Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Bab 3


Talian dibiarkan sepi sebentar sementara Hayla melihat bayang siapa yang baru masuk ke dalam rumah. Jantungnya berdegup agak laju. Takkan pencuri? Macam mustahil sebab rumah Kiff berteknologi tinggi. Memang susah sangat orang nak pecah masuk rumahnya.
            Aroma ini seperti dia kenal. Tapi dia tak ingat, siapa?
            Kiff lempar kot hitamnya ke sofa. Dia langsung tak memandang Hayla yang terkebil-kebil di sofa dengan telefon di tangan.
            “Adel, aku call kau nanti. Bye.” Terus talian dimatikan. Hayla angkat punggung dan mengekori langkah Kiff ke dapur.
            “Semalam bukan you kata you pergi New York ke?” Hayla masih tidak percaya apa yang dia lihat di hadapannya.
            Kiff hanya pandang sekilas sebelum meneguk setengah botol air mineral sambil bersandar di bar dapur.
            Mulutnya dikunci. Dia langsung tidak menjawab apa-apa soalan dari Hayla. Dia anggap Hayla tiada. Setelah hilang hausnya, dia simpan semula botol air dan terus melangkah laju ke bilik.
            Hayla terpinga-pinga. Aku kat depan dia ni. Tapi dia buat aku macam tak wujud! Hayla ketap gigi. Salah ke apa yang dia tanya? Atau sebenarnya, silapnya dari mula adalahdengan bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki asing ini?
            Hayla tidak mengaku kalah. Dia ekori jua Kiff hingga ke bilik tapi belum sempat dia masuk ke dalam bilik, pintu sudah terlebih dahulu terkatup kuat betul-betul di hadapan mukanya. Hayla tambah bengang. Lelaki ini, sumpah biadab!
            Gadis itu tolak daun pintu dengan kasar dan kakinya terpaku sebentar. Tubuh lelaki itu sudah terdedah menayang six pack yang setiap lelaki idamkan. Tubuh lelaki itu jelas maskulin.
            Hayla jadi teringat kesan yang masih berbekas pada lehernya. Gulp.
            Kiff buat tidak endah dengan Hayla yang masih gugup. Dia capai tuala dan terus masuk ke dalam bilik air. Hilang aje Kiff dari pandangan, Hayla hela nafas lemah. Kenapa tadi dia rasa seperti nafasnya disekat?
            Hayla raup wajah. Ini semua silap. Ini bukan kehidupan yang dia inginkan. Mungkin dia terlalu banyak menonton drama yang acapkali menyatakan bercinta selepas berkahwin itu indah. Ah! Itu pun kena tengok pasangan jenis macam mana!
            Dia masih ingat ketika dia masih di Dublin, panggilan dari ayahnya cukup mengejutkannya. Hampir dua bulan dia tak dapat tidur dengan lena hanya kerana apa yang diusulkan bapanya.
            “Hay, do you want to get married?” tanya Carl.
            “Kahwin? Semua orang nak kahwin pa.”
            “What if papa arrange everything for you? You balik sini and just get married. You don’t have to worry about anything, including documents.”
            Hayla terdiam sejenak.
            “Hay?”
            “Hm?”
            “Macam mana? Okay?”
            “But.. why? What’s with the rush?”
            “Papa dengan mama rasa, dah sampai masa. Bukan you seorang, tapi Ely pun akan join you.”
            Hayla serabut dengan apa yang baru diberitahu.
            “Dengan siapa?”
            “Well, someone yang seangkatan dengan kita.”
            Hayla tarik nafas dalam-dalam. Macam mana dia nak beritahu papanya yang dia ada suka pada seseorang?
            “Balik sini nanti, papa kenalkan.” Sambung Carl.
            “Boleh kasi Hay masa untuk fikir?” Hay bersuara selepas beberapa saat terdiam. 
            “Sure.”
DAN SEKARANG dia di sini. Makan hati dengan lelaki bergelar suami yang dia langsung tak kenal!
            Agak lama Hay menunggu Kiff untuk keluar dari bilik air. Sekali lagi jantung Hay berdegup laju memandang susuk tubuh Kiff yang sedikit basah. Tuala diikat ke pinggang. Manakala sebelah tangan memegang tuala kecil untuk mengelap rambut yang basah.
            Dia bukan tak biasa melihat tubuh separuh bogel di luar negara. Ah terlalu ramai orang di sana menayang tubuh ke sana ke mari. Tak ada pula jantungnya berlari macam ni. Mungkin kerana status yang disandang lelaki itu membuatkan Hayla lebih cenderung untuk punyai perasaan sebegini?
            “We need to talk.” Hayla akhirnya bersuara.
            Kiff dengan selamba buka almari pakaiannya. Matanya tertacap pada pakaian wanita yang sudah bersusun elok di gantung, juga yang berlipat bersebelahan dengan pakaiannya.
            Tanpa kata, dia tarik keluar pakaian itu hingga jatuh ke lantai. Segala pakaian perempuan yang bergantung turut sama diangkat dan di baling ke belakang.
            Hayla bulat mata.
            “Hey! You kenapa? That’s my clothes!” jerit Hayla.
            “Siapa kata kau boleh guna almari aku?” baru kali ini Hayla dengar suara Kiff.
            “Well then, I nak letak mana baju I? Tong sampah?” Hayla menyinga. Penat-penat aku lipat, aku susun, aku gantung, kau buang macam tu aje?!
            “Just find another wardrobe. Aku tak suka kongsi barang dengan orang yang aku tak kenal.” Jeling Kiff sebelum menyarung t-shirt kelabu dan seluar cotton hitam.
            “Tapi you boleh minta elok-elok, kan? Tak perlu campak barang I macam ni.”
            Kiff toleh ke belakang. Dia merapati Hayla.
            “Ni rumah aku. My rules. Kau siapa nak persoalkan?”
            “I’m your wife!”
            “Atas kertas.”
            Hayla terpana. Jantungnya berombak kencang. Dia silap perhitungan ke? Sangkanya, dia akan bahagia? Tapi belum apa-apa sudah terjerumus dalam neraka!
            “Kalau you tak nak treat I macam your wife, why bother kahwin?!”
            “Aku dah cakap kan, dan kau sendiri tahu ni semua atas business purpose. Otak kau tak function ke?”
            Hayla tahan air mata. Ah, dia bukan perempuan yang mudah menangis.
            “Fine. Then you tak kisah kalau I duduk jauh dari you?” Hayla tenung tepat anak mata Kiff. Lelaki itu terdiam sebentar. Dia teroka seluruh pelosok wajah gadis di hadapannya.
            “Kau nak pergi mana?”
            “None of your business. Tapi yang pasti, jauh dari you!”
            Kiff menapak lagi selangkah ke hadapan. Hayla kaget. Tapi kakinya seperti dipaku di situ, tidak berganjak.
            Dagu Hayla ditarik ke atas, kasar supaya mata mereka bertentang.
            “Kau fikir, kau boleh lari dari aku ke?” soalan Kiff buat Hayla lagi panas. Dengan beraninya, dia tepis kasar tangan Kiff.
            “You ingat, you seorang boleh buat apa you nak?” cabar Hayla.
            Wajah Kiff masih tenang. Kemudian dia senyum sumbing.
            “Now I see Carl in you.” Kata Kiff.
            Hayla telan air liur. Dia berlagak berani. “Like father like daughter. You think you can mess with me?”
            Kiff alih pandangan ke leher dan bahu Hayla. Sedar akan itu, Hayla menapak ke belakang. Terus lelaki itu senyum mengejek.
            “Takut?” gertak Kiff.
            “Of what?”
            “Then kenapa kau move ke belakang?”
            “I tak selesa.”
            “Hm?” Kiff jungkit kening sebelah.
            Hayla cuba kawal pernafasannya. Jangan sampai Kiff tahu yang dia sedang takut.
            “Kau nak lari?” Kiff akhirnya menapak ke belakang dan capai telefon bimbitnya di penjuru katil.
            “Fine. Go.” Kiff membenarkan. Hayla terkejut. Lelaki itu langsung tidak menoleh. Dia sibuk dengan telefonnya.
            “Kau ada pilihan. Samada nak stay atau blah. Tapi kalau kau nak blah, aku bagi kau 2 jam untuk kau prepare untuk lari. But after 2 hours, kalau aku jumpa kau, your life is mine. Aku boleh buat apa aje yang aku nak.”
            “And what if you tak jumpa I after 2 hours?” Hayla ingin tahu.
            “I’ll do what ever you want.” Kiff toleh ke belakang. Wajahnya tenang sekali.
            Hayla tarik nafas dalam-dalam. Ini peluang dia. Kalau dia tak berganjak, mereka akan terus-terusan begini. Sampai bila, dia pun tak pasti. Tapi kalau dia mampu untuk menyorok dari lelaki ini hanya selama dua jam, dia boleh minta apa aja. Termasuk dilepaskan.
            Hayla pandang ke arah jam. Dia telan air liur untuk kesekian kalinya. Kakinya pantas menuruni anak tangga. Beg tangan dicapai, telefon dikeluarkan dan ditinggalkan di sofa. Dia tak bodoh. Kalau lelaki ini hidup dengan dikelilingi dengan teknologi, telefonnya pasti dengan mudah dikesan. Dia, phone-less!
            Kunci kereta pantas dicucuk dan enjin kereta terus dihidupkan. Kiff hanya tersenyum sambil memeluk tubuh melihat kereta milik Hayla dari balkoni bilik pergi dengan tergesa-gesa.
            “Mana kau boleh lari, Hay?” Kiff tergelak sebelum merebahkan diri ke katil.
            Tik tok tik tok. Masa berlalu.

HAYLA meninggalkan keretanya di kawasan rimbunan teksi sebelum menaiki teksi lainmenuju ke destinasi. Dia tahu perjalanan yang memakan masa 52 minit itu berbaloi. Mana mungkin Kiff dapat mencarinya dalam banyak-banyak kenderaan di lebuh raya ini.
            Hayla hela nafas lega. Bibirnya senyum nipis. Sebentar lagi dia akan tiba di kawasan yang sesak dengan orang. Itu lagilah mustahil untuk Kiff mencarinya. Dia hanya perlukan dua jam. Dua jam, dan hidupnya akan berubah!
            Hayla hampir terlena tapi cepat-cepat terjaga bila pemandu teksi itu mengejutnya, memberitahu tahu sudah tiba di destinasi.
            Dia masih ada lagi 23 minit sebelum cukup 2 jam. Hayla masuk ke dalam himpunan orang ramai di tapak pesta itu.
            Jantungnya berdegup laju. Jam di lengan dipandang sekilas. Dia hanya perlu tunggu.
            Lagi 10 minit. Jantung Hayla bertambah laju berdegup. Dia tak pernah rasa sebegini. Takut dan teruja bersatu dalam dirinya.
            Baru aje hendak tarik nafas lega, dia sedar keadaan keliling tiba-tiba lain. Dua tiga orang dari penjuru berlainan seakan bergerak ke arahnya. Mereka memakai t-shirt biasa, tapi pandangan mereka sangat lain. Seakan harimau sedang menunggu untuk menangkap mangsa.
            Sedar akan itu, Hayla mula bergerak ke arah lain. Kakinya mula-mula perlahan, dan kemudian bertambah laju. Kadar laju itu sama dengan dua tiga orang yang mengekorinya.
            Cuak!
            Hayla berlari pantas melawan arus manusia di tapak pesta itu. Dia meloloskan diri dari orang awam kerana susah untuk bergerak. Kemudian dia berlari ke arah lorong-lorong yang hanya disimbahi dengan lampu jalan oren.
            Kini dia pasti, tiga orang di belakangnya memang dari tadi ingin menangkapnya. Jam menunjukkan masa yang hampir tamat. Hanya lagi 5 minit. Lima minit, Hayla!
            Hayla mempercepatkan langkah hingga ke jalan besar. Ada beberapa orang pejalan kaki memandangnya pelik. Dia tidak peduli, terus dia meneruskan larian. Dia hanya perlu berlari lagi 4 minit, dan tamat. Hanya 4 minit!!
            3 minit.
            Hayla buat pecutan terakhir dan cuba melengahkan masa si tukang kejar dengan masuk ke deretan parking lot.
            PAP! Kakinya tersadung sesuatu dan dia tersungkur menyembah lantai.
            “Oh, shit.” Hayla kenal suara itu meskipun baru beberapa kali dia dengar.
            “Sakit?” Kiff yang dari tadi bersandar di depan kereta yang elok terparking mula membongkokkan diri.
            Hayla toleh ke belakang. Macam mana.. macam mana lelaki ni boleh ada kat sini?
            Gadis itu bangun sendiri tanpa dibantu sesiapa. Tiga orang pengejar tadi mula memperlahankan langkah dan mengambil nafas.
            “Dua minit aje Hay. Dua minit aje lagi.” Kiff buat muka simpati. Lelaki itu mengeluh.
            “Should I give you another chance?” tawar Kiff. Hayla telan air liur. Dia ketap bibir bawah.
            “Okay. Go. Aku bagi kau seminit setengah lagi. Run.” Kiff senyum nipis. Hayla tak tunggu lama. Dia cuba lari walaupun kakinya perit.
            “Bos.” Salah seorang dari tiga pengejar itu tunggu arahan. Kiff angkat tangan, tanda tidak perlu.
            Hayla tak mampu berlari, tapi dia jalan juga walaupun perlahan.
            “40 seconds left, Hayla!” jerit Kiff seraya menghayun kaki berjalan mengekori gadis yang bergelar ‘isteri’ itu.
            Hayla tak pernah rasa takut sebegini. Atau sebenarnya dia pernah? Entah. Tapi seingatnya ini adalah detik paling cemas dalam hidupnya.
            Hanya beberapa saat, Kiff sudah berada di belakang tubuh Hayla. Dia turut sama berjalan beriringan Hayla. Gadis itu masih tidak menyerah.
            “10, 9, 8, 7, 6, 5..” Kiff mengejek.
            “You got 4 seconds left to run before I get you with my own hand. Tak nak lari ke?”
            Hayla rasa terhina. Kenapa dia perlu main permainan lelaki ini hanya semata-mata untuk mengecap rasa ‘bahagia’?
            “Run Hayla.” Kiff ketawa.
            “3..”
            Hayla tarik nafas dalam-dalam dan cuba buka langkah untuk lari.
            “2,1.” PAP! Lengan Hayla dicengkam kuat oleh Kiff. Ketat sekali hingga Hayla dapat rasa peritnya. Kemudian, dia tarik lengan itu hingga tubuh Hayla terdorong ke belakang.
            “Kau takkan boleh lari, Hayla. Mata aku kat mana-mana. Dalam? Luar negara? Semua. Mana kau duduk, semua aku tahu.” Kata Kiff dengan nada bongkak.
            “Sakit.” Suara Hayla perlahan, tapi tegas.
            “Apa?” Kiff dekatkan telinganya ke bibir Hayla. Saat ini, gadis itu mula tanam dalam dirinya erti benci pada lelaki itu.
            “Sakit!” keras suara Hayla.
            “Sakit? Aku pegang tangan kau macam ni, sakit?” ulang Kiff.
            Hayla tidak menjawab tapi matanya tajam menikam anak mata Kiff. Lelaki itu agak terkejut dengan renungan itu. Kiff lepas cengkaman.
            “And how about this?” PAANGGG! Satu penampar mengena pipi Hayla hingga tubuh gadis itu terjatuh ke lantai. Sumpah, Hayla tidak pernah menjangkakan tamparan itu.
            “Yang tu sakit?” Kiff mencangkung di hadapan Hayla. Hujung bibir Hayla mula mengeluarkan cecair merah. Mulut Hayla terketar-ketar, tapi dia langsung tidak menitiskan air mata. Tubuhnya menggeletar.
            “You can’t run, Hayla.”
            Dengan beraninya, Hayla pandang ke arah Kiff. Suaminya sendiri. Dadanya berombak kencang.
            “I don’t know you, and you don’t know me! Kenapa you act like I did something terrible to you?! Apa dendam you pada I?! Apa salah I? Or you’re just simply enjoying abuse?!” jerit Hayla.
            Kiff diam. Dia berdiri semula. Dengan hanya isyarat tangan, tubuh Hayla dia papah dua lelaki sebelum dimasukkan ke dalam perut kereta. Tinggal Kiff sendirian di tapak parking itu. Dia seluk kedua belah tangan ke dalam poket seluar.
            Tapak tangannya rasa berdenyut-denyut akibat tamparan kuat itu. Kiff memboloskan diri ke dalam perut keretanya sendiri dan memandu laju meninggalkan tapak itu.




No comments:

Post a Comment