Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Bab 10


KOSONG. Hayla tengok keluar rumah tapi tiada sesiapa. Hanya deru angin yang kuat hingga rambutnya menutup mukanya.
            Dia tutup kembali pintu itu. Baru beberapa tapak menjauh dari pintu yang dah dikunci, bunyi itu muncul lagi.
            Tok!
            FIkiran aneh mula menerpak kepalanya. Dasar kepala penuh dengan mistik. Sikit-sikit hantu. Sikit-sikit hantu. Hayla genggam pasu yang masih di tangan. Hayla, kau bukan penakut.
            Dia buka semula pintu dengan perasaan geram.
            “Kau ingat aku takut ke dengan kau hah?!” tempik Hayla seraya membuka. Gadis itu terpempan. Begitu juga dengan Kiff.
            “Kau cakap dengan siapa?” Kiff terus masuk ke dalam rumah itu dan menutup pintu supaya angin yang membawa daun-daun kering tidak menyelerakkan rumahnya.
            Hayla segera toleh ke belakang.
            “Bukan you patutnya datang sini esok ke?” tanya Hayla.
            Kiff buat pekak. Dia masuk ke dalam bilik tidur. Belum sempat dia hendak letak begnya, dia perhati keliling bilik yang sudah terisi dengan barangan Hayla.
            Beg di letak ke lantai dan dia keluar ke ruang dapur. Melihat Hayla masih menggenggam pasu seramik putih itu, dia jungkit kening.
            “Kau tahu tak berapa harga pasu tu?”
            Hayla angkat pasu  di tangan. “Hundred?”
            “Yeah. Thousands.” Kiff rampas kembali pasu seramik putih itu dari tangan Hayla dan meletakkannya di tempat asalnya.
            Hayla bulat mata. ‘Hundred thousands? Just untuk pasu bodoh macam ni?’
            “So make sure kalau kau nak pegang apa-apa dalam rumah ni, kau be careful.”  Pesan Kiff.
            “Tu barang kau. Kenapa dalam bilik aku?”
            “Itu aje bilik yang ada.”
            “Use the next room.” Arah Kiff.
            “Bilik tu kecil and bilik air kat luar.” Rungut Hayla.
            “You don’t get to choose. This is my house. Angkat barang kau cepat.”
            Hayla diam sejenak.
            “You know what, I won’t. Just sebab you sekarang suami I, I nak kena ikut semua cakap you? No. You minta I datang sini untuk bincang pasal hal study I kan? Okay fine. We’ll talk about it. Tapi that room, is mine.” Hayla tunjuk ke arah master bedroom itu.
            Giliran Kiff terdiam.
            “Okay.” Kemudiannya Kiff tepuk kedua belah tangan dan mengusap-usap jemarinya.
            “So semalam kita ada benda yang tak settle kan? I’ll make sure malam ni aku tak tutup lampu lagi.” Senyum Kiff nipis.
            Hayla ketap gigi. Aku paling menyampah kalau orang guna benda-benda macam ni untuk ambil kesempatan! Hayla terus menapak masuk ke dalam biliknya. Memang sengaja dia melanggar lengan kanan Kiff kononnya tunjuk protes.
            Dia ambil baju-bajunya dan memindahkannya ke bilik sebelah.
            Kiff sudah rasa sengal-sengal di tubuhnya. “Aku kira sampai sepuluh. Kau tak settle dalama masa sepuluh saat, kau tahu lah.” Ugut Kiff.
            Mendengarkan itu, Hayla melangkah lagi laju.
            “Tujuh.. enam.. lima..”
            Macam nak tersadung Hayla dibuatnya dan akhirnya dia selesai memindahkan semua barang-barangnya. Hayla tercungap-cungap sedikit.
            “Thanks.” Sinis ucapan Kiff lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.
            Hayla menjeling. ‘Aku patut minta cerai awal-awal lagi. Bodoh punya Hayla.’
            BUMMM! Bunyi dentuman guruh membuatkan Hayla terkejut dan segera berlari masuk ke dalam bilik. Angin sudah tidak sekencang tadi. Dan bunyi ketukan di pintu juga tidak kedengaran.
            Hujan lebat di luar. Hayla masih tak boleh melelapkan mata. Dahlah sini sejuk, ditambah dengan hujan lagi. Telefon pula takde line. Hayla ambil keputusan untuk keluar dari biliknya. Dentuman guruh juga sudah reda, hanya hujan yang turun dengan lebatnya.
            Hayla selak langsir di sebelah meja makan. Tapi dia tak nampak apa-apa pun.
            Tiba-tiba bunyi dari belakang mengejutkannya. Pintu peti sejuk dibuka. Kiff sedang berdiri sambil meneguk air mineral.
            Lelaki itu langsung tak menegurnya.
            “Kenapa you bawa I datang sini?” tanya Hayla memecah hening suasana.
            “Papa kau minta.”
            “Supaya kita boleh ‘bincang’ balik pasal study tu?”
            “Probably.” Kiff buat muka tak bersalah.
            “I menang race tu. And I should get my prize.”
            “Yeah. Aku bagi aje apa kau nak. Kau nak pergi, pergilah.” Kata-kata Kiff seakan mencabar Hayla.
            “Tapi..”
            “You don’t get to blame me sebab kau patuh kata mak bapa kau. Aku bagi kau pergi, tapi kau yang tak nak sebab mak bapa kau.”
            Terkunci mulut Hayla dibuatnya.
            “Apa yang kau dapat bila kau patuh mak ayah kau? Happiness?” perli Kiff.
            “Apa yang you nak sebenarnya?” Hayla geram. Kiff mendekati Hayla. Benci dengan perempuan itu kerana gadis itu berlagak polos di matanya.
            Lengan Hayla digenggam kasar dan kuat.
            “Aku nak bapa kau hancur.” Pandangan dan mimik muka Kiff jelas benci. Hayla kerut dahi.
            “What? Why?” Hayla terkejut.
            “He’s not the man you think he is, Hayla.” Kiff cengkam kuat siku Hayla.
            “Lepas! Apa maksud you?” Hayla jadi menyinga. Berani kau cakap buruk pasal bapa aku?!
            Kiff hanya tergelak sinis.
            “Apa maksud you, Kiff?!” ulang Hayla.
            Tubuh kecil Hayla ditolak kasar ke belakang. “You’ll know.” Ejek Kiff. Masih mahu berahsia.
            “Kiff!” Hayla mengejar Kiff. Lelaki itu terus masuk bilik dan mengunci pintu.
            Hayla ketuk pintu kayu itu bertalu-talu.
            “Kiff, keluar!”
            “Kiff!!”
            “Kiff!!!”
            Hayla merengus geram. Dia tekad untuk tunggu Kiff keluar dari bilik. Lantas dia duduk bersandarkan pintu bilik Kiff tanpa sedar pagi keesokannya menjelang tiba.

HAYLA terlentang ke belakang bila pintu bilik Kiff terbuka. Lelaki itu pandangnya pelik. Mata mereka bertentang. Kiff menjeling lantas melangkah tubuh Hayla untuk keluar dari biliknya. Telinganya yang diisi dengan wireless earphone mula memainkan muzik.
            Lelaki itu terus menuju ke luar untuk bersenam. Hayla yang masih diperbaringan mengelip-kelipkan matanya yang agak pedih. Mimpinya terganggu kerana Kiff. Dia pun satu, pergi tidur bersandar kat situ kenapa?
            Suasana di luar masih agak gelap. Hayla terus ke biliknya untuk mandi. Dia perlu tunggu Kiff balik. Soalan yang tergantung semalam perlu dijawab.
            Tiga jam Hayla menanti, tapi kelibat Kiff masih tidak kelihatan. Mana lelaki ini pergi? Dia kini berdiri di hadapan dinding cermin di sebelah meja makan. Tasik di hadapannya kelihatan tenang sekali.
            Tiba-tiba susuk tubuh Kiff kelihatan. Tanpa menunggu lama, Hayla sendiri keluar rumah dan mendapatkan Kiff yang baru hendak buat senaman selepas tiga jam berlari mendaki bukit.
            “Jawab soalan I semalam.” Minta Hayla.
            Kiff yang termengah-mengah tidak pedulikan Hayla.
            “Kiff!”
            “Kau tak layak dapat jawapan dari aku.”
            “Apa yang I kena buat untuk dapatkan jawapan dari you?”
            Kiff pandang Hayla atas bawah. Segera gadis itu menyilang tangan di dada.
            ‘Dasar gatal.’
            Kiff tergelak. Dia mula meniarap di atas tanah yang hanya ada sedikit rumput hijau dan mula buat tekan-tubi. Ototnya kelihatan jelas.
            “I tak beragak-agak untuk bagi tahu papa apa niat sebenar you.” Ugut Hayla.
            “Sure. Go on. Tapi jangan menyesal kemudian.” Kiff beri amaran. Lelaki ini pernah beri amaran sebelum ini kepadanya. Dan Hayla tak sepatutnya ambil ringan dengan amaran itu. Dia tak kenal Kiff. Lelaki itu boleh buat apa sahaja.
            “I know what I bring to the table, so trust me when I said I’m not afraid to eat alone.” Sambung Kiff. Gulp. Hayla terkesima. Ini jelas ugutan.
            “I’ll stop whatever you’re going to do to my papa.” Tegas Hayla.
            “You bark like a chihuahua. All about the sound, but you can really do nothing.”
            “Jangan cabar I.” pandangan mata Hayla tajam.
            Kiff berhenti buat tekan tubi dan menoleh ke atas menghadap Hayla. Keningnya terjungkit sebelah. “I am now.”
            Hayla ketap gigi.
            “Kau tahu.. aku sebenarnya boleh habiskan bapa kau in a blink. Tapi where’s the fun, right? He needs to suffer just a little bit.” Kata-kata Kiff lagi menambah api dalam jiwa Hayla.
            “You sebenarnya tak boleh buat apa pun. Sebab tu you still tak buat apa-apa. You just cakap macam you tahu semua. I tak bodoh.”
            “Hm. We’ll see.”
            Hayla makin bengang. Eh macam nak pijak aje belakang badan dia ni.
            Dia masuk semula ke dalam rumah. Carl lelaki yang baik. Macam-macam projek amal yang dijalankan di bawah naungannya. Apa yang Kiff cakap, semua bohong. Dia lebih lama kenali papanya sendiri daripada Kiff. Takkan dia nak dengar kata-kata lelaki yang baru masuk ke dalam hidupnya?
            Musuh papa memang berada di mana-mana. Hayla tak boleh lemah dengan ugutan bodoh seperti itu. Dia perlu cari tahu apa yang Kiff rancangkan.
            ‘Keep your friends close and your enemies closer.’ Acap kali dia dengar papanya kata begitu bila dia ada masalah dengan kawan-kawan sekuliah. Dan ternyata kata-kata itu membuahkan hasil.
            Kalau Hayla nak tahu apa rancangan Kiff, dia perlu sentiasa ada dengan lelaki itu. Itu sahaja jalannya untuk memastikan papanya tidak diapa-apakan.
            Hayla cuba bertenang. Dari bar dapur, dia dapat lihat belakang tubuh Kiff yang merenung jauh ke arah tasik hijau itu.
            Lelaki tu terlalu pandang rendah pada Hayla.
            Tangan Hayla membuka isi peti sejuk. Banyak bahan mentah di dalamnya. Satu-persatu dia keluarkan dan dia senteng lengan t-shirt yang labuh hingga ke jari hantu.
            Hidung Kiff menghidu sesuatu. Sedap. Dia kerut dahi dan menoleh ke belakang. Dari luar dia nampak Hayla sedang memasak di dapur.
            “So, dia memang reti masak?”

6 comments:

  1. Replies
    1. ini bukan cerpen. ini novel. :)

      Delete
  2. Replies
    1. boleh terus baca next part dekat wattpad ain. https://www.wattpad.com/myworks/164101149-nyctophobia

      Delete
  3. bila keluar novel ni?
    saya nak beli la

    ReplyDelete