Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Bab 2


Hayla mengeluh lemah. Rasa dingin dari bilik air masuk hingga ke dalam tulang! Skrin telefon di pandang. 3 pagi. Dia masih belum mampu melelapkan mata.
            Lampu di bilik sudah lama terpadam. Kiff mungkin sedang lena di katil empuk sedangkan dia tidur di dalam tab mandi beralaskan selimut nipis dan sebiji bantal.
            Dia gigit bibir bawah. Kenapa dia yang perlu tidur di bilik air sedangkan lelaki itu bukan main sedap di katil?!
            Beberapa jam lepas..
            Hayla tarik selimut hingga ke paras dada. Sudahlah lampu syiling pun menyala, ini lampur tidur sebelah kepala katil pun turut sama dinyalakan. Hayla tak tahu kenapa dia alami nyctophobia. Keadaan di mana seseorang takut berada dalam gelap. Saat dia tutup mata juga, dia jadi takut bila tak dapat melihat apa-apa.
            Tapi dia jumpa cara supaya tidurnya lebih lena. Tak perlu dia tahan mengantuk seperti sebelum ini hingga membiarkan dia tertidur dengan sendirinya. Maka dia takkan sedar gelap itu berlaku.
            Lampu yang ada di hadapannya akan akan tetap ada samarnya walaupun matanya terkatup. Kerana itu lampu di sebelah kepala katil dinyalakan. Cahaya itu lebih terang dan lebih dekat dengan wajahnya.
            Baru lima minit dia hendak terlelap, dia dapat rasakan lampu syiling sudah terpadam. Matanya terbuka. Memang lampu syiling sudah terpadam.
            Tilam bergerak sedikit menandakan Kiff sudah naik katil. Jantung Hayla berdegup laju. Dia akan buat tindakan gila seperti tadi ke?
            Tanpa kata, Kiff menekan suis lampu untuk mematikannya. Bilik jadi gelap-gelita.
            “Ahhhhhh!!!” Hayla menjerit kuat. Tangannya terketar-ketar mencari suis lampu dibahagiannya. Terus lampu menyala semula. Kiff kerut dahi dan menoleh ke belakang. Memang suis itu ada dua dan di kiri dan kanan katil masing-masing boleh menghidupkan dan mematikan suis tersebut.
            “Aku nak tidurlah. Boleh tak kau senyap? Bukan aku nak buat apa-apa kat kau pun. Aku pun tak inginlah!” getus Kiff.
            “Just, jangan tutup lampu.” Minta Hayla.
            “Aku nak tidur dengan aman boleh tak?” suis ditekan Kiff semula. Tak sampai dua saat, lampu menyala balik.
            “Shit!” Kiff mula naik rimas.
            “I tak boleh tidur dalam gelap!” luah Hayla.
            “That’s your business. Kalau kau tak boleh tidur dalam gelap, kau pergi tidur dalam bilik air. Jangan kacau aku!”
Lampu dimatikan.
PAP! Ia hidup semula.
“You fucking pissed me.” Tempelak Kiff. Lelaki itu bangun dan duduk bersila.
“Tunggu kejap I ambil selimut.” Hayla juga tak mahu ganggu tidur Kiff. Dia bukan apa, takut tiba-tiba Kiff naik hantu macam tadi. Tak pasal-pasal karang bertanda pula leher belah kanan.
Hayla tarik keluar selimut tambahan dari almari. Sebiji bantal diambil dari katil. Dia terus masuk ke dalam bilik air. Kiff merengus. Lampu terus dimatikan dan dia kembali tidur.
Melihatkan tab mandi yang sedikit basah, Hayla terpaksa ambil tuala lebihan hotel dan mengelap permukaan tab mandi sebelum menghampar selimut ke dalamnya. Lampu dalam bilik air lebih terang jadi tiada masalah untuk dia tidur.
Yang masalahnya.. keselesaan. Sakit tulang belakangnya.
Dia pusing ke kiri dan kanan, tapi tetap tidak boleh tidur. Tiba-tiba terdengar pintu bilik air terkuak. Mata Kiff separuh terbuka. Tangan lelaki itu menolak penutup tandas. Hayla terkebil-kebil.
Saat Kiff baru hendak menurunkan seluarnya, Hayla terlebih dahulu berdehem.
            “Oh, shit.” Kiff tak jadi untuk buang air.
            “Seriously?” Kiff merengus kasar.
            Hayla garu kening.
            “Kau nyctophobia ke?” tanya Kiff.
            Hayla angguk.
            “Sebab?”
            “Tak tahu.”
            “Diri sendiri pun tak tahu? Apa yang kau tahu?” Kiff seakan mengejek.
            Hayla menjeling. Sakit pula hati aku dengan dia ni.
            “Get out. Aku nak guna toilet.” Ujar Kiff.
            Hayla tanpa kata capai telefon bimbit dan terus keluar. Lampu telefon membantu dia untuk mencari suis di bilik. Automatik bilik terang-benderang.
            Beberapa minit kemudian, Kiff keluar dari bilik air.
            “I’m sorry, aku terbasahkan selimut dengan bantal kau. The water just…splashed.” Ujar Kiff sambil melangkah ke sisi katil dan terus baring di situ.
            “Sebelum kau tidur, tolong tutup lampu. Thanks.” Selimut ditarik hingga ke paras dada. Hayla terkebil-kebil. Dia berlari ke bilik air. Terpinga-pinga dia melihat selimutnya basah lencun! Ini bukan ‘splash’! Ini memang jirus terus. Lelaki ni.. lelaki ni.. Erghh!!
            Hayla tiada pilihan. Dia terpaksa juga tidur di sebelah Kiff. Flashlight dari telefon bimbit dinyalakan. Selimut ditarik hingga menutupi kepalanya dan lampu itu menemani tidur malamnya hingga ke pagi.

“SAKIT!!! Sakit!! Tolong… Sakit!!” sepakan demi sepakan mengena tubuh si kecil. Walaupun berjuta kali dia merayu supaya pukulan itu dihentikan, tetapi lelaki bertopeng itu tetap tidak mahu berhenti.
            BAMMM! Pintu dihempas kuat sebelum lelaki itu hilang dari pandangannya. Tubuh si kecil itu lemah dan penuh dengan lebam. Fizikalnya sakit, perutnya pedih dek tidak cukup makan. Bibirnya kering hingga merekah dan berdarah. Kiri kanannya gelap. Si kecil itu menyorok di penjuru dinding. Hingga cahaya kembali kelihatan.
            “Hey! Hayla!” namanya dipanggil beberapa kali mengejutkan Hayla dari tidurnya. Perlahan-lahan matanya terbuka.
            “Bangunlah.” Suara Kiff kasar.
            “Em. Pukul berapa?”
            “Tengok sendiri. Aku nak check out.”
            “What? Now?” terus mata Hayla jadi segar-bugar.
            “What do you expect? Honeymoon?” ah kena sindir lagi.
            “Takdelah. Sekarang baru pukul berapa. Takkan dah nak check out?”
            “Then kau check out sendiri. Aku kena pergi.”
            “Ke mana?”
            “Do you really have to question me everything?” Kiff naik muak.
            “Well at least I kena tahu mana you nak pergi. So in case parents I tanya or your parents tanya, I boleh jawab.” Hayla juga geram.
            “NYC.”
            “New york?!” terbeliak mata Hayla. Ini bukan besher-besher!
            Malas mendengar apa-apa dari Hayla, lelaki itu terus keluar bilik dengan beg kecilnya meninggalkan Hayla sendirian di kamar hotel 5 bintang itu.
             Hebat ya jadi orang yang ada duit ni. Pergi NYC macam balik kampung. Padahal semalam baru kahwin. Hm!
            Ini tanda kat leher ni. Tak pasal-pasal nak kena lekat plaster!

“PA, macam mana papa boleh kenal dengan Kiff? I mean, why do you choose him for me? And why do you choose Ian for Ely?” Hayla mempersoalkan itu ketika mereka sedang menjamah sarapan pagi di restoran hotel sebelum mereka semua pulang ke rumah.
            Elena dan Ian masih belum turun. Di meja kini hanya mereka bertiga.
            “Kenapa? Hay tak setuju ke?” Carl Danial merangkap si bapa terus berhenti menyuap makanan ke dalam mulut.
            Hayla terkebil-kebil. Takkan dia nak bagi tahu apa yang terjadi? Dia juga yang bersetuju sebelum ni. Langsung tidak menentang.
            “Eh tak. Hay just.. tertanya.. kenapa.” Hayla sumbat sosej ke dalam mulut.
            “Kiff yang approach papa. Dia yang datang dulu, and papa rasa ini peluang yang baik since dia ada interest dengan bisnes kita. So papa cuba kenalkan dia pada Hay. Win-win situation. For Ely, papa kenal Ian dah lama. Dari dia kecil. I know him inside out, and I know Ely likes him too.” Ringkas penerangan Carl.
            “So papa kahwinkan Hay for business purpose only?”
            Jemari Hayla terus diambil Lily, ibunya. Jari itu dielus lembut.
            “Mama dengan papa pun berkahwin atas dasar bisnes. Look at us now. We’re happy. And we know, Hay pun akan happy macam kami. You both just have to work things out together.” Kata-kata Lily sedikit pun tidak menenangkan Hayla.
            “Papa dah tanya awal-awal pada Hay hari tu. Tapi Hay tak bangkang. So I guess, it was the right thing to do. Hay tak suka Kiff ke?”
            “Suka. Suka..” Hayla paksa diri untuk senyum.
            “Are you sure?” Carl ingin memastikan. Kebahagiaan anaknya juga menjadi ukuran.
            Hayla mengangguk laju kemudiannya.
            “Kenapa dengan leher tu?” tanya Carl, pelik.
            “Oh, semalam kena gigit nyamuk. And I scratch, so luka sikit.” bohong Hayla.
            Carl mengangguk. “Berapa lama Kiff pergi NYC?” dia sambung makan.
            “2 weeks.” Ah yakin aje kau dengan dua minggu kau tu. Sedangkan Kiff tak bagi tahu apa-apa pun.
            “Lama juga tu. Tiba-tiba kena pergi business trip pula. Kenapa Hay tak ikut sekali?”
            “Hm? Oh, tak naklah. Hay pun baru aje balik. Letih tak hilang lagi.” Sengih Hayla.
            Dia baru aje pulang dari Dublin dua minggu sebelum perkahwinannya. Takkan nak ke luar negara lagi? Letih!

KIFF langsung tak tinggal pesan apa-apa padanya. Di mana rumah Kiff? Nombor telefon pun dia tiada! Sekecil zarah habuk pun dia tak tahu tentang Kiff.
            Pembohongan demi pembohongan dia terpaksa cipta supaya orang tuanya tidak rasa sedih dengan keputusan mereka untuk mengahwinkannya dengan Kiff.
            Apa pun, itu salahnya juga. Dia sendiri bersetuju. Hayla kemas bagasinya sebelum keluar untuk check out. Usai memberi kunci di lobi, dia tarik bagasinya lemah. Mungkin dia perlu pulang ke rumah sementara tunggu Kiff balik dari New York?
            “Hayla.” Seorang lelaki berbadan tegap mendekati Hayla.
            “Ya saya?” Hayla pelik. Dia tak kenal lelaki itu.
            “Saya ditugaskan untuk bawa awak balik ke rumah Kiff.”
            “Oh!” Hayla mengangguk dan terus mengekori jejak lelaki sasa itu.
            Selepas hampir 45 minit perjalanan, mereka tiba ke destinasi. Hayla tidak terlalu janggal dengan keadaan rumah Kiff. Dia juga tinggal di rumah sebesar ini yang layak di gelar ‘mansion’. Yang dia pelik, lelaki itu tinggal bersendirian!
            Hanya ada seorang pembantu yang dipanggil Cik Anum. Tetapi wanita separuh abad itu juga tidak menetap di situ. Hanya datang pasa sekian-sekian waktu sahaja.
            “Siapa yang bersihkan rumah?” tanya Hayla ingin tahu.
            “Kiff selalu pergi luar negara. Dia jarang ada kat rumah. Seminggu sekali akan ada orang datang untuk kemas seluruh rumah supaya tak berhabuk. Cik Anum cuma datang sini bila Kiff balik. Masak, kerja Cik Anum.” Terang Cik Anum. Hayla angguk faham.
            “Sekarang ni memandangkan Hayla akan tinggal kat sini, Cik Anum akan lebih jarang kat sini lah. Melainkan kalau Kiff panggil, baru Cik Anum datang.”
            “So Cik Anum takkan datang masak dah?”
            “Kalau Kiff minta, baru Cik Anum datang. Selebihnya, Cik Anum akan balik rumah ibu bapa Kiff.”
            Maknanya, aku lah yang kena masak?
            “Tak boleh ke kalau Cik Anum duduk sini teman Hayla? Memandangkan Kiff pun jarang balik..”
            “Tak boleh. Kiff dah pesan awal-awal hari tu. Bila dia dah kahwin nanti, Cik Anum kena bagi tanggungjawab Cik Anum pada Hayla. Melainkan kalau Kiff yang perlukan Cik Anum.”
            Oh, kau cuba nak seksa aku eh?
            “Alright. Takpe. Terima kasih Cik Anum.” Senyum Hayla nipis.
           
HARI KEDUA Hayla di rumah besar ini. Rumah ini penuh dengan teknologi terkini. Semua main petik suis! Bilik air sampai kiri kanan dinding pun keluar air! Okay, ini tak se-normal rumahnya sendiri.
            Telefon Hayla berdering nyaring. Nama yang tertera di skrin buatkan dia senyum lebar.
            “Hello.”
            “Hey, Hay!” sendiri yang kata, sendiri yang tergelak. Dia tahu Hayla tak suka dia panggilnya begitu. Kerana bunyinya begini, ‘Hei, Heyy!’
            “Stop it.” Gelak Hayla.
            “Sorry aku tak dapat datang wedding kau. Aku busy settlekan pendaftaran aku kat sini. Kenapalah kau tak join aku kat sini?” rungut Adelia. Atau lebih ringkas dipanggil Adel.
            “Maybe soon, aku join kau?”
            Adel terbeliak mata. “Really? Seriously?? Kau nak sambung juga ke? Ke sini?” gadis itu teruja.
            “We’ll see.” Sengih Hayla. Dia cuma hendak lari dari Kiff. Tapi tidak tahu caranya bagaimana. Mungkin dengan alasan sambung belajar, lelaki itu akan membenarkannya. Lagipun memang mereka sudah capai kata sepakat untuk tidak masuk campur dengan urusan hidup masing-masing. Asalkan pada mata kasar orang lain, hubungan mereka elok.
            “Please, pujuk laki kau, Hay. Aku seorang kat sini.”
            “Kau kan ada Alex.”
            “Tak sama dengan kau kat sini.”
            “Aku tak confirm lagi. Tapi aku akan cuba cakap dengan…”
            Bunyi pintu ditolak mengejutkan Hayla. Siapa? Tak mungkin Kiff balik seawal ini sedangkan baru semalam dia ke NYC. Siapa yang masuk ke rumah ini? Siapa?!



No comments:

Post a Comment