Latest Post! Check it out!

HAI BLOG

Aku tak tahulah dah berapa tahun aku tinggal blog ni.  Instead of using wattpad- i think I want to use my blog again.  Atleast aku tak dapat...

Friday, November 23, 2018

Nycto : Bab 6


Mungkin Kiff silap pada satu hal. Dia tidak benar-benar menyiasat latar belakang Hayla. Sangkanya dia tahu semua. Hari ini, dia silap besar.
            Hayla berada di dalam perut kereta, di tempat duduk pemandu. Jemari lembutnya diletakkan di atas stereng kereta penuh keyakinan.
            Kiff toleh ke kirinya. Dia tak pernah tahu yang Hayla punyai sebuah kereta sport. Melihatkan riak wajah isterinya itu, dia tahu gadis itu yakin dengan apa yang dia pertaruhkan. Siapa sangka gadis elegan sepertinya juga meminati sukan lasak seperti ini.
            Tapi iye ke sukan? Ke suka buat secara haram?
            Deruman enjin mula kedengaran. Pembantu Kiff duduk di tengah antara Mustang GT milik Hayla dan 458 Italia yang dipandu Kiff.
            Hayla pandang tepat ke depan. Dalam kepalanya sudah dibentang route yang mereka berdua persetujui. Dari gudang kosong ini, hingga ke gudang 17. Mereka tidak akan memandu di jalan kosong, tapi di jalan raya biasa yang digunakan orang awam lain.
            Siapa sampai dulu, dia menang.
            Isaac angkat kedua belah tangan ke atas.
Tangan kiri Hayla sudah masuk gear undur. Bunyi kereta mula mengaum bila padel minyak dari kereta Kiff dipijak lagak seorang juara.
Handbrake dilepaskan Hyla.
Dalam kiraan tiga.. dua.. satu! Go!
458 Italia Kiff laju meluncur ke hadapan sedangkan Hayla sengih senget bila kaki kiri dan kanannya memainkan peranan untuk menginjak clutch dan padel minyak.
Keretanya mengundur laju ke belakang. Bunyi decitan dari keretanya membuatkan Kiff tersentak seketika bila melihat cermin pandang belakang.
Dia menuju ke arah lain, dan Hayla pula menuju ke arah lain. Untuk keluar dari gudang lapang itu, ada dua jalan. Jalan depan dan juga belakang. Nampak gayanya, Hayla lebih tahu mana jalan yang lebih singkat. Kiff ketap gigi.
Kedua mobil itu kini berada di atas jalan raya. Dalam sekelip mata sahaja, Mustang GT berada di hadapan 458 Italia. Kaki Kiff memijak lebih kuat padel minyak untuk menyaingi Hayla.
Mereka tiba di simpang tiga dan Hayla tanpa henti terus membelok, membuatkan tubuh kenderaan itu terseret hingga tayar mengeluarkan asap. Kiff di belakang jelas terkejut melihat skill Hayla. Bunyi hon dari kereta lain tidak dihiraukan Hayla.
Patutlah dia berani bertaruh untuk ini. Jelas, Hayla memang arif dengan lumba kereta. Kereta Hayla melepasi beberapa biji kereta lain yang memandu secara normal. Tiba di simpang empat, lampu isyarat bertukar dari hijau ke oren, oren ke merah.
Kaki kiri Hayla laju menekan clutch dan kaki kanan menekan brek. Hand brake ditarik dan stereng dipusing ke kiri membuatkan keretanya meluncur laju menukar laluan. Hayla masih tenang ditempat duduknya. Kelibat kereta Kiff di belakang masih kelihatan. Hampir rapat.
Bila mereka tiba di jalan lurus, kelajuan kereta dinaikkan. Dari 60km/j menjadi 80km/j. Orang awam yang sedang berjalan kaki terkejut dengan melihat dua buah kereta yang dipandu laju. Kiri kanan kereta dipotongnya.
Mereka muncul lagi dipersimpangan dan Hayla buat helah yang sama hingga tayar kereta berasap. Kali ini Kiff mampu memotongnya dan dari kerlingan Hayla, dia boleh lihat senyuman sinis lelaki itu.
Ah. Dia takkan kalah.
Mereka masuk di belakang lorong kecil di tempat lori memunggah barang. Kenderaan Kiff sudah jauh ke depan bila munculnya sebuah lori yang hendak keluar dari tempatnya.
Kaki Hayla serentak keduanya menekan clutch dan brek. Hand brake ditarik. Kereta membelok ke ruangan kosong bagi mengelak keretanya bertembung dengan lori. Dia kembali ke trek.
Hayla lihat 458 Italia yang dipandu Kiff sudah agak jauh darinya. Dia perlu fikir jalan lain. Dia terpandang jalan raya yang menentang arus. Matanya laju melihat atas bawah, kiri kanan. Otaknya ligat mengira dan akhirnya dia ambil keputusan untuk menukar laluan. Mereka kini di lebuh raya yang tidak berapa nak sesak.
Padel minyak dipijak kuat dan mobil Hayla membelok ke kanan. Dia seakan patah balik! Kiff sangka Hayla sudah jauh ke belakang. Tapi sekali lagi dia silap. Bulat matanya melihat kereta Hayla yang sedang melawan arus di sebelah. Lampu tinggi dinyalakan dan hon nyaring kedengaran oleh beberapa kereta apabila mereka rasa tergugat dengan kenderaan Hayla yang hampir melanggar mereka. Tapi gadis itu sungguh pantas, sungguh cekap. Tanpa riak di wajah, tangannya membelok ke kiri dan kanan bagi mengelak dari bertembung.
Hayla sengih kemudiannya bila dia tiba di simpang yang akan membawa dia terus ke gudang 17. Sepatutnya laluan itu hanya untuk kereta masuk menuju ke lebuh raya. Itu dari awal lagi sepatutnya bukan laluan untuk dia keluar dari lebuh raya.
Manakala Kiff yang duduk di lebuh raya kiri perlu mengambil simpang kiri yang akan membawanya terus ke bandar sebelah kanan.
Kiff hentak stereng kuat bila dia lihat dari jauh kereta milik Hayla sudah masuk ke bandar di belah kanan. Sekali lagi dia di belakang. ‘Shit!’
Deruman kereta Hayla seakan menyorak kemenangan. Dia kini berada di dalam gudang 17, awal 4 saat dari Kiff.        
           
HAYLA keluar dari perut kereta dengan perasaan puas. Dia cuba sembunyi senyum girangnya dengan menggigit bibir bawah. Melihatkan KIff yang masih belum keluar dari kereta, Hayla bersandar di pintu keretanya.
            Kiff ambil masa untuk menenangkan dirinya. Bila dia sudah lebih tenang, dia keluar dari perut kereta dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
            Hayla renung tajam ke arah Kiff selepas dia perhati keliling gudang yang terang dengan lampu neon berwarna putih. Gudang milik Kiff.
            “I win.” Ujar Hayla.
            Kiff mendekati isterinya.
            “You’re good. Selalu race?”
            “Yeap.” Hayla tinggi diri. Buat pertama kalinya dia rasa begitu bangga apabila berdepan dengan lelaki ini.
            Riak wajah Hayla jauh berbeza dengan beberapa hari lepas. Sungguh, gadis ini tak boleh dipandang rendah. Dia bukan calang-calang orang.
            “So now, boleh I collect hadiah I?”
            Kiff tenang. Sebelah tangannya lagi masuk ke dalam poket seluar. Dia bersandar di pintu 458 Italia.
            “Kau nak apa? Kau boleh minta dua benda.”
“My freedom.”
            “Divorce?”
            “Nope.” Hayla menggeleng. Mana mungkin dia minta cerai sedangkan mereka baru berapa hari berkahwin. Dia pun ada muka nak kena jaga.
            “I nak sambung study.”
            “Sure.”
            “Jauh. I nak sambung belajar jauh dari sini.”
            Kiff terdiam sejenak, mencongak segala kebarangkalian di dalam kepalanya.  Dia kemudian sembunyi senyuman.
            “Okay. Tapi ingat, kau boleh minta dua benda aje. So one, kau nak sambung belajar jauh dari sini? Granted. Second wishes, kau nak guna sekarang?”
            Hayla genggam penumbuk. Dia berdiri tegak dan mendekati Kiff.
            “I nak tampar you.” Kata Hayla.
            Kiff pandang Hayla atas bawah. Dia kemudian tergelak.
            “Are you sure nak gunakan your second wish on that?”
            “Yeah.” Hayla nekad.
            “Remember.. kau cuma ada..”
            “Yeah I know.”
            Kiff usap rahangnya. Mata mereka bertemu. Tajam betul pandangan Hayla. Gadis ini simpan dendam rupanya.
            “Okay.” Akhirnya Kiff bersetuju.
            Hayla telan air liur. Kiff keluarkan kedua belah tangannya dari poket seluar dan berdiri tegak. Nyata dia lebih tinggi dari Hayla hingga Hayla terpaksa mendongak ke atas.
            “Kau nak aku tunduk sikit?” sindir Kiff.
            Hayla ketap gigi. Kiff jungkit bahu dan menunduk sedikit, menadah pipinya yang cerah dan bebas jerawat.
            Gadis itu sudah bersedia dan saat dia mula menghayun tangan, Kiff segera menahannya dengan cengkaman di pergelangan tangan Hayla. Terkesima Hayla dibuatnya.
            “Before that.. make sure kau buat sekuat hati kau. Sebab kau cuma ada satu peluang. And make it worth.” Sengih Kiff. Kata-kata lelaki itu seakan mencabar Hayla.
            Dinding pipi digigit Hayla. Dengan penuh rasa marah dan benci, sekali lagi Hayla menghayun tangan dan.. PAP!
            Tubuh Kiff hampir bergerak, tapi dia lebih arif menahan posisi tubuhnya dari terjatuh. Pijau pipinya menahan rasa. Lidah dilarikan ke dalam dinding pipi bagi mengurangkan rasa perit itu.
            Kiff senyum sinis sambil tertunduk. Dia kemudian ketawa perlahan. Kepalanya kembali ditegakkan.
            “Nice.” Puji Kiff.
            Tapak tangan Hayla terasa berdenyut-denyut. Dadanya berombak kencang.
            “Bila aku bagi kau two wishes, you have to wish wisely. Guna otak untuk buat permintaan. You just waste your wishes, Hayla. Jumpa kat rumah.” Kiff kemudian memboloskan diri ke dalam perut kereta dengan kesan tapak tangan merah di pipinya.
            Laju aje kereta itu menghilangkan diri dari pandangan Hayla.
            ‘Apa maksud dia?’
             
SEMENJAK insiden tampar di dalam gudang itu, hampir dua minggu Kiff tak pulang ke rumah. Katanya jumpa di rumah, tapi bila Hayla tiba di rumah, kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Dah lah tak balik rumah, tak pernah telefon bagitahu pula tu.
            Hayla jadi buntu dengan lelaki ini. Jelas-jelas dia memang tak kenal siapa lelaki itu. Bila masa dia nak kenali lelaki ini kalau Kiff selalu aje melarikan diri darinya.
            “Hay.” Suara itu mengejutkan lamunan Hayla. Segera dia angkat kepala.
            “Pa.”
            “I want you to join me kejap lagi.” Ujar Carl.
            “Join apa?”
            “Meeting.”
            Baru aje seminggu lebih Hayla bekerja di syarikat papanya. Kononnya nak isi masa lapang sebelum dia terima jawapan dari pihak universiti untuk menyambung pelajarannya. Dia sudah isi semua dokumen. Cuma dia tak ada beritahu sesiapa ke mana dia akan pergi. Termasuk Kiff. Ah, macam mana nak bagi tahu kalau lelaki itu balik pun tidak.
            Nombor lelaki itu juga dia tiada. Pelik? Apa yang peliknya kalau lelaki itu memang betul-betul tak mempedulikan dirinya. Apa yang lelaki itu mahu darinya pun dia tak tahu.
            “Meeting apa pa? Hay tak tahu pun kejap lagi papa akan ada meeting.”
            “Yeah. Papa baru announce untuk buat meeting dengan shareholders.”
            “Shareholders?” kening Hayla terjungkit sebelah. Dia yang selama ini memang tidak pernah ada bahagian dalam syarikat itu terasa agak pelik. Papa nak jadikan dia sebagai salah seorang pemegang saham ke?
            “Meeting pukul 2 petang. Don’t be late.” Hanya itu yang Carl pesan. Hayla mengangguk lemah. Sejujurnya, dia tak faham apa yang dia baca pada dokumen di tangannya. Dia bukannya belajar bisnes pun. Tapi kerana dia merupakan anak kepada lelaki tersohor di dunia perniagaan, Carl dia terpaksa untuk sekurang-kurangnya tahu selok-belok perniagaan.
            Ini bukan minatnya.
           
SEMENTARA DI SEBUAH RUMAH PELAJAR BERUSIA 15 TAHUN…
            Amra baring di katilnya dengan telefon bimbit di tangan. Dia tarik nafas dalam-dalam. Pulang aje dari sekolah, kerjanya memang menghadap telefon bimbit.  Aplikasi Playstore dibuka. Nama Wechat ditaip.
            Usai muat turun aplikasi itu, Amra mula buat profile untuk dirinya. Dia senyum nipis bila mula cuba untuk tinjau apa yang menarik tentang aplikasi itu. Menurut kawan-kawannya, aplikasi ini yang buatkan mereka ketagih siang dan malam untuk tidak berenggang dengan telefon. Dia bukan sahaja boleh buat kawan dari sekolah, tapi juga dengan orang luar.
            Ini zaman moden. Remaja macam Amra tak seharusnya terkurung dalam satu lingkungan sahaja. Look around dan shake kini menjadi hobinya bila berderet profil kenalan lain ditemukannya.
            Ada yang lelaki, ada juga perempuan. Beberapa minit menelaah aplikasi itu, dia sudah pandai guna filter (tapis). Ah, dia sebenarnya bukan nak buat kawan sangat pun. Dia hanya nak teman lelaki. Sama macam kawan-kawannya di sekolah yang usia 15 tahun pun dah ada boyfriend. Dia, seorang pun tak ada.
            Sekali masuk look around, berbelas profil lelaki yang menambahnya sebagai kenalan baru. Dia senyum lagi. Jari mula menaip laju membalas setiap mesej-mesej pendek kononnya hendak berkenalan.
            Yang kacak, kena dengan citarasanya, dia terima. Yang tidak, dia tolak. Tapi sejauh mana kebenaran mengenai satu gambar yang ada di profil lelaki terbabit? Ah, Amra tak kisah.
            Sxxfc : Hai. Boleh berkenalan?
            Amra_cute: Hai. Boleh aje.
            Dan ditambah dengan satu emotikon senyum malu oleh Amra. Di situ bermulanya perkenalan mereka yang tiada siapa tahu apa kesudahannya.

KAKI Hayla membuntuti Carl masuk ke ruang mesyuarat. Ini kali pertama dia betul-betul menyertai perjumpaan besar seperti ini. Meja disusun berbentuk oval dan setiap meja sudah tersedia sebuah fail yang terisi beberapa helai kertas.
            Agak ramai di dalam dewan itu dan mata Hayla terpaku melihat susuk tubuh Ian di situ. Beberapa saat kemudian, Elena masuk dengan senyum lebar.
            “Kak.” Elena menegur Hayla.
            “Eh, Ely pun ada?” Hayla seakan hilang punca.
            Masing-masing ambil di tempat masing-masing. Elena di sebelah Ian dan Hayla duduk di antara entah siapa-siapa sedangkan Carl duduk di hujung meja selaku presiden.
            Mata Carl memandang satu-persatu tetamu yang hadir. Dia terhenti pada kerusi kosong yang masih belum berpenghuni. Dia diam sejenak.
            “Sorry, I’m late.” Kemunculan susuk tubuh dari pintu utama mengejutkan Hayla. Sudah dua minggu dia tak nampak kelibat lelaki itu. Apa dia buat kat sini?
            “It’s okay. Take your seat.” Ujar Carl dengan senyum nipis walaupun Kiff langgar prosedur. Agak kurang biadab sebenarnya jika ada lagi yang datang kemudian dari presiden sendiri.
            Kiff dengan tenang ambil tempat bertentangan dengan Hayla. Mata mereka berlaga untuk beberapa saat. Kiff buat tak peduli dengan kemunculan Hayla di situ. Dia terus ubah pandangan pada Carl yang bila-bila masa aje akan mulakan mesyuarat mereka.
5t4t0o9R4       “I minta semua datang ke sini sebab I ada beberapa pengumuman yang nak dibuat. Sebagaimana yang kalian sudah tahu, Ian dan Kiff adalah menantu I.”
            Hayla fokus pasang telinga.
            “And both of them dah ada share dalam company ni. Tapi hari ni, I would like to introduce you another shareholder.”
            Hayla tak tahu menahu tentang itu. Sejak bila pula Kiff dan Ian jadi pemegang saham? Another shareholder?
            “Elena. My daughter. She will have 20 percent of my share.”
            Hayla telan air liur. Elena?
            Kiff kerut dahi bila mesyuarat mereka berjalan hampir sejam setengah tapi nama Hayla langsung tidak disebut. Kenapa Hayla tidak diberi saham juga sedangkan Hayla kakak dan Elena adik.
            Melihatkan riak wajah Hayla yang tenang, Kiff makin bertambah serabut. Aku kahwin dengan orang yang salah ke?
            Mesyuarat tamat. Hayla tolak kerusi dan berjalan terus ke papanya dengan senyuman manis. Elena di sebelah dipeluk lembut.
            “Seems like you akan banyak kerja lepas ni.” sengih Hayla.
            “Shareholders aje. Most of the thing mesti papa yang buat.” Gelak Elena.
            “Tapi pa, kenapa papa tak bagi kat kak Hay? She’s obviously lagi pandai dari Ely nak menguruskan benda-benda macam ni.” Soalan itu buatkan Hayla tersentak.
             “Papa nak anak papa yang seorang ni kejar cita-cita dia. Papa tahu dia tak minat dengan bisnes papa. Sebab tu dia tak sambung belajar dalam bidang bisnes. But you did. Papa bagi Ely big responsible sebab you ada minat dalam bisnes papa. You girls can always ask me for money, tapi untuk tanggungjawab macam ni papa akan bagi pada siapa yang betul-betul minat and qualified.” Senyum Carl.
            Kiff di belakang ketap gigi mendengarkan penjelasan itu. Hayla senyum tampak gigi. Kemudiannya dia peluk tubuh papanya.
            “Thanks pa.” terima kasih kerana memahami, Pa.
            Hayla toleh ke belakang.
            “Since when you’re one of the shareholders?” soalan itu diaju pada Kiff.



No comments:

Post a Comment