PROlOG
LIMA TAHUN BERLALU.
“YOU have to choose. Khisfire.. or us.” Menggeletar tubuh Eadith saat meminta Leon untuk memilih. Jujur, dia percaya yang Leon pasti akan memilih dia dan Elleta.
Lelaki itu sangat mencintainya. 5 tahun berlalu selepas peralihan kuasa di Khisfire, dan dalam tempoh itu mereka hidup bahagia bersama walaupun bukan di Khisfire. Penuh gelak ketawa. Hanya mereka berempat.
Eadith, Leon, Elleta dan Bodart. Dan juga seekor Caracal yang sangat jinak dengan mereka, dan menjadi pelindung keluarga mereka.
Leon yang dahulunya penggeli kucing, kini menjadi kegemaran si Caracal. Manjanya lain macam bila Leon yang datang. Leon pun dah tak takut dengan kucing.
Leon beku di posisi. Bebola matanya beralih dari Eadith ke Elleta yang sedang nyenyak tidur. Dia mengetap gigi.
Dia mahu Elleta mendapat kehidupan yang sepatutnya. Anak kecil itu bukan orang biasa-biasa. Ada darah kerabat yang mengalir di dalam tubuhnya.
Dia tak patut dilayan seperti rakyat biasa! Semua orang patut menghormati dia kerana dia adalah seorang puteri! Puteri Khisfire!
“It’s my throne,” jawab Leon perlahan.
Eadith terkesima. Adakah ini bermakna…
Eadith tarik nafas dalam-dalam. Bulu romanya menegak.
“Kita dah bahagia dekat sini, Leon. Buat apa kita balik sana tapi tak bahagia? Buat apa kita nak berebut dengan orang lain lagi? This is our home!”
“Awak sendiri tahu yang ini bukan rumah kita. Rumah kita adalah di Khisfire. Awak adalah permaisuri Khisfire dan Elleta—anak kita adalah puteri Khisfire! Don’t you miss our land?”
“Not anymore Leon. Saya dah cukup bahagia hidup dekat sini. I do miss whatever I had in Khisfire, tapi saya tak rasa saya nak balik..”
Leon menggeleng.
“Kalau kita balik untuk ambil semula takhta kita, kita akan ada harta, kita ada duit, kita ada kuasa!”
Terkedu Eadith mendengarnya. Sudah lama Leon meninggalkan perangai itu. Kenapa dengan begitu tiba-tiba dia boleh bertukar menjadi dingin dan tamak seperti dahulu? Eadith faham yang mereka di sini dilayan dengan agak kasar dan ada beberapa kali Elleta dibuli dan diejek ketika mereka berjalan di pekan untuk membeli barangan dapur.
Eadith tarik nafas dalam-dalam.
“So this is your choice?” Eadith kelihatan hampa.
“Saya buat ni untuk kita!”
“Jangan tipu diri sendiri, Leon. Awak tak buat ini untuk kita. Awak buat untuk diri awak sendiri. Mungkin awak dah muak dengan hidup kita yang sekarang sebab kita miskin dan hidup dalam serba kekurangan.”
Leon ketap gigi. “Takkan awak nak biarkan Aillard terus menyeksa rakyat kita? Our people need us!” bentak Leon. Khabar tentang keadaan di Khisfire merisaukannya.
“Our daughter needs you!” jerkah Eadith.
Mulut Leon terkunci sebentar. Berombak dada Eadith dibuatnya.
“What if I really choose Khisfire over you?” soalan itu betul-betul menikam hati Eadith.
“Then we’re done.” Berani Eadith menyatakannya.
Mata mereka bertembung.
“No, we’re not,” ujar Leon. Tak sangka yang Eadith akan memberi pilihan itu kepadanya. Dia ingat, Eadith takkan pernah memilih perpisahan seperti yang pernah mereka janjikan sebelum ini.
“Try me.”
“Saya buat untuk Elleta, Eadith! Tolonglah faham.”
“She’s doing great, here. Don’t risk her childhood life for your selfish desire. Awak nak balik ke sana for another war? Sanggup awak merisikokan Elleta? Awak tahu betapa teruknya keadaan waktu dalam peperangan Leon!”
Leon ketap gigi. Dia tarik nafas dalam-dalam.
“Saya adalah raja Khisfire dan saya masih hidup! Takhta itu masih milik saya.”
“You’re the illegitimate son, for God sake! You’re practically didn’t exist! That was never yours at the first place! Khisfire sekarang ada Clint. The right heir!” tempelak Eadith.
Mereka sama-sama tergamam. Eadith tahu kata-katanya adalah silap terbesarnya.
Leon ketap gigi. Dia cuba untuk tahan sabar. Cuba untuk tidak marah.
“Clint masih kecil dan dipergunakan Aillard. And thank you for reminding me who I am.” Perlahan suara Leon sebelum berlalu pergi.
Eadith terkesima. Jantungnya bagai ditusuk senjata tajam. Sampai hati Leon..
Tapi sampai hati kau, Eadith. Menyakiti hati Leon sebegitu rupa.