Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Wednesday, May 3, 2017

SPLIT 11

 

TALIAN dimatikan Maryam. Jantungnya berdegup laju. Wanita. Mungkin nombor itu sudah digunakan orang lain. Maryam bangun dari lantai dan masuk ke dalam bilik. Sungguh dia perlukan rehat.
            Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi. Maryam terjaga dari lena apabila bunyi penggera mengejutkan tidurnya. Dia terus ke bilik air dan membersihkan tubuhnya yang dari semalam tak mandi.
            Usai mandi, dia berdiri di hadapan cermin. Matanya bengkak akibat tidur selepas setengah jam berendam air mata.
            Maryam salin pakaian dan mengenakan tudung bawal di kepala. Seluar sweat pants berwarna kelabu dikenakan dengan jersey berwarna maroon. Kasut sukan dikeluarkan dari rak.
            6.30 pagi. Maryam capai Ipod dan earphone disumbat masuk ke dalam lubang telinga.
            Butang lif ditekan untuk turun ke bawah. Kalau dia tak boleh solat, ini adalah salah satu caranya sendiri untuk menghilangkan segala beban di kepala. Dia tahu bila dia penat, dia langsung tidak ada masa untuk memikirkan benda mengarut.
            Pintu lif terbuka. Wajah Mikael tersembul di dalam perut lif. Semenjak kenal si Mikael ni, makin kerap pula bertembung dekat bangunan ini. Sedangkan sebelum ni, dah bertahun menetap di sini tak pernah pula bertembung!
            “Assalamualaikum.” Ujar Mikael dengan kerutan dahi. Masih terkejut.
            “Waalaikumussalam.” Jawab Maryam dan masuk ke dalam perut lif. Pintu ditutup.
            “Mikael?” tanya Maryam.
            “Yes. But.. hey. Awalnya balik? Bukan ke awak sepatutnya balik 3 hari lagi?”
            “Tukar plan.” Ringkas jawapan Maryam.
            “Thanks anyway.”
            “Untuk apa?”
            “Convince Hafez untuk dengar cakap awak.”
            “Apa yang buat awak marah sampai dia keluar?” Maryam masih pandang nombor yang setiap saat bertukar tingkat.
            Mikael menunduk. “Nothing much.”
            Selebihnya Maryam tidak mahu tanya. Sedangkan dia juga dilanda masalah, inikan lagi nak sibuk hal orang.
            “Jogging?”
            “Yep.”
            “Hati-hati, then.”
            “Sure.” Pintu lif terbuka dan Maryam terus berlari keluar. Mikael hanya pandang belakang tubuh Maryam yang sudah keluar apabila sampai ke lobi. Pintu lif tertutup untuk turun lagi ke bawah.

MUAZZAM selak helaian surat khabar. Syira masih belum bangun dari tidurnya. Jet lag lagi kot. Puan Misha menyediakan makan pagi seperti biasa.
            “Ibu.” Panggil Muaz yang matanya masih membaca surat khabar.
            “Hm?”
            “Ibu ada simpan apa-apa gambar lagi ke?” soalan cepumas Muaz menyentak ibunya. Lantas wanita itu menggeleng laju.
            “Mana Syira dapat ni?” Muaz lempar beberapa keping gambar Mikael ke atas meja makan.
            Gambar-gambar itu ditatap. Hatinya meruntun tiba-tiba. Dari elok tiada sepalit perasaan pun, kini rasa salahnya bertimpa-timpa.
            Gambar-gambar itu diambil dan ditatap dekat dengan matanya. Muaz kerling sekilas. Jelas. Wanita tua itu tidak tahu akan gambar tersebut.
            Terus Muaz merampas kembali gambar-gambar itu dengan riak bersahaja. Puan Misha terkejut.
            “Kalau ibu tak tahu apa-apa pasal gambar ni, baguslah.” Muaz bangun dari kerusinya dan terus ke kamar bilik.
            Puan Misha tarik kerusi dan duduk di meja makan sendirian. Keadaan hatinya kini macam taufan Katrina.
            Terus memori lama hadir dalam kepalanya. Memaksa dia untuk mengunyah setiap inci perkara lama.

“ABANG!” Puan Misha menjerit kuat apabila melihat anak tunggalnya yang berusia 3 tahun disepak terajang di lantai. Beg yang tersangkut di bahu terus dipegang dan menjadi peralatan untuk dia memukul suaminya.
            Teresak-esak Muaz menangis menahan perit lebam dan luka yang ada ditubuhnya.
            “Kau diam!” hanya dengan satu tangan, Encik Zul mampu menolak tubuh kecil Puan Misha.
            Cepat-cepat wanita itu berlari dan terus membongkokkan dirinya di lantai untuk melindungi anak yang sudah terbaring daripada terus disepak terajang.
            Rokok ditangan kiri Encik Zul masih belum dilepaskan. Tapi kaki laju aje dihayun berkali-kali mengena belakang tubuh Puan Misha.
            “Kau ke tepi!” jerkah Encik Zul.
            “Abang jangan buat gila! Mati anak kita ni karang!” tangisan Puan Misha kian kuat.
            “Aku tak peduli! Dia bukan anak aku!”
            “Abang!” Tak disangka lelaki yang dikahwininya atas dasar cinta separuh mati itu boleh mengeluarkan kenyataan yang cukup untuk merobek jantungnya.
            Berkali-kali ditendang, tetapi Puan Misha masih tidak berganjak. Encik Zul berhenti. Naik bosan! Lantas lelaki itu terus keluar daripada rumah. Keluar dan tidak pernah kembali.
            Puan Misha raup wajah.

MARYAM senyum nipis sambil mendukung seekor anak kucing kecil yang dijumpainya di dalam longkang ketika bersenam di taman tasik.
            “Akak mandikan awak dulu okay?” Maryam tolak daun pintu. Elok sahaja dia masuk ke dalam rumah, telefon bimbitnya yang ditinggalkan di atas bar dapur berbunyi. Si comel itu diletakkan di dalam sangkar sementara dia menjawab panggilan. Tudung dilurut ke depan.
            “Hello?” sapa Maryam.
            “Hello, Mar.” Lembut suara itu.
            “Ye Ma.”
            “Still kat Jogja ke?”
            “Dah balik Malaysia semalam, Ma.”
            “Tak bagi tahu Ma pun. Ma ingat kakak masih kat Jogja. Ma baru nak ingatkan kakak untuk beli barang Ma.” Puan Sarah selaku ibu Maryam berkata.
            “Dah beli Ma. Kakak tak lupa barang Ma.”
            “Ma baru nak ingatkan. Baguslah kalau kakak dah beli. Bila nak datang rumah?”
            “Minggu ni.”
            “Kakak kerja ke hari ni?”
            “Tak pun. I got another 2 days off.”
            “Datanglah sini hari ni kalau macam tu.”
            Maryam terdiam sejenak. Bukan tak nak balik rumah.. tapi.. hmm..
            “Kakak baru ambil kitten tadi Ma. I’ll be home this weekend, I promise.”
            “Hm.. kakak terasa hati dengan ayah lagi ke?”
            “Hm? Takdelah. I’m fine. Biasalah, ayah..” Maryam kira jari kaki yang memang takkan bertambah tapi boleh jadi berkurang!
            “Terlanjur cakap pasal tu, mama bukan apa.. Kakak dah 27. Kakak kena ingat..” tak sempat Puan Sarah menghabiskan ayat, Maryam terlebih dahulu mencelah.
            “Ma, I’ll call you back? Kitten ni tak makan lagi and he’s biting my toes. Lapar sangat dah ni. Kita cakap lagi nanti weekend, okay? I love you. Bye Ma. I really love you. Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Maryam pejam mata. Serabut kembali kepalanya yang sudah agak tenang dek bersukan tadi.
            “Kita mandi okay, Renko?” Maryam buka pagar sangkar dan terus mencapai tuala yang dilipat di dalam kabinet kecil sebelah sangkar. Khas untuk kucing-kucingnya.
            Suis pemanas air dihidupkan dan besen di letak ke lantai. Bunyi meow dari Renko cukup membingitkan telinga.
            “Kita mandi lah. Tengok badan awak ni, kotor-kotor dengan basah longkangnya lagi. Bulu tanggal-tanggal dah ha.” Sayu hatinya apabila memandikan binatang kegemaran Nabi bila dia sendiri boleh rasa tulang belakang anak kucing itu. Kurus-kering!
            Selesai mandi, laju aje tangannya menyiapkan makanan untuk si kecil. Sesudah si kecil itu makan, boleh nampak perutnya yang boboyot! Mandi, makan, dan tidur. Siap!
            Telefon dicapai. Nombor Meen dicari.
            “Assalamualaikum.” Sapa Maryam.
            “Waalaikumussalam. Kau okay?” dari pagi dia tunggu panggilan dari Maryam sebenarnya. Risau.
            “Fine. Kejap lagi aku pergi rumah kau ambil Puss dengan Mocoon. Kau dah habis kerja, dah sampai rumah terus Whatsapp aku, okay?”
            “Hmm. Why not aku pergi rumah kau? Boleh?”
            “Tak susahkan kau ke?”
            “Not at all. Kau nak jemput aku kat bawah lagi ke?”
            “Thank you. Nope. Case dah settle.”
            “Great! See ya!”
            Talian dimatikan.
            Maryam buka komputer riba. Bebola matanya laju ke kiri dan kanan. Laman web Clover dibuka. Diperhatikan rekaan terbaru yang baru dimuatnaik ke laman web. Jarinya pantas bergerak ke seluruh penjuru untuk menggerakkan tetikus.
            Telefon diambil. Aplikasi Whatsapp dibuka. Nama kumpulan Clover ditekan.
            Maryam           : Hi. Mana design calla?
            Fisha                : Maaf bos, lupa nak upload yang tu.
            Maryam           : I’m home already. Mana Sia?
            Sia                   : Right here.
            Maryam           : Boleh tolong hantar file kat rumah I tak? I letak all the files dalam first drawer dalam bilik I.
            Sia                   : Sure. You nak bila?
            Maryam           : Today if possible. Or next morning.
            Sia                   : Esok pagi I hantar. Harini I nak pergi Bangi tengok site.
            Maryam           : Nice. Let me know the details nanti okay? I love you Sia!
            Sia                   : Haha. We all love you too! Rehat la puas-puas okay Mam!

            Maryam senyum. Seronok sebenarnya kalau ada pekerja yang boleh sekepala, dengar kata dan boleh buat kawan.

No comments:

Post a Comment