Suasana bingit dengan dendangan lagu instrumental. Walaupun instrumental, ia tetap bingit di telinga
gadis itu. Di tengah dewan, pasangan sedang berdansa mengikut rentak. Ada yang
pasangan berkahwin, ada juga yang tidak sah.
Confirm esok pagi riuh dada akhbar, laman sesawang juga akan penuh
dengan artikel tentang mereka berempat. Boleh jamin, ini adalah wedding of the year.
Dua pengantin dalam satu majlis. Sudah pasti besarnya macam
nak jemput satu negeri makan! Tambahan pula, ini majlis golongan elite.
“No fun ke kat
dalam?” suara itu mengejutkan Hayla. Dia pantas menoleh.
“Bingit. Sesak.” Jawab Hayla.
Kiff berdiri di sebelahnya dengan kedua belah tangan menyeluk
poket seluar. Majlis perkahwinan grand
yang berlangsung di atas bukit memberi mereka ruang untuk melihat ke sekitar
kaki bukit yang menyala dengan lampu-lampu dari kota.
“Ke sebab kau tak rela tengok adik kau menari dengan dia?”
serkap Kiff. Air liur Hayla macam tidak tertelan. Cepat-cepat dia menoleh ke
sebelah.
“Kenapa? Terkejut sebab aku tahu?” Kiff beriak selamba. Dia
tukar posisi. Kali ini dia bersandar di tebing itu menghadap ke dewan yang
terang-benderang. Bibirnya mengukir senyuman senget. Gelas tinggi yang dia
letak di atas tebing tadi dirapat ke bibir menghirup sedikit jus oren yang
diperah original dari buahnya. Bukan kordial okay!
Bibir Hayla terkunci.
“Aku tak kisah siapa kau nak suka, lelaki adik kau ke, bapa
kau sekali pun, aku tak peduli. Aku kahwin dengan kau bukan sebab aku suka kau
pun.” Sekali lagi dia menghirup air itu, tenang.
“So kenapa you nak kahwin dengan I?” soalan itu buatkan Kiff tergelak.
“Don’t be denial. Kita dua tahu perkahwinan ni just for
business purpose.”
Hayla tarik nafas dalam-dalam. Ya, dia tahu. Tapi perlu ke
nyatakan ia?
“No other reason?”
Hayla ingin kepastian.
Itu lagi buatkan Kiff lagi terbahak.
“What do you expect?
Kau ingat benda ni macam cerita dongeng ke? Kau jumpa prince charming, and live happily ever after? Uh, come on.. apa
nama kau? Hay? Hey?..”
“Hayla.”
“Yes, Hayla. Wake up. Kau lahir dalam komuniti yang
tak perlukan love thingy. It’s all about
money, honey.”
Hayla diam. Dia kembali memandang ke arah lampu-lampu kecil
di kaki bukit. Dia juga ingin dongengnya berlaku sebagaimana dongeng kedua
orang tuanya terjadi walaupun mereka juga berkahwin atas dasar perniagaan.
Tapi kenapa orang tuanya boleh bahagia? Masing-masing saling
mencintai. Saling melengkapi. Salah ke kalau dia minta sedikit rasa itu?
“But at least kita boleh cuba untuk hidup macam orang lain
kan? What’s wrong with business marriage? Still, it’s a marriage. We bound to
each other with promises.” Hayla cuba cari sinar.
Lelaki itu pandang tepat ke dalam anak matanya dengan riak
selamba.
“Kalau kau nak jatuh cinta dengan aku, it’s up to you. Aku
tahu memang susah orang untuk tolak my charms. But bear in your stupid fucking
mind, I’m not gonna fall for you. Because all these, cost me more than my
money. And I’m not willing to sacrifice everything just for a spoil brat like
you.”
Hayla terkesima. Lelaki ini begitu berbeza di hadapan orang tuanya
kalau nak dibandingkan sekarang.
“Put on your happy face
mask. Kita baru aje kahwin. Let’s go.”
Kiff hulur tangan tunggu disambut Hayla sebelum mereka masuk semula ke dalam
dewan dengan separuh hati Hayla yang tidak merelakan.
Ah. Ini bukan apa yang aku inginkan dalam hidup. Hanya dalam
satu malam, hidup seorang Hayla akan berubah 180 darjah.
Terjadi pada sesetengah orang, hidupnya yang akan berubah
kerana sesuatu. Yang hari ini kaya, esoknya terus papa kedana. Yang hari ini
sihat, esoknya terus sakit. Yang hari ini bahagia, esoknya terus kelam. Dan
Hayla adalah salah seorang darinya.
No comments:
Post a Comment