Meja makan yang boleh memuatkan 10 orang itu diisi dengan
hanya enam kepala. Tapi agak hingar juga diselangi dengan senyum dan tawa.
Mereka bertukar-tukar cerita dan buat pertama kalinya Hayla dapat mendengar
suara Kiff lebih lama dari kebiasaan. Lelak itu juga turut ketawa tanpa ragu.
Bezanya
lelaki di sebelahnya ini. Depan ibu bapanya, lelaki itu begitu ramah. Tapi di
belakang? Ah, tamparan itu menggigit jiwa Hayla lagi. Tapi dia agak puas bila
dia dapat membalasnya kembali.
“Pa, ma.
Hayla ada benda nak bagitau.” Suara Hayla memecah hening suasana.
“Apa dia?”
semua mata tertumpu pada Hayla.
“Hayla nak
sambung belajar lagi.”
“Sambung
lagi?” Carl toleh ke arah isterinya.
“Well, kalau
Kiff okay.. then I’m okay.” Jawab Carl.
“Hay dah
bagitahu Kiff. And he agreed.”
“Yeah, tapi
you tak pernah bagi tahu I you nak study kat mana.” Kiff suap daging steak yang
sudah dipotong ke dalam mulut. Selamba.
Hay
terpinga-pinga.
“Hm, kamu
nak study kat mana?” Lily bertanya.
“Er..
Dublin. Same old school.”
“Dublin?” Kiff
buat muka terkejut memandang Hayla. Kenapa dengan riak muka lelaki itu. Dia kan
tahu yang aku memang nak sambung belajar jauh dari sini?
“Yeah I told
you, I nak sambung belajar jauh dari sini.” Hayla tegakkan pendiriannya.
“Kenapa kena
jauh dari sini, kak?” Elena mencelah.
“I just want
to go back to my old school. Dublin memang jauh dari sini pun, kan?” alasan
Hayla. Ah takkan dia nak cakap yang dia nak duduk jauh dari Kiff?
Kejap.
“I nak sambung study.”
Itu apa yang Hayla minta tempoh hari.
“Sure.”
Dan Kiff
setuju.
“Jauh.
I nak sambung belajar jauh dari sini.”
Kemudian Hayla balas dengan kenyataan itu.
“Bila
aku bagi kau two wishes, you have to wish wisely. Guna otak untuk buat
permintaan. You just waste your wishes, Hayla.”
Dan Kiff beri amaran.
Silapnya, dia tak beri butiran lanjut. Dia cakap secara
general dan tak specific. Jauh itu boleh jadi di mana-mana. Kedua, dia tak
gunakan permintaan keduanya sebagai back-up.
“For how many years?” soal Kiff.
“Two, or more.”
Kiff tarik nafas dalam. Dia letak perlahan-lahan garfu dan
pisau di pinggannya sebelum mengelap mulutnya dengan kain putih. Dia duduk
bersandar sebentar. Melihatkan reaksi Kiff, Carl jadi tidak enak dengan
permintaan puteri sulungnya.
“Then, Hay nak tinggalkan Kiff sendiri kat sini?” tanya Carl.
“It’s only for few years, pa. Kiff, you dah setuju dengan I
sebelum ni.” Hayla mula berang.
“Yeah. Itu sebab I tak tahu you nak sambung ke mana.” Jawab
Kiff acuh tak acuh. Ian dan Elena jadi pemerhati di meja makan.
“I even said jauh!”
“Yeah, college dekat town sana pun jauh dari sini.” Kiff riak
biasa tapi kelihatan kecewa. Dasar pelakon hebat punya lelaki!
“Even kalau Kiff setuju, papa tak setuju.” Mendengarkan itu,
buat Hayla terpempan.
“Pa, Hay bukan tak balik langsung. Every semester break, Hay
akan balik. Plus, Kiff selalu takde kat rumah. Apa bezanya kalau Hay ada atau
tak dengan dia?” suara Hayla makin tinggi.
“He’s you husband Hay. You tak boleh simply tinggal dia macam
tu.” Lily mencelah.
Hayla toleh ke kanan dengan penuh rasa geram.
“You said, okay.” Hayla tak puas hati.
“Yeah. Suit yourself. Excuse me.” Kiff membalas kenyataan itu
sebelum minta diri untuk pamit.
Hayla terkebil-kebil di tempat duduknya.
“Walaupun Kiff cakap okay, tapi you tak nampak ke yang
actually dia tak rela? Use your common sense, Hayla. Learning is good, tapi
consider suami you juga. There’s a lot of universities kat sini, kenapa nak
kena balik Dublin? Papa dengan mama pun dah lama tak jumpa you. You just came
back for a few months and nak balik sana balik? Tak suka tengok muka mama papa
lagi ke?” Ini yang Hayla lemah.
Hayla merengus dan pamit juga untuk mendapatkan Kiff di luar
rumah.
“Apa ni?” Hayla tarik bahu Kiff supaya menoleh ke belakang.
Lelaki itu sengih nipis.
“What?”
“You main drama apa ni?”
“What drama?”
“Kiff! We had a deal.”
“Yeah. Ada aku cakap tak boleh?”
“Your reaction..”
“Tapi ada aku cakap tak boleh? Tak kan? It’s up to you, kau
nak dengar cakap aku atau dengar cakap parents kau. Aku dah bagi permission dan
macam mana aku nak react dengan permission aku takde dalam deal.”
“You.. you are so.. so.. plastic!” dada Hayla berombak
kencang. Kiff hanya jungkit kening.
“So.. bila kau nak fly ke Dublin?” sindir Kiff. Hayla genggam
penumbuk. Tak mungkin dia dapat ke sana kalau papa dan mama tak setuju.
HAYLA tenung skrin telefon. E-tiketnya terpaksa dilebur
begitu sahaja. Emel yang baru dia terima dari pihak univerisiti hanya dibaca
sepi. Nak seronok sebab diterima pun tak boleh. Sebab dia tahu pada akhirnya
dia terpaksa menolaknya.
Telefon
dilempar ke sisi katil. Jarum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Dia masih
belum mampu untuk melelapkan mata. Tangannya mencapai alat kawalan jauh
televisyen dan dalam beberapa saat televisyen dihidupkan.
“Bayi yang
ditemui tidak dapat dikenali identitinya. Bayi itu disahkan meninggal dunia dua
hari sebelum ia dibawa masuk ke dalam pesawat XXX. Pemeriksaan mendapati tubuh
bayi dipenuhi dengan dadah jenis kokain yang dipercayai untuk diseludup ke
negara YYY.”
Suara
pemberita memenuhi setiap ruang telinga Hayla. Terkejut dengan berita tengah
malam ini, Hayla menggeleng lemah.
“Drugs
nowadays..” gumamnya.
Televisyen
dimatikan. Dia tak sanggup untuk dengar tentang itu lagi. Dunia semakin kejam.
Manusia hilang pertimbangan dan mereka hanya mengejar duit duit dan duit
sahaja. Sudah hilangkah rasa perikemanusiaan?
Lampu bilik
masih menyala menerangi setiap penjuru dinding. Hayla merebahkan diri ke katil
dan menarik comforter rapat ke dadanya.
Bila
sendirian, dia jadi banyak berfikir. Mungkin normal kenapa dia tak dapat
mengingati apa-apa kenangan ketika dia berusia kurang dari tiga tahun. Tapi
kenapa dia begitu takutkan gelap? Ibu bapanya juga tak tahu alasan kukuh
disebalik persoalan Hayla itu.
Cincin
dijari dielus lembut. Apakah dia akan lebih bahagia kalau dia berkahwin dengan
Ian, dan Elena akan menderita sepertinya kalau pasangan mereka bertukar? Hayla
menggeleng. Sudah cukup baik Elena tidak berada di tempatnya. Gadis itu terlalu
polos untuk diuji sebegini sedangkan dia masih boleh bertahan.
Perihal
saham. Rupanya Kiff sudah ada bahagian dalam syarikat papanya sebelum berkahwin
dengannya lagi. Adakah sebenarnya lelaki itu berkahwin dengannya untuk
mendapatkan sebahagian saham besar? Tapi kalau betul, ternyata lelaki itu silap
pilih pasangan kerana Hayla langsung takde bahagian di dalam syarikat itu.
Ya itu juga
menjadi persoalan padanya. Kenapa papa tak bagi dia sedikit bahagian? Sedangkan
Elena dapat 20 peratus dari saham papa? Memang dia tak minat dengan bisnes,
tapi.. hm. Dia juga anak papa…
Hayla geleng
kepala lagi. Takkan dia cemburukan Elena?
Elena dapat
Ian, lelaki yang Hayla suka buat pertama kalinya. Elena juga dapat sebahagian
saham menjadikan dia berhak untuk..
Ah! Hayla.
Apa lagi yang kau rasa tak cukup? Kau ada semuanya, Hayla.
Bunyi pintu
terkatup dari bilik sebelah mengejutkan Hayla. Kiff balik? Hayla bangun dari
katil dan menolak sedikit daun pintu. Di luar, sepi.
“Cari apa?”
suara dari belakang kepala Hayla mengejutkannya. Terus dia berdiri tegak. Kiff
dengan kemeja yang sudah tidak di tuck-in, lengan kemeja berlipat suku dan
butang di leher dilepas hingga ke butang ketiga.
“I thought
you..” Hayla tunjuk arah bilik lelaki itu. Kiff dengan segelas air di tangan
sudah cukup menerangkan yang dia sebenarnya turun ke dapur untuk minum.
Kiff pandang
Hayla tanpa kata. Gadis itu telan air liur.
“I should
get back to bed.” Merasakan pandangan lelaki itu lain, dia cepat-cepat mahu
lari dari lelaki itu.
Not so fast.
Kiff sempat
menarik lengan Hayla dan memaksanya masuk ke bilik lelaki itu.
“Lepaslah.”
Getus Hayla. Gelas tinggi itu diletakkan di tepi meja dan sebelah tangannya
lagi yang masih tidak melepaskan pegangan menolak tubuh Hayla ke dinding.
“Kau siapa
sebenarnya?” tanya Kiff.
Hayla
terkejut. Di kini bersandar di dinding kalis bunyi dan kedua belah tangan Kiff
menekan ke dinding bagi menghalangnya pergi dari situ. Bilik itu sedikit malap
kerana hanya diterangi dengan lampu oren di sebelah kepala katil.
“Apa maksud
you?”
“Kenapa kau
tak dapat share dalam company papa kau sendiri?”
Hayla kerut
dahi. “So what? You kahwin dengan I bukan sebab nak dapatkan share I kan? You
kahwin untuk hubungan bisnes. Why? Sekarang baru you nak expose niat sebenar you?”
Kiff
perlahan-lahan senyum nipis. Dia ke belakang sikit, menjauhkan diri dari Hayla.
Jantung Hayla yang tadi berdegup laju kembali normal.
“I just
wondering kenapa kau tak dapat apa-apa dari bapa kau sendiri.”
“Dia dah
bagi I everything. I don’t need more.”
“Really? Are
you sure?” Kiff menoleh semula ke arah Hayla. Gadis itu sembunyi rasa.
Membaca dari
air muka Hayla, Kiff tahu. Lelaki itu sengih.
“You do
jealous.” Provok Kiff.
“No I’m
not.”
“Kau
cemburukan adik kau.” Kiff mendekatinya semula.
“I’m not!”
“You see,
adik kau dapat lelaki yang kau suka. Dia juga dapat share. Huge one.”
Bebola mata
Hayla ke kiri dan kanan. Dia ketap gigi.
“Sedangkan
kau, got nothing. And been forced to marry me.”
“I tak
dipaksa.”
“Hm?” Kiff
jungkit kening sebelah sambil memeluk tubuh.
Hayla sedut
kesemua keberanian dan memandang Kiff dengan teguh. “I received love more than
anyone.”
Kiff terdiam untuk beberapa saat sebelum dia ketawa besar.
“Oh my god. Hayla.. Aku ingat kau orang yang bijak. But you really are stupid,
aren’t you?”
“Oh shit.”
Kiff ketawa lagi. Kali ini ketawa untuk dirinya sendiri sambil mengambil tempat
di sofa bersebelahan dengan katilnya.
“And I’m so
dumb to marry such an unfortunate stupid girl like you.”
Hayla
berdiri tegak dan hampir longlai. Berani dia.. berani dia katakan itu pada
Hayla. Sampai bila maruahnya perlu diinjak-injak lelaki ini?
“Baguslah
kalau you tahu you bodoh.” Hayla naik geram.
Mata Kiff
memandang Hayla. Apa yang dia boleh dapat dari perempuan ini? Kepentingan apa
yang dia akan dapat kalau dia sebenarnya tahu Hayla itu tiada harga di mata
Carl.
Hayla berkira-kira hendak keluar dari bilik
itu tapi entah bila Kiff sudah berada di belakangnya dan sekali lagi lengan itu
ditarik kuat. Tubuh Hayla kini di dalam rangkulan Kiff.
“At least
let me have a taste of you since kau takde bawa keuntungan lain pada aku.”
Hayla mula
cuak. Tubuh Hayla ditolak ke dinding, kuat. Wajah Kiff makin mendekat tapi
Hayla segera mengelak. Tapi tidak untuk jangka masa panjang. Lelaki itu terlalu
kuat.
“Kiff!”
jerit Hayla. Tapi tidak dipedulikan Kiff.
Kemudian
tubuh Hayla dilemparkan ke atas katil. Kiff menindih tubuh Hayla. Tapi dia agak
benci melihat raut wajah gadis itu. Lampu di sebelah katil segera dimatikan.
Jantung
Hayla bertambah laju berdegup. Dia buka mata seluas-luasnya tapi dia tak nampak
apa-apa. Dia hanya dapat bau haruman dari tubuh Kiff.
Jeritan demi
jeritan di dalam kepalanya mula melaung kuat. Nafas Hayla jadi tidak teratur
seakan semput.
“Kiff.”
Suara Hayla perlahan. Kiff tidak menyahutnya dan genggaman di kedua belah
lengan Hayla dikuatkan, tak mahu gadis itu lolos.
Air mata
Hayla mula mengalir laju. Suara kanak-kanak kecil menjerit kedengaran bingit di
telinga Hayla meskipun suara itu hanya datang dari kepalanya sendiri.
“Ahhhhhhhh!” suara itu kedengaran sedang
menahan sakit seakan merayu agar dirinya dilepaskan.
Tubuh Hayla
mula menggeletar. Getaran itu tidak mengambil masa yang lama untuk Kiff
mengesannya. Kulit Hayla sudah basah dengan peluh dan nafas Hayla makin pendek
dan laju macam tidak cukup udara.
Kiff
berhenti. Dia cuba cari wajah Hayla dalam samar malam. Terlalu gelap. Dia
hidupkan semula lampu tidur.
Gadis itu
kaku diperbaringan. Kali pertama Kiff melihat air mata Hayla mengalir. Dia baru
teringat Hayla ini takut dengan gelap. Kiff berdiri di sisi katil sambil
merenung Hayla yang masih cuba untuk mendapatkan udara secukupnya. Fikiran
lelaki itu kosong tiba-tiba.
No comments:
Post a Comment