Hampir 70 persen tetamu yang hadir tidak dikenali Hayla.
Bibirnya juga sudah letih tarik senyum plastik entah untuk siapa-siapa. Bila
ada yang datang padanya untuk ucapkan tahniah, dia hanya senyum dan mengangguk.
Tidak mampu untuk meneruskan perbualan.
Kasut
setinggi 15 sentimeter betul-betul menyakiti hampir keseluruh kakinya. Untung
aje bibirnya dicalit gincu, kalau tidak, memang terserlah wajah pucatnya.
“Kak, okay?”
Elena mendekati Hayla yang dia lihat agak pelik dari jauh.
“Hm.” Hayla
angguk perlahan.
“Abang Kiff
mana?” Elena cari kelibat Kiff.
“Jumpa kawan-kawan
dia kot.”
“Akak nak
duduk? Ely pergi cari kerusi.” Baru aje Elena hendak mencari kerusi, tangannya
ditarik Hayla. Gadis itu menggeleng.
“I’m fine.”
“Are you
guys okay?” kelibat susuk tubuh seorang lelaki yang agak tinggi mendekati
mereka. Terus wajah Elena senyum lebar.
“Kak Hayla
ni, nampak macam penat.” Adu Elena pada suaminya.
Hayla menunduk.
Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.
“Why not you
duduk dulu, Hayla.” Ujar Ian.
“It’s okay.
I’m okay.” Sengih Hayla. Dia cuba memberanikan diri untuk mendongak. Tiba-tiba
lengannya dipegang dari sisi mengejutkannya.
“Sit.” Kata
Kiff yang sudah ambil kerusi untuknya. Pegangan lelaki itu cukup kuat
menariknya supaya duduk di kerusi yang disediakan. Tanpa kata, lelaki itu
tunduk dan menanggalkan kasut Hayla. Dibelek kaki itu, bukan hanya bertanda
tapi sudah luka.
“Ada
plaster?” soalan itu diajukan pada Elena. Gadis itu menggeleng.
“Kejap Ely
pergi cari.” Terus adik iparnya itu berlari mendapatkan pembantu.
“Luka ke?”
tanya Ian.
“A bit.
Melecet aje ni.” jawab Kiff.
“Selalunya
kasut baru memang macam tu, Hay. You just have to bear it.” Ian berkata sekadar
untuk memecahkan rasa janggal di antara mereka bertiga.
“Actually
luka tak sakit pun. Yang sakitnya muscle ni. Kasut tinggi sangat.” Sengih
Hayla. Tanpa sedar Kiff hanya memerhati.
“It’s your
own choice. You decided to wear it, you don’t get to complain about it.” Dingin
kata-kata Kiff membuatkan Ian dan Hayla sama-sama terdiam.
“Nah.
Plaster.” Elena hulur dua keping plaster kepada Kiff dan lelaki itu terus
menampalnya pada kaki sang isteri.
Setelah
selesai, Kiff berdiri tegak tapi masih memandang Hayla. “Penat?”
“Sikit.”
jawab Hayla jujur.
“Okay. Jom.”
Jemari mereka bertaut walaupun Hayla masih terpinga-pinga.
“Ke mana?”
“Balik
bilik.”
“Habis
tetamu ni semua?”
“I don’t
care.” Ringkas jawapan Kiff.
Dua susuk
tubuh itu terus hilang dari pandangan Elena dan Ian. Kalau aje Ian boleh
bertindak sebegitu, sudah pasti dia heret Elena sekali keluar dari dewan yang
penuh dengan lautan manusia ini.
“Abang Kiff
mesti betul-betul jatuh hati dengan kak Hay.” Getus Elena dengan senyum nipis.
“Dia orang
memang couple ke sebelum ni?” Ian terasa seperti ingin tahu. Elena menggeleng.
“Dia orang
sama macam kita. Family arrange. But seems like it turned out well for both of
‘em.”
“I minta
maaf. I can’t drag you out from here. I.. family..” Ian tak tahu macam mana nak
susun kata supaya Elena memahaminya.
“No! It’s
okay. I enjoy staying here.” Hm. Macam mana tak ‘enjoy’? Kalau si dia yang di
damba ada depan mata? Tak kisah pun penat ke apa, asalkan lelaki itu ada di
hadapannya. Ah.. Ian.
KIFF menarik keluar kot hitam dan dilemparkan ke atas kerusi.
Laju tangannya membuka butang baju di lengan dan kolar leher. Hayla tanggalkan
kasut tinggi itu. Dia ambil tempat di tepi katil sebelum mengurut lembut betis
yang terasa tegang.
Jarum jam
berganjak ke angka 11.30 malam. Pengantin mana aje yang meninggalkan aturcara
mereka sendiri selain Hayla dan Kiff?
Sepi aje
suasana dalam bilik. Tidak sepatah perkataan pun keluar dari mulut
masing-masing. Kiff terus ke bilik air untuk membersihkan diri manakala Hayla
menukar pakaiannya dan menyarung bathrobe sementara menunggu gilirannya untuk
mandi.
Hampir sejam
mereka di dalam bilik hotel itu. Tapi masing-masing kunci mulut. Kiff dengan
komputer ribanya, Hayla pula dengan telefon bimbit. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Nama PAPA tertera di skrin membuatkan matanya membulat tiba-tiba.
“Hello?” nak
tak nak, Hayla jawab juga panggilan itu.
“Bilik.”
“Pa, I’m
sorry.”
“I really
am.”
“Pa,
actually kaki Hayla..” tidak semena-mena telefon terus dirampas Kiff tanpa amaran.
Telefon itu melekap pada telingannya.
“Kaki Hayla
melecet. She can’t walk. So I drag her upstairs. I’m sorry.” Sekata intonasi
Kiff. Minta maaf pun macam tak minta maaf. Beberapa saat kemudian, talian
diputuskan.
Kiff kembali
ke komputer ribanya.
“Papa
marah?” tanya Hayla.
Senyap.
Hayla ketap
bibir. Geram dengan tingkah lelaki ini. Dia faham tentang cerita disebalik
perkahwinan ini, tapi tak boleh ke sekurang-kurangnya mereka cuba untuk perbaik
semua ini?
Hayla bangun
dari katil dan terus mendekati Kiff. Tangannya laju menekan skrin komputer riba
hingga skrin itu mencium papan kekunci. Bebola mata Kiff melihat susuk tubuh
Hayla yang nyata sedang tahan geram.
“Boleh tak
kita bercakap?” soal Hayla.
“About
what?” keras suara itu.
Rambut lurus
Hayla ditarik ke belakang telinga.
“I tahu kita
kahwin bukan sebab kita nak. I pun tak nak kahwin dengan you. I don’t even know
who you are. Tapi tak boleh ke kita work this thing out?” bebola mata Hayla
merah.
“Aku dah
cakap tadi..”
“I know! You
don’t need so called love. Fine! Tapi at least galas tanggungjawab as a
husband, as my husband!” Hayla tekan perkataan ‘my’.
“Kau nak aku
act like your husband?” soalan itu diulang. Kiff masih tidak berganjak dari
kerusi.
“Yes!” awal
tadi Hayla tak mampu membalas hujah Kiff itu kerana dia terlalu terkejut dengan
kata-kata lelaki itu. Iyelah, di majlis itu merupakan kali kedua dia bertemu
dengan Kiff. Pertama kali ketika awal pertemua di mana mereka diperkenalkan
pada satu sama lain. Kedua, ketika majlis tadi.
Betapa
berbezanya lelaki itu ketika mula-mula jumpa dan selepas berkahwin. Mana tak
terkejut?! Panggil aku spoil brat pula tu!
Kiff tarik
nafas dalam-dalam. Dia bangun dari kerusi. Automatik Hayla terpaksa mendongak
ke langit untuk menyamai aras mata mereka. Kaki Kiff perlahan-lahan ke depan,
manakala Hayla terpaksa mengundur ke belakang.
“You know
what, you’re right. Aku dah ada ‘isteri’. I don’t need to find any woman to
satisfy me.” Kata Kiff. Itu membuatkan bulu roma Hayla menegak. Aku tak
maksudkan itu! Tidak sama sekali!!
“Kejap!
Kejap.” Hayla berlari ke almari pakaian yang dekat dengan pintu bilik. Kiff
dengan tenang mendekati sambil menanggalkan t-shirtnya.
“Wait! No! I
didn’t mean that way!” Hayla cuak. Ah mana pula aku nak lari ni? Dia tiada
pilihan. Selak pintu bilik ditarik dan Hayla sudah berkira-kira untuk melarikan
diri. Tapi Kiff lebih tangkas menarik lengan Hayla hingga tubuh gadis itu
terkebelakang.
Kuat sekali daya tarikan Kiff sampai Hayla dapat rasa
tubuhnya separuh melayang ke udara sebelum terjatuh ke atas katil selepas
diheret dari muka pintu.
Jantung
Hayla berdegup laju melihat Kiff yang tidak berbaju.
“Light on or
light off?” tanya Kiff, memberi Hayla pilihan.
“I tak
maksudkan macam tu!” Hayla cepat-cepat bangkit dari baringnya. Tapi lelaki itu
tolak bahunya hingga dia terlentang semula.
“Light on I
guess.” Peha Hayla ditekan dengan kakinya.
“Get off
me!” jerit Hayla. Rontaanya tidak dipedulikan. Haruman dari tubuh Kiff semerbak
masuk ke dalam hidung Hayla bila leher lelaki itu kini betul-betul di
sebelahnya. Bulu roma ditengkuk menegak bila rasa benda asing di lehernya.
“Kiff,
lepas! Kiff!!” Hayla usaha untuk melepaskan diri. Beberapa saat kemudian, Kiff
memusingkan tubuhnya membuatkan mereka bertukar posisi. Giliran Kiff
diperbaringan.
Dada Hayla
berombak kencang. Mata mereka bertemu.
“You tak
berhak buat I macam ni!” Hayla terus bangun dari posisi dan berlari masuk ke
dalam bilik air. Sementara Kiff masih di katil terbaring. Dia menjilat bibir
bawahnya. Kemudian dia sengih sinis. T-shirt di lantai dicapai dan disarung
semula ke tubuh. Dia kembali pada komputer ribanya.
Hayla
berdiri di hadapan cermin lebar di dalam bilik air. Matanya tertumpu pada kesan
aneh di tepi lehernya. Dia mendekat. Mata dikecilkan. Tanda apa ini? Dia gosok
kuat, tapi tanda itu masih belum hilang. Hayla ketap gigi.
“I bukan
barang mainan you, Kiff!” tinggi suara Hayla keluar dari bilik air. Geramnya
bukan kepalang. Berani lelaki itu… berani dia… dia…
“What?”
hanya mata Kiff yang bergerak untuk melihat Hayla. Kepalanya masih di posisi
sama di hadapan komputer.
“You tak
berhak sentuh I macam ni!”
“Kau yang
minta aku bertanggungjawab as your husband. I have to give what you suppose to
have.” Kiff senget kepala dan jungkit kening.
“Tak cukup?
I can do more.” Kiff sudah berkira-kira hendak bangun.
“Stop!
Stop!”
“Fine. Have it your way.” Hayla mengalah.
“Have it my
way? Okay.” Kiff baetul-betul bangun dari kerusi dan ingin mendekati Hayla.
“Apa lagi
you nak?! I dah setuju dengan you. You tak nak act as my husband, it’s up to
you! Just please don’t.. don’t get near to me.” Air mata Hayla bertakung. Tapi
belum menitis. Dia tak mudah untuk menangis.
Kiff berdiri
tegak. Agak terkejut melihat wajah gadis itu yang sedikit ketakutan. Tapi
sumpah, dia tak rasa apa-apa. Simpati? Tidak. Sayang? Jauh sekali.
Kakinya
diatur jua mendekati Hayla yang sudah tersandar di pintu bilik air.
“Lain kali
jangan minta benda yang kau sendiri tak boleh nak handle. Faham?” anak mata
Kiff jelas dingin. Dagu Hayla diangkat kasar.
“Kau kena
ingat, aku kahwin dengan kau hari ni tak bermakna aku akan simpan kau sampai bila-bila.
Doesn’t mean either you can get off of me on your own. You can’t leave me
without my permission. But I can leave
you whenever I want to.”
Bibir lelaki
itu mendarat kasar di bibir Hayla hanya sebentar. Hayla mula rasa jijik dengan
ciuman lelaki yang kononnya berstatus ‘suami’.
Kiff menapak
semula ke mejanya.
“I tak boleh
tinggalkan you? You silap! Bila-bila I nak, I boleh.” Tegas Hayla.
“Yeah sure.
Then kenapa kau ikut cakap papa kau untuk kahwin dengan orang yang kau sendiri
tak kenal? Instead of standing for your own happiness, kau bagi adik kau.
Tengok sekarang, she’s happily married dengan lelaki yang kau suka. And look.
What happened to you?” sinis suara Kiff.
Hayla
genggam penumbuk. Memang sukar untuk dia lawan cakap orang tuanya. Tak pernah
sekali pun dia buat keputusan yang bertentangan dengan apa yang orang tuanya
minta. Sejak kecil lagi, apa yang disuruh, dia turutkan. Tapi itu semua atas
relanya.
Mungkin
kerana orang tuanya terlalu baik dengannya. Tak pernah sekalipun mereka angkat
tangan padanya. Papa bekerja keras hanya untuk kebahagian mereka berempat. Hayla
tak sanggup untuk tolak apa pun permintaan orang tuanya.
“Cubalah keluar
dari bilik ni, meet your parents. Ask them about your plan on getting a
divorce.” Cabar Kiff.
Dada Hayla
turun naik. Melihatkan itu, Kiff tahu dia sudah menang. Ah, mudah betul
perempuan ni.
“Aku boleh
buat apa pun yang aku nak buat pada kau, Hayla. Jangan cabar aku.” Sekali lagi
Kiff peringatkan.
“So here’s
the deal..” Kiff tarik senyum nipis.
No comments:
Post a Comment