“Kau buat kerja macam mana, bahalul?!” kepala seorang lelaki
20-an ditepuk-tepuk tanpa rasa hormat. Lelaki itu cuma diam dan menunduk
membiarkan perlakuan itu terhadapnya.
Wanita di
sebelah lelaki 20-an itu dikerling geram. Tak pasal-pasal kes ini jadi besar.
Elok-elok nak buat senyap-senyap, terus jadi kecoh. Dia tiada pilihan lain.
“Kau tahu
apa akibat dia, kan?” suara Lok.
“Aku minta
maaf. Aku betul-betul minta maaf. Aku boleh jamin benda ni tak jadi lagi.
Please bos.” Rayu lelaki 20-an itu.
Lok hanya
diam. Dia duduk di kerusi kayu. Ini bukan hanya kes seludup dadah. Tapi dah
termasuk dengan kes penculikan dan bunuh. Walaupun bayi yang diculik itu milik
wanita gelandangan yang tidak punyai sijil lahir dan sebagainya, tapi itu tetap
membawa masalah pada mereka jika diselidik lebih dalam.
“Ini aku
bagi peluang terakhir. Now get out.”
Macam mana
dua orang ini boleh tinggal bayi itu sendirian di tempat duduk menunggu balai
ketibaan entah. Seorang ke tandas, seorang lagi boleh pula pergi beli jajan.
Ditinggalnya bayi itu bersendirian, kononnya kedai jajan tak jauh. Masih boleh
dilihat sambil membeli makanan.
Datang aje
pramugari yang baru selesai tugas, apa yang ditemukan itu mengejutkan mereka.
Bayi itu sudah biru, tidak bernyawa. Pasangan yang meninggalkan bayi itu pula
tak berani untuk mendekati bila sudah kecoh di balai ketibaan. Lalai. Mereka
ini lalai. Lantas kedua pasangan ini ambil jalan pintas untuk lari.
Perlahan-lahan
kelibat dua orang itu ingin keluar dari gudang lama. Lok hanya memerhati dari
belakang sebelum menjeling ke sebelah, lelaki bertatu penuh lengan kanan.
Satu.. dua langkah.. dan..
BUM!!
Gadis itu
terkejut mendengar bunyi kuat. Lelaki di sebelahnya rebah menyembah lantai.
Mata gadis itu bulat. Darah perlahan-lahan keluar dari kepala lelaki itu. Kaki
gadis itu kaku.
Baru gadis
itu hendak menoleh ke belakang, dia rasa ada satu kain di sekita lehernya.
Automatik kedua belah tangannya memegang kain yang makin kuat mencekiknya.
Kakinya meronta-ronta bila tubuh diseret hanya dengan menarik kain hitam di
lehernya.
Nafas gadis
itu tersekat. Rontaannya makin lemah. Tubuh kecilnya diseret hingga ke bilik
kecil di belakang gudang selama hampir satu minit. Saat tubuh itu dilontar
masuk ke bilik itu, nafasnya sudah terhenti. Tubuh longlai itu dihumban tanpa rasa
simpati.
“Kau
bersihkan body ni semua.” Arah Lok sebelum berlalu pergi.
HAYLA bangun pagi seakan tiada apa yang berlaku malam tadi.
Melihatkan air mata yang mengalir, Kiff bukan sahaja tidak menyentuhnya, bahkan
terus keluar dari bilik itu, lesap entah ke mana.
Telefon
bimbit Hayla berdering menandakan panggilan masuk. Dia membiarkan panggilan itu
mati sendiri sebelum telefonnya berdering lagi. Hayla tarik nafas lemah dan
bangun dari katil. Dia berjalan perlahan ke bilik air untuk membersihkan diri.
Tuala putih
yang bersusun di dalam kabinet bawah sinki ditarik keluar sehelai sebelum
kakinya menyentuh dasar tab mandi yang berwarna putih mutiara.
Agak lama
dia berendam di dalam tab itu. Fikirannya melayang terbang. Kata-kata Kiff
tempoh hari bermain semula ke dalam benaknya.
“You see, adik kau dapat lelaki yang
kau suka. Dia juga dapat share. Huge one.”
Ah pedih bila diingat kembali kata-kata itu.
Kali pertama
seumur hidupnya dia ada sedikit rasa cemburu pada Elena. Sedangkan sebelum ini
mereka macam isi dengan kuku. Takde sekelumit pun rasa iri hati antara mereka.
Ian.
Nama lelaki
itu merupakan nama pertama yang pernah tertulis di hatinya walaupun dalam
jangka masa yang sekejap. Sekurang-kurangnya dia pernah merasa bagaimana rasa
cinta. Tapi sebab dia takut untuk meluahkan, dia pendam hingga ke hari ini.
Siapa yang rugi? Kau, Hayla. Kau.
Lelaki itu
hanya didamba dari jauh. Mereka tidak rapat pun. Jarang sekali bercakap.
Peluang untuk bersembang pun hanya bila mereka bertemu dia majlis rasmi
syarikat. Rasanya hanya dua kali mereka berjumpa. Selebihnya masing-masing
belajar jauh dari ibu bapa mereka.
Meskipun
mereka belajar di negara yang sama, tapi universiti mereka berbeza. Dan mereka
tiada kepentingan untuk bertemu berdua.
Hayla sama
macam perempuan lain. Menyimpan perasaan dan hanya meminati lelaki itu menerusi
laman sosial media yang dimiliki Ian.
Tiada gambar
perempuan yang pernah Ian kongsi di laman Facebook, Twitter mahupun Instagram.
Ha kau nampak tak dia stalk semua sosial media. Ah perempuan.
Hayla
kembali ke alam nyata. Hatinya berat tiba-tiba. Air matanya bertakung tunggu
masa nak menitis. Tapi dia dengan diri sendiri pun nak tunjuk ego. Pantas dia
menenggelamkan kepalanya ke dalam tab mandi, biar air mata yang nak mengalir
itu tidak kelihatan jelas. Walaupun tiada siapa yang memerhati!
1..2..3..4..5..6..7..8..9..
Hayla naik
semula ke permukaan dengan mulut ternganga mengaup oksigen sebanyak mungkin.
Air menitik dari rambut dan kembali ke dalam tab mandi.
Dia menangis
di hadapan Kiff semalam. Buat kali pertama dia menitiskan air mata di hadapan
manusia. Seingat daya ingatannya, dia tak pernah menangis. Carl mengajar dia
untuk sentiasa tahan air mata dari menitis dan hanya fikirkan yang indah-indah
sahaja jika dia ada rasa macam nak menangis.
Dan muslihat
itu berhasil setiap kalinya. Cuma kali ini dia tewas. Dia tak mampu melawan
rasa takutnya pada gelap malam. Kenapa? Dia sendiri tak tahu. Apa yang dia
takutkan dalam gelap?
Pintu bilik
air kemudian diketuk dari luar. Hayla terkejut. Tiada orang lain selain dia dan
Kiff di rumah ini. Siapa yang datang? Takkan Kiff? Rasanya dari semalam lelaki
itu keluar dari rumah.
“Puan Hayla.”
Suara itu kedengaran. Hayla tak kenal suara itu.
“Siapa?”
“Cik Anum.”
“Oh. Kenapa
ye?”
“Kiff
tinggalkan pesan kat Cik Anum, minta Hayla pergi ke airport pukul 5 petang.”
Hayla kerut
dahi.
“Airport?
Untuk apa?”
“Cik Anum
pun tak tahu. Dia ada minta Cik Anum bagi tiket flight.”
Bila masa
pembantu rumah ini tiba? Hayla tak tahu. Bila masa Kiff serahkan tiket
penerbangan? Dia juga tak tahu. Kenapa dia perlu ke lapangan terbang, HAYLA TAK
TAHU!!!
“Sekejap.”
Hayla bangun dari tab mandi dan mencapai tuala putih. Tuala itu dililit ke
tubuh. Sehelai lagi tuala kecil diambil dari kabinet bawah sinki dan mengelap
rambutnya. Pintu bilik ditarik dari dalam.
Susuk tubuh
Cik Anum kelihatan.
“Kiff balik
ke tadi?” tanya Hayla.
“Tak. Driver
dia ambil Cik Anum tadi dan terus serahkan tiket. Cik Anum akan jaga rumah ni
untuk seminggu.”
“Seminggu?
Maksudnya saya takkan balik rumah ni seminggu ke?” Hayla kerut dahi.
“Macam tu la
nampak gayanya.”
“Untuk apa
eh?” gumam Hayla sendirian tapi tetap didengari Cik Anum.
“Mungkin
honeymoon?” sengih Cik Anum. Hayla tambah pelik. Tak mungkin.
“Kalau macam
tu, saya bersiap kejap.” Ujar Hayla. Cik Anum mengangguk dan terus berlalu
keluar dari bilik Hayla.
Beberapa
helai pakaian dimasukkan ke dalam bagasi walaupun dalam kepala sedang ligat
berfikir apa yang Kiff cuba lakukan sekarang ini.
Dia tak
faham dengan personaliti lelaki itu. Kadang-kadang lelaki itu keras, adakalanya
dia baik. Tapi.. ah berapa banyak ‘tapi’ yang bermain di dalam kepala otak
Hayla.
Hayla lupa
akan panggilan yang masuk beberapa kali
tadi. Dia capai telefon bimbitnya. Nombor yang tidak dikenali. NO NUMBER.
Selalunya ‘no number’ ni private number.
Siapa pula
la ni? Takde nombor pula tu. Memang tak boleh la dia nak telefon balik. Ah
lantak.
Dia dail
nombor Adel. Beberapa saat kemudian, panggilan itu berjawab.
“Girl!
Berapa tahun sekali baru kau nak call aku? Semenjak-menjak kahwin ni, kau lupa
aku eh?”
“Aku baru
call kau hari tu kan?” senyum Hayla.
“Itu hari
tu. Selalunya setiap hari kau call aku.”
“Itu dulu.
Aku call sebab nak tahu kelas kat mana aje.” Ketawa Hayla.
Adelia.
Kawan sekuliahnya dulu di Dublin.
“Kau busy
ke?” tanya Hayla.
“Not really.
Tengah rehat.”
“Kau buat
apa?”
“Managing
the club. Banyak budak baru masuk kelab kita. And guess who’s the president
now?”
“Er, you?”
“No, silly.
Harry.”
“Harry?
Harry yang noob tu?” bulat mata Hayla.
“Yes boy!
That noob.” Adel buat muka menyampah.
“How come?
Macam mana orang boleh vote dia untuk jadi president? That guy is super nerd!
No communication tolerant at all!”
“Kau tahu
dia siapa sebenarnya?”
“Anak raja?”
“Lol! Dia
anak Prof. Mike.”
“Mike?! That
annoying Mike??” satu lagi kejutan.
“Yes! That
old guy yang kau menyampah sangat tu.”
“Oh my god.”
“Sebab tu la
kot dia orang vote Harry as president. Sebab any activies will be held akan di
approve oleh Mike, as Mike is our club advisor. Taraaa!”
“Euw.
Politic much.”
“Yes I know
right? So kau call aku sebenarnya kenapa?”
Hayla diam
sejenak. “Aku rindu kau?”
“Euw, girl.
Jangan hipokrit boleh tak? Seriously, why?” inilah dia best friend.
Hayla diam
sekejap. “I don’t know Adel. I feel..”
“What?
Unhappy?”
“Yeah.”
Adel ketawa.
“Maybe sebab kau dah tak bebas macam dulu kot. Kau ingat dulu kat sini, boleh
dikatakan tiga hari seminggu kau pergi racing. Husband kau tahu that side of
yours?”
Hayla
sengih. “Not really.”
“Aku rindu
nak tengok kau race lagi. Anyway, I bought new superbike.”
“What?
Seriously?”
“Yeah! So
please cepat datang sini. Kau boleh main dengan superbike aku.”
“Someday I
will.”
“Babe, I’m
sorry but got to go. Harry ajak meeting. Ah menyampah aku dengan nerd acah
president ni. Bye, I hate you!”
Hayla
tergelak. “I hate you more.”
Talian
dimatikan. Dia gigit bibir bawah.
HAYLA tiba di lapangan terbang pada jam 3 petang. Tiket itu
membawa dia ke United State. Dia ambil tempat di ruang menunggu. Sebenarnya dia
agak was-was dengan rancangan tiba-tiba Kiff ni.
Sementara
menunggu kelibat KIff yang tak kunjung tiba, Hayla dail nombor mamanya.
“Hello?”
“Hayla. Dah
sampai airport?”
Hayla
terdiam sejenak. Macam mana mamanya tahu? Sedangkan dia baru aje nak bagi tahu.
“How..”
“Kiff bagi
tahu.”
“Er.. bila?”
“Baru pagi
tadi. Dia datang jumpa mama dengan papa. So papa suggest suruh bawa you pergi
honeymoon to calm you down.”
“Calm me
down?”
“Yeah, pasal
nak study tu.”
“What?!”
“Hayla
sayang, mama tahu mama sepatutnya tak masuk campur dalam urusan kamu tapi you
ambil masa ni untuk berbincang elok-elok dengan Kiff. Okay?”
Hayla ketap
gigi. “Ma, I got to go.”
No comments:
Post a Comment