Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Thursday, May 18, 2017

DTM 4

Image result for alexandra tumblr gif 

Kalau pelajar fakulti fashion pun ada sekali, memang vogue cerita dia. Nunu hanya membiarkan mereka menyarung baju kertas yang mereka buat dari surat khabar. Apabila gilirannya tiba untuk melangkah di tengah-tengah himpunan pelajar, dia hanya berjalan memandang ke hadapan. Ashraf selaku penghulu yang duduk di tepi memandang Nunu tidak berkelip.
            Amira dan tiga orang lagi pelajar perempuan di dalam kumpulan 21 hanya menjeling-jeling. Menyampah dengan Nunu. Disangkanya Nunu ini sengaja cari perhatian.
            Orientasi itu berakhir dengan tarian ‘jambatan goyang-goyang’ dan kesemua pelajar dibenarkan pulang ke bilik.
            “Bernanah telinga aku hari ni, Nu.” Adu Ajda.
            “Kenapa?” Nunu tarik stokin keluar dari kakinya.
            “Mulut ular-ular tu la. Semua tak puas hati dengan kau. Dengki sangat pahal tah.” Rengus Ajda. Tudungnya kemudian ditarik keluar.
            “Biarlah. Aku dah biasalah dengan benda-benda ni semua.”
            “Tapi kau berani kan?” Dalila duduk bersila di atas katil Nunu sambil memandang Nunu mencapai tualanya.
            “Kau kena berani tegakkan apa yang betul. Jangan bagi orang pijak kepala. Faham?” sengih Nunu dan berlalu ke bilik air yang dikongsi dengan bilik sebelah.

ORIENTASI tamat dengan jayanya. Mulalah si junior mencari abang-abang fasi idola. Yang mereka rasa hensem-nak-mati waktu kendalikan program orientasi. Dia tak tahu yang stok triple hensem tu tengah sedap berdengkur dalam bilik, sibuk main game, atau buat kerja sambilan.
            Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah untuk tiga hari sebelum kelas bermula. Tapi Nunu memilih untuk tinggal di asrama. Buat apa balik rumah kalau rumah itu sudah ‘kosong’.
            “Aina.” Panggil satu suara dari belakang. Nunu menoleh.
            “Tahniah dah tamat orientasi.” Coklat Cadbury dihulurkan Hanan.
            “Orientasi je pun.” Coklat itu tidak disambut.
            “C’mon la. Stop berlagak boleh tak?” Hanan ini pantang betul bila dicabar begini.
            “Saya tak berlagak. Saya cuma tak kuasa nak layan.”
            “Cuba respect sikit senior kau.”
            “So that you can disrespect me?”
            ‘Alamak ai, pakai bahasa inggeris pula minah ni.’
            “Kau kena ingat, kau duduk kat tempat orang.”
            “Sama juga dengan you. This ain’t your place. Ini universiti punya.”
            “Aku boleh buat macam-macam dekat kau sebab aku senior kau tau tak?” ugut Hanan yang mulai hilang sabar.
            Nunu hanya senyum. Coklat tadi disambut di sisi lengan Hanan. Barulah keluar senyuman lega Hanan. ‘Tahu takut.’
            Plastik coklat dikoyak. “You have something on your neck.” Kata Nunu. Terus Hanan menunduk ke bawah untuk melihatnya. Dek kerana coklat itu masih beku entah mana lelaki ni beli, terus ianya dihentak kuat ke kepala Hanan dan terus terpatah. Nunu sengih bila Hanan ternganga mendongak.
            “Thanks.” Bukan perlahan tau dia hentak. Faham kan bila coklat keras tu macam mana? Hanan tak dapat kawal kesakitan di kepala dan dia cepat-cepat menggosok kepalanya dengan dahi berkerut-kerut.
            Nunu beredar sambil mengigit coklat yang sudah patah itu. Hanan genggam penumbuk.

BOLEH dikatakan setiap minggu Zulfathi akan datang ke hostel Nunu untuk bawanya keluar. Kadang-kadang Nunu sendiri akan mengambil bas untuk ke kubur kedua abangnya. Ibu bapanya tidak dijengah.
            Marah. Kedua orang tuanya hanya akan menghubunginya untuk memberitahu yang mereka sudah masukkan duit ke dalam akaun Nunu.
            Simpanannya sudah mencecah 30 ribu. Dengan simpanan Ashraf dan Afgan, semuanya diberikan kepadanya.
            Nunu capai tuala mandi dan masuk ke bilik air. Biliknya kosong apabila Dalila dan Ajda pulang ke rumah. Bilik sebelah pula dia tak ambil tahu.
            Sedang leka mandi, Nunu rasa tidak selesa. Matanya tiba-tiba memandang ke atas pintu bilik air dan terkejut beruk dibuatnya apabila Afiq (atau nama sebenar Afiqah) sedang tersengih-sengih mengintainya mandi. Nasib baik dia berkemban dengan kain batik!
            “Hey! Kau dah kenapa?” jerkah Nunu. Terus Afiq turun dari kerusi dan berlari masuk ke biliknya. Dada Nunu turun naik.
            Pantas pili air ditutup dan dia mencapai tuala sebelum mengetuk pintu yang menyambung ke bilik Afiq.
            “Afiqah! Keluar!” jerit Nunu. Tetapi pintu itu tetap tidak dibuka.
            “Kau dah kenapa intai aku mandi?!” Nunu menyepak pintu bilik itu. Tiada sahutan.
            Memang dia serba maklum yang Afiqah itu tomboi. Tapi tak tahu pula tomboi yang betul-betul minatkan perempuan- kaum sejenis sendiri!
            “Kau tunggu!” Nunu masuk semula ke dalam biliknya dan terus mengunci pintu biliknya.
            Kepalanya ligat berfikir. Laju aje dia mendapat idea. Cepat-cepat dia memakai baju dan dia berlari turun ke bawah menuju ke kedai runcit.
Seharian suntuk Nunu tidak mendengar bunyi yang masuk ke dalam bilik air. Agaknya si Afiqah tu dah balik rumah kot. Kau tunggu Isnin nanti.

MESEJ dari Hanan dipandang sepi. ‘Tak habis-habis lagi mamat ni. Nak buat ayat pick up line chiachiachia tapi lame gila!’ Telefon Nunu dicampak ke hujung katil.
            “Hello hello hello hello!” sergah Dalila.
            “Hey.” Senyum Nunu.
            “Sorry aku lambat. Rindu aku tak?”
            “Sikitlah. Aku ingat kau balik petang.”
            “Tak jadi. Hari ni birthday abang aku. So kita orang celebrate tadi. Jeda balik bila?”
            “Dia cakap dah nak sampai. Dah 20 minit kata nak sampai, tak sampai-sampai.” Cebik Nunu.
            “Hah dia tu lagilah janji melayu. Kalau kau nak gerak pukul 9, kau kena cakap kita nak gerak pukul 8.” Ketawa Dalila.
            “Esok kau nak gelak dengan aku tak?” tanya Nunu.
            “Hah? Gelak?”
            “Ye. Gelak.”
            “Hai babe! Sorry aku lambat!” Ajda tolak daun pintu dengan tubuhnya. Tangannya penuh dengan pizza dan beg.
            “Wow! Pizza!” Nunu cepat-cepat turun dari katil.
            “Ha la.. aku lambat tadi sebab aku belikan kau pizza la. Kesian dia tak balik rumah.” Ujar Ajda.
            “Jeda, Nunu ajak gelak sama-sama esok.” Kata Dalila.
            “Eh kau ni. Hari ni pun aku boleh gelak dengan kau lah.” Ajda letak pizza di atas meja belajar.
            “Esoklah.” Sengih Nunu.
            “Kenapa kau tak balik?” tanya Ajda.
            “Tak cukup duit nak balik.” Selamba jawab Nunu.
            “Eh haritu kan abang kau hantar. Siap bawa BMW lagi. Takkan la tak cukup duit nak balik?” Dalila mencuci tangan di bilik air.
            “Itu bukan abang betul aku pun.” Ketawa Nunu.
            “The heck! Tu boyfriend kau ke??” Ajda bulat mata. Nunu ketawa sambil mengangguk.
            “Siot betul. Aku mati-mati ingat tu abang kau. Baru nak mengorat buat kau jadi adik ipar.” Bebel Ajda.
            “Mana mak ayah kau?” Dalila duduk bersila di lantai.
            “Busy.”
            “Takkan nak hantar masuk universiti pun tak boleh?” Dalila tetap tak puas hati.
            “Biasalah orang kerja ni kita tak boleh agak masa dia.”
            “Mak ayah kau kerja apa?”
            “Biasa-biasa aje. Sebab tu dia orang selalu busy. Nak cari duit kasi aku belajar.”
            “Ei bagusnya parents kau. Mesti best kan dapat parents macam parents kau.” Ajda buka kotak pizza.
            “Best.” Jawab Nunu ringkas.

“SHIT!!!!” tak payah alarm, suara Afiqah sudah cukup membuatkan tiga anak dara yang sedang datang bulan ini bangun dari tidur lena mereka. Jarum jam baru menunjukkan pukul 7 pagi. Cadangnya nak bangun 7.30 pagi.
            Dengan mata masih belum sepenuhnya terbuka, Dalila, Ajda dan Nunu berpandangan antara satu sama lain. Nunu dengan muka mengantuknya sudah tersenyum dan mengangguk-angguk kecil. Kekekeke.
            “Kau buka pintu ni, Aina!” jerit Afiqah dari dalam bilik air.
            “Nu, Afiq panggil kau lah. Kenapa tu?” Dalila seram sejuk.
            Nunu bangun dari katilnya dan menggeliat sedikit. Pintu bilik dibuka.
            “Kau tengok rambut aku ni! Kau tengok rambut aku ni! Banganglah kau! Aku ada kelas la bodoh!” marah Afiqah.
            Nunu tenung rambut hijau Afiqah.
            “Ei Fiq. Kau kaler rambut kenapa? Kau tau kan tak boleh kaler rambut. Kena saman nanti. Hijau doh rambut kau!” Nunu sentuh sedikit rambut Afiqah yang kesemuanya sudah hijau. Dia tahu perangai Afiqah yang memang suka biar syampu melekat di kepala dalam 10-15 minit.
            Sebab itu dia berlari ke kedai runcit membeli dye rambut dan dimasukkan ke dalam botol syampu Afiqah.
            Nak intai aku mandi sangat kan?
            “Ya Allah, Afiq!!” Dalila dan Ajda di belakang tercengang dan bulat mata tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
            “Kau jangan buat tak tahulah Aina! Ni kerja kau kan!” jerkah Afiqah.
            “Tak baik kau tuduh aku. Kau nampak ke aku buat? Lainlah kalau macam aku tuduh kau intai aku mandi. Sebab aku sendiri nampak kau intai aku mandi.” Wajah Nunu menjadi serius.
            Afiqah pandang-pandang budak sebiliknya yang turut sama mendengar pergaduhan itu. Terus Afiqah berlari masuk ke dalam bilik tanpa berkata apa-apa.
            “Aina, dia intai kau mandi ke?” tanya Fat berbisik.
            “Kau orang hati-hatilah.” Nunu jugak membalas dengan berbisik. Jelas pamer muka seram Fat dan Zainab.
            “Like seriously dia intai kau mandi, Nu?” Dalila tekup mulut tidak percaya.
            “Lepas ni aku mandi, make sure kau orang teman aku.” Pesan Dalila.

            Nunu sengih sinis. ‘Baru kau tau kau lawan dengan siapa.’ 

1 comment: