“Kau tengok tak Afiq pergi kelas macam mana tadi? Dah jadi
ustazah weh! Bertudung bagai.” berdekah Ajda ketawa. Nunu hanya tersengih.
‘Cari pasal lagi dengan aku. Mendapat!’
“Aku ingat
kau ni jenis yang kasi lepas aje semua yang cari pasal dengan kau.” Dalila
teguk air limau ais dalam plastik. Lejen kan?
“Heh no way
lah.” Nunu pantas berjalan menuju ke kelas pertamanya.
“Nur Aina!”
namanya dipanggil dari belakang.
“Aina.”
Sekali lagi nama itu dipanggil. Nunu menoleh. Ashraf bergegas lari mendapatkan
Nunu dengan nafas yang tidak teratur.
“Kenapa?”
“Kelas apa?”
“BEL.”
“Eh,
samalah. Lecturer siapa?”
“Madam
Gurumin.”
“Kita satu
kelaslah!” sengih Ashraf.
“So?”
“Hah? Jomlah
pergi sama.” Berseri-seri muka Ashraf dibuatnya.
TIGA MINGGU lagi peperiksaan akhir semester akan berlangsung.
Ini bermakna sudah hampir enam bulan dia di sini. Tapi kawannya cuma empat.
Ajda, Dalila, Fat dan Zainab.
Sedang dia
memasukkan baju ke dalam mesin basuh di bilik dobi, telefon bimbitnya berdering
nyaring. Mama.
“Hello.”
Sapa Nunu.
“Hello.
Adik! Adik, ayah masuk hospital! Heart attack.” Suara mamanya kedengaran
tergesa-gesa dan sedang menangis.
Telefon Nunu
terlepas dari pegangan. Jantungnya seakan berhenti berdegup. Tak. Tak mungkin.
Nunu segera capai semula telefon bimbitnya dan berlari terus ke bilik. Dia
meninggalkan pakaiannya yang separuh di dalam mesin dan separuh lagi di dalam
bakul.
Nunu segera
menukar pakaian dan mengikat ‘hair bun’ sebelum mencapai begnya.
Nasib baik
depan universiti ni memang para teksi selalu berkumpul. Segera dia masuk ke
dalam perut teksi dan menggesa pemandu itu menuju ke hospital.
“MA.” Nunu mendekati mamanya. Wanita itu sudah lembik di tepi
dinding. Sebak rasa hatinya.
“Apa jadi?”
tanya Nunu.
“Ayah..
ayah..” air mata Puan Siti jatuh bercucuran.
“Slow-slow.
Cerita kat Nunu slow-slow.”
“Kawan
ayah.. habis semua.. habis semua harta kita.. kita dah bankrap, Nunu!” meraung
mamanya menceritakan. Walaupun Nunu masih belum pasti cerita penuh, dia dia
sudah dapat dengar kata kunci. Bankrap. Ayah terkejut dan pengsan. Sakit
jantung.
“Macam mana
Nunu.. mana mama nak cari duit untuk surgery ayah?” teresak-esak tangisan
mamanya.
“Berapa kos
surgery ayah?”
“Dua puluh
ribu dik! Dua puluh ribu. Kita dah papa kedana!”
Nunu
berfikir sejenak. Pembedahan perlu dilakukan segera. Itu pun peluangnya tipis.
Tapi dia tahu, walaupun peluangnya lima puluh peratus, itu masih peluang.
“Ma.. bangun
ma. Duduk kat kerusi.” Nunu bantu papah mamanya untuk duduk di kerusi.
“Nunu ada
duit. Kita buat surgery ayah dulu okay?”
Puan Siti
pandang ke dalam anak mata Nunu. Dia dapat cari punca harapan di situ. Terus
tubuh kecil Nunu dipeluk rapat.
SEPANJANG ayahnya berada di dalam bilik pembedahan, dia
memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Mamanya beritahu yang kawan ayahnya
menarik semua harta mereka dengan bantuan peguam syarikat dan mereka diarahkan
keluar dari rumah serta-merta.
Rasa marah membuak-buak
di dalam diri Nunu. Marah macam mana pun dia kepada orang tuanya, tapi dia
takkan pernah membiarkan orang lain menyakiti mereka.
Wang
simpanan dikeluarkan hanya untuk membantu ayahnya. Selepas beberapa jam di
dalam bilik pembedahan, doktor akhirnya keluar.
Nunu segera
mendekati doktor yang sudah berusia 60-an. Wajah lelaki itu muram. Ayat cliche yang
doktor akan sentiasa gunakan. “Kami sudah buat yang terbaik, tapi Allah lebih
menyayanginya.”
Tahu
rasanya seperti apa? Saat hilang tempat bergantung itu seumpama hilang tiang
rumah. Bila-bila boleh roboh.
Puan
Siti terus pengsan apabila mendengar ungkapan itu. Nunu tahu kini.. dia
sendiri.
DIA pernah harung satu tahun dengan dua
kematian. Dan kini dia terpaksa mengharungi satu hari dengan dua kematian juga.
Kakinya longlai. Di usia 18 tahun, dia hilang seluruh ahli keluarganya.
“Nunu.”
Auntie Ma memeluk bahu Nunu dari belakang. Air mata Nunu sudah kering. Dia
tidak tahu berapa banyak lagi tangisan yang perlu dia keluarkan.
Dua
tanah merah di hadapannya dipandang sepi. Usai pengebumian, dia masih tidak
mahu berganjak dari tempat itu.
“Nunu
cuma nak masa ayah dengan mama. Look at us now. Ayah dengan mama betul-betul
duduk kat situ. No more work, no more money. I can have all of you now.” Senyum
Nunu walaupun pahit.
“Nunu,
jom kita balik.” Ajak Auntie Ma.
Maria
sudah sedia maklum tentang harta abang iparnya yang disita. Nunu sudah tidak ada
tempat berteduh. Nunu kini sebatang kara.
Selepas
dipujuk beberapa kali, baru Nunu setuju untuk pulang dengan makciknya.
Rumah
banglo itu sedikit kecil dari milik ayahnya. Tapi dia sudah cukup bersyukur
yang makcik dan pakciknya sanggup membelanya walaupun mereka sudahpun ada tiga orang anak.
Tapi
untuk Nunu, menapak di rumah ini bukanlah pengakhiran indah buatnya.
BAKI akaun bank cuma tinggal sepuluh
ribu. Dia tahu jumlah itu tidak cukup untuk menampung pembelajarannya. Awalnya
memang pengajiannya ditanggung penuh ibu bapanya. Tapi sekarang, dia perlukan
bantuan.
Dua
cuba pohon bantuan. Tapi makcik dan pakciknya sedikitpun tidak mahu menjadi
penjaminnya.
“Buat
apa belajar lagi? Kau bukan ada duit pun.” Auntie Ma mula tunjuk belang.
“Nunu
nak minta tolong auntie Ma jadi penjamin untuk pinjaman Nunu. Boleh tak?”
“Aku
jadi penjamin kau? Hah! Apa kau boleh kasi kat aku bila kau dah graduate? Buat
apa aku berhabis duit untuk kau, sedangkan aku tahu akhir nanti kau kahwin dan
tinggal dengan suami kau? Habuk untuk aku pun takde. Ini kira cukup baiklah aku
sudi kutip kau dari merempat tepi jalan tau. Jangan nak berlagak kaya lagi dah.
Kau bukan lagi anak orang kaya, tapi papa kedana!”
Nunu
tahan air mata dari tumpah. Dia kuat. Dia tahu dia kuat.
“Ma,
ma tengok tak Renault baru keluar tu?” Adlin turun dari tingkat atas mendekati
ibunya. Telefon bimbit ditunjukkan kepada si ibu.
“Cantik.
Kenapa?” Auntie Ma sengih-sengih melihat anak bongsunya yang sebaya dengan
Nunu.
“Kalau
adik dapat 3 pointer, boleh tak mama kasi ni as hadiah?” sengih Adila.
“3.5
la.”
“Susah
la ma.. 3 la..” pujuk si bongsu.
“Fine.”
Auntie Ma pandang Nunu dengan sengihan menyindir.
‘3.5
pun susah nak dapat ke? Lepas tu gigih nak Renault. Stupid spoiled kid.’ Gumam Nunu.
“Berhenti
study. Kau jangan ingat kau boleh duduk sini percuma. Makan pakai kau semua aku
nak kena tanggung tahu tak? Kerja! So that kau boleh bayar balik duit yang aku
dah gunakan untuk kau.” Ujar Auntie Ma.
‘Makan
pun sisa anak-anak kau. Beli baju jauh sekali. Tara kasi baju anak-anak kau
yang dah tak nak digunakan pun nak kecoh. Busuk betul hati.’ Bisik hati kecil
Nunu. Tapi dia tiada pilihan. Sebaik-baik rumah adalah dengan keluarga sendiri.
Nunu
akhirnya mengalah dan terus berlalu ke biliknya. Dia kira bernasib baik juga
lah sebab diberi bilik yang jauh daripada sepupu-sepupunya yang lain. Rimas
betul bila dua orang abang sepupunya tak habis-habis pandang dia macam nak
telan. Atas bawah pula tu! ‘Aku cucuk mata tu kang berlubang.’
Beberapa
kali Nunu mendail nombor Zulfathi tetapi tidak berangkat. Kali ketujuh dia
mendail nombor akhirnya diangkat juga!
“You
busy ke?” tanya Nunu.
“Hm.”
Jawab Zulfathi acuh tak acuh.
“You
kenapa? Takde mood ke? I Whatsapp you pun, dah dua hari you tak reply.”
“I
busylah dengan assignment I.”
“Hm..
I rasa I kena berhenti study la. Sebab Auntie Ma tak nak jadi penjamin I. I tak
cukup duit nak biaya sendiri yuran.” Adu Nunu.
“Habis
tu? You nak I bayarkan yuran you ke?” suara Zulfathi kedengaran keras.
“What?
No! I just cerita kat you aje. Yang you angin macam ni kenapa?” Nunu tinggi
suara. Geram pula dia.
“I
malas la nak dengar masalah macam ni. Small matter aje kan. Parents you pun
memang dah bankrap. Berhenti ajelah study kalau dah tak mampu.” Sinis suara
Zulfathi.
Nunu
terkejut mendengar apa yang baru dia dengar.
“You..
kenapa?”
“I
kenapa?” dengar jelas di telinga Nunu suara Zulfathi yang sedang mengeluh. “Kita
stop ajelah relationship ni. I takde masalah nak bercinta. Assignment I banyak
daripada nak fokus kat you.”
“Kalau
assignment you banyak, I faham. I boleh aje tak contact you. Perlu ke sampai
break?”
“Dahlah
Aina.”
Aina.
‘Dia panggil aku Aina. Dia cuma akan serius bila dia sebut Aina.’
“Kita
break ajelah.” Ulang Zulfathi.
Kesiannya Nunu. Just in a day, she lost her parents 😢
ReplyDeleteAnother thing, dishonest in relationship are spot there 😫
Well, it does exists in real world. Kadang-kadang kita tengok orang tu baik sangat dengan kita. we wont know until we had nothing to offer.
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAnd.. At that time we will know who are sincerely being our friends and who are only want to take an advantage over us :')
ReplyDelete