Berulang kali dia membaca emel yang baru
diterimanya. DITERIMA? ‘Aku diterima? Like serious lah. Acah-acah pula dia.’
“Kak
Bal.” Nunu ambil tempat di sisi Balqis yang sedang baru nak hirup teh panas.
“Hm
kenapa?” televisyen dihidupkan.
“Nunu
tak salah baca kan? Dia tulis Nunu diterima?” Telefon bertukar tangan.
Perlahan-lahan
wajah itu mengukir senyuman. “Yeap. Congrats!”
‘Matilah
kau, Nunu. Kau bajet gila time interview hari tu kan? Kau tau kan Rozita tu
akan jadi bos kau?’
“Tapi
haritu Nunu..” Nunu pandang Balqis tak berkelip.
“Nunu...
awak buat apa lagi ni?”
Nunu
terus bangun dan masuk ke biliknya. Dia menekup mukanya dengan bantal dan
kemudian menjerit sekuat hati.
“I
just wanna say, you make up doesn’t suit your age and face. Too much make up
can’t hide your flaws anyway.”
Boleh ketika dia bertemu Puan Rozita di
lobi dia ungkapkan itu?! Memanglah dia berlaku jujur, tapi dia langsung tak
sangka yang dia akan diterima kerja. Logik akal kan lepas dia cakap macam tu
memang dia takkan diterima? Kan? Hello! Anybody????
‘Sebelah
kaki kau dah masuk neraka, Nunu.’
“YOU WHAT?” Alan yang baru selesai shift
terkejut mendengar apa yang Nunu beritahunya. Patutlah Puan Rozita berkali-kali
menelefonnya dan menentang habis-habisan cadangannya. Tapi disebabkan dia
antara nama-nama yang mempunyai share terbesar dalam syarikat itu sejak tiga
tahun lepas, Puan Rozita tiada pilihan.
Sanggup
Nunu datang sampai ke hospital untuk memberitahunya tentang itu. Alan ketawa
tak berhenti. Dia tarik keluar kot putihnya dan digantung di tiang kayu.
“Tu
la mulut tu tak reti nak jaga.” Alan menggeleng-geleng. Tawa dia masih bersisa.
“Saya
tak tahu pun yang saya akan diterima!”
“Kenapa?
You harap you tak dapat kerja tu ke?” Alan pandang Nunu. Takkan dia nak
beritahu perkara sebenar?
“Ala..”
Nunu garu trapezius yang terasa gatal.
“Nunu,
jawab. You tak nak kerja tu ke?”
“Bukan
tak nak..”
“Dah
tu?”
“Macam
mana awak boleh kenal orang dalam syarikat tu?” ye. Soalan itu yang dia ingin
tahu.
“I
salah seorang pemegang saham dalam syarikat tu.”
Nunu
terpempan.
“That
company belongs to my father.” Jujur habis Alan.
Perlahan-lahan
Nunu rasa dunianya gelap. Dia dapat rasa Bumi sedang berputar laju dan dia
hampir jatuh dan terlepas dari tarikan graviti.
Nunu
duduk terjelepok.
“Nunu.
Are you okay?” Alan turut melutut mendapatkan Nunu.
“Dia
bunuh ayah, dik! Dia bunuh ayah!”
Tangisan mama masih segar di dalam
kepalanya. Lelaki yang berada di hadapannya kini.. adalah anak kepada lelaki
yang telah meragut nyawa kedua orang tuanya. Kalau bukan lelaki tua itu, dia
takkan jadi anak yatim piatu diawal usia 18 tahun!
“Nunu?”
Alan mencari anak mata Nunu.
Tanpa
berkata sepatah pun, Nunu bangun dan terus berlari keluar dari hospital.
Melihatkan perlakuan drastik Nunu, Alan tidak berfikir panjang untuk mengejar
gadis itu.
“Hey.
Hey. Kenapa ni?” nafas Alan tercungap-cungap tapi dia sempat mencengkam siku
Nunu. Ini dia kelebihan seorang doktor. Berlari itu tidak menjadi masalah.
“Nothing.”
Ujar Nunu perlahan. Air mata sudah basah di pipi.
“Don’t
say it’s nothing when it is something.” Alan cuba mencari anak mata Nunu dari
kepala yang menunduk rapat 45 darjah ke lantai.
“I
said nothing!” tengking Nunu. Kali ini dia lebih berani untuk bertentang mata
dengan Alan.
Terlepas
pegangan di siku Nunu. Gadis itu terus berlalu meninggalkan Alan yang masuk tersentak
dengan tengkingan gadis kecil itu.
“I
said nothing!”
Ayat itu bergema di dalam kepala Alan.
Bola keranjang itu di baling ke syiling dan disambut berulang kali dalam
keadaan posisi dia sedang berbaring di katil.
“Adik,
kenapa ni?” berkali-kali soalan yang sama diulang Alan. Melihatkan adiknya itu
kerap berdarah hidung dan berwajah pucat, dia jadi risau.
“Nothing.”
Perlahan suaranya. Hilang tenaganya.
“That
is nothing!” penuh mangkuk sinki dengan darah.
“I
said nothing!” jerit Alisya. Air mata gadis berumur 14 tahun itu menitis.
“Kita
kena pergi hospital.” Alan tarik bahu Alisya supaya mengikutinya.
Alisya
masih degil dan tidak mahu berganjak dari sinki.
“Adik!
You’re bleeding!” marah Alan. Air mata jantannya hampir mengalir tapi dia
kuatkan diri.
Pandangan
Alisya makin pudar dan akhirnya dia rebah.
Kali pertama dia mendengar jeritan Nunu
di atas tembok jambatan, dia terdengar perkataan abang. Sebenarnya dia dengar
semua yang dikatakan Nunu. Dalam diri Nunu, dia nampak arwah adiknya, Alisya.
Kerana
itu dia sentiasa ingin membantu gadis itu. Apa beza Nunu dengan Alisya? Nunu
hanya lebih sikit sebab dia cantik. Alan senyum nipis.
“You won’t
understand how it works sampailah orang tu mati.”
Kata-kata Nunu tempoh hari diingat
kembali. Dia dah merasa. Cita-cita menjadi seorang juruterbang dibatalkan
semata untuk meneruskan niat menjadi seorang doktor.
Azam dia tak pernah berubah sejak
adiknya meninggal. Dia tak mahu orang lain merasa apa yang dia rasa. Dia akan
usaha untuk cari jalan menyembuhkan pesakit seperti arwah adiknya.
Sebab itu padanya, profesion sebagai
seorang doktor itu penting. Dia rela kebahagiaan dia mati. Tapi bukan
kebahagiaan orang lain.
Alan keluarkan telefon bimbit dari poket
seluar slack yang masih tidak bertukar sejak balik dari hospital.
Aplikasi Whatsapp dibuka dan nama Nunu
dicari. Last seen baru beberapa minit lepas.
Alan :
Nunu, are you okay?
Lima minit sudah mesej dihantar. Tapi
masih belum dibalas. Alan pusing ke belah kanan. Skrin telefon ditenung bagai
nak tembus tapi tidak bersahut pun.
Orang kata warna biru itu menenangkan.
Macam langit dan laut. Tapi BLUE TICK ini langsung tidak menenangkan hatinya.
‘Biadab. Kau baca tapi tak reply?!’
Terus nombor itu didail.
Nunu pandang sepi telefon bimbitnya yang
sudah tiga kali berdering. Ditukarnya kepada mode getar. Bising juga bila dok
bergetar atas meja. Telefon ditarik dan diletakkan bawah bantal. Dia yang duduk
di katil turut sama bergetar mengikut irama getaran telefon. Ciskek betul.
Tidak tahan dengan panggilan yang tak
henti-henti itu, Nunu ambil keputusan untuk menekan butang hijau.
“At last! Nunu kalau you ada problem,
bagi tahu. I boleh tolong.” Ujar Alan yang sudah khuatir dengan reaksi Nunu.
Sepi.
“Nunu?”
Tidak bersahut.
“Hello?”
Iphone milik Nunu di atas katil. Di
hujung talian, Alan masih dok hello-hello tak habis-habis sedangkan gadis itu
sudah berada di dalam bilik air untuk mandi.
‘Ni mesti dia biar aje panggilan disambung.
Entah apa kerjalah dia buat.’ Rengus Alan.
“NUNU!” Jerit Ajda di corong telefon.
Nunu ketawa. Gila punya perempuan malam-malam menjerit macam ni.
“Dah
kenapa?” Nunu baring di katilnya.
“Kau
kerja ke?”
“Belum
start lagi lah.” Sengih Nunu.
“Good.
Sekarang kau siap-siap. Kejap lagi kita orang sampai. Siap cepat tau!” talian
terus dimatikan dengan tawa Ajda dan Dalila kedengaran.
Nunu
pelik. Memang dia ada beri lokasi rumah barunya melalui aplikasi Whatsapp
tempoh hari. Apa mimpi pula dia orang nak datang sedangkan peperiksaan akhir
hanya beberapa hari aje lagi.
Suis
lampu ditutup kesemuanya. Balqis berada di hospital malam ini. Esok pagi baru
balik. Nunu memeriksa kali kedua selepas mengunci pintu rumah. Cepat-cepat dia
turun ke bawah bila dia terima Whatsapp dari Dalila memberitahu yang mereka
telah sampai.
“Hello
baby girl.” Nunu ambil tempat di tempat duduk belakang. Senyumnya sampai ke
telinga.
“Hai
gorgeous! Kita orang ada benda nak bincang dengan kau ni.” Beritahu Dalila
sementara Ajda sudah pijak padel menuju ke jambatan Putrajaya.
“KAU NAK aku buat apa?” Nunu sumbat
Subway ke dalam mulut. Bulat juga lah mata dia bila dengar apa yang Dalila dan
Ajda beritahu.
“Part
time aje jadi model. Bila dia orang perlukan, dia akan panggil. Tapi kalau
waktu dia orang panggil tu kau kerja, boleh aje kau decline.” Kata Ajda yang
duduk bersila dan bersandar di tiang tembok jambatan.
Melihatkan
tembok itu, dia jadi teringat kejadian minggu lepas. Hampir sahaja dia lenyap
dari muka Bumi. Astaghfirullahalazim.
“Muka
ni nak shoot? Emm.. pengsan photoghrapher.” Nunu ketawa.
“Pengsan
sebab cantik sangat. Kau boleh buat duit lebih. Aku dengar-dengar kau boleh
dapat RM 50-100 dalam photoshoot sejam aje tau.” Celah Dalila.
“Apa
kata kau orang aje yang join. Lagilah kau orang student perlukan duit lebih.”
“Kita
orang ada duit elaun universiti. Kau tu mana ada elaun dah. Aku yang penat
tengok kau buat part time hari-hari. Tiga tahun dah kau kerja itu kerja ini.
Tak penat ke?” juih Ajda.
“Well..
tapi aku okay aje.” Subway tinggal suku.
“I
call you, tak jawab. Kat sini you duduk?” Alan silang tangan dan berdiri kaku
memandang tepat ke arah Nunu.
Alan tahu2 je Nunu ada kat mana. Memang berjodoh ke cemana ni? :D tapi mungkin Nunu tak dapat terima lepas dah tahu tentang Alan.
ReplyDelete