“Assalamualaikum.” Sapa Alan. Nunu
berdiri di belakang Alan. Senyap aje dia dari tadi.
“Waalaikumussalam.
Hey.” Lebar senyum wanita itu.
“Kak,
ni Aina.” Alan perkenalkan Nunu. Nunu senyum nipis. Gril besi ditolak ke luar
sedikit.
“Hai.
Masuklah. Nama akak Balqis. Boleh panggil kak Bal aje.”
NUNU henyak punggung di atas katil yang
sudah ditukar cadar untuknya. Alan dan Balqis masih bersembang di hadapan
pintu.
Tudung
ditarik keluar. Dia mengemas apa yang patut sebelum pintu biliknya diketuk.
“Aina
dah makan?”
“Dah.”
“El
dah cerita dekat akak macam mana dia kenal dengan Aina. Tapi dia panggil Aina,
Nunu?” Balqis ambil tempat di kerusi belajar.
“Oh.
Aah. Haha. Selalunya orang yang rapat dengan Aina aje panggil Aina, Nunu.”
“So
dia rapatlah dengan Aina?” sengih Balqis.
“No!
Tak! Aa.. akak ni ke ex-girlfriend dia?” Nunu jadi serba salah. Dengan siapa
dia kasi aku duduk ni.
Balqis
ketawa. “Bukanlah. Akak senior dia waktu belajar.”
“Oh.”
Tersipu-sipu Nunu dibuatnya.
“El
cakap Nunu ada interview hari Rabu ni kan?”
‘Dia
panggil aku Nunu?’
“Aah.”
“Nunu
tahu tak nak gerak ke sana macam mana?”
“Al
dah tunjuk public transport mana yang boleh guna.”
“Alright
then. Rehatlah dulu. Akak nak iron baju sebab kejap lagi akak nak masuk kerja
dah.”
“Akak
doktor juga ke?”
“Aah.
Cuma hospital tak sama dengan El.” Balqis bangun dari duduknya.
“Oh
yea. El kirim salam.” Sempat Balqis mengenyit mata pada Nunu. ‘Eh kembang pula
tekak aku ha.’
AUNTIE MA tolak daun pintu biliknya.
Melihatkan kasut dan barang-barang Nunu sudah tiada di bilik hujung, dia jadi
senyum sendiri.
“Dia
dah keluar?” tanya Uncle Adam.
“Dah
la kot. Barang dia semua takde dah.”
“At
last. Tapi actually bagus juga dia duduk sini. Kita tak payah hire orang gaji.
Dia sediakan breakfast kita. Semua kerja rumah dia boleh buat.” Uncle Adam
sandarkan bagasi di sebelah almari.
“Meluatlah
I tengok muka dia hari-hari.” Auntie Ma terus labuh punggung di atas katil.
Tidak semena-mena dia menjerit kuat. Terpinga-pinga Uncle Ada dibuatnya.
“Kenapa
yang?”
Auntie
Ma selak selimut tebal yang menutupi katil. Paku payung bertimbun di bawahnya!
Kurang ajar punya anak sedara!
“Maa!!!
Boomslang abang hilang!” Jojo terkejut bila melihat akuarium yang dia tempatkan
ular jenis Boomslang itu hilang. Kosong akuariumnya! Boleh jadi dia masih
terlepas di dalam rumah ini.
Memang
Nunu sengaja buka penutup akuarium itu. Boomslang adalah antara ular pokok yang
sangat merbahaya. Nampak aje cantik, tapi rupa tak menggambarkan dirinya yang
sebenar.
“Sebelum
pergi haritu Jojo tak tutup ke penutup dia?” marah Auntie Ma.
“Tutuplah!
Gila tak tutup??” masing-masing sudah risau.
“Ma!”
Ekal berlari ke bilik mamanya. Semua koleksi jam tangan mahalnya habis dikopak
penutup baterinya. Entah mana Nunu sorokkan penutup bateri itu entah. Muka Ekal
sudah merah padam tidak berkata apa-apa kepada ibu bapanya. Dia hanya
menunjukkan satu bekas jam yang sudah berterabur.
“Ni
semua mesti kerja Nunu!” Auntie Ma ketap gigi.
“Apa
bising-bising ni?” Adlin pelik mendengar bunyi kecoh dari bilik mamanya.
“Barang
adik ada hilang atau rosak tak?” tanya Uncle Adam. Adlin menggeleng. Padahal
dia yang paling banyak menyakitkan hati Nunu.
“Alright.
That’s good enough.” Auntie Ma hela nafas lega.
“Tapi
sekarang kita kena cari Boomslang.” Gesa Uncle Adam.
“Boomslang
hilang?!” terbeliak mata Adlin.
Merata
mereka mencari. Adlin lihat bawah kereta Renault kesayangannya. Boomslang tiada
di situ. Tapi apa yang dia jumpa lebih mengejutkan.
“Nur
Aina!!!!!!!!” habis satu taman boleh dengar kuasa jeritan Adlin apabila
terlihat kesan panjang calar sepanjang sisi keretanya. Tadi tak perasan pula
waktu nak masuk rumah.
Dan
Nunu tak bodoh. Dia segera menukar nombor telefonnya. Ketawa dia berdekah-dekah
saat dia menceritakan kepada Balqis apa yang dia lakukan kepada keluarga
makciknya itu.
“Ya
Allah, tak baik tau Nunu!” Balqis tidak dapat menahan tawanya.
“Goodluck
lah cari Boomslang.”
“Nunu,
ular tu bahaya tau.” Dalam gelak, Balqis sempat menasihati.
“Dia
orang tak bodoh la kak Bal. Dia orang takkan cari sendiri Boomslang tu.
Paling-paling dia panggil bomba suruh cari.”
Balqis
menggeleng kepala. Hilang stressnya bekerja. “Nunu..Nunu.. nakal awak ni.”
“Eh.
Nunu lupa buang sampah hari tu lah!” dia baru teringat sampah lauk-pauk hari
terakhir dia di rumah itu.
“Nunu!
Habislah berulat!”
“Ops.”
Okay ni dia betul-betul terlupa.
DIA TAK SILAP BACA. Berkali-kali dia
baca nama syarikat itu. Hari temu duga menjelang jua. Pelbagai soalan bermain
di dalam kepalanya. Tak payah bagi alamat pun dia tahu lah macam mana nak pergi
ke syarikat itu.
Dengan
kaki kanan Nunu melangkah masuk ke lobi bangunan. Kali terakhir dia masuk ke
dalam bangunan ini ketika dia berumur 14 tahun. Selepas Ashraf meninggal, tidak
pernah sekali pun dia menapak ke bangunan ini.
Tempat
ini yang paling dia benci suatu ketika dahulu. Dada yang sedang berombak
kencang cuba ditenangkan.
‘Kau
siapa, Alan?’
Setengah
jam menunggu untuk ditemu duga, gilirannya tiba.
“Silakan
duduk.” Panel senyum ramah. Tapi tidak sekelumit pun senyuman meniti di bibir Nunu.
“Ni
yang Alan recommend.” Dua panel itu berbisik.
“Saya
diberitahu awak datang ke sini lepas dapat recommend dari encik Alan. Betul?”
soalan pertama keluar dari mulut lelaki separuh abad yang bernama Zubir itu.
Nunu
mengangguk.
“Alright
then. Boleh awak beri saya dokumen apa yang awak bawa?”
Nunu
keluarkan hanya satu sijil. Sijil SPM. Semua sijil lain dia simpan. Sudah mati
keinginannya untuk bekerja di sini.
“Ini
aje?” Puan Rozita seakan tidak percaya.
“Ini
aje yang saya ada.”
Kedua
panel itu berbisik antara satu sama lain. 10 A+ kot.
“Result
awak ni cantik. Kenapa awak tak sambung belajar?” Encik Zubir aju soalan.
“Sebab
ibu bapa saya meninggal waktu saya first semester diploma. Saya takde punca
kewangan untuk tanggung saya belajar.”
“Melihatkan
dari keputusan SPM awak ni, awak mesti orang yang cepat belajar.” Puji Puan Rozita.
“I
don’t know. You’re the panel, you can judge me.” Sinis betul senyuman Nunu.
Puan Rozita tarik muka masam. ‘Apa berlagak sangat budak ni. Takde etika!’
Selepas
hampir sejam bersoal jawab, akhirnya temu duga itu berakhir. Puan Rozita dan
Encik Zubir sekeras-kerasnya menolak nama Nunu dari jawatan yang ditawarkan.
‘Susah
nak ambil pekerja yang takde adab.’
“Kami
akan beri jawapan secepat mungkin. Terima kasih.” Ujar Encik Zubir. Nunu
mengangguk. Salam pun tidak, Nunu terus keluar dari bilik temu duga itu. Sesak
nafasnya!
“No
way I nak hire dia.” Puan Rozita menggeleng laju.
Tak
sampai lima minit temu duga itu berakhir, telefon Encik Zubir berdering. Alan
di panggilan.
“Hello,
Alan.” Sapa Encik Zubir.
“So
macam mana? Dia okay?” Alan gigit bibir bawah. Tak sabar nak dengar jawapan
pekerja bapanya itu.
“Not
her.”
“What?
Why?” terkejut Alan dibuatnya.
“Dia
ada bad attitude. Dia tak nampak macam betul-betul nakkan position ni aje.”
“Maybe
dia nervous kot.”
“Nervous
apa kalau jawab pun biadab! Berpatah-patah kita tanya, sepatah aje yang dia
jawab. Beauty with brain, you kata? Memang. Tapi cukup pakej dengan bad
attitude!” adu Encik Zubir.
“Ala
uncle. Please.. she had a really tough moment right now.”
“Sepatutnya
kalau life dia seteruk macam yang Alan bagi tahu, tak ke supposely dia sekarang
begging us for the position?”
“Uncle
please! Tolong Alan kali ni aje.” Rayu Alan.
“She
had this attitude la. Susah la nak kerja dengan orang macam ni.” Rungut Encik
Zubir.
“I’ll
help you. I promise. Let me talk to her. I know dia slowly boleh berubah.”
“Haih.
You better be.”
Alan
senyum sampai ke telinga.
Yeay! Finally. Hehe thank you kak syud. :) Btw company tu ada kaitan dgn masa lalu Nunu ke?
ReplyDeletehuhu. yup!
Delete