Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Sunday, May 14, 2017

DTM 2

Image result for alexandra daddario parenthood gif 

10A itu tiada apa pada Nunu. Dia hanya pandang slip keputusan SPM yang baru diterimanya. Dipandang kiri dan kanan. Yang dapat 5A, 4A bersorak riuh-rendah dengan kawan-kawan mereka. Ibu bapa mereka turut ada di situ memeluk dan mencium dahi mereka walaupun keputusan mereka tidak setandingnya.
            “Tahniah Aina.” Ujar Puan Aniza.
            Nunu senyum kelat. Nur Aina (Nunu) antara pelajar yang berjaya meraih straight A di sekolah. Tapi ianya tidak membawa apa-apa makna padanya.
            “Ya Allah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!” melompat girang suara yang baru ambil slip keputusan itu.
            “Kenapa Ayu? Kau dapat straight A ke?” Ayu dikerumuni kawan-kawan yang lain.
            “Tak! Tapi Add maths aku lulus weh! Aku dapat D! Lulus!!! Aku ingat aku failed weh.” senyum sampai ke telinga gadis itu. Nunu yang mendengarnya hanya senyum sinis.
            “Bu! Bu! Ayu lulus Add Maths!” tunjuk Ayu kepada ibunya. Tubuh kurus itu dipeluk dan senyuman terukir di bibir sang ibu.
            “Tahniah. Awak dah buat yang terbaik.” Ujar sang ibu.
            ‘Dapat D pun, ibu dia cakap tahniah?’ senyuman Nunu terus mati. Air matanya bergenang. Dadanya berombak. Dia jadi marah tiba-tiba.
            “Nunu, dapat berapa?” tanya Maisarah.
            “10.” Jawab Nunu.
            “Wow.” Tergamam orang lain yang mendengarnya. Dia kemudiannya terus meninggalkan sekumpulan pelajar itu tanpa berkata apa-apa. Hatinya mendidih. Rasa marahnya membuak-buak. ‘Kenapa susah sangat mama dengan ayah nak datang? Penting sangat ke kerja tu?!’ bentak Nunu dalam hati.
            “Pergh. Pergi macam tu aje? Berlagak gila.” Cebik Zainab.
            “Orang pandai mana nak kawan dengan kita ni. Lagipun dia kan belajar luar negara. Kita ni tak setanding dengan dia.” Muncung Athirah.
            “Kita jumpa dia pun waktu nak ambil SPM aje. Kalau iya pun, buatlah kawan walaupun kita baru kenal.” Cebik Ayu.
            “Dahlah datang ambil result pakai mekap.” Suara lain menambah minyak dalam api.

NUNU senyum bila kereta BMW berhenti di hadapannya. Penat tunggu di stesen bas. Pintu kereta ditarik.
            “Hi baby. So macam mana?” tanya Zulfathi.
            “You kena belanja I. I got straight A’s.” Nunu tunjuk slip peperiksaan.
            “Oh my god! Congrats, babe. Parents you mesti bangga dengan you. Cuz I bangga gila sekarang ni dengan you. Jom! I belanja you hari ni.” Padel minyak terus ditekan.
            ‘Parents? Bangga?’ wajah Nunu kelam. Hilang seri.
            Menapak di dalam shopping mall, maksudnya masa untuk habiskan duit. Pelbagai kedai dia masuk dan setiap kali dia masuk, dia tidak akan keluar dengan tangan kosong.
            Satu hari itu sahaja hampir dua ribu duit Zulfathi melayang. Tapi disebabkan sayang, dia ikutkan sahaja kehendak Nunu.
            “You akan balik Madrid ke?” tanya Zulfathi.
            “Entah. Exam done both kat sini dengan sana. I don’t know kalau ayah still nak halau I ke sana.”
            “Hey, dia bukan halau. Dia cuma nak you be better.” Ujar Zulfathi.
            “I’m not. Kat sini atau sana, I’m me. Still the same. I tak berubah.” Nunu buang pandang di luar tingkap.
           
GELAP. Nunu hela nafas berat dan terus menapak masuk ke dalam rumah. Dia di beritahu hari ini orang gajinya akan bercuti selama seminggu untuk pulang ke kampung. Ayah dengan mama mesti belum balik sebab rumah gelap walaupun dah malam.
            Nunu terus masuk ke bilik dan membersihkan tubuhnya. Usai solat, dia turun semula ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
            Beberapa jam kemudian, bunyi enjin mengaum di hadapan rumah. Dia tahu kedua orang tuanya sudah pulang tapi dia tetap buat tidak peduli. Pintu rumah terkuak.
            “Dah balik?” tanya Puan Siti.
            “Yeap.” Jawab Nunu tanpa berpaling.
            “Dah makan?” soalan kedua.
            “Dah.”
            “Alright. Mama dengan ayah nak naik berehat. Hari ni meeting tak berhenti.” Kata Puan Siti. Ketika kedua orang tuanya menaiki anak tangga, Nunu terus mematikan televisyen.
            “Thanks.” Ujar Nunu. Dia bangun dan berdiri di hadapan sofa. Matanya memandang belakang tubuh kedua orang tuanya.
            Terus dua pasang kaki itu berhenti melangkah.
            “I’m sorry?” Encik Hassan kerut dahi.
            “Kalau dalam hati you guys nak congratulate me sebab dapat straight A’s harini, I said thank you.” Mata Nunu berair. Bibirnya bergetar.
            Encik Hassan dan Puan Siti berpandangan antara satu sama lain. “Oh.. Sorry ayah dengan mama lupa hari ni Nunu pergi ambil result.” Encik Hassan turun semula ke ruang tamu.
            Nunu senyap. Slip peperiksaan ditangannya sudah konyok separuh dek marah siang tadi. Nunu melangkah mendekati ayahnya dan slip bertukar tangan.
            Encik Hassan tersenyum melihat slip peperiksaan itu.
            “In case you guys forgotten, kau orang still ada anak. Yes two died. One is alive and healthy. And if kau orang lupa, anak tu nama Nur Aina yang you guys panggil Nunu.” Kedua orang tua Nunu kelihatan tergamam.
            Dia terus mendaki anak tangga sehingga air matanya jatuh dan kakinya terhenti. Dia berpaling.
            “You know, I went to school. Others dapat 4-5A’s. Parents dia orang ada kat sana and give hugs and kisses for their achievements. And ada yang tara lulus aje kat subjek add maths, but still mak dia cakap apa? Congrats. You did well. But me? Nunu bangun seawal yang boleh after subuh tak tidur just to make sure you guys ada. So I boleh bawa you guys pergi sekolah to take the result. Guess what? You just left. And you tak tanya pun pasal result I. I don’t even know if I’m still your kid or what.”
            Nunu terus berlari ke biliknya. Encik Hassan raup wajah.

NUNU pandang akaun bank onlinenya. Duit yang ayahnya beri setiap bulan sikitpun tidak diusik. Hari-hari dia bekerja di sana untuk menyara kehidupan harian. Setiap hari juga dia dimarahi Auntie An sebab sering pulang lewat.
            “Kalau bukan sebab bapa kau, tak ingin aku kasi kau duduk sini tahu tak? Disebabkan bapa kau kasi duit kat aku bulan-bulan aje buatkan aku nak kau duduk sini.” Herdik Auntie An.
            Nunu cuba melenyapkan segalanya. Dia berbaring di katil bersaiz queen itu. ‘Adik rindu abang.’
Jarum jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, Nunu tarik tikar mengkuang dan diletakkan di antara dua kubur abangnya. Dia buka aplikasi al-quran di dalam telefon bimbitnya. Yasin mula dibacakan.
Malam kian larut. Dia tak tahu ini sudah kali keberapa dia membaca yasin. Matanya mulai letih.
“Adik rindu kau orang. You know, kalau kau orang hidup lagi, you guys must be proud of me. I got 10 A’s. Walaupun kau orang tak sempat nak ambil SPM, tapi takpe. Adik dah dapatkan that A’s untuk kau orang. I love you guys so much.” Dia berbaring di atas tikar mengkuang. Berbumbungkan langit, berlantaikan tanah, dia rasa selamat berada di antara dua kubur abangnya. Baru kali ini bibirnya mampu menyukir senyuman yang ikhlas dan manis. Bahagia rasanya berada di antara dua kembar abangnya.

AZAN SUBUH berkumandang mengalunkan irama syahdu yang mengajak orang untuk solat. Nunu terjaga dari tidur walaupun hari masih gelap. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman indah.
            “Good morning abang.” Nunu menggeliat.
            “Nunu balik dulu. Nak kena mandi and solat. I will not forget untuk doakan kau orang.”
            Dengan sedikit kotoran, Nunu terus memandu balik ke rumah. Walaupun baru dapat lesen kereta, dia sikitpun tak takut untuk bawa kereta. Semasa di Madrid, sudah pelbagai jenis kereta dia pandu.
            Baru sahaja pintu rumah ingin ditolak, terlebih dahulu pintu itu ditarik dari dalam. Nunu dan Puan Siti sama-sama terkejut.
            “Nunu dari mana ni?” tanya Puan Siti melihatkan kotoran di baju tidur putih Nunu.
            “Kubur abang.”
            “Awal pagi macam ni?” terbeliak mata Puan Siti.
            “Tak. Dari malam tadi.” Nunu terus masuk ke dalam rumah.
            “Nunu, mama nak cakap sikit dengan Nunu.” Puan Siti membuatkan langkah Nunu berhenti.
            “Boleh tak Nunu berhenti berlagak macam budak kecil yang asyik nak memberontak aje? Mama dengan ayah kerja bukan untuk orang lain tau. Kami buat semua ni untuk Nunu. Untuk kesenangan Nunu. Tak boleh ke Nunu nampak semua tu?”
            “I already did well. With or without you.” Jawab Nunu.
            “See! Nunu sentiasa act macam ni.” Puan Siti merengus geram.
            “Ingat tak apa Nunu minta dulu? All I want is your time. Bukan duit.”
            “Time is so precious, Nunu. Ayah dengan mama tak boleh bazirkan masa kami untuk sesuatu yang tak penting.”
            “Tak penting? You mean, Nunu tak pentinglah untuk mama dengan ayah?”
            “Nunu, please jangan complicate things.”
            “No-no. I’m not. I’m just nak clearkan things. You said time is precious. You tak nak bazirkan masa untuk benda yang tak penting. Am I not important to you? What happened to me.. is not important to you? My life.. is not that important to you?”
            Puan Siti merengus. “Buatlah apa Nunu nak buat. Kids will always be kids. You just don’t understand grown up stuffs.” Puan Siti sudah mulai malas nak layan.

            “Yep. Cuz your kid is always gonna remain as your kid. Bukan anak orang lain. And no matter how big they are, dia tetap anak yang perlukan mak ayah dia. Nunu tak minta banyak, cuma masa. Masa.. luangkan masa dengan Nunu. Ask me things. Eat with me. I want to share my things with you. My personal feelings. The great thing about you guys being my parents is that you can buy my time. But I can’t buy yours sebab you had plenty of it. And you just don’t need it. Please, don’t talk to me about how I’m suppose to be. You guys changed lepas abang Ashraf meninggal. Kalau ini caranya mama dengan ayah nak lupakan pemergian abang Ash dengan abang Af, by forgetting me too.. quit being my parents. I know that you guys hurt so much. But I’m hurting too.” Entah kenapa bila marah, habis terhambur semua ungkapannya dalam bahasa Inggeris. Lebih mudah kot. Takut karang tiba-tiba terkeluar makian pula!

6 comments: