your SPLIT

Hi Assalamualaikum. It's been awhile since the last update, aite. Sorry for that.  Ain cuma nak inform, sesiapa yang nak dapatk...

Friday, May 3, 2013

PRMH 15



Selesai Subuh bersama, Q terus menuruni anak tangga dengan laju. Telinganya jelas terdengar bunyi ketang-ketung di dapur. Orang dah mula buat kerja! Itulah, tidur nyenyak sangat dalam pelukan suami, kan? Mana nak sedar orang dok bertukang kat dapur!
            “Mak! Sorry, Q tak sedar. Tu yang terlewat sikit bangun. Ada apa-apa yang Q boleh tolong?” Q menyenteng lengan T-shirtnya.
            Puan Rosnah memandang sisi Q. Fahmi tiada. Q tersengih. “Abang Fahmi sambung tidur.” Q menghadiahkan barisan giginya buat tayangan khas untuk tontonan mak mertua. Puan Rosnah menggeleng. Budak ni kan.. dia yang nak kahwin, tapi bukan nak tolong sekali.
            “Kita sedia breakfast dulu. Ada suku lagi doorgift tak buat. Lepas makan semua, kita sambung buat, okay?” tanya Puan Rosnah. Q mengangguk.
            Hidangan yang paling mudah sekali untuk disediakan adalah nasi goreng, bihun goreng, mee goreng dan semua yang goreng-goreng. Kan cepat kerja tu! Hee.
            Belum ramai yang bertandang ke rumah, tapi memang sengaja Puan Rosnah menyediakan juadah pagi yang banyak. Kalau orang datang nanti, boleh jamu makan. Walaupun nak kendurinya malam, tapi awal pagi lagi mesti dah kena mula buat kerja.
            “Q, panggil Fahmi turun makan.” Arah Puan Rosnah.
            Kaki Q pantas mendaki anak tangga. Dia melompat dua anak tangga sekaligus untuk mempercepatkan langkah. Pintu bilik dikuak perlahan. Amboi! Tidur mengalahkan bayi. Comforter sampai ke kepala dah haa.
            “Abang..” Q memegang hujung kaki Fahmi. Memang itu yang arwah ibu bapa Q pernah ajar. Kalau nak kejut orang, biar mula dari kaki. Supaya orang tu tak terkejut.
            “Emm.” Fahmi bersuara perlahan. Entah sedar, entah tidak.
            “Bangunlah. Mandi, makan.”
            “Emm.” Jawab Fahmi.
            “Bangunlahhh.”
            “Em.” Kini lebih pendek ‘em’nya.
            Q menarik comforter dari kepala. Fahmi masih lena. Q tersenyum. Payah juga nak kejut suami aku ni rupanya.
            “Abang..” bisik Q pada telinga kiri Fahmi.
            “Bangun. Kalau tak, wedding tak jadi.” Lembut Q menutur kata.
            “Tak jadi pun tak kisah dah.. dah sah..” Fahmi menarik lengan Q segera supaya isterinya itu turut sama naik ke atas katil.
            “Abang!” jerit Q kecil. Dah bangun rupanya budak ni. Memang sengaja Fahmi nak kenakan Q.
            “Kejaplah. Lima minit aje.” Minta Fahmi. Q di bawa supaya baring menghadap wajahnya.
            “Thanks for the reply.” Mata mereka saling bertatapan.
            “Reply? Reply apa?” Q tak faham.
            “Buku tulis.”
            “Oh. Okay.” Q malu. Ahh. Tiba-tiba jiwang karat pula, kan dalam buku tu. Suasana senyap seketika. Hanya empat mata asyik berlaga. Entah apa yang ditenung pun tak tahu.
            “Beranikan tenung mata abang?” suara Fahmi.
            “Kenapa? Mata abang macam X-men ke? Ada laser gitu?”
            Fahmi ketawa. Hailahh hati.. dah dapat cik cinta ni. Gembira tak terkata, kan?
            “Mak suruh panggil, dia pun join sekaki tidur juga?” bebel Puan Rosnah di hadapan pintu bilik yang terlapang. Q bingkas bangun. Fahmi sempat menggeliat seakan tidak bersalah.
            “Uii pengantin baru! Turun makan cepat! Kejap lagi orang ramai, dah tak boleh nak makan. Banyak lagi kerja nak kena buat tu.” Puan Rosnah terus berpaling dan menuruni anak tangga semula. Suaranya lantang menjerit memanggil yang lain mengejutkan isi rumah. Habis semua terjaga dek terkejut dengan suara nyaring itu.
            “Kan! Dah kena bebel. Jomlah turun.” Q bangun dan berdiri di sisi katil.
            “Tapi kita tak mandi lagi.” Fahmi menarik comforter hingga ke paras hidung.
            “Kalau tak mandi lagi, pergilah mandi dulu.” Q menarik lengan Fahmi supaya bangun.     
            “Temankan?”
            “Jangan nak mengadalah! Nanti kena jerit dengan mak baru tahu! Cepat!” Q sedaya upaya menarik lengan Fahmi. Muka sang suami monyok gaya budak kecil.
            “Jangan nak buat muka macam tu lah.” Q simpan tawanya.
            “Dahlah takde morning kiss. Kena bebel pula tu.” Rungut Fahmi. Dia mendekati penyidai baju dan mencapai tuala. Q dari belakang sempat memaut lengan suaminya. Fahmi berpaling dengan muka sememeh.
            Q mengarahkan Fahmi dengan isyarat tangan supaya merendahkan badan dan mendekatinya. Fahmi menurut tanpa sebarang soal.
            CHUP di dahi. Fahmi tersengih. “Sini?” Fahmi minta di pipi pula.
            “Dah pergi mandi!!” Q menolak tubuh suaminya masuk ke dalam bilik air. Fahmi bersandar lemah di pintu bilik air. Pipinya mengena dinding.
            “Malaslahhhh.” Rengek Fahmi.
            “Malas tak malas. Mandi juga.” Q masuk separuh tubuhnya ke dalam bilik air. Pili shower dipulas.
            “Sejuk!” jerit Fahmi apabila kakinya mengena titisan-titisan air.
            “Mandi ya intan, payung, sayang!” pintu bilik air ditarik Q dari luar. Pintu terkatup rapat. Baru Q boleh turun ke bawah!


USAI makan pagi bersama seisi keluarga, Q pergi ke ruang tamu yang dipenuhi dengan barang-barang separuh siap. Dia mengambil tempat berdekatan dengan sofa supaya dia boleh menyandar.
            Tangannya laju membuat kerja. Menggam kain net dan bunga-bungaan. Melilit dawai supaya kain net tidak terbuka. Mengepil kadbod kecil yang tertulis ucapan terima kasih.
            Dia mengambil masa seminit lebih untuk menyiapkan satu bunga telur yang ingin diberikan kepada tetamu. Tak lama kemudian, Fahmi turut menyertai Q yang duduk seorang diri membuat kerja.
            “Seorang aje?” tanya Fahmi pelik. Mana yang lain?
            “Aah. Takpe. Sekejap aje ni siap. Tinggal sikit aje lagi.”
            “Nak abang tolong tak?”
            “Abang reti ke?”
            Fahmi menggeleng dan kemudiannya tersengih. “Tapi abang reti kacau!” Fahmi meminta Q untuk ke depan sedikit. Q tidak mahu, tapi Fahmi mendesak dengan perlakuannya menolak-nolak tubuh si isteri ke depan. Nak tak nak, Q kena juga berganjak ke hadapan.
            Fahmi mengambil tempat di belakang Q. Dagunya diletakkan di bahu Q. Lengannya sudah siap memeluk pinggang Q.
            “Macam mana Q nak buat kerja kalau abang duduk macam ni?” Q mengeluh.
            “Ala... Buat ajelah. Pakai tangan.” Fahmi muncung menunjuk barang-barang yang ada di hadapan Q. Q menjeling.
            “Ada aje yang dia nak lawan.”
            “Ada mulut, kenalah jawab.”
            “Diamlah.”
            “Aip! Tak baik cakap macam tu kat suami. Berdosa tau!”
            “Abangku sayang intan payung, tolong diam. Q tak dapat fokus nak buat kerja.”
            Fahmi ketawa kecil. Dia diam sebentar. Matanya fokus melihat kerja tangan Q. Ohh.. macam tu. Pusing situ. Sini. Lepastu gam. Permerhatiannya dari belakang tubuh Q menyelesakan. Lagi dagu dapat landing, mana tak selesa?
“Ahhh!” jerit Q kecil. Terus Fahmi mencapai jemari Q dan menggosok perlahan jari telunjuk gadis itu sebelum dia membawa jari itu ke bibirnya.
“Tulah. Nak buat kerja cepat aje. Kan dah kena gam.” Bebel Fahmi. Dia risau. Kena gluegun kot! Mesti panas. Warna merah jari Q lain daripada jari lain.
“Sakit?” tanya Fahmi. Q menggeleng.
“Sikit aje ni. Dah biasa kena macam ni.” Q menyambung kerja. Tangan Fahmi tidak lagi memeluk pinggang Q. Tapi, tangan Q menjadi sasarannya. Apa yang dipegang Q, semua dirampas.
“Biar abang yang buat.” Kata Fahmi. Q menoleh ke kiri bahunya. Wajah Fahmi yang dekat dengannya diperhatikan. Nampak nyata  kesungguh Fahmi membuat kerja dari pandangan matanya.
“Woi! Belum habis kenduri ah!” jerit Bad yang baru datang sambil mengunyah buah epal.
“Diamlah.” Kata Fahmi. Q ketawa. Pandai tiru ayat orang!
“Perlu ke duduk macam tu?” Naz juga baru selesai urusan di dapur.
“Kau orang ni dengki dengan kita orang kenapa? Kalau nak macam ni, kau orang kahwinlah.” Fahmi menjeling manja adik-adiknya.
“Ah? Kahwin? Bad dengan Naz? Eh, boleh ke?” Bad tanya soalan bodoh. Fahmi mengangkat kepala memandang adiknya yang masih berdiri. Muka Naz nyata terkejut.
“Siapa kata kau kahwin dengan Naz? Abang kata kalau kau nak macam ni, kau cari la seorang calon isteri. Kahwin cepat-cepat macam abang ni. Kenapa? Kau ada hati dengan Naz ke?” Fahmi yang tidak tahu apa-apa, tapi sedap sahaja berkata. Naz telan air liur. Q ketap bibir. Bad tenung abangnya.
 “Ada apa yang Naz boleh tolong?” Naz ubah topik. Dia terus mengambil tempat di hadapan Fahmi dan Q. Tidak tahu apa yang perlu dibuat, tapi dia tetap menarik kain net dan bunga-bungaan.
“Takpe. Abang boleh buat.” Fahmi menghargai bantuan yang cuba dihulurkan Naz.
“Sedapnyaaaa!” Sarah yang baru menampakkan batang hidung di ruang tamu mengambil perhatian isi ruang tamu. Sama mata tertacap padanya. Perangai tak senonoh sibuk dok mengusap perut tanda kenyang dengan sengihan yang tidak dapat ditafsirkan oleh Q.
“Perangai tu elok sikit, Sarah.” Tegur Q.
“Ei. Cakap orang. Kaklong pun tak senonoh. Tengah laman macam ni pun nak menggedik ke?” Sarah lompat naik ke sofa. Kakinya disilakan.
“Eh, bukan kaklong okay. Abang Fahmi ni.” Q menolak tubuh Fahmi hingga membuatkan lelaki itu sedikit ke belakang.
“Eii! Janganlah macam tu. Karang gluegun ni terkena kaki awak baru tahu.” Mana tak marah?  Dia tengah pegang gluegun kot. Kalau kena kat kakinya sendiri, Fahmi tak kisah. Tapi dia tak nak terkena pada kaki Q. Siapa tak sayang bini oi?
“Nada mana?” Bad mengambil tempat di sisi Naz. Naz mula tidak selesa.
“Kak Nada kat dapur. Tolong mak.” Jawab Sarah untuk soalan yang dikemukan Bad.
“Yang kau orang ni? Kat dapur ada kerja, tak reti nak tolong ke?” mata Q mencerlung memandang Naz yang dok pintal-pintal kain net. Aku beli kain net tu mahal tau tak Naz oi! Kau main pintal-pintal pula! Jerit Q dalam hati.
“Mak yang suruh ke depan, tolong kaklong. Mak kata ramai-ramai kat dapur nanti sempit.” Naz mengembungkan pipi. Mak? Sememangnya Puan Rosnah sudah meminta mereka empat beradik untuk memanggil dirinya sebagai mak. Lebih selesa begitu.
“Bad. Tolong ayah kejap.” Panggil Encik Fakrul.
“Tolong apa, yah?” Baz masih tidak berganjak dari tempat duduknya.
“Ish budak ni! Ikut ajelah. Banyak soal pula.”
“Bad nak tolong kak Q dengan abang buat barang ni.” Kata Bad.
“Tak payah nak mengada. Abang boleh buat. Abang tau kau memang tak capable buat benda macam ni. Karang tak serupa doorgift kau balut. Pergi sana tolong ayah! Kau ada kat sini pun menyemak aje.” Bebel Fahmi. Bad mencebik.
“Jom Naz? Tolong Bad sekali.” Ajak Bad. Naz terpinga-pinga. Eh? Aku pun kena ke?
“Yang kau menggedik nak ajak Naz kenapa? Ayah nak bagi kerja berat kat kau. Bukan Naz. Dah! Jangan banyak songeh. Cepat!” Encik Fakrul menggesa. Monyok muka Bad. Konon nak protes. Fahmi ketawa kecil. Padan muka kau!
“Naz, Bad suka Naz kot. Sampai macam tu sekali ha.” Dalam tawanya, Fahmi sempat bersuara. Naz mengangkat wajah merenung kakaknya. Q membalas renungan itu. Sarah tutup mulut menahan ketawanya dari meledak. Abang Fahmi ni kelakarlah. Orang lain semua dah tahu pasal kak Naz dengan abang Bad. Abang Fahmi aje yang lambat informasi!
“Naz pergi toilet kejap.” Muka Naz mulai merah. Dia perlu segera menyembunyikan warna wajahnya. Karang kena bahan lagi.


AKIRA segera menggantungkan kot putihnya. Dia terus ke bilik air untuk menukar baju. Bedak di touch-up sedikit. Sepatutnya aku ada dengan kau dari pagi, Q. Maafkan aku. Kau pun faham kerja aku macam mana, kan?
            Akira mencolet sedikit pelembap bibir. Selesai semuanya, dia membetulkan rambutnya sebelum keluar dari bilik air. Adam yang baru keluar dari bilik air, terkejut melihat Q sudah menukar bajunya.
            “Nak pergi mana?” tanya Adam.
            “Kenduri Q malam ni.” Jawab Akira.
            “Kir dah habis duty?” Adam menjungkit kening. Akira mengangguk. Panggilan asal telah kembali. Bukan lagi saya-awak tapi Kir-Adam. Cuma Akira masih lagi teragak-agak. Kalau Tasha ada, dia akan segera lagi menjauh dari Adam. Kalau hanya mereka berdua pun, Akira masih kekok. Tidak semanja dulu. Walaupun dua-dua sudah tahu ada yang istimewa antara mereka berdua.
            “Adam pun dah habis kerja ni. Jom?” Adam mempelawa Akira untuk memaut lengannya. Dahi Akira berkerut. Dia menjeling dan terus berlalu.
            “Kir, nak ikut juga!” Adam mengekori.
            Tasha dari jauh hanya menjadi pemerhati.
“Fake! Waktu aku ada, kau jauhkan diri dari Adam. Waktu aku takde, bukan main lagi kau dengan Adam. Kau memang talam la Kira.” Tasha mengetap bibir. Bencinya meluap-luap.


“I pergi dulu, okay? Ada kenduri kejap lagi. Bye!” Keyla melambai kepada kawan-kawannya sebelum tubuhnya hilang memboloskan diri ke dalam perut kereta.
            Telefon bimbit dicapai. Nombor Akira didail.
            “Kira! Aku dah nak on the way. Kau?” tudung Keyla diperbetulkan sedikit.
            “Samalah. Tapi aku bukan seorang.” Jawab Akira. Tubuh lelaki yang menayang barisan gigi tanda gembira di sebelah dikerling.
            “Kau dengan siapa?”
            “Adam.”
            “Adam? Adam?! Serius Adam?!” hampir menjerit Keyla dibuatnya. Akira mengeluh lemah. Akira sendiri yang menceritakan tentang Adam pada Keyla. Keyla turut sama tahu sebanyak mana yang Q tahu.
            “Iya.”
            “Oh my God! Oh my God!!” Keyla terkejut bercampur gembira. Sekurang-kurangnya Adam tidak menjauhkan diri bila tahu yang Akira keguguran anaknya. Selalunya kalau lelaki ni, bila dapat tahu perempuan tu mengandung, terus kerja nak lari aje.
            “Yang kau ni dah kenapa?” Akira pelik dengan keterujaan Keyla.
            “Agak-agak kau, lepas Q selamat.. giliran kau pula kot?” Keyla menjungkit-jungkit kening.
            “Tak payah nak merepeklah. Kau terus pergi rumah Fahmi ke, balik rumah dulu mandi?” tanya Akira.
            “Mandi rumah Fahmilah. Q suruh cepat-cepat datang. Dia dah cakap kat aku, dia sediakan semua. Towel, baju, dan seangkatan dengannya. Dia lagi cepatlah. Kita ni yang tak sempat nak uruskan semua tu sebab busy sangat dengan aktiviti.”
            “Okay.”
            “Jumpa kau kat rumah Fahmi! Oh, kirim salam bakal suami kau!” terus talian dimatikan. Kalau tak dimatikan, ada aje yang nak melawan nanti.
            “Bakal suami? Hello! Hello!!” Akira merengus. Memang tau budak ni. Pantang kalau bagi peluang nak bahan orang.
            “Bakal suami? Siapa?” Adam mencelah.
            “Diamlah. Jalan aje.” Virus Q sudah mulai berjangkit pada Akira juga. Diamlah.. hmm.


ADAM hanya menghantar Akira hingga ke depan pintu pagar yang luar terbuka. Akira memandang ke sebelah bila Adam tidak mematikan enjin kereta.
            “Jomlah turun?” ajak Akira. Adam tersenyum tawar.
            “Pergilah. Adam cuma nak hantarkan Kir aje.”
            “Semata? Laa. Alang-alang dah sampai, jomlah sekali!”
            “Takpelah. Adam tak nak buat benda yang Kir tak suka. Adam tahu, Kir bukannya suka Adam ikut, kan? Nanti balik dengan Kay kan? Bila nak balik nanti, bagitahu Adam okay? At least Adam tahu Kir sampai rumah dengan selamat.”
            Akira merenung anak mata Adam. Sejauh mana pun aku lari, aku lari dengan jiwa yang kosong. Hati aku tertinggal. Ya. Tertinggal pada Adam.
            “Jomlah. Kir nak Adam teman Kir.” Senyuman ikhlas Akira membuatkan Adam terkedu. Dia tersenyum akhirnya.
            “Thanks. Tapi Adam tak mandi lagi. Takkan nak pergi kenduri orang dengan baju macam ni?”
            “Em.. Adam balik rumah dulu, lepas tu datang balik.. boleh? Menyusahkan tak?” Akira serba salah. Pertanyaan Akira membuatkan hati Adam berbunga-bunga. Kalau rumah Adam kat utara, Kir nak suruh ulang-alik pun Adam sanggup!
            “Okay!” ceria wajah Adam.
            “Nanti call Kir bila dah sampai rumah.” Pesan Akira. Adam mengangguk tanda faham.
            Pintu kereta dikatup rapat. Jantung Akira berdebar laju. Baru dia mahu menapak ke dalam rumah, Adam menurunkan tingkap kereta.
            “Kir!” laungan Adam mengejutkan Akira. Dia berpaling. “Kenapa?”
            “Tema warna apa?”
            “Baby pink dengan baby blue.”
            “Kir pakai baju warna..?”
            “Baby pink.”
            “Alright.”
            “Kenapa?”
            “Tanya aje. Bye!” Akira pelik. Tingkap kereta dinaikkan semula. Akira menghantar pemergian Adam dengan ekor matanya.


FAHMI mencari-cari kelibat Q. Mana pergi pula isteri aku ni. Merata dah cari, tak jumpa-jumpa! Dari ruangan di atas, hingga ke bawah! Kelibat Q tetap tiada.
            Di dapur...
            “Mak, nampak Q tak?”
            “Tak?”
            Di ruang tamu...
            “Sarah, Naz.. nampak kaklong tak?”
            “Tak.” Keduanya menggeleng kepala.
            Di ruang laman hadapan rumah...
            “Bad, kak Q mana?”
            “Mana Bad tahu.”
            “Ayah! Nampak Q tak?”
            “Takde pun.”
            Di laman belakang...
            “Makngah! Nampak Q tak?”
            “Tak nampak pun.”
            Fahmi menggaru kepala. Mana dia ni? Fahmi kemudiannya memberanikan diri menolak daun pintu bilik Naz, Nada dan Sarah di bawah.
            “La kat sini rupanya! Puas abang cari dalam rumah, sampai ke luar rumah tau.” Fahmi mula melangkah masuk ke dalam bilik.
            “Eh! Jangan masuk!” Q lantas bangun dari duduknya di birai katil. Dia terus menerpa Fahmi dan bawa lelaki itu keluar. Keyla menghela nafas lega. Rambut yang jatuh di dahi ditiup supaya ke tepi. Tangannya masih memegang bucu kain batik di dada. Menyorok belakang pintu.. macam zaman budak kecil!
            “Kenapa?” tanya Fahmi.
            “Kira dengan Keyla nak tukar bajulah. Kira tengah mandi, Kay dok pakai baju. Abang ni.. main masuk aje bilik anak dara.”
            “Manalah kita nak tahu.” Fahmi buat muka tak bersalah.
            “Hmm. Kenapa cari Q?”
            “Takde apa. Rindu. Hee.” Jawapan Fahmi membuatkan Q rasa nak cekik-cekik lelaki itu.
            “Banyak lagi kerja nak kena buat. Pergi sana!”
            “Ala.. jomlah kita buat kerja sama-sama.”
            “Q ada kerja lainlah...”
            “Abang tolong Q buat kerjalah! Eh?” mata Fahmi penuh mengharap.
            “Mana boleh. Kerja Q, nak settlekan dua orang budak dalam bilik ni.”
            “Ala, abang pun perempuan. Biarlah abang join!”
            “Suka hati aje tau dia ni! Sedar diri awak tu lelaki, okay?” Q menolak sedikit tubuh Fahmi dan tangannya membuka sedikit pintu bilik.
            “Nak ikut masuk!” Fahmi mengekori.
            “Abang!” Q mencerlung pandangan pada Fahmi. Fahmi memuncung. Q mengeluh lemah. Dia mendekati Fahmi dan mengucup pipi si suami.
            “Haa.. macam ni baru abang boleh pergi buat kerja kat tempat lain. Hee. Bye sayang!” Baru kini Fahmi nak mengangkat kaki beredar. Q ketawa kecil. Siapa punya suami ni?

14 comments:

  1. Oh my ! Melting ooooooh ! >///<
    cair secair cairnyaa..
    sweeeeeet sgat sgat sgat sgat 1000x dah.

    Glad for perkembgan adam n kira.
    Ufufufu ^_^

    Oh GOSH Fahmii !
    Come to my dream tonight, pleaseee??
    ^_<) ekekeke

    ReplyDelete
  2. knp sy x blh bkk PRMH 13 n seterusnya ?? sedih nyer +.+ nk baca...

    ReplyDelete
  3. Kak Ain novel PRMH nie nanti akan ade dekat pasaran tak?Hurm Hurm

    ReplyDelete
  4. Cik Cumilll...hantarlah manuskrip cepat2...best ni..nak buat koleksi cik cumill punyee karya..

    ReplyDelete
  5. ina : eheks. :)

    anonymous : tk boleh bukak eh? er er,, ain bukak okay je. hiks.

    nana : haaa, itu tak tahu. hiks. kalau boleh akk nk bukukan. lalala.

    sweety : memang ain nak hantar cepat2 :) nak carik org yang terima je. lalala.

    baby mio : thanks a lot darl .

    ReplyDelete
  6. alahaiii .. sy sorg je kah x blh bukak nih ? +.+

    ReplyDelete
  7. arghh... tak tahan...
    Fahmi comel sangat la..
    suka sngat cter ni...

    LIKE LIKE LIKE LIKE LIKE

    ReplyDelete
  8. Wah!!!!!!!!!!!!! Ain!!!!!!! Eh silap fahmi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Hahaha sweet manja gitu i like. M2m mana sweet dia punya sms mcm tula perangai dia adanya . Love you fahmi

    ReplyDelete
  9. sweetnyer fahmi n Q.. tersenyum sorg2 bc kish ni. ain jgn lambat sgt nyer n3..

    ReplyDelete
  10. Dear , you know what , saya eksaiiiteddd gilaaa nak tahuu pasal Akira dengan Adam ;) What happen sebenarnya.

    ReplyDelete
  11. napa cite sampai part15 jer...oh Gosh !!!

    ReplyDelete
  12. 👌👍truskan usaha😉chaiyokkk

    ReplyDelete