HAYLA berdiri di hadapan cermin besar di dalam bilik air.
Nafasnya turun naik. Dia ketap gigi. Belum hilang yang lama, sudah tambah yang
baru. Tak mahu dia kira berapa banyak kesan yang Kiff tinggalkan di keliling
lehernya. Takkan nak plaster lagi?
Telefon
Hayla berdering menandakan panggilan masuk. Pantas dia menjawabnya.
“Hello.”
“Hay, datang
office.” Suara Carl.
“Office? For
what?”
“Kerjalah.
Ke you nak duduk rumah goyang kaki aje being fully housewife?”
Hayla angkat
wajah semula. Dia lihat refleks dirinya di cermin. Kesan ini.. argh!
“I’ll be
there in an hour.” Talian dimatikan. Hayla merengus. Dia capai beg mekap.
Segala mak nenek foundation dan concealer dikeluarkan.
15 minit
kemudian, dia agak berpuas hati dengan kesan yang mampu dia sembunyikan dengan
mekap. Beli barang mekap banyak-banyak kalau tak reti guna, buat apa?
Hayla
bersiap selebihnya dan terus menghidupkan enjin kereta untuk ke pejabat. Untuk
lebih selamat, dia lilit selendang keliling leher.
Setibanya
dia di hadapan bangunan 73 tingkat itu, Hayla melangkah masuk tanpa ragu-ragu.
Dia terus pergi ke lif di bahagian barat. Di situ ada 2 lif yang memang
dikhaskan untuk orang tertentu guna sahaja. Lif itu akan membawa tetamunya ke
pejabat utama. Tapi hanya mereka yang ada akses kad boleh menggunakan lif itu.
Tak sampai
seminit, lif itu naik hingga ke tingkat tertinggi. Seluruh tingkat itu
merupakan pejabat bapanya bersama setiausaha.
Hayla
disambut seorang lelaki berpakaian formal yang ditugaskan di meja hadapan.
Pelik bukan? Selalunya perempuan yang diambil bekerja bertugas di front desk.
Tidak tahu kenapa Carl memilih lelaki untuk kerja itu.
“Sini, cik.”
Sahut lelaki itu sambil menunjuk arah. Ah, bukan dia tak tahu pejabat bapanya
sendiri. Walaupun sudah lama dia tidak ke sini, tapi dia masih boleh ingat.
“It’s okay.
I boleh pergi sendiri.” Hayla senyum tawar dan terus melangkah. Pintu diketuk.
Tak sampai beberapa saat, pintu itu terbuka.
Hayla agak
terkesima melihat susuk tubuh lelaki yang dia kenali itu. Kiff juga terkejut, tapi
dia masih mampu untuk tidak mengekspresikan riak itu.
“Hayla. Come
in. Have a seat.” senyum Carl. Lelaki tua itu masih tidak berganjak dari sofa
kulit. Dari mata Kiff, jelas soalan yang boleh dibaca Hayla. ‘Kenapa kau ada
kat sini?’ walaupun lelaki itu berlagak tenang.
“Papa just
nak congratulate you both. Hari tu kita tak sempat nak bersembang panjang.”
Senyum Carl.
“Hay ingat
papa nak introduce my new job.” Suara Hayla.
“Yeah. Tapi tu kemudian pun kita boleh buat. First of
all, kita kena raikan sempena hubungan dua hala our company dengan Kiff’s.”
Hayla senyum
pun tidak. Kiff toleh ke sebelah. Melihat riak muka Hayla.
“What’s
wrong with your face?” tanya Kiff mengejut. Hayla terpinga-pinga. Carl juga
memandang ke arah muka Hayla.
“What?” Hayla
penasaran. Sebab dia tak senyum ke?
“Pipi you
kinda bengkak. Did you hit something?”
Gulp. Mata
Kiff dan Hayla bertaut. Lelaki ni.. dia nak apa sebenarnya? Dia tak takut kalau
Hayla pecah rahsia dia? Hayla langsung tak bersalah dalam hal ini, tapi kenapa
dia yang perlu takut?
“Aah, Hayla.
Macam bengkak sikit.” Carl baru sedar perbezaan pipi kiri dan kanan Hayla.
“Gigi. Gusi
I bengkak sikit.” Hayla sendiri tak tahu kenapa dia cipta pembohongan itu.
Sedangkan dia ada pilihan untuk mengadu pada orang tuanya apa yang lelaki itu
buat padanya. Tapi kenapa.. kenapa?!
Kiff sengih.
“You tak
panas ke pakai lilit-lilit macam tu?” Kiff tarik selendang yang membaluti leher
Hayla. Tak sempat Hayla menahannya, selendang itu sudah terurai.
Dalam diam
Kiff agak kagum dengan skill mekap Hayla. Kesan di leher itu hilang kesemuanya.
Jantung Hayla sudah laju.
“Are you
okay, Hayla?” Carl kedengaran risau.
“Gusi Hay
bengkak. I feel not really well. Macam nak demam, that’s why I cover myself my
that.” Selendang itu diambil lembut dari tangan Kiff.
‘Hmm. Pandai
tipu juga budak ni.’ Fikir Kiff.
“Lah, kenapa
tak cakap awal-awal? Kalau tahu tadi, papa tak panggil Hayla ke sini.”
“It’s okay.”
“You kena
pergi hospital ni. Check gigi you. Sampai nak demam dibuatnya.” Cadang Kiff.
“No, it’s
really okay.” Hayla menolak.
“Pergi
kliniklah, Hay.”
“I’m fine!”
Hayla geram.
“Hay ni
memang dari kecil kalau sebut hospital, sebut klinik.. bukan main payah nak
pergi. Tapi antibody dia kuat. Jarang sangat dia sakit. Demam pun sehari aje
dah boleh baik.” Seloroh Carl.
“So I guess,
sekarang Kiff dah galas tanggungjawab sebagai ‘suami’..” Kiff pandang sekilas
ke arah Hayla bila perkataan suami disebut.
“I’m the one
yang kena paksa bawa dia pergi klinik.” Sengih lelaki itu. Ah, Hayla benci.
“Yeah. Maybe
kita boleh jumpa kat rumah for dinner dengan your sister.” Kata Carl.
Kiff senyum
pandang Hayla. Keningnya dijungkit, minta Hayla memberi jawapan pada bapa
mertuanya.
“Yeah,
sure.” Hayla jawab perlahan.
“Kiff bawa
Hayla pergi klinik dulu lah macam ni.” Kiff bangun dari sofa kulit itu. Dia
hulur tangan minta disambut Hayla. Kepura-puraan apakah ini? Hayla sambut
ttangan itu dengan senyum yang sukar Kiff tafsir.
Mereka
sama-sama berjalan keluar dari pejabat itu hingga masuk ke dalam perut lif.
“You’re a
great liar.” Hayla tak tahu sama ada itu pujian atau sindiran. Suasana lif
tegang dan sepi. Kemudiannya mereka tiba di lobi. Kiff tanpa menoleh terus
berlalu pergi ke keretanya. Ah bukan betul-betul dia nak bawa Hayla ke klinik
pun.
BERADA SENDIRIAN di dalam rumah agam ini sungguh membosankan.
Hayla hela nafas berat. Hampir sudah setiap pelosok dia teroka. Dia keluar dari
rumah dan berjalan perlahan ke satu ruangan santai di luar.
Ruang itu berteguhkan
empat tiang solid bercat putih, bumbungnya kaca lutsinar, membiarkan orang di
bawahnya untuk melihat bintang dan langit. Ada tiga anak tangga untuk dituruni
sebelum Hayla dapat merebahkan diri pada sofa panjang dan empuk tersebut. Dia
merasakan seperti duduk di dalam kolam renang yang sudah diubah suai menjadi
tempat santai.
Matahari
mula melabuhkan tirai, menjadikan langit hari ini berwarna ungu dan oren.
Cantik. Kepulan awan menghiasi dada langit. Hayla jadi teringatkan Ian. Segera
kepalanya dibanjiri dengan memorinya.
Hayla pulang ke rumah untuk cuti
semester. Dia ambil tempat di kerusi business class dan terus mengeluarkan buku
dari beg tangan yang agak besar. Belum pun lagi kapal terbang hendak bergerak,
Hayla sudah terlebih dahulu menyelesakan dirinya.
Matanya tidak lepas pada buku di
tangan hingga beberapa minit kemudian, kelibat seseorang mengambil tempat di
seberangnya. Haruman dari tubuh lelaki itu membuatkan kepala Hayla diangkat
untuk menoleh.
“Have a seat, sir.” Ujar pramugara
itu. Lelaki berkemeja putih itu mengangguk dan terus ambil tempat. Butang
lengannya dilepaskan dan dalam lengan baju dilipat terus ke paras siku. Rambut
yang berjuntai sedikit di dahi disisir ke belakang. Tangan mencapai telefon
bimbit. Entah apa yang dia lihat di skrin telefonnya.
Mata Hayla seakan terpaku melihat
sisi wajah lelaki di seberang itu. Rasa macam pernah tengok, tapi tak pasti
lelaki ini siapa. Tanpa sedar, Hayla merenung lama wajah lelaki itu hingga
buatkan Ian berpaling ke kirinya. Mata mereka bertemu.
Kaget. Hayla cepat-cepat membaca
semula. Tapi satu apa pun tak masuk dalam kepala. Ian tersengih.
“Ada something ke kat muka I?” tanya
Ian.
“Hm?” Hayla angkat wajah semula.
“You’ve been staring at me quite a while.”
Gulp. Merona merah pipi dan telinga Hayla.
Ian tambah ketawa. Disebabkan kulit Hayla terlalu cerah, boleh nampak darah
segera menerpa naik ke wajah gadis itu.
“I’m sorry. Maybe I tak patut tegur
you macam tu. But yeah, kalau takde apa-apa kat muka I, feel free to look at it
as much as you want.” Ian sengih dan matanya kembali menghadap skrin telefon.
Hayla perlahan-lahan angkat tinggi
bukunya dan hampir menutup separuh wajah yang tidak tahu mana dia hendak
sorokkan.
Perjalanan yang memakan masa lebih
dari separuh hari akhirnya berakhir bila mereka selamat tiba di lapangan
terbang.
Hayla tidak ke ruangan bagasi sebab
dia pun takde bawa banyak barang balik. Hanya tas tangannya sahaja yang dibawa
pulang. Ah, baju dekat rumah berlambak. Kalau tak cukup, boleh pergi beli. Ian
juga begitu.
Mereka sama-sama keluar ke balai
ketibaan. Masing-masing tidak bersuara untuk melanjutkan komunikasi dan hanya
berjalan keluar mencari sosok muka yang mereka kenali.
“Hey.” Sengih lebar dari Carl
dikejauhan buatkan Hayla senyum lega. Kakinya pantas menghampiri lelaki tua itu
dan memeluk tubuhnya.
“Hai pa.” kepala Hayla direhatkan
pada dada Carl.
“I miss you.” Ujar lelaki tua itu.
“Yeah, me too. Mama tak ikut ke?”
Hayla cari kelibat mamanya.
“Nope. Dia kat rumah. Preparing
dinner specially for you.” Hidung Hayla dicuit. Gadis itu ketawa kecil. Ah,
home finally.
“Carl!” suara itu menegur dari
belakang dan Carl segera menoleh.
“Eh, Matt. Apa you buat kat sini?”
mereka berdua berjabat tangan. Hayla lepaskan pelukan bila dua susuk tubuh
tinggi menghampiri mereka. Mata Hayal membulat. Ah, papa kenal ke lelaki ni?
“Pick up anak kesayangan seorang ni
lah. You?” Itu dituju untuk Ian.
“My daughter.” Carl memperkenalkan.
Ian senyum ramah memandang Hayla.
Dia mengesat lembut hujung hidungnya dengan belakang jari telunjuk dua kali.
“Last time I saw you, you’re still
small. Dah besar dah sekarang.” Sengih Matt pada Hayla. Gadis itu hanya
tersenyum tawar. Malunya masih belum hilang dari kejadian di dalam kapal
terbang lagi.
“Hay, kenalkan. Ni kawan papa. Matt.
And this guy, his sons Ian.” Ujar Carl.
“Pleasure to meet you.” Ian hulur
tangan untuk berjabat. Automatik telinga Hayla merah. Malu menerpa dirinya.
Merasakan tangannya tidak akan
disambut, Ian ketawa dan menarik kembali huluran tersebut seraya meraup rambut
ke belakang.
“Hay.” Carl menegur Hayla yang
nampak tidak ramah dengan Ian.
“Actually kita orang dah jumpa dalam
flight tadi. Maybe she’s still embarassed for what had happened.” Terang Ian.
“Hah? Apa yang jadi?” Carl kerut
dahi.
“Pa, kata mama masak special? Jomlah
balik cepat.” Gesa Hayla menarik lengan papanya. Ian sengih.
“Apa yang jadi sebenarnya Hayla?”
“Nothing.” Hayla tak mahu cerita.
“Ian?” Matt pandang anak tunggalnya.
“I’ll tell you later.” Lelaki itu
memang senyum aje sentiasa.
HAYLA tenung skrin telefon. Laman Instagram menjadi
tatapannya. Sekejap-sekejap dia menghela nafas berat. Langit makin gelap dan
secara automatik lampu putih di bingkai syiling menyala menerangi ruang rehat
itu.
‘Cool.’
Perhati Hayla.
Bunyi
deruman kereta mengejutkan Hayla. Dia lihat ke arah bunyi itu tapi tidak beriak
apa-apa. Hanya mata yang memerhati. Susuk tubuh Kiff kelihatan berjalan masuk
ke ruang tamu. Dari luar lagi, Hayla boleh nampak kerana sisi rumah Kiff
dikelilingi dengan dinding cermin.
Reka bentuk
rumah ini sungguh unik. Mungkin kerana kedudukannya yang jauh ke dalam hutan
dan jauh dari orang lain. Kalau Hayla menjerit separuh mati pun, belum tentu
ada orang mampu dengari untuk menolongnya.
Lelaki itu
melepaskan butang di lengan, juga dikolar yang sudah tidak bertali leher. Dia
toleh ke kiri dan kanan. Tidak tahu mencari apa. Hayla beku di tempat duduknya.
Tidak mahu berganjak. Dia hanya ingin menjadi pemerhati.
Seketika
kemudian, kelibat Kiff hilang dari pandangan. Mungkin naik ke bilik. Hayla
telan air liur. Dia jadi tertanya-tanya, kenapa perlu dia terperangkap di sini?
Sedangkan dia mampu untuk membuat apa sahaja.
Mungkin
sebab dia tak nak hubungan perniagaan bapanya terjejas? Tapi sampai bila dia
nak berlakon demi kepentingan perniagaan bapanya?
Hayla jadi termenung
sendirian sebelum dia dikejutkan dengan bunyi mesina entah dari mana. Kepalanya
terus menoleh kiri kanan mencari di mana punca bunyi itu.
Dia dapat
merasakan sofa yang sedang dia duduk bergerak naik ke atas dan kemudian ke
belakang. Ah sudah! Dia pandang lantai. Lantai kayu itu sedang bergerak dan
terbelah menjadi dua! Di bawahnya ada kolam mandi yang sama keluasan dengan
ruang rehat itu.
Lampu di
dalam kolam itu sudah menyala dan air menderu dari setiap penjuru. INI JAKUZZI!
KIFF
berjalan selamba ke arah Hayla dengan tidak berbaju. Dia hanya memakai seluar
pendek, mendedahkan separuh tubuhnya yang mampu membuatkan para gadis telan air
liur.
Tanpa kata,
Kiff masuk ke dalam kolam tersebut walaupun sedang diperhatikan Hayla.
Terkebil-kebil Hayla dibuatnya.
Air
sederhana panas mengena kulit Kiff. Lelaki itu duduk di tempat yang tersedia,
menenggelamkan tubuhnya hingga ke paras bahu. Dia baru memejamkan mata untuk
beberapa saat sebelum membukanya semula dan memandang ke arah Hayla yang masih
memerhati dengan riak muka terkejut.
“Kau nak
join aku ke?” soal Kiff senada.
Hayla hanya
diam. Dia segera bangun dan berjalan pantas masuk ke dalam rumah. Hayla tekup
tapak tangan di dada. Ah lajunya jantung ni berdegup.
SEJAM kemudian, kelibat Kiff kelihatan di ruang dapur.
Sungguh, lelaki itu buat Hayla seakan tidak wujud di dalam rumah.
“I nak
sambung study. Dekat Dublin.” Suara Hayla di bar dapur. Kiff berhenti sejenak
ketika membuka pintu peti sejuk. Tapi tidak lama, dia kembali menutupnya dan
meneguk rakus air mineral.
Melihatkan
Kiff hanya mendiamkan diri, Hayla tarik nafas dalam-dalam. Mungkin kalau dia
minta secara baik, Kiff tidak akan menghalangnya.
“I’ll be
back every semester break.” Sambung Hayla. Masih tiada respons.
“As you
don’t really need a wife right now,..” Hayla baru hendak sambung kata-kata tapi
terlebih dahulu dipotong Kiff.
“Why don’t
we play a game.”
“Game? Game
apa?” Hayla hilang punca.
Botol
mineral diletakkan di atas bar dapur. Perlahan-lahan Kiff menapak merapati
Hayla. Gadis itu gigit dinding bibir.
“To make it
fair, you can choose what ever you’re best at. And let’s have a bet on it.”
Cadang Kiff.
Hayla
berfikir sejenak. “And what’s the prize?”
“Dua wishes.”
Kiff tarik senyum senget.
Hayla masih
dapat rasa tamparan kuat yang mengena pipinya tempoh hari disebabkan pertaruhan
itu. Hayla betul-betul tak mahukan kehidupan seperti ini.
“Okay.”
Hayla akhirnya bersetuju.
No comments:
Post a Comment