“Aku takde nanti, kau kena kuat. Macam mana pun, kau tak
boleh mengalah. Kalau kau mengalah, kau bukan adik aku.” Pesan Ashraf.
Nunu peluk
tubuh sambil bersandar di kerusi. Matanya menjeling dan memandang tempat lain.
Matanya sudah merah.
“Kau dengar
tak?” kerut dahi Ashraf.
“Adik tak
mengalah kalau abang pun tak mengalah.” Mata mereka berpandangan antara satu
sama lain. Ashraf sengih dengan bibir pucat dia.
“Kau pernah
tengok aku mengalah ke? Sampai hari ni aku hidup lagi tau.” Ketawanya lemah.
‘Bad joke.’ Rengus Nunu.
“C’mon. Muka
macam cekodok basi kenapa? Aku ada lagi 7 bulan lah. Mana nak tahu berkat doa
kau, 7 bulan boleh jadi 7 dekad.” Gurau Ashraf.
“You’re bad
at joke. Tak kelakar langsung.” Marah Nunu. Ashraf sambung ketawa.
“Dik, aku
hensem tak?” tanya Ashraf.
“Boleh la.
Kalau abang ada rambut lagi hensem. Sekarang dah botak, macam alien.” Mata Nunu
masih merah tapi dia cuba berfikiran positif.
“Kimo ni la
buat aku botak. Bilik sebelah ada budak perempuan tu lawa gila dik! Aku rasa
kita orang boleh jadi kawan baik sebab kita orang ada matching head. Dia pun
botak juga.” Ketawa Ashraf.
“Ei tak baik
tau abang ni.” Nunu tumbuk lemah lengan abangnya.
“Happy la
sikit.” Ashraf sedar wajah Nunu terlalu muram hari ini.
Tak dapat
dibendung, akhirnya Nunu mengalirkan air mata. Adik mana yang tak sedih melihat
abang terbaring di katil hospital dengan tiub di tangan, muka pucat, kepala
tidak berambut, selalu sibuk dengan kimoterapi.
Lelaki ini
yang dulunya berlari padang empat pusingan siap gelak-gelak lagi. Dialah yang
sentiasa ada bila ayah bertempik dek masalah yang timbulkan. Umpama pari-pari
yang sentiasa melindungi. Tapi kini..
“Hey.”
Ashraf hulur tangan minta disambut. Nunu kesat air mata yang sudah jatuh sampai
ke dagu dengan belakang tangan. Tangan mereka bertaut.
“You’ll be
fine. After all, kau kan troublemaker dalam family kita. Kau kuat. Aku tahu
tu.” Senyum Ashraf.
Air mata
Nunu jatuh lagi. “Siapa nak tolong adik kalau ayah marah lagi?”
“Nanti kalau
aku takde, aku duduk kat bahu ayah macam hantu raya. Bisik kat ayah kasi
lepaskan kau. Okay?” gurau Ashraf lagi. Tapi gurauan itu menambah duka Nunu.
“Okay, okay.
Sorry. Janganlah menangis. Kau ni menangis macam esok aku nak mati aje.” Ashraf
mengelus lembut jemari Nunu.
“Abang boleh
tak stop cakap pasal mati?” terus Nunu menangis teresak-esak.
Ashraf diam.
Dia biarkan adiknya itu menangis semahunya sebelum gadis itu kembali tenang
selepas 2 minit.
“Kalau kau percaya
aku sentiasa ada dengan kau, then aku memang akan sentiasa ada. Jangan pernah
lupa aku sebab kalau kau lupa, aku takkan ada untuk kau.” kepala Nunu diusap
lembut.
“Kenapa
abang tak bagi tahu awal-awal? Kalau abang bagi tahu awal, kita orang boleh
tolong abang.”
“At first,
aku tengok mama lebihkan Afgan, aku rasa marah. Jealous. Yelah sebab dia sakit,
mama sentiasa kasi perhatian kat dia. Mama tak pernah dengar apa aku nak cakap.
Pada dia, aku ni suka buat masalah, macam kau lah. Apa pun yang keluar dari
mulut aku, semua masalah pada dia. Aku sayang Afgan. Sebab tu aku tak cakap
apa-apa. Aku rasa aku lagi kuat dari dia. So dia memang layak dapat perhatian
lebih dari mama.
Aku tengok dia buat kimo, and dia selalu cerita kat aku bila
aku teman dia kat hospital.. kimo sakit. Dia tak nak dah buat kimo. Dia siap
merayu kat mama. Tapi mama tak nak dengar. Mama cuma nak dia balik seperti
asal.
Aku pernah give up. That happened bila Afgan meninggal. Aku
rasa macam kimo ni just melambatkan masa untuk mati tapi with a great pain. So
aku diam. Better aku mati dengan aman daripada kena cucuk sana sini. Tapi kau
adik aku lagi cepat nampak perbezaan aku. Macam biasa, mama paksa aku buat kimo
macam Afgan.” Ashraf ketawa. Mengenangkan kembarnya yang sudah meninggal dunia
memang perit.
“Aku buat kimo ni sebab kau tau. Sebab aku nak kau belajar
dari aku, life isn’t something that you can give it up easily. You live once,
and you have to embrace it. Pahit atau tak, kau kena tempuh juga. Cuz believe
me, dalam semua kepahitan, Allah akan kasi satu kemanisan untuk kau. Which aku
tengah merasa sekarang.” Ashraf jungkit-jungkit kening dengan senyum lebar
sampai ke telinga. Seronok bila makan disuap si ibu, kaki dipicit si ibu. Nak
manja lebih tu memang time ni lah.
“Nunu.. aku nak kau janji dengan aku, apa pun jadi.. kau kena
kuat.” Ashraf genggam jemari Nunu. Dengan kuatnya Nunu menahan air matanya dari
tumpah. Tapi itu cuma bukan sesuatu yang dia dapat kawal.
Air mata Nunu diseka Ashraf. “Afgan dengan aku sayang kau.
Kau cuma tak bernasib baik sebab dapat abang kembar macam kita orang yang tak
dapat protect kau dalam jangka masa yang panjang. You’re on your own soon.”
“Abang maybe annoying berbanding abang Afgan, but you’re
definitely my favourite.” Nunu paksa diri untuk senyum.
“Kau adik aku. So kau kena make sure yang darah anak jantan
berani aku ni mengalir dalam badan kau. Kau berani lemah, aku duduk atas bahu
kau macam hantu raya.”
Ketawa mereka meledak.
“Dik, pakailah tudung. Kau bukan lagi budak. Kau dah period
tau.” Sengih Ashraf.
“ABANG! Kenapa abang tipu adik! Abang kejam! Abang jahat!”
jerit Nunu. Tubuhnya dipeluk dari belakang oleh ayahnya. Puan Siti sudah
terjelepok bersandar di tepi dinding hospital dengan air mata mengalir laju.
Dia tak mampu berkata-kata lagi.
Beberapa
bulan lepas, Afgan meninggalkannya. Hari ni, Ashraf pula. Dalam satu masa Allah
beri mereka berdua di dalam hidup Puan Siti, dan dalam masa satu tahun Allah
tarik kedua-duanya. Subahanallah. ‘Dengan penyakit kanser yang sama, Kau ambil
mereka, Ya Allah.’
Upacara
pengebumian tamat. Nunu masih duduk di tepi kubur Ashraf. Kubur Afgan hanya
bersebelahan dengan Ashraf dan tanahnya juga masih lagi merah.
“Adik, jom.”
Ajak Encik Hassan.
“Ayah
baliklah dulu. Kejap lagi ayah minta pakcik Syuib ambil adik. Kasi adik lagi setengah
jam.” Pinta Nunu.
Encik Hassan
hanya mengangguk walaupun berat untuk dia tinggalkan anak bongsunya di kawasan
perkuburan seorang diri.
Nunu ambil
tempat di atas tikar mengkuang. Buku yasin dibuka dan 83 ayat dibaca. Ayat yang
terakhir buatkan air mata Nunu menitis di atas buku itu. Beberapa saat
kemudian, hujan mulai turun. Sebaknya, hanya Tuhan yang tahu.
Habis lencun
bajunya dan ketika itulah air matanya mengalir laju.
“Adik sayang
abang. Adik sayang abang!” kedua kubur abangnya dipegang, walaupun cuma tanah.
Dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali.
SELEPAS setahun pemergian Ashraf dan Afgan, Encik Hassan buat
keputusan untuk menghantar Nunu ke Madrid. Mana tidaknya, boleh dikatakan
setiap minggu dia akan dipanggil ke sekolah dek masalah yang Nunu timbulkan.
Perempuan, tapi perangai macam jantan!
“Perlu ke?”
tinggi suara Nunu.
“Tanya diri awak
sendiri, perlu ke tidak.” Encik Hassan laju menaip di komputer ribanya.
“Ayah, adik
SPM tahun depan kot! Perlu ke ayah nak hantar adik pergi sana?”
“You just
need to stop behaving the way you were.”
“Ayah hantar
adik ke sana pun tak menjamin yang adik boleh tukar perangai adik.” Nunu peluk
tubuh dengan muka bengisnya.
“Arwah
abang-abang awak manjakan awak sangat. See what happened?”
“Bukan salah
dia orang I’m spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah
ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah
sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did,
ayah kata adik spoiled? You spoiled me! Bukan abang!” tengking Nunu.
“Ayah tak
pernah ajar awak untuk tinggikan suara dengan orang tua!”
“Yes. Memang
ayah tak pernah ajar. Tapi pernah tak ayah fikir yang suara anak ayah seorang
ni ayah tak pernah nak dengar? Adik cuba untuk cakap dengan ayah over and over
tapi ayah selalu kata ayah busy. I’m having my hard time kat sekolah, kena buli,
kena maki just sebab abang dah takde untuk protect adik. Adik cuma nak lima
minit ayah dengan mama untuk dengar apa yang adik nak cakap. Adik tahu abang
Afgan dengan Ashraf anak kesayangan, but that does not mean yang adik bukan
anak ayah mama langsung. At least please, dengar apa yang adik nak cakap.
Adik buat
masalah kat sekolah so that you can come to my school and see what’s happening.
In one week, you guys just spend one to two hours kat sekolah sebab masalah
yang adik buat. Itu pun dengar dari cikgu. Dari adik sendiri, mama ayah pernah
nak luang masa tak untuk dengar? Mama dengan ayah tak pernah tengok what’s
happening to me. All I need is your time. Not your money.” Nunu terus berlari
naik ke biliknya dan pintu bilik dihempas kuat.
Gambar Afgan
dan Ashraf ditarik dari bawah bantal. Gambar itu dibawa rapat ke dada dan malam
itu dia tidur dengan ditemani kedua abangnya yang hadir cuma dalam mimpi.
NUNU hela nafas berat. Encik Hassan dan Puan Siti berjalan
perlahan di belakangnya. Beg galasnya dibetulkan.
“Ma dengan
ayah hantar sampai sini cukuplah. I can do the rest on my own. Lagipun sebelum
ni, semua benda adik buat sendiri.” Nunu hulur tangan untuk menyalam kedua
orang tuanya.
“Nanti kalau
tak cukup duit, bagi tahu ayah. Ayah bank in.” ujar Encik Hassan. Sebenarnya
apa yang anak daranya kata tempoh hari cukup terkesan di dalam jiwanya. Tapi
ianya terlalu lambat untuk dia perbaiki apa yang sudah rosak.
“Sure.”
Senyum Nunu.
“Next year you
need to take the SPM.” Beritahu Encik Hassan.
“Yeah I
know. Nunu boleh pergi balik Malaysia macam bercuti.” Nunu senyum kelat. Encik
Hassan cuma mengangguk. Puan Siti terus memeluk tubuh Nunu. Dia tahu anak daranya
itu masih marahkan mereka.
“So kat sana
nanti Nunu kena duduk dengan auntie An?”
“Aah. Ayah
dah bagi tahu dia bila flight Nunu sampai.”
“Alright.”
Tiada bye, tiada Assalamualaikum, tiada I love you, tiada take care, Nunu terus
pergi tanpa menoleh ke belakang. Hatinya terguris. Dia tidak mampu untuk
menyatakan bahawa dia teramat-amat sayangkan kedua orang tuanya. Sakit di
hatinya lebih hebat.
Beberapa
saat kemudian baru dia berhenti melangkah dan berpaling. Kedua kelibat orang
tuanya sudah hilang. Air matanya jatuh. Betul ke ada ibu bapa yang berbagi-bagi
kasih sayang antara anak? Betul ke wijud dalam dunia ni anak kesayangan dan
bukan kesayangan?
Telefon Nunu
bergetar.
Zulfathi : Have a safe flight babe. I love
you.
Nunu senyum
juga akhirnya. Teman lelaki yang dia kenal dari awal tahun itu sedikit sebanyak
mengubat duka di hati. Mulanya dia seakan tidak percaya, kenalan abangnya itu
juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
Pernah
Ashraf beri isyarat mata berapi kepadanya supaya jangan mendekati Zulfathi. Over
protective betul abang yang satu ni.
No comments:
Post a Comment