Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Bab 9


“Hayla.” Lelaki itu mendekati Hayla dengan berpakaian lengkap dan kemas berkot. Hayla pernah lihat lelaki ini. Lelaki yang sama ambilnya ketika di hotel selepas perkahwinannya.
            “Mana Kiff?” Hayla masih geram.
            “Dia akan datang nanti.”
            “Nanti? So.. what? I naik flight sendiri?”
            “Yes.”
            “Seriously?!” Hayla bangun dari tempat duduknya. Dada berombak kencang.
            “You better call him right now, suruh dia datang sini sekarang or I won’t get into that flight.” Suara Hayla tinggi. Dia mula menyinga. Kenapa lelaki ini buat dia macam boneka. Dia takde harga diri ke? Mudah betul lelaki itu pijaknya.
            “Kiff ada hal yang tak boleh dielakkan. Dia akan pergi sana on the next flight.”
            “I don’t give a damn. Dia datang sekarang, or I balik rumah.” Tegas Hayla.           
            “Saya cuma ikut arahan, Hayla.”
            “I. Don’t. Care.” Jawab Hayla sebiji-sebiji dengan matanya pandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.
            Lelaki itu kemudiannya bercakap dengan wireless earphone di telinga. Hayla menunggu.
            Pengumuman meminta penumpang segera masuk ke dalam badan pesawat.
            “Hayla, awal kena masuk sekarang.” Arah lelaki itu. Wah, bukan main kau arah aku sekarang eh?
            “I said..” Hayla baru nak hujah panjang, tapi matanya tertarik pada kelibat dua orang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya.
            “Bos.” Dua lelaki itu lapor diri. Dengan gerak jari sahaja, segera dua lelaki yang berkot itu berdiri di kiri dan kanan Hayla.
            “Apa ni?” Hayla kerut dahi.
            “Macam mana pun, awak kena naik.” Lengan Hayla kiri dan kanan dipegang kuat lelaki berbadan gergasi itu.
            Hayla ketawa. “Seriously? By force? I got the ticket. You guys tak boleh lepas imegresen pun.”
            “Says who?” Isaac mengeluarkan tiket dari kot hitamnya dan ditunjukkan pada Hayla. Gadis itu ketap gigi.
            “You can’t force me!” Hayla meronta.
            “I’m afraid, I can.” Jawab Isaac dan terus tubuh Hayla ditarik untuk masuk ke dalam badan kapala terbang.
            ‘Dari kau belajar macam mana nak racing kereta, baik kau belajar seni mempertahankan diri, Hayla. Kau bazir tenaga kau untuk belajar benda tak berguna!’
            Hayla ambil tempat ditempat duduknya. Kiff memang tak guna. Sepanjang dia naik kapal terbang, tak pernah sekali pun dia duduk di tempat duduk ekonomi. Selalu dia naik sama ada first class atau business class.
            Ini ekonomi! Dan dia duduk di sisi tingkap. Sebelahnya Isaac, selaku pembantu Kiff. Belakang mereka adalah dua orang lagi pengawal yang mengheret Hayla sebentar tadi.
            “Kita salah seat ke?” tanya Hayla.
            “Nope.” Isaac duduk tegak.
            “This is economy.”
            “Yeap.”
            Hayla pandang Isaac dengan muka meminta penjelasan. Rimas ditenung tanpa kata, Isaac berpaling pada Hayla.
            “Semua akan sampai dekat tempat yang sama, Hayla. Economy, business or first class. Takdenya dia nak cicir economy atas laut.” Sindir Isaac.
            ‘Berani lelaki ni sindir aku?! Ini mesti tak lain tak bukan, Kiff yang ajar!’
            “Tapi I tak selesa!”
            “Tidur. You won’t feel anything.” Jawab Isaac selamba. Hayla gigit kuat bibir bawahnya. Ei geram betul aku dengan mamat ni. Dia dengan Kiff, sama aje!
            Hayla bersandar dengan kasar di tempat duduknya. Perjalanan yang panjang akan bermula tak lama lagi.
            Sepanjang perjalanan, sekejap pun Hayla tak dapat nak lelapkan mata. Dek bosan, dia hanya membaca buku Little Fires Everywhere dari Celeste Ng. sekejap-sekejap dia toleh ke sebelah, Isaac melelapkan mata, tapi posisi badannya tetap tegak. Agak kacak sebenarnya lelaki ini.

AMRA.
Pelajar lima belas tahun itu ke sekolah dengan riangnya. Tak sabar nak bagi tahu kawan-kawan mengenai ‘kawan’ baru yang dia kenal melalui aplikasi Wechat beberapa hari lepas.
            “Kau nak tau something tak?” Amra buka cerita.
            “Apa dia?” tiga orang kawannya lagi sudah pasang telinga.
            “Aku rasa, ada soerang budak ni minat kat aku lah.” Sengihnya.
            “Deyyyy! Dia minat kat kau ke, kau yang minat kat dia?” usik seorang kawannya.
            “Dia yang minat kat aku, okay!” tegas Amra.
            “Ada ke orang minat kat kau?” gelak seorang lagi.
            “Adalah!!”
            “Mana kau kenal dia? Budak sekolah kita ke?”
            “Tak. Aku kenal dari wechat.”
            “Wechat?! Weh! Budak sekolah mana?” kawan yang lain sudah seronok nak tahu cerita selanjutnya. Mereka juga ada kenalan wechat.
            “Tapi dia dah tak sekolah..” Amra perhati kawannya. Ingin lihat reaksi mereka.
            “Orang dewasa ke?”
            Amra angguk perlahan. “Dia dah kerja.”
            “Kerja apa?”
            “Business.”
            “Business apa?”         
            “Aku tak tahu. Tapi dia cakap dia pakai BMW.” Amra mula rasa nak berlagak.
            “Seriuslah! Ke dia tipu kau?”
            “Dia hantar gambarlah.”
            “Hah?! Weh, nak tengok!”
            Telefon bimbit dikeluarkan dari poket. Gambar ditunjuk. Bulat mata mereka melihat gambar itu.
            “Hensemnya! Kau sure ke tu gambar dia?”
            “Iye. Dia ada hantar gambar lain juga.” Bersungguh Amra beritahu.
            “Mana?”
            Sekali lagi mereka berempat menatap gambar-gambar lain di dalam galeri Amra. Dek teruja, lengan Amra ditepuk-tepuk dengan menjerit-jerit kecil.
            “Dah la hensem, kaya pula tu. Bolehlah kau minta apa-apa dekat dia!” cadang seorang kawan.
            “Ala, belum jadi boyfriend aku.”
            “Kau tak nak tanya dia ke? Kalau dia selalu mesej kau, mesti dia minat kau juga.”
            “Seganlah.” Amra muncung bibir. Tiba-tiba telefon bergetar.
            Sxxfc : Hai baby.
            Empat pasang mata yang membaca itu tambah seronok.
“Dia panggil kau baby!!!”

MAITREYA Mountain, California.
            Mereka di hujung United States, dan di hujung yang paling hujung, California. Ini hutan. Hayla merengus. Dah lah perjalanan dalam pesawat pun makan masa berjam-jam, nak menuju ke sini pun makan masa berjam juga.
            Tapi apa yang dihidangkan di hadapannya ini sungguh memikat kalbu. Dia tak sangka yang dia akan menjejakkan kaki di kawasan ini. Ianya sangat cantik.
            Pacuan empat roda itu berhenti di sebelah rumah besar yang berdindingkan papan berkualiti tinggi. Rumah itu berhadapan dengan tasik yang sangat besar.
            “Kita dah sampai.” Kata Isaac. Hayla keluar dari perut kereta dengan mulut terkunci. Dia terdiam melihatkan keindahan alam.
            “R One, R Two, bawa masuk beg ke dalam.” Arah Isaac. Kedua lelaki berbadan gergasi itu menurut perintah. Kening Hayla terjungkit sebelah.
            “Nama dia orang R One? And Two?”
            “Kami tak guna nama betul dalam tugas. We use name code.” Jelas Isaac.
            “What are you guys? Some sort of FBI?” sindir Hayla. Dia buang pandang di tasik di hadapannya. Isaac tidak menjawab soalan itu.
            “Apa kata kita masuk sekarang.” Cadang Isaac.
            Hayla diam dah hanya membuntuti Isaac. Melihatkan struktur rumah ini, Hayla agak kagum kerana reka bentuknya langsung tidak mengganggu pokok-pokok besar. Malah, rumah ini dibina mengelilinginya.
            “Homestay?” tanya Hayla.
            “No. Ni rumah Kiff.”
            Hayla tergamam. Rumah itu besar, tapi tidak seluas rumah yang Hayla duduk sekarang. Hiasannya lebih kepada country. Dalamannya banyak warna coklat kayu, kelabu asap dan hitam. Dan secara kasarnya, sebenarnya rumah ini dibina di atas pokok dengan ketinggian yang tak sampai beberapa meter dari lantai tanah.
            Bahagian pintu masuk, ada empat anak tangga sebelum tiba di pintu. Apabila pintu dibuka, ada satu ruangan yang berkeluasana 400 sq.ft dengan berdindingkan cermin lutsinar semata! Perabot disusun menghadap ke bahagian tasik. Ruangan itu memang khas untuk bersantai di dalam rumah, tapi menyaksikan pandangan luar.
            Hayla masuk ke bahagian kedua, dengan berkeluasan 500 sq.ft, sedikit besar dari ruang mula, sebelah kanan Hayla menempatkan dapur ala country dan meja makan kayu. Dinding yang menghadap ke tasik juga diteguhkan dengan cermin tebal berhias langsir kelabu asap yang sudah diselak ke kiri dan kanan.
            Di mana belah kirinya pula ada dua pintu yang akan bawa dia ke bilik master bedroom dan bilik tetamu. Jika dia berjalan terus ke hadapan lagi, dia akan tiba di satu ruang yang tidak ada perabot, tapi hanya karpet berbulu nipis berwarna coklat cair dan di sebelah ruang itu merupakan kawasan terbuka. Macam beranda luas berlantaikan kayu papan.
            “So Kiff owned this house?” Hayla kembali ke ruang dapur yang merupakan ruang utama.
            “Yes.”
            “Awak boleh rehat. Kami kena pergi.”
            “Ke mana?”
            “Balik.”
            “Balik?” Hayla tak salah dengarkan? Mereka baru aje tiba di sini, dan Isaac kata dia nak balik?!
            “Kiff akan sampai esok. Makanan semua dah ada dalam peti sejuk, frozen, fresh food semua ada.”
            “So you nak kata, you akan tinggal I kat sini, soerang diri untuk hari ni?”
            “Seems like it.”
            “Wait, no!”
            “I’m sorry tapi kami ada kerja lain.” Isaac dan dua orang lagi lelaki terus meninggalkan Hayla yang terpinga-pinga sendirian di situ.
            Aku kat sini, di depan satu kawasan tasik yang bapak besar nak mampus, kalau ada tsunami memang aku mati dulu. Eh kejap, mana ada tsunami dekat tasik, Hayla!
            Ah tak peduli. Tapi aku ditinggalkan di sini, dalam hutan belantara, seorang diri. Tanpa ada orang lain. Oh kejap. Hayla kecilkan biji mata. Dia lihat sesuatu. Ada sebuah rumah di seberang tasik sana!
            Dia senyum lega. Tapi kalau apa-apa jadi, macam mana dia nak kena ke seberang tasik? Bot pun takde. Takkan nak kena berenang? AH HAYLA!!!!

“FYNN.” Kiff ramas jemari Fynn yang kelihatan sugul di kerusinya. Setiap kali dia lihat Fynn, saat itu jugalah hatinya pecah.
            “I don’t know what to do, Fynn.” Keluh Kiff.
            “Am I right? Or am I wrong?” Kiff cari anak mata Fynn. Dia rindukan wanita itu. Bebola mata Kiff sudah merah. Dia tarik hingus yang hampir nak terkeluar. Dia tak boleh lemah.
            “I love you sis. Aku kena balik. Next time aku jumpa kau lagi.”
            Fynn tetap sepi membatu. Wanita yang dulunya elegan dan cantik, kini kurus mencengkung, dengan kulit yang makin pucat.
            Selepas memeluk si kakak, Kiff pakai semula cermin mata hitam, keluar dari Danvers State Hospital, Massachusetts yang lebih dikenali sebagai State Lunatic Hospital.
            Panggilan masuk segera diangkat.
            “Dia dah sampai sana?” tanya Kiff.
            “Dah, Kiff.” Jawab Isaac.
            “Alright. Thanks, Zack.”
            “Tapi dia seorang.”
            “So?”
            “Maybe bahaya untuk dia seorang kat sana.”
            Kiff tergelak kecil. “So now you worry about her?”
            “It’s just..”
            “Buat kerja kau. You don’t have to worry about a thing kalau aku tak minta. Okay?”
            Isaac keluh lemah. “Whatever you said, Kiff.”
            Talian dimatikan. Isaac bukan hanya pembantu peribadi Kiff, tapi lebih kepada kawannya.

MALAM menjelang tiba. Habis satu rumah dia pasang lampu. Ini bukan bandar yang ada lampu jalan. Keadaan di luar memang gelap gelita. Hitam likat. Bulan juga tidak kelihatan malam ini, mungkin ditutupi awan yang sudah sarat dengan membawa air hujan.
            Angin bertiup kencang membuat bunyi aneh. Hayla cuba kawal diri. Dia capai telefon, tapi sayangkan tiada line! TV ada, tapi siaran tiada. Buat apa ada TV kalau takde siaran? ‘I can’t brain lah benda ni.’ Gumam Hayla.
            Bunyi angin makin kuat. Tiba-tiba pintu rumah diketuk dari luar. Hayla tergamam. Kiff akan datang esok. Jadi siapa yang ketuk pintu rumah dia? Hayla selah sedikit langsir di ruang dapur untuk melihat kot-kot ada bot di tasik. Boleh jadi orang yang ketuk pintu itu datangnya dari seberang sana. Tapi kosong. Tiada apa.
            Tok! Sekali lagi pintu diketuk.
            Hayla terkebil-kebil. Memandangkan habis satu rumah dia buka lampu, mesti orang tahu dia ada di dalam. Tapi siapa?! Betul ke orang? Kalau bukan orang pun dia takut, kalau orang pun dia takut. Ah!
            Tok! Bunyi lagi. Hayla telan air liur. Dia cuba beranikan diri. Hayla capai pasu tinggi yang diletak sebagai perhiasan di sebelah pintu utama.
            1..2..3.. Pintu dibuka.



No comments:

Post a Comment