Hayla menepis dua tangan lelaki yang mencengkam bahunya.
Wajahnya jelas sedang menahan marah. Dia masih dapat rasa hanyir darah di dalam
mulut. Dia tak faham kenapa semua ini terjadi. Lagi menyakitkan hati, bila
disoal tidak berjawab.
Beberapa
minit kemudian. Kiff tiba di perkarangan rumah. Dia dengan selamba keluar dari
perut kereta. Dengan isyarat tangannya, kesemua orang bawahannya pergi
meninggalkan mereka berdua di rumah agam itu.
Mereka
berpandangan antara satu sama lain. Hayla menjeling dan terus masuk ke dalam
rumah. Kiff membuntuti tanpa riak.
“You nak
buat apa lagi dekat I?” kaki Hayla berhenti melangkah. Dia kemudian toleh ke
belakang. Sungguh, dalam jiwanya sedang berkocak sekarang. Tidak pernah seorang
pun menyentuh pipinya sebegitu rupa.
Kiff tarik
nafas dalam seraya menggaru kening. Selamba dia berjalan melintasi Hayla.
Sekali lagi meninggalkan gadis itu tanpa jawapan.
‘Apa yang
kau dah buat dalam hidup kau ni, Hayla?!’
Beberapa
minit kemudian lengan Hayla ditarik dari belakang hingga terdorong ke sofa.
Tanpa kata lelaki itu mengeluarkan beberapa perkakas dari kotak berwarna putih.
“Apa yang
you nak buat?”
Kiff diam.
Hanya tangannya yang berjalan. Hayla memerhati. Putik kapas dicelup dalam botol
kaca dan kemudian dibawa dekat dengan bibirnya. Hayla cuba mengelak.
Kiff beri
pandangan yang sukar ditafsir Hayla. ‘Kau dah sepak aku macam nak mampus, lepas
tu kau nak letak ubat? Manusia spesies apa kau ni?’
Sebelah
tangan Kiff meletakkan botol kaca itu dan memegang tulang rahang Hayla kasar membuatkan
gadis itu tidak boleh menoleh ke kiri atau kanan. Selamba Kiff menekan putik
kapas ke kawasan darah yang sudah kering itu.
“I boleh
buat sendiri.” Hayla cuba tepis tangan lelaki itu, tapi kali ini dia kalah.
“Kenapa
kepala kau penuh dengan soalan, Hayla?” baru Kiff buka mulut.
“Sebab
terlalu banyak persoalan.”
Kiff sengih
sesaat. Wajahnya kembali tegang. “Kalau aje kau dengar cakap aku..”
“Terjamin ke
you takkan pukul I?” soalan itu seakan cabaran pada Kiff.
Mata lelaki
itu masih tidak berganjak dari kesan luka di hujung bibir Hayla. Dia senyap
lagi. Tangannya melakukan tugas mengemas luka.
“I tak
faham. Kenapa?” Hayla masih inginkan jawapan. Pegangan pada rahang terurai.
Giliran kaki Hayla pula. Kiff tarik nafas. Bibirnya muncung sedikit melihat
kesan seluar koyak di lutut gadis itu. Terus gunting dicapai. Seluar jeans itu
dikerat paras lutut, membuatkan bahagian yang terkoyak, lagi besar koyaknya.
Buntang mata
Hayla melihatnya.
“You dah
kenapa gunting seluar I?!” Hayla tarik kakinya kasar. Pegangan terlepas dari
tangan Kiff. Lelaki itu mendongak ke arah Hayla yang berkerut dahi.
“Dah koyak
pun. Beli la baru. Bukan kau takde duit.” Bidas Kiff. Dia cuba capai kaki Hayla
semula tapi dengan pantas Hayla bangkit dari sofa. Dia berdiri agak jauh dari
Kiff.
“Explain to
me everything, Kiff!” tinggi suara Hayla.
Kiff raup
wajah. Dia turut sama bangun untuk menarik lengan Hayla, tapi sekali lagi gadis
itu menepis tidak mahu disentuh. Kiff tarik nafas dalam. Hilang sabar.
“Kau nak
biar luka kau macam tu?” ujar Kiff tenang.
“Luka pun
sebab you. What’s the point of hurting if you’ll end up treating it?”
“Come,
Hayla.” Sebelah tangan Kiff berada di dalam poket seluar, sebelah lagi cuba
capai lengan Hayla.
“No!”
Kiff jilat
bibir atas dan dengan tangkas dia merenggut lengan Hayla. Daya tarikan itu
terlalu kuat hingga tubuh Hayla terdorong ke hadapan. Segala perlakuan Kiff
kasar. Hayla dipaksa duduk walaupun dia agak meronta.
“Kau nak
kena sepak lagi ke?” ugut Kiff. Pandangan lelaki itu begitu dingin. Hayla terus
terdiam. Sangat sakit sebenarnya ditampar lelaki itu.
Kiff sambung
menggunting seluar Hayla. Kenapa Kiff mengguntingnya? Seluar jeans itu mustahil
boleh dilipat hingga ke paras lutut. Takkan nak suruh Hayla tanggal seluar
pula? Kalau gadis itu rela, dia pun okay. Heh!
Suku seluar
ditarik keluar dari kaki, mendedahkan bahagian lutut dan betisnya. Calar di
lutut dipandang sepi oleh Kiff.
“I boleh
letak ubat sendiri.” Suara Hayla.
Kiff senyap.
Dia ambil putik kapas dan mencelupkannya ke dalam botol kaca berwarna kuning.
Bila disapu, automatik bahagian luka Hayla berwarna kuning!
“Ah..” Hayla
terasa pedihnya.
Kiff baru
berniat untuk meniup luka itu, tapi perbuatannya terhenti. Dia tahan bibir dari
meniupnya. Dia biar Hayla merasa pedihnya luka disapu. Dalam diam, Kiff ketap
gigi. Jiwanya bergolak. Hanya dia yang tahu apa yang sedang bermain dalam
dirinya.
Hayla hanya
dapat lihat rambut Kiff yang masih tegak kemas, mungkin disapu gel. Tapi dalam
mindanya terlalu sarat dengan persoalan. Dia faham kalau hubungan mereka
terjalin hanya kerana perniagaan dan tanpa paksaan mana-mana pihak. Masing-masing
sendiri rela, mungkin terikat dengan adat keluarga. Mungkin bukan bagi Kiff,
tapi iya pada Hayla.
Tapi kenapa
lelaki itu seakan punyai dendam padanya? Kalau tak suka, masing-masing boleh
hidup dengan cara masing-masing. Kenapa perlu dia disakiti begini? Atau,
sememangnya dia yang bodoh membiarkan dirinya diinjak lelaki berstatus suami?
Selesai
merawat, lutut Hayla ditampal plaster. Kiff tarik nafas dalam-dalam dan terus
berlalu pergi dengan kotak putih berisi ubat-ubatan itu.
Hayla
tersandar di sofa.
JAM 2 PAGI, Hayla dengar pintu bilik sebelah berdentum kuat.
Dia dan Kiff duduk di bilik yang berlainan. Lelaki itu sudah awal-awal tak mahu
berkongsi dengannya, jadi dia terpaksa duduk di bilik lain.
Hayla tolak
perlahan-lahan daun pintu menjengah di sebelah. Kosong. Sepi. Gelap. Tak tahu
sama ada Kiff ada di dalam bilik atau di luar.
Dia pun tak
mahu ambil peduli. Ah buat apa aku ambil tahu kalau jelas-jelas lelaki itu tak
mahu berkongsi apa pun dengan aku? Memang dia kahwin semata untuk perniagaan.
Bukan untuk mencari kebahagiaan.
Kiff terus
memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tak sampai beberapa minit, kereta itu
laju meluncur keluar dari perkarangan rumah. Mendengarkan bunyi enjin mengaum
itu, Hayla tahu lelaki itu tiada di rumah.
Kaki Kiff
kuat menekan padel minyak membuatkan kereta yang dipandu laju meluncur membelah
jalan raya. Lima belas minit perjalanan, Kiff tiba di gudang yang sudah lama
ditinggalkan.
“Bos.”
Seorang lelaki menghampiri Kiff dari luar gudang.
“Mana kau
jumpa dia?”
“Dekat
port.”
Kiff seluk
sebelah tangan ke dalam poket dan berjalan masuk ke dalam gudang. Lelaki yang
ada di hadapannya kini sudah separuh lunyai dikerjakan orang bawahannya. Tangan
dan kaki lelaki itu berikat di atas kerusi. Dia tertunduk layu. Darah dan air
liur bercampur menjadi satu, meleleh keluar dari mulutnya.
Kiff tarik
sebuah kerusi kayu dan diletakkan secara terbalik di hadapan lelaki itu. Dia
ambil tempat di kerusi itu dengan kedua belah tangan direhatkan ke atas ‘head
rest’.
“Hey.” Panggil
Kiff. Lelaki yang separuh sedar itu lambat-lambat mengangkat kepalanya.
“Hai.”
Senyum Kiff bila mata mereka bertentang. Senyuman itu jelas provokasi pada si
mangsa.
“Aku malas
nak sembang panjang. Aku just nak tahu aje orang-orang Carl yang macam kau ni,
ditugaskan untuk buat apa?” soal Kiff.
Lagi
diselidik tentang Carl, lagi banyak unsur ragu-ragu yang dikaitkan dengan
lelaki itu. Ya, Carl. Bapa mertuanya.
“Aku tahu
dia ada banyak konco. Orang-orang macam kau ditugaskan untuk buat ini, yang itu
untuk buat itu. Tapi aku nak tahu, dia buat apa sebenarnya?” soalan itu mudah.
Mudah untuk dijawab.
Lelaki itu
menggeleng lemah.
“Oh, come
on.” Kiff regangkan badannya yang terasa lenguh.
“Kau tahu
tak, aku datang dari jauh semata nak jumpa kau tau.” Kiff masih tenang.
Lelaki itu
tetap sama. Tidak pasti sama ada dia sudah lemah dibelasah hingga tak boleh nak
buka mulut, atau lelaki itu memang tak mahu beritahu apa-apa langsung pada
Kiff.
“Bro, aku
bagi kau lima saat untuk kau jawab soalan aku. Kau buat apa kat port?”
Lelaki itu
memang menjadi pemerhatian konco-konco Kiff. Hampir seminggu dia dihendap.
Cukup masa, tangkap dan dia kini di sini. Di hadapan Kiff.
Dia tetap
diam.
“Tough guy,
huh? Fine.” Kiff bangun dari kerusi dan mencampak kerusi kayu itu ke sisi.
Mereka yang berada di dalam gudang itu agak tersentak. Kiff mendekati lelaki
itu. Pipi lelaki itu dipaksa untuk mendongak ke arah Kiff. Bau hanyir darah
sudah menusuk ke dalam hidung Kiff.
“I got
nothing to lose either.” BUKK! Satu tumbukan mengena pipi lelaki hingga
tubuhnya terjatuh ke lantai bersama dengan kerusi kerana tangan dan kakinya
yang terikat pada kerusi tersebut.
Kiff
mencengkam rambut depan lelaki itu dan menolaknya kuat ke belakang.
“Aku tak
faham kenapa kau nak kena cover orang atasan kau. Sedangkan dia langsung tak
pedulikan kau. Kenapa?” Kiff provok lebih.
“Oh, sebab
ni?” Kiff seluk poketnya dan mengeluarkan satu paket berisi serbuk putih yang
agak banyak. Dibaling paket lutsinar itu ke wajah mangsa.
Lelaki itu
terketar-ketar.
“Kau nak
cakap atau tak?” Kiff beri peluang terakhir. Lelaki itu mula menangis.
“Dia akan
bunuh aku..” baru kali ini kedengaran suara itu.
“Sama juga.
Kau senyap dengan aku, kau mati. Kau cakap, kau mati. Kau lari, kau mati. Kalau
aku heret kau kat polis pun kau mati. You got no choice bro.”
“Tolong
jangan bunuh aku. Tolong..”
Ah ayat
cliché. Kiff berdiri semula dari mencangkung. Prinsip dia mudah, jangan buat
dia ulang soalan banyak kali. Dia bukan jenis penyabar. Kau tak nak bagi tahu?
Okay.
Kiff terus
berlalu pergi meninggalkan gudang itu. Dengan isyarat tangan aje, orang
suruhannya sudah tahu hendak buat apa.
Terus mulut
mangsa diikat dengan kain dan kepalanya ditutup dengan sarung hitam. Entah ke
mana hendak di bawa lelaki itu, Kiff tak peduli. Apa yang jadi selepas itu,
Kiff tak mahu ambil tahu.
HAYLA duduk di meja makan sendirian. Kereta Kiff ada di
halaman hadapan, tapi lelaki itu masih tak turun ke bawah.
Roti disapu
dengan mentega dan jem strawberi sebelum masuk ke dalam mulut. Dia kunyah
perlahan. Sekarang ni, apa yang dia boleh buat? Dia baru aje tamat belajar.
Beberapa minit kemudian, kelibat Kiff kelihatan di saat Hayla sedang berangan
memikirkan masa depannya.
“Make sure
kau tak keluar rumah.” Pesan Kiff sebelum berlalu pergi ke pintu utama.
“Eh why?”
Hayla kerut dahi. Kunyahannya berhenti. Dia segera bangun membuntuti Kiff.
“Kau nak
tunjuk dekat semua orang luka tu?” Kiff acu jari telunjuk pada wajah Hayla.
Kening Hayla
terjungkit sebelah. “Kenapa? Kalau orang tanya, I tak boleh jawab suami I yang
pukul?”
Kiff tenung
Hayla lama.
“Just don’t
try to offend me.” Kiff sarung kasut.
“Kalau I
buat juga?” Hayla peluk tubuh.
Kiff kerling
ke arah jam tangan. Dia masih ada masa. Ah, dia bos. Susah apa kalau dia masuk
lambat pun? Lelaki itu mendekati Hayla.
“Aku pernah
remind kau tak supaya jangan cabar aku?”
Hayla telan
air liur. Tapi dia bukan spesies manusia yang mudah mengaku kalah. Sememangnya
itu yang diterap dari kecil oleh ibu bapanya.
“You tak
boleh mudah-mudah pijak orang. Nak tampar I lagi? Silakan. Sikit pun I tak
takut.” Lawan Hayla.
Kiff tarik
senyum sinis. “Siapa kata aku nak tampar kau?” mereka dipisahkan hanya beberapa
inci. Kali ini, Hayla juga tak berganjak dari tempatnya. Dia tak mahu Kiff rasa
dia takut akan lelaki itu.
“Wow. Langsung
tak back out.” Kiff separuh memuji, separuh mengejek.
“I’m not
scared.” Hayla terpaksa mendongak ke atas sedikit apabila lelaki itu
betul-betul rapat dengannya.
Kedua lengan
Hayla di bahagian siku dicengkam kuat. Tubuh kecil itu terdorong ke belakang
hingga rapat ke dinding.
“Rules dalam
rumah aku senang aje. Kalau kau ikut cakap aku, aku tak kacau kau. Tapi kalau
kau degil..”
“Apa?” belum
sempat Kiff menghabiskan ayat, Hayla terlebih dahulu memintas. Kecil besar, kecil
besar aje Kiff pandang si Hayla ni. Badan kecil, tapi berani nak menyalak.
Sebiji macam Chihuahua.
“You ask for
it.” Kiff benamkan kepalanya ke leher Hayla. Saat itu rontaan Hayla sudah tiada
guna. Kudratnya tak sekuat lelaki seteguh Kiff.
No comments:
Post a Comment