Kan dah kena garu kening. Semalam dia
fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon
bimbitnya. Mula mencari kerja baru. Nak balik ke tempat kerja lama? Kau tak
tahu berapa bakul maki aku dapat semalam sebab berhenti serta-merta tanpa
sempat mereka cari orang ganti.
“How
do you feel?” Alan datang memeriksa Nunu yang masih di katil pesakit.
“I’m
fine.” Jeling Nunu.
Alan
periksa kuantiti air.
“Bila
saya boleh discharge?”
“You’re
good to go hari ni.” Beritahu Alan.
Nunu
jilat bibir bawah yang terasa kering. “Kat mana saya nak bayar semua kos?”
“No
worries. Dah settle. Just kasi I check few things and you can go.”
“Hospital
ni awak punya ke?” Nunu duduk bersila. Mukanya lebih berseri hari ni berbanding
semalam.
“No.”
Alan ketawa kecil.
“Tapi
gaya awak macam hospital ni bapa awak punya aje.” Cebik Nunu.
“Good
to see you like this, Nunu.” Alan pandang Nunu dengan senyuman manis.
“Aina.
Nama saya Aina.” Tegas Nunu.
“I
prefer panggil Nunu.” Alan berdegil.
“Bukan
semua orang boleh panggil saya Nunu.”
“Eh?
Okay Nunu.” Alan masih menyakat sebelum berlalu pegi. Nunu ketap gigi.
‘NUNU, macam mana kau nak cari kerja
ni?’ Nunu melangkah lemah keluar dari hospital. Akaun bank cuma tinggal seribu
sahaja. Insurans kedua orang tuanya sudah diambil Auntie Ma.
“Kau
betul-betul money-less, Nunu.” Keluh Nunu.
“Going
home?”
YA
TOHAN! Terperanjat pancreas gigirl.
“Al.”
“El.”
Alan membetulkan.
“Al.”
Kau ingat kau seorang kepala batu?
“El.”
“Whatever
Al.”
Nunu
jalan terus. “I boleh hantarkan you balik. Kebetulan I dah habis oncall.”
“No
thank you. Public transport ada.”
“C’mon.
Putrajaya ni kecil aje. Presint berapa?”
“Awak
dah baca IC saya kan?” ‘Doktor ni bebal ke tak pandai baca?’
“Yeah
memang alamat IC you Damansara. Tapi you mesti duduk dekat-dekat sini dengan
auntie Ma you tu. Kalau tak, how on Earth you possibly here semalam?”
Nunu
sengih. “Doktor baliklah ikut jalan doktor. Saya ikut jalan saya.”
“I
berniat baik. I won’t harm you.”
“I
know. Awak dah buat kerja awak and thank you untuk semalam.”
“Nunu..”
Alan panggil meleret. Lelaki itu letih, tapi wajahnya tak lekang dengan
senyuman.
“Saya
tak tinggal kat sini. Saya dari TTDI.”
“Seriously?”
Nunu
malas nak layan dan terus pasang ‘eagle eye’ mencari bas yang boleh dia naik.
“Fine.
Jom I hantar ke TTDI.” Lengan Nunu ditarik hingga ke keretanya yang tidak jauh
dari tempat mereka berdiri.
“Tak
payahlah!”
“I
don’t care.” Sengih Alan.
SIARAN Mix fm berkumandang di dalam
kereta Alan. Renault Rs16 Clio membelah lebuh raya menuju ke TTDI.
“Ancient
betul umur awak dengar mix fm.” Suara Nunu. ‘Ancient eh?’
“Sesuailah.
You budak muda, I dah tua. Mix fm is a mix of old and new songs anyway.”
Nunu
mencebik. “How old are you?” Nunu tekan perkataan old.
“You
rasa?”
“40?”
“Seriously?”
Alan toleh sekilas kepada Nunu yang duduk di sebelahnya.
“You
don’t give me the number. Salah ke kalau saya teka nombor berapa pun yang saya
nak?”
Alan
ketawa. “27.”
“Seriously?
And awak already dalam surgery?”
“Assist
aje. Baru MO. Belum betul-betul surgeon. Normallah tu. I SPM umur 16. Dulu
waktu I, boleh lompat kelas.”
“So
you like genius lah ni?”
“No.
I just... lebih sikit dari orang lain.” Sengih Alan. Keretanya berhenti di
hadapan kedai makan.
“Ni
bukan rumah saya.”
“I
know. I’m not that stupid.” Alan melepaskan tali pinggang keledar.
“Memanglah.
SPM umur 16 kot. Siapa kata bodoh?” Nunu turut sama melepaskan tali pinggang
keledar.
“Then
you sepatutnya dah boleh agak yang kita ke sini untuk makan.” Pintu kereta
ditolak dari dalam.
Nunu
hanya membuntuti. Sarapan pagi dengan roti canai kosong satu keping, roti telur
satu keping, kuah banjirrrrr!
Mata
Nunu macam berlian yang bergemerlapan bila makanan sampai di mejanya.
“As
if I takde semalam, pagi ni you bukan hadap roti banjir tau. You hadap seksa
kubur.” Sindir Alan. Nunu ketap gigi dan hela nafas pada waktu yang sama.
“Perlu
ke matikan selera saya sekarang?” beliak mata Nunu.
Alan
muncung. “Jangan buka mata besar-besar sangat. Pernah ada kes mata dia tak
dapat katup lepas buka luas macam you tau. Bila-bila aje bebola mata tu boleh
terkeluar.”
Nunu
cepat-cepat kelip mata. ‘Bodoh kalau kau percaya, Nunu.’
Baru
dia nak cubit roti yang sedang berasap, Alan terlebih dahulu berdehem. “Baca
doa dulu.”
“Saya
dah baca la dalam hati.”
“Kalau
makan seorang it’s okay baca dalam hati. Tapi kalau ada orang lain makan dengan
you, it’s called etique untuk doa sama-sama.” Ya Allah pedasnya mulut mamat ni.
Tahan
sabar aje Nunu dengar bebelan doktor genius ni.
“WOW.” Itu yang terkeluar dari mulut
Alan melihatkan rumah yang tersergam indah di hadapannya ini.
“Whatever
your wow sounds to, it’s not mine. Anyway, thank you Al.” Nunu hempas pintu
kereta Alan sederhana kuat.
‘Al
lagi.’ Alan senyum tampak gigi. Budak ni memang kepala batu macam dia.
“Nunu!”
cermin tingkap diturunkan. Jelingan Nunu tajam.
“You’re
currently jobless kan?”
“Kan
dah bagitahu tadi. Kata genius. Takkan cepat lupa apa yang saya cakap.”
‘Hey
mulut dia ni la.’
“I
boleh tolong you cari kerja. And new place.”
Nunu
berfikir sejenak.
“You
mesti perlukan kerja secepat mungkin kan?”
“Kenapa
awak beriya nak tolong saya eh?”
“Sebab
I tahu you perlukannya.”
“Hah.”
Nunu jeling Alan dan berkira-kira untuk masuk ke dalam rumah.
“Numerous
benefits too!” jerit Alan. Kaki Nunu berhenti lagi.
“Benefits?”
BARU hari ini selepas 3 tahun dia dapat
merasa tidur yang panjang dan betul-betul berehat. Seronok juga rumah kosong. Nunu
mengemas barang-barangnya. Tidak banyak barang yang dia akan bawa keluar pun.
Tapi
sebelum dia keluar dari rumah itu, dia menyediakan hadiah kecil untuk keluarga
yang pernah menjaganya. Tanda berterima kasih kerana memberi tempat dia
berteduh selama ini.
Hon
kereta kedengaran. Nunu tutup semua elektrik dan mengunci rapat pintu rumah.
Kelibat Alan kelihatan di luar pagar.
“Ni
aje ke barang you?”
Nunu
buat muka. Alan ketawa dan menggeleng. Satu bagasi disimpan di bonet kereta.
Nunu ambil tempat di tempat duduk sebelah pemandu.
“Ready?”
Dia
mengangguk. ‘Goodbye hell!’
Dua
hari lagi keluarga makciknya akan pulang ke tanah air. Dia berdoa banyak-banyak
agar hadiah yang dia tinggalkan itu akan membuatkan keluarga itu akan sentiasa
mengingatinya.
“Awak
ni dah kahwin ke belum?” baru Nunu terfikir untuk tanya.
“Kalau
I dah kahwin, you ingat I boleh tolong you macam ni ke? Balik rumah bini dah
tunggu depan pintu dengan parang. Tinggal nak penggal aje.”
“Manalah
nak tahu. Baik semacam dengan saya. Jangan mengharapkan balasan pula.”
Alan
ketawa.
“Apa
aje yang you boleh kasi as return? Ayat pedas you?”
Nunu
menjeling. “Any girlfriend?”
“Baru
aje break.”
Nunu
jungkit kedua-dua belah keningnya. “Why?” teruja nak tahu.
Alan
gosok kepala Nunu. “Budak kecil tak payah tahu hal orang dewasa.”
“Hello.
Saya dah 21 tahun. Macam awak cakap, I’m old enough to make my own decision.”
“Fine
so-called-grown-up-kid.” ‘Dia gelar aku so called grown up kid?! Oh biadab.’
“Perempuan.
Biasalah. Nakkan perhatian lebih. Nak kita lebihkan masa untuk dia. They just
don’t understand how we work.”
“You
won’t understand how it works sampailah orang tu mati.” Nunu sengih dan buang
pandang ke luar tingkap.
Ayat Nunu, "Baik semacam dengan saya, janganlah harapkan balasan pula." 😅
ReplyDelete