Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Monday, May 15, 2017

DTM 3

Image result for alexandra daddario tumblr SCHOOL gif

Hari pertama di universiti hanya ditemani Zulfathi. Dialah yang tolong mengangkut segala barang keperluan, dialah juga yang menemani dari mula mendaftar hinggalah ke pintu bilik asrama. Bila orang tanya, yang dijawabnya, ‘Abang.’
            “Thanks.” Nunu senyum memandang Zulfathi.
            “It’s nothing la. Study well.” Zulfathi gosok kepala Nunu.
            “You juga. Tengah final semester kan?”
            “Yeap. I ada terfikir nak sambung kat luar kalau you balik Madrid. Guess that I kena batalkan niatlah dah you masuk universiti sini aje.” Sengih Zulfathi.
            “Dekat dua tahun I kat sana. You don’t want to know the story. I lebih rela duduk sini. At least dekat dengan abang-abang I. And dekat dengan you.”
            “Sweet talker. Mana belajar ni?” kerut dahi Zulfathi.
            “Youlah ngajar!” ketawa Nunu.
            “Ei. Jangan belajar benda tak elok dari I boleh tak?”
            “Sweet talker tu tak elok ke?”
            “Nanti you guna tu nak ngorat anak orang lain pula. Ngorat I aje cukup.” Sengih Zulfathi. Nunu pecah tawa.
            “Dahlah. I nak rehat. Kejap lagi pukul lima ada orientasi.”
            “Alright. Anything, call aje I terus. I datang. Okay?”
            “Alright boss!”

“SEMUA PELAJAR semester 1 diminta turun ke tennis court sekarang juga!” bunyi suara melalui pembesar suara itu mengejutkan Nunu dari tidurnya. Ajda dan Dalila turut sama baru terjaga dari tidur.
            “Weh! Dah pukul lima lah!” Ajda bergegas bangun dari katilnya dan terus menyarung tudung.
            “Eh kau orang dah solat Asar ke?” tanya Nunu.
            “Belum! Kita turun ajelah dulu. Kejap lagi kita minta nak solat.” Cadang Dalila.
            Nunu mengangguk dan cepat-cepat mencuci wajahnya di bilik air. Getah rambut ditarik dari lengan dan terus diikat rambutnya sebelum menyarung kasut sukan dan bergegas turun ke gelanggang tenis.
            Kelihatan orang lain semua sudah beratur di gelanggang. Hanya dia, Dalila dan Ajda yang terlewat.
            “Ha three mouseketeer tu! Sini ke depan!” jerkah fasi yang bertugas. Pucat terus muka Ajda dan Dalila. Nunu muka langsung tidak beriak.
            “Kenapa lambat?” di hadapan semua orang, mereka bertiga disergah.
            “Tertidur.” Jawab Ajda.
            “Kenapa orang lain boleh bangun, kau orang bertiga tak boleh?!”
            “Alarm tak function.” Jawab Nunu yang berada di hujung sekali antara mereka bertiga.
            “Apa? Alarm tak function? Kau nak aku jadi alarm kau ke tolong kejut? Eh jawapan basi tak payah guna kat sini eh.” Fasi bernama Hanan itu meninggi suara.
            Nunu hanya merengus. Bagi tahu benda betul pun, kena marah.
            “Muka cantik, tapi perangai kurang ajar.” Nunu segera berpaling memandang seorang fasi perempuan yang duduk di atas pentas. Dua tiga orang fasi lagi sudah tersengih-sengih.
            “Kalau berterus-terang tu dikatakan kurang ajar, takkan nak saya belajar menipu pula?” tinggi suara Nunu untuk beri telinga fasi di belakang itu mendengarnya.
            Hanan segera mendekati Nunu dengan dahi berkerut.
            “Kau mulut macam tempoyak sangat kenapa?! Ada aku cakap kau kurang ajar ke?” rapat sungguh Hanan dengan dirinya.
            “Tak. Saya cakap untuk kakak-kakak fasi kat belakang tu. Telinga saya tak pekak lagi untuk dengar orang bisik belakang saya.” Nunu pandang ke arah empat orang di belakang. Hanan ketap gigi.
            “Kalau kau nak cakap dengan dia orang, cakap depan muka dia orang. Tak payah nak tempik kasi satu kampus dengar, faham?! Kau sengaja nak kasi dia orang malu kan?”
            “So kalau abang nak cakap dengan kita orang just sebab kita orang lambat, obviously sebab alarm tak function.. boleh kan kalau abang cakap slow-slow? Abang tempik kasi satu kampus dengar takpe pula? Tak bermakna kami student baru, maruah kami awak semua boleh pijak.” Nunu pandang tepat ke arah anak mata Hanan.
            Dalila dan Ajda ternganga. Semua pelajar yang lain turut terkesima mendengar kata-kata Nunu.
            “Siapa nama kau?” Hanan pandang tepat ke arah Nunu.
            “Nur Aina.”
            Hanan senyum. “Sure, Nur Aina. Kau boleh masuk barisan. Angkut kawan-kawan kau sekali masuk barisan.” Perlahan Hanan berkata. Nunu turut sama membalas senyuman sinis Hanan. Dia tahu dia akan dapat malapetaka.

DALAM kalangan pelajar lelaki, Nunu popular. Iyalah, dengan muka cantik macam tu, semua lelaki nak jadi kawan dia. Tapi Nunu langsung tidak berlembut dengan mereka. Seorang pun tidak. Termasuk para fasilitator.
            “Okay kita dah divide group, sekarang ni kita nak cari penghulu dengan penghuluwati. Saya nak tiga orang calon perempuan dan tiga orang calon lelaki. Kamu boleh calonkan siapa pun yang kamu nak.” Kata fasi Muaz.
            Satu tangan naik ke udara. “Ye kamu. Siapa kamu nak calonkan?” tanya Muaz kepada lelaki yang memakai cermin mata bingkai putih itu.
            “Nur Aina.” Jeritnya dan nama itu mendapat sorakan dari para pelajar lelaki. Sorakan itu membuatkan pelajar perempuan menyampah. Mula keluar raa iri hati dan dengki dalam hati busuk mereka.
            “Nur Aina? Okay. Nur Aina! Sila keluar.” Muaz mencari kelibat Nunu. Hanan yang duduk di belakang juga mata meliar mencari Nunu.
            Nunu bangun dari lantai gelanggang tanpa rasa takut atau segan. Terus dia menuju ke depan.
            “Bang, tak payah calon lainlah untuk perempuan. Bagi Nur Aina ajelah jadi penghuluwati kami.” Suara-suara nakal itu mulai kedengaran.
            Nunu sedikit pun tidak senyum.
            “Mana boleh. Kau orang kena dengar pihak perempuan juga. So perempuan, ada calon lain?” tanya Muaz.
            Berpusu-pusu orang lain angkat tangan dan dua nama lagi naik menjadi calon penghuluwati.
            “Okay, sekarang ni kita nak panggil calon penghulu pula.”
            “Ala bang, finalize la penghuluwati dulu! Kalau Aina penghuluwati, kita orang sanggup tawar diri jadi penghulu.” Dan lelaki pun bersorak lagak MU menang gol.
            “Gatal la kau orang ni.” Muaz ketawa. Pelajar perempuan mulalah mencebik-cebik.
            “Kau tengok muka berlagak dia. Mentang-mentang semua lelaki suka dia, muka tak boleh blah doh.” Suara-suara syaitan itu mula menular dalam kalangan perempuan. Dalila dan Ajda hanya memandang kiri kanan menghadam gosip-gosip liar yang dituju kepada Nunu.
            “Okay kita finalize yang perempuan dulu.” Selepas diambil kira, nama Nunu juga yang tercalon sebagai penghuluwati.
            “Untuk calon lelaki?” Muaz mulai cari calon lain. Berpusu sang lelaki angkat tangan.
            “Ha kamu. Kamu nak calon siapa?”
            “Diri sendiri of course!” disambung dengan gelak ketawa. Akhil naik ke pentas dengan sengih tak habis. Sempat dia menjeling-jeling ke arah  Nunu tapi sedikit pun Nunu tidak berpaling.
            “Saya! Ashraf!” lelaki itu dengan yakin terus bangun dari tempat duduknya. Jantung Nunu seakan berhenti apabila mendengar nama itu. Dia memandang ke arah lelaki yang sedang berjalan ke pentas itu.
            ‘Ashraf.. abang Ashraf..’ Nunu hanya memandang lelaki itu tidak beriak. Sedangkan lelaki itu sibuk dok tersengih-sengih lagak kerang busuk. Tau tak kerang busuk sengih macam mana? Tak tau? Google.
            “Tugas penghulu dan penghuluwati adalah untuk make sure yang kau orang student lain ni boleh beri kerjasama dengan pihak fasilitator. So, nak tak nak, kau orang kena dengar cakap ketua kau orang ni. Boleh tak?”
            “Boleh!” suara riuh dari semua pelajar kedengaran. Nunu angkat tangan kemudiannya.
            “Yes Aina?” tanya Muaz.
            “Dalila, Ajda dengan saya belum solat lagi. Boleh kita orang pergi solat?” pinta Nunu.
            Hanan sengih di belakang. “Kan tadi dah suruh solat siap-siap.” Sinis bunyi Hanan.
            “Kan saya cakap tadi saya tertidur?” jawab Nunu muka tidak beriak.
            “Baru jadi penghuluwati dah berlagak.” Ada aje suara di belakang yang mengatanya.
            “Saya minta solat bukan sebab saya penghuluwati. Saya minta solat sebab saya tak solat lagi.” Senang jawapan Nunu.
            “Solat pun kalau tak pakai tudung takde guna juga.” Fasi yang awal-awal tadi bernama Zafirah terus bangkit dan mendekati Nunu.
            “Tak bermakna hati orang yang tak bertudung itu busuk yang sentiasa ada rasa iri hati dan dengki dengan orang lain. Kalau orang tu tak bertudung, bimbing dia untuk bertudung. Bukan mengata belakang dia dan buat dosa. I think you know better.” Perlahan, namun cukup untuk para fasi mendengarnya. Zafirah yang bertuduh labuh muka merah padam.
            “Boleh saya solat?” tanya Nunu sekali lagi.
            “Siapa yang tak solat lagi, boleh solat. Saya kasi anda 10 minit dan berkumpul di sini semula.” Arah Muaz lantang.
  

JARUM JAM sudah menganjak ke angka 12 malam. Tubuh masing-masing sudah letih tapi para fasi masih lagi bersemangat nak menarilah, buat fashion showlah. Tak faham betul dengan fasi ni. Dia orang ni bela saka tenaga ke apa?
            “Siapa nak jadi model ni?” tanya Hafidz.
            “Entahlah. Siapa nak jadi model?” Amira antara yang paling menonjol di dalam kumpulan 21 ini. Dengan ekspresi muka dan lenggok tubuhnya itu, Nunu sudah boleh mengagak yang Amira memang ingin menjadi model.
            “Kau jadilah.” Nunu bersuara.
            “I? You nak I jadi model? Ala you ni.. takde orang lain ke? I malulah.” Sengih-sengih Amira dibuatnya. Padahal dalam hati memberontak nak.
            “Aina, kau lah jadi model. Mira malu. Kau kan muka selamba kerek en.” Cadang Zaki.
            “Tak minat.” Jawab Nunu pantas dan dia memeluk kedua belah kakinya. Amira pandang kiri kanan mengharap yang lain berkeras memintanya menjadi model.  
            “Kau cantik, sesuailah jadi model.” Hafidz mendukung cadangan Zaki.
            Amira ketap gigi. Mukanya berubah riak.
            “Tak nak.”

            “Sekali ni aje. Lepas ni kalau ada benda lain, kita orang tak panggil nama kau dah.” Zaki angkat tangan tanda sumpah. Nunu pandang ke arah Amira.

2 comments:

  1. Suka baca jawapan Nunu membidas kata orang lain. Berani kerana benar. :)

    ReplyDelete