JARUM jam menganjak ke angka 5. Pintu rumah
Maryam diketuk dari luar membuatkan wanita itu terkejut. Cermin mata ditarik
keluar dari soket telinga. Komputer riba dibiarkan terpasang.
Lubang
intip dilihat dengan sebelah mata. Mikael?
Maryam
pantas capai tudung bawal dan disarung ke kepala sebelum pintu dibuka.
“Yes?”
“Nah.”
Plastik bungkusan dihulur.
Maryam
pandang plastik itu dengan pandangan pelik.
“Apa
ni?”
“Plastik.”
Jawab Mikael.
“Seriously?”
“Makananlah.”
“Saya
tak minta..”
“Nah.
Ambil. Muka awak stress pagi tadi and it bother me all day. Food might help you
lessen your stress. Jangan risau saya belikan awak healthy food. From neighbour
to neighbour.” Panjang celoteh Mikael.
Bijak.
Sangat bijak dan peka. Perempuan ni memang suka kan perkataan healthy, beauty
dan segala ty ty.
Plastik
bertukar tangan. Maryam tidak tahu untuk kata apa selain terima kasih. Mikael
terus berlalu dan menekan butang naik.
Maryam
gigit bibir bawah. “Mikael!” panggil Maryam.
“Yes?”
Mikael menoleh.
“Boleh
kita bercakap?”
“Sure.”
Mikael tidak berfikir panjang sebelum bersetuju.
ICED CHOCOLATE CARAMEL disedut Maryam. Mikael
peluk tuduh dan bersandar memandang Maryam yang masih tidak berkata apa-apa
sejak lima belas minit yang lalu.
“I
thought kita nak bercakap?” Mikael senyum.
“Oh
yea.” Maryam gigit bibir bawah. Tidak tahu samada patut dia untuk bercerita
tentang ini kepada Mikael. Tapi Mikael pun ada cerita pasal dia. Apa salahnya
kalau dia bertukar cerita? Tapi dia memang betul-betul perlukan seseorang buat
masa sekarang.
“Saya
tak tahu nak mulakan macam mana. I’m confused and saya tak tahu nak bagitahu
awak macam mana.” Maryam angkat wajah dan memandang tepat ke dalam anak mata
Mikael. Dia yakin lelaki ini boleh dipercayai.
“You
can trust me.”
“Okay
macam ni. When I was 20, saya ada kawan.. baik... And saya suka dia. Dia baik,
ramah.. sometimes funny.” Maryam senyum apabila teringat kenangannya dengan
Aryan.
“During
my 5th semester, saya dapat tahu yang Aryan is not coming back from semester
break. Dia stop terus diploma. Saya try call and mesej dia tanya apa jadi tapi
tak berjawab, tak berbalas. Kita orang memang takde masalah apa-apa. Tiba-tiba
aje dia berhenti study. Saya baik juga dengan parents dia. One day, saya dapat
mesej dari ibu dia.. kata yang dia meninggal dalam kemalangan jalan raya. But
what confused me is that ibu dia minta saya lupakan semua pasal dia.
Everything. Jangan call or mesej lagi.. she asked me to forget every piece of
Aryan..” mata Maryam mulai bergenang. Mikael setia mendengar.
“Tujuh
tahun... tujuh tahun saya diam. Saya ikut apa yang ibu dia cakap. Tak pernah
bertanya sesiapa pun pasal Aryan. Ignore kewujudan dia selama ni completely.
Tak pernah cuba untuk call or mesej dia. Even Facebook dia pun saya unfriend
and buang everything pasal dia. Everything. Except his phone number. Even saya
takde gambar dia, tapi saya still boleh ingat muka dia. Inside, saya tak pernah
lupakan dia..” Air mata menitis. Mikael tarik nafas dan perbetul posisi. Sempat
dia menghulur tisu kepada Maryam.
“I
did my very best for everything. Saya hold seorang diri selama ni. Tapi saya
dah tak boleh. Waktu kat Jogja beberapa kali saya nampak bayangan dia. Saya
cuba positif. Mungkin itu semua ilusi saya aje. Tapi waktu saya hantar Hafez
kat airport, saya jumpa dia lagi. Much more closer. Kita orang bertentang mata!
But he said nothing. And in your phone mungkin ada gambar Aryan. Meen beritahu
saya yang Hafez ada tunjuk gambar saya once dia touch down KLIA. Aryan ada kat
belakang saya.” Panjang cerita Maryam. Dia dah tak tahu sama ada ingin menangis
atau diam sahaja.
“My
phone?” Mikael mengeluarkan telefon bimbitnya. Aplikasi galeri dibuka.
PASSWORD.
“Password?”
Mikael angkat kepala.
“Hafez.”
Kata Maryam.
“So
sekarang ni..”
“Saya
nak make sure yang Aryan masih hidup. Tanya dia apa semua ni. I may not get
back my 7 years, tapi I deserve an explaination, kan? Atleast?” Maryam cari
anak mata Mikael.
“Need
my help?” Mikael senyum tawar. Kepalanya terasa berpinar.
Maryam
menggeleng. “Saya perlukan Hafez.”
“Emmm.”
Mikael telan air liur. Sakitnya kian menjadi-jadi. Dahinya berkerut.
“Awak
okay tak?” Maryam pelik melihat Mikael.
“Em.”
Mikael picit kepala.
“Sakit
kepala ke?”
Mikael
memukul kepalanya beberapa kali. Orang lain yang memerhati mula berbisik-bisik
antara mereka.
“Hey..
okay tak?” hilang terus sebak Maryam apabila Mikael dalam keadaan begini.
“Awak
tak patut tunggu tujuh tahun, awak tahu tak?” karakter itu berubah. 360 darjah
berubah!
Mikael
peluk tubuh dan memandang Maryam. “Susah betul nak keluar. Mikael ni kuat
sangat.” Bebel lelaki itu. Maryam tambah pelik.
“Awak..
siapa?” karakter baru ke?
“Suffian.
Encik Suffian.” Jawabnya. Maryam gigit bibir.
“Tadi
waktu awak bercerita dengan si Mikael ni, saya ada dengar. Cuma tak mampu nak
keluar bila Mikael ni kuat sangat menahan.”
Air
kopi disedut melalui straw. “Ya Allah! Manis melecaih! Air apa Mikael ni minum?
Silap-sila potong kaki ni nanti.”
Maryam
jungkit kening sebelah.
“Awak
umur berapa?” soalan sudah bermula.
“27.”
“Dah
kahwin belum?”
“Belum.”
“Dah
27 pun belum kahwin lagi? Tunggu apa lagi.. kahwin ajelah. Dok sibuk kejar si
Aryan tu lagi buat apa?” bebelan lagi.
Maryam bersandar di kerusinya. Sebiji macam
ayahnya membebel!
“Mika.. Encik Suffian, tadi saya bercakap
dengan Mikael. Sepatutnya Encik tak patut pasang telinga.” Eh geram pula aku
dengan orang tua ni.
“Nak buat macam mana.. saya dengan dia orang
yang sama. Awak boleh bagitahu saya apa pun yang awak nak bagitahu Mikael.”
Sengih Encik Suffian.
“Takpelah. Takde benda dah saya nak bagitahu
dia.” Maryam capai air dan sudah berkira-kira untuk berlalu.
“Eh-eh. Nak pergi mana?” tanya Encik Suffian.
“Balik.” Jawab Maryam.
“Macam manalah awak ni. Manakan ada orang nak
kahwin dengan awak kalau awak biadab macam ni? Patutlah tak kahwin-kahwin
lagi.” Encik Suffian turut bangun dari tempat duduknya dan capai kopi ‘manis’
tadi.
‘Sumpah aku rasa nak tumbuk aje muka lelaki
ni sekarang juga!’
“Jomlah. Tercegat apa lagi?” Encik Suffian
toleh ke belakang bila Maryam tidak berganjak.
“Pergi mana?”
“Lahh. Hantar saya baliklah. Saya ni dah tua.
Mana larat nak memandu. Nanti saya tunjuk rumah saya kat awak.” Encik Suffian
sambung melangkah. Maryam ketap gigi. Okay, ini memang betul-betul tak jangka.
Maryam buka pintu kereta dan memboloskan
tubuhnya ke dalam tempat duduk sebelah pemandu.
“Eh! Awak drivelah. Kan saya cakap tadi saya
tak larat.” Kata Encik Suffian yang buka semula pintu yang baru ditutup Maryam.
“Tapi ni kereta Mikael.”
“Cuba awak hormat sikit orang tua. Barulah
senang jodoh datang dekat awak.” ‘Sekali lagi lelaki ni cakap pasal jodoh,
sumpah aku tumbuk sampai berterabur gigi dia! Lantaklah kalau dia kata dia umur
50-60an. Aku peduli apa! kau duduk dalam badan Mikael kot.’ Omel Maryam.
Dia akhirnya keluar dari perut kereta dan
bertukar ke tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan apabila kunci kereta
bertukar tangan.
“Check side mirror, cermin tengah, seat okay
ke tidak.” Bebel Encik Suffian sambil menarik tali pinggang keledar. Maryam
merengus.
“Dah.”
“Signal. Check signal.” Mata lelaki itu kuyu
sebiji macam orang-orang tua.
“Nak check macam mana?”
“Lah. Tak pernah check signal ke? Apa yang
awak tahu ni? Tarik ajelah signal tu. Tengok bernyala ke tidak.”
Maryam ketap rapat bibirnya. ‘Ya Allah,
maafkan dosa aku, ya Allah kalau aku tinggal lelaki ni tepi sungai bonus ke,
tong sampah ke.’
Because
you know I’m all about that bass
‘Bout
that bass, no treble
I’m all
about that bass
‘Bout
that bass, no treble
I’m all
about that bass
‘Bout
that bass, no treble
I’m all
about that bass
‘Bout
that bass... bass... bass... bass
Lagu
Meghan Trainor kedengaran nyaring bergendang di dalam kereta apabila kereta
mulai berjalan.
“Kuatnya!”
komen Encik Suffian. Maryam perlahankan.
“Lagu
apa ni? Merepek aje. Tukarlah.” Maryam tukar siaran.
Yeah
I know, I know
When I compliment you, you won’t believe me
Bruno Mars, Just the Way You Are.
“Saya
ni bukan apa. tak berkenan dengan lagu orang putih ni.” Tambah Encik Suffian.
Maryam tukar siaran lain.
Ku disini kan setia
Menunggumu Oh kasihku
Meskipun maut mendatang
Menjemputku
Permata Cinta, Aiman Tino.
“Bukan
main lagi kan, sampai maut datang menjemput. Padahal amalan belum cukup lagi.
Macam-macam la orang sekarang ni.” Maryam tukar siaran lagi.
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Pergi tak kembali, Rabbani.
“Awak
takut tak dengar lagu macam ni? Seram saya.”
Maryam
toleh ke kiri. Radio dimatikan.
“Eh
kenapa matikan radio?” tanya Encik Suffian.
“Sebab
saya ‘takut’!” gumam Maryam.
“Tak
boleh. Awak tak boleh takut benda-benda macam ni. Yang hidup pasti akan mati.”
Amboi bukan main lagi nasihat dia. Padahal dia sendiri yang cakap tadi, seram!
“Eh,
singgah kedai kejap. Saya nak beli roti.” Arah Encik Suffian.
YA
ALLAH!!
Updatelah lagi SPLIT T____T
ReplyDeleteSPLIT dah keluar buku and you can get it cepat cepat.. yeayy! hahaha
DeleteAssalamualaikum sis...dkt tgn sis xde ke novel SPLIT...kalau ad sya igt nk beli kat sis trus...bca dr bab awl rsa best sesangat...sya ska smua novel sis
ReplyDeletewaalaikumussalam. saya tak ambil stok lagi. heheh. anyway thanksss heheh
DeleteMana nak cari novel split ni, tak jumpa
ReplyDelete